Anda di halaman 1dari 15

UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research

Volume 1, Issue 3, 2021

ANALISIS SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA DALAM PELITA


BAHASA MELAYU PENGGAL 1

[ANALYSIS OF THE ZA’BA’S JAWI SPELLING SYSTEM IN


PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1]

SABARIAH SULAIMAN1, NURUL FAZLINA MD RODI1 & NORHANISHAA HARIS1

1*
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
MALAYSIA. E-mail: sabariah.sulaiman@fbk.upsi.edu.my; fazlinarodi@gmail.com; norhanishaa
haris@gmail.com

Corresponding Author: sabariah.sulaiman@fbk.upsi.edu.my

Received: 18 Ogos 2021 Accepted: 26 Ogos 2021 Published: 30 September 2021

Abstrak: Kajian ini bertujuan menganalisis sistem ejaan Jawi Za’ba dalam buku Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1dari segi perbezaan dan persamaan antara bentuk “ejaan Jawi lama”
(sebelum tahun 1940-an) dengan ejaan Jawi Za’ba (tahun 1940-an). Di samping itu, kajian
turut mengetengahkan senarai istilah lama yang digunakan dalam buku tersebut dan
mencadangkan padanannya dengan istilah terkini sebagai panduan asas kepada pembaca yang
ingin menelaah buku ini. Penganalisisan data dalam kajian ini, dibuat menggunakan
pendekatan analisis kandungan. Data telah dikutip daripada Bab 1 hingga Bab 3 buku Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1. Hasil penelitian berjaya mengetengahkan bentuk ejaan Jawi yang
digunakan oleh Za’ba dalam tahun 1940-an. Dapatan turut menunjukkan aspek perbezaan dan
persamaan antara “ejaan Jawi lama” dengan ejaan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal
1. Hal ini membuktikan bahawa tulisan Jawi berkembang dan berevolusi sehingga membawa
kepada perubahan ejaan namun. tidaklah sampai mengubah keseluruhan sistem ejaan yang
sedia ada. Perkembangan ini, telah membantu tulisan Jawi untuk terus hidup dan lestari.
Tidak ketinggalan, dapatan kajian ini juga boleh menjadi sumber maklumat tentang bentuk
sistem ejaan Jawi Za’ba yang digunakan dalam tahun 1940-an dan bentuk ejaan Jawi
sebelumnya.

Kata Kunci: sistem ejaan Jawi Za’ba, Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, huruf saksi dan huruf
benar, penggunaan istilah.

Abstract: This research aimed at analysing the Za’ba’s Jawi spelling system as used in the
book Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 and identifying the differences and similarities
between the classic form of Jawi spelling (before the 1940s) and the Jawi spelling introduced
by Za’ba (around the 1940s). Besides, this research also highlighted the list of classic
terminologies which were used in the book and recommended their matches with current
terminologies so they may serve as basic guidelines for those intending to study the book. To
meet the aims, the content analysis procedure was employed. The data were retrieved from
Chapter 1 to Chapter 3 of the book Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. The findings highlighted

25
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

the form of Jawi spelling system as used by Za’ba around the 1940s. There were also
differences and similarities identified between the classic Jawi spelling (before the 1940s) and
the one used in the book Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. This proves that the Jawi script
expands and evolves that it has brought about several changes in its spellings, yet not to the
extent that changes the overall existing spelling system. This evolution helps the Jawi script to
remain relevant and sustained. The research findings may be benefitted as a resource
portraying the Za’ba’s Jawi spelling system which were used in the 1940s and those spelling
systems prior to Za’ba’s time.

Keywords: Za’ba’s Jawi spelling system, Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, vowel and
consonant letters, use of terminologies

Cite This Article:


Sabariah Sulaiman, Nurul Fazlina Md Rodi & Norhanishaa Haris. 2021. Analisis Sistem
Ejaan Jawi Za’ba dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 [Analysis of The Za’ba’s Jawi
Spelling System in Pelita Bahasa Melayu Penggal 1]. UFUQ International Journal of Arts
and Social Science Research. 3(1): 25-39.

PENGENALAN

Tulisan Jawi memainkan peranan yang penting sejak dahulu (Mohd Alwee Yusoff, 2005) dan
perlu terus diperkasakan (Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi Abdul Kadir
& Huda Afiqah Hashim, 2019), menerusi perlaksanaan pelbagai metod dan teknik yang
bersesuaian (Norizan Mat Diah & Nor Azan Mat Zin, 2013; Naquiah Nahar & Jimain Safar,
2016) termasuk penggunaan media interaktif (Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin,
& Sabarina Othman, 2020; Melvina, 2021). Tidak ketinggalan, kajian berkaitan
perkembangan tulisan Jawi amat relevan dijalankan bagi mendapatkan maklumat terperinci
berhubung sistem ejaan tersebut. Hal ini demikian kerana, tulisan Jawi berkait rapat dengan
perubahan bentuk kata dan maknanya terutama apabila berlaku penukaran ejaan daripada Jawi
ke Rumi (Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Harun, Alizah Lambri & Misnan Jemali,
2019) dan ketika perkataan itu merupakan kata pinjaman dari bahasa Arab (Makmur Harun &
Muhammad Bukhari Lubis, 2015). Sejajar dengan perkembangan dalam sistem ejaan Jawi,
huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫ )ي‬sebagai huruf saksi dan huruf-huruf benar digunakan secara
meluas dalam ejaan Jawi bagi menggantikan ejaan Arab (Hashim Musa, 2006). Perubahan ini
melibatkan aspek morfologi dan semantik.
Dalam melakar kedudukannya sebagai tulisan yang melambangkan identiti orang
Melayu, tulisan Jawi telah melalui beberapa fasa perkembangan (Amat Juhari Moain, 1996;
Hashim Musa, 2006 & Shakila Ahmad, Hussain Othman, Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi &
Mohd. Hisyam Abdul Rahim, 2012). Pada kurun ke-16 M, kaedah penulisan Jawi hampir
menyamai tulisan Arab, kerana menggunakan tanda baris dan dikriatik bagi membunyikan
huruf. Seterusnya, pada kurun ke-17 M, tulisan Jawi tidak lagi menggunakan tanda baris
sebagaimana tulisan Arab dan pada kurun ke-18 M, huruf-huruf saksi iaitu alif (‫)ا‬, wa (‫ )و‬dan
ya (‫ )ي‬telah digunakan. Dengan kewujudan huruf-huruf saksi, tulisan Jawi telah membina

26
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

identitinya tersendiri. Pertambahan bilangan huruf Jawi pada kurun ke-19 M hingga kurun
ke-20 M, semakin mengukuhkan lagi sistem tulisan Jawi.
Menurut Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Faizuri Abdul Latif (2014),
perkembangan tulisan Jawi telah melalui lima fasa. Melihat kepada kepelbagaian sistem ini,
penelitian terhadap semua sistem tersebut wajar dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dan
kesalahan membaca tulisan Jawi dalam sistem lama. Justeru, kajian ini telah menganalisis
Bab 1 hingga Bab 111, buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam usaha mengenal pasti
bentuk “ejaan Jawi kini” dan “ejaan Jawi lama”. Istilah “ejaan Jawi kini” dalam kajian ini,
merujuk kepada ejaan yang terdapat dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 yang
diperkenalkan oleh Za’ba pada tahun 1940 manakala “ejaan Jawi lama” ialah ejaan Jawi yang
digunakan sebelum tahun 1940-an. Selain itu, kajian ini turut menyenaraikan istilah-istilah
lama yang sukar difahami dan seterusnya mencadangkan satu senarai istilah baharu bagi
memudahkan kefahaman pembaca.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan seperti yang berikut:

i. menganalisis bentuk sistem ejaan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.
ii. mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara bentuk “ejaan Jawi lama” (sebelum
tahun 1940-an) dengan “ejaan Jawi kini” dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.
iii. menyenaraikan istilah-istilah lama dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dan
mengemukakan cadangan padanan istilah terkini.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Bagaimanakah bentuk sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1?
ii. Adakah terdapat perbezaan dan persamaan antara bentuk “ejaan Jawi lama” (sebelum
tahun 1940-an) dengan “ejaan Jawi kini” dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1?
iii. Apakah istilah-istilah lama yang digunakan dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1?

METODOLOGI KAJIAN

Berlandaskan objektif kajian yang telah dirancang, pendekatan analisis kandungan telah
digunakan dalam proses menganalisis bahan kajian iaitu Pelita Bahasa Penggal 1 tulisan
Za’ba (1940). Tiga bab dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 yang membahaskan tentang
tulisan Jawi telah dianalisis iaitu; Bab 1: Bunyi suara digambarkan dengan huruf, Bab 2:
Huruf benar dan huruf saksi dan Bab 3: Ejaan dan tulisan Jawi.
Pendekatan analisis kandungan digunakan kerana pengumpulan data melalui analisis
yang dilakukan secara terperinci terhadap kandungan sesebuah dokumen dapat memberikan
maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Hal ini demikian kerana,

27
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang
diperlukan sedia ada dan sukar untuk menipu (Jasmi, K. A., 2012). Justeru maklumat yang
diperoleh adalah bersifat benar dan boleh menjelaskan tentang aspek kajian.

ANALISIS SISTEM EJAAN JAWI DALAM PELITA


BAHASA MELAYU PENGGAL 1

Terdapat tujuh aspek Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 yang telah diteliti dalam
kajian ini. Ringkasannya dipaparkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Perbahasan aspek tulisan Jawi dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (Sumber:
Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1940)

PERBAHASAN TENTANG HURUF JAWI DAN PADANANNYA


DENGAN HURUF RUMI

Tulisan Jawi menurut Za’ba (1940) terdiri daripada 33 huruf. Setiap huruf Jawi tersebut
mempunyai bunyi-bunyi yang tersendiri namun, bukan semua bunyi yang dihasilkan
merupakan bunyi Melayu jati. Setiap huruf Jawi juga mempunyai padanan dengan huruf
Rumi. Walau bagaimanapun, terdapat juga huruf Rumi yang tidak digunakan dalam perkataan
bahasa Melayu iaitu huruf [v] dan [x] kerana kedua-dua huruf ini biasanya digunakan pada
perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa Eropah (Za’ba, 1940). Fakta lain
ialah, huruf Jawi tidak mempunyai abjad kecil dan besar seperti huruf Rumi serta
penulisannya bermula kanan ke kiri. Penyenaraian huruf Jawi dan padanannya dengan huruf
Rumi dalam bentuk abjad kecil dan besar berserta contoh, ditunjukkan dalam jadual di bawah.

28
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

Jadual 1: Senarai huruf Jawi dan padanannya dengan huruf Rumi dalam abjad kecil dan
besar (sumber: Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940))

Bil. Huruf Nama Huruf Rumi Contoh Perkataan


Jawi Jawi Awal Tengah Akhir
1. ‫ا‬ Alif a A ‫( اکو‬aku) ‫( باتو‬batu) ‫( بوتا‬buta)
2. ‫ب‬ Ba b B ‫( باجو‬baju) ‫( تبڠ‬tebang) ‫( قريب‬karib)
3. ‫ت‬ Ta t T ‫( تيڤو‬tipu) ‫( بتيس‬betis) ‫( تڤت‬tepat)
4. ‫ث‬ Tha th TH ‫( ثتج‬thalji) ‫( مثل‬mithal) ‫( بحت‬bahath)
5. ‫ج‬ Jim j J ‫( جم‬jam) ‫( ڤيجق‬pijak) ‫( کوليج‬kolej)
6. ‫چ‬ Cha ch CH ‫( چم‬cham) ‫( لچه‬lechah) ‫( ڤنچ‬panch)
7. ‫ح‬ Ha h H ‫( حکم‬hukum) ‫( سخر‬sihir) ‫( صح‬sah)
8. ‫خ‬ Kha kh KH ‫( خبر‬khabar) ‫( بخيل‬bakhil) ‫( تريخ‬tarikh)
9. ‫د‬ Dal d D ‫( داتوء‬dato’) ‫( ڤدڠ‬pedang) ‫( احد‬Ahad)
10. ‫ذ‬ Dzal dz DZ ‫( ذليل‬dzalil) ‫( عذاب‬adzab) ‫( معا ذ‬Mu’adz)
11. ‫ر‬ Ra r R ‫( رامه‬ramah) ‫( ميره‬merah) ‫( سوکر‬sukar)
12. ‫ز‬ Zai z Z ‫( زاهد‬zahid) ‫( خزانه‬khazanah) ‫( عزيز‬Aziz)
13. ‫س‬ Sin s S ‫( سوسه‬susah) ‫( لسوڠ‬lesong) ‫( الس‬alas)
14. ‫ش‬ Shin sh SH ‫( شاه‬Shah) ‫( مشهور‬mashhor) ‫درويش‬
(darwish)
15. ‫ص‬ Sad s S ‫( صبر‬Sabar) ‫( فصيح‬faseh) ‫( نص‬nass)
16. ‫ض‬ Dhad dh DH ‫( ضرب‬dharab) ‫( هضم‬hadham) ‫( حيض‬haidh)
17. ‫ط‬ Ta ta TA ‫( طاعت‬ta’at) ‫( مطلق‬mutlak) ‫( خط‬khat)
18. ‫ظ‬ Za za ZA ‫( ظهر‬zuhor) ‫( عظمت‬azmat) ‫( حفظ‬hafaz)
19. ‫ع‬ ‘Ain ‘ ‘ ‫‘( عقل‬akal) ‫( طبيعة‬tabi’at) ‫( طمع‬tama’)
20. ‫غ‬ Ghain gh GH ‫( غريب‬ghaib) ‫( مشغول‬masghul) ‫( بلغ‬baligh)
21. ‫ڠ‬ Nga ng NG ‫( ڠاڠا‬nganga) ‫( سيڠا‬singa) ‫( بلڠ‬belang)
22. ‫ف‬ Fa f F ‫( فصل‬fasal) ‫( نفس‬nafas) ‫( وقف‬wakaf)
23. ‫ڤ‬ Pa p P ‫( ڤاڤ‬papa) ‫( لڤس‬lepas) ‫( ݢلڤ‬gelap)
24. ‫ق‬ Kaf k,q K,Q ‫( قوبور‬kubur) ‫( فقير‬fakir) ‫( حق‬hak)
25. ‫ک‬ Kaf k K ‫( کمس‬kemas) ‫( بکل‬bekal) ‫( باءي‬baik)
26. ‫ݢ‬ Ga g G ‫( ݢاله‬galah) ‫( ڤݢڠ‬pegang) ‫( تڠݢ‬tangga)
27. ‫ل‬ Lam l L ‫( لکس‬lekas) ‫( بلس‬belas) ‫( کنل‬kenal)
28. ‫م‬ Mim m M ‫( مات‬mata) ‫( تمن‬teman) ‫( حکم‬hukum)
29. ‫ن‬ Nun n N ‫( ناسي‬nasi) ‫( بنڠ‬benang) ‫( کسى‬kesan)
30. *‫و‬ Wau u U - ‫( بومي‬bumi) ‫( اللو‬lalu)
o O - ‫( ݢموق‬gemok) ‫( کوکوق‬kokok)
w W ‫( واڠي‬wangi) ‫( سيوا‬sewa) ‫( ڤيسو‬pisau)
31. ‫ه‬ Ha h H ‫( هلڠ‬helang) ‫( بهوا‬bahawa) ‫( بواه‬buah)
32. i I - ‫( تيکم‬tikam) ‫( بري‬beri)
*‫ي‬ Ya e E - ‫( لينل‬lena) -
y Y ‫( يقين‬yakin) ‫( مليل‬mulia) ‫( ڤا ي‬paya)
33. ‫ڽ‬ Nya ny NY ‫( ڽاڽي‬nyanyi) ‫( ڤڽو‬penyu) ‫( ڤوڽ‬punya)

29
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

Huruf-huruf Jawi yang bertanda (*) dalam Jadual 1 iaitu huruf wau (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬
merupakan huruf saksi yang juga boleh menjadi huruf benar. Padanan huruf Rumi bagi wau
(‫ )و‬ada tiga iaitu [u], [o] dan [w], manakala padanan bagi ya (‫ )ي‬ialah [i], [e] dan [y]. Menurut
Za’ba (1940), selain daripada 33 huruf Jawi tersebut, terdapat dua huruf lain yang terbentuk
hasil daripada gabungan antara dua huruf iaitu huruf lam alif ( ‫ ) ال‬dan hamzah ( ‫)ء‬. Huruf lam
alif (‫ )ال‬merupakan gabungan daripada huruf lam ( ‫ )ل‬dan alif ( ‫) ا‬, manakala, huruf hamzah (‫)ء‬
dan huruf alif ( ‫ ) ا‬dikenali sebagai huruf benar yang boleh digunakan pada tengah dan hujung
perkataan. Huruf ini dikenali sebagai “alif bongkok” dan dilambangkan dengan tanda ( ’)
dalam tulisan Rumi.
Seterusnya, terdapat 14 huruf yang digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman.
Huruf-huruf ini disebut oleh Za’ba sebagai “tidak mempunyai bunyi sebutan Melayu jati”.
Nama huruf-huruf tersebut adalah seperti yang berikut:

Jadual 2: Senarai huruf Jawi yang tidak mempunyai bunyi dari sebutan Melayu jati
(sumber: Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940))

Bil Huruf Jawi Nama huruf Jawi Bil Huruf Jawi Nama huruf Jawi
1. ‫ث‬ th 8. ‫ض‬ dh
2. ‫ح‬ h 9. ‫ط‬ t
3. ‫خ‬ kh 10. ‫ظ‬ z
4. ‫ذ‬ dz 11. ‫ع‬ ‘
5. ‫ز‬ z 12. ‫غ‬ gh
6. ‫ش‬ sh 13. ‫ف‬ f
7. ‫ص‬ s 14. *‫ق‬ k, g

Semua huruf di atas, digunakan bagi mengeja perkataan pinjaman daripada bahasa
Arab atau Parsi. Penggunaan huruf pinjaman tersebut membolehkan sesuatu perkataan
pinjaman dieja mengikut bahasa asalnya tetapi bunyinya disebut mengikut sebutan Melayu.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan bagi huruf qaf (‫)ق‬, kerana huruf ini
digunakan untuk mengeja bunyi sebutan Melayu jati dan juga digunakan untuk mengeja
perkataan pinjaman. Contohnya, perkataan budak ialah perkataan Melayu jati, tetapi dieja
dengan huruf qaf (‫ )بودق‬bukan huruf kaf (‫ (بودک‬dan perkataan tidak dieja (‫ )تيدق‬bukan (‫)تيدک‬.
Dapatan ini memperlihatkan, telah wujud sistem yang digunapakai dalam penulisan Jawi.

PERBAHASAN TENTANG PEMBAHAGIAN HURUF

Za’ba (1940) telah membahagikan huruf Jawi kepada dua kategori iaitu huruf saksi (huruf
vokal) dan huruf benar (huruf konsonan) seperti dalam jadual di bawah.

30
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

Jadual 3: Senarai huruf saksi Jawi dan huruf benar Jawi (sumber: Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1 (1940))

Huruf saksi Huruf benar


‫ا‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ت‬ ‫ث‬ ‫ج‬ ‫چ‬
‫ح‬ ‫خ‬ ‫د‬ ‫ذ‬ ‫ر‬
‫ز‬ ‫س‬ ‫ش‬ ‫ص‬ ‫ض‬
‫ط‬ ‫ظ‬ ‫ع‬ ‫غ‬ ‫ڠ‬
‫ف‬ ‫ڤ‬ ‫ق‬ ‫ک‬ ‫ݢ‬
‫ل‬ ‫م‬ ‫ن‬ ‫ه‬ ‫ڽ‬

Berdasarkan Jadual 3, huruf saksi terdiri daripada tiga huruf sahaja iaitu huruf alif (‫)ا‬,
wau (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬. Penulisan huruf alif (‫ )ا‬tidak disertakan dengan hamzah (‫ )ء‬kerana
menurut Za’ba hamzah (‫ )ء‬ialah sejenis huruf alif (‫ )ا‬yang berfungsi sebagai huruf benar dan
digunakan di tengah atau di hujung perkataan sahaja. 30 huruf benar yang lain ialah ba )‫(ب‬, ta
)‫(ت‬, tha )‫(ث‬, jim )‫(ج‬, cha )‫(چ‬, ha )‫(ح‬, kha )‫(خ‬, dal )‫(د‬, dzal )‫(ذ‬, ra )‫(ر‬, zai )‫(ز‬, sin )‫(س‬, shin )‫(ش‬,
sad )‫(ص‬, dhad )‫(ض‬, ta )‫(ط‬, za )‫(ظ‬, ‘ain )‫(ع‬, ghain )‫(غ‬, nga )‫(ڠ‬, fa )‫(ف‬, pa )‫(ڤ‬, kaf )‫(ق‬, kaf
)‫(ک‬, ga )‫(ݢ‬, lam )‫(ل‬, mim )‫(م‬, nun )‫(ن‬, ha )‫ (ه‬dan nya (‫( ڽ‬.
Dari segi bunyi, huruf saksi boleh berbunyi sendiri tanpa bantuan huruf lain
berbanding dengan huruf benar yang memerlukan bantuan huruf saksi untuk menghasilkan
bunyi. Di samping itu, huruf saksi Jawi juga digunakan sebagai huruf benar (Za’ba, 1940).
Contohnya, ya (‫ )ي‬juga dipadankan dengan [y] selain dipadankan dengan [i] dan [e]. Begitu
juga dengan wau (‫ )و‬yang turut dipadankan dengan huruf [w] selain huruf [u] dan [o].
Penggunaan huruf saksi menunjukkan bahawa sistem ejaan Jawi Za’ba semakin
meminimumkan penggunaan pengaruh Arab dalam ejaan Jawi.

PERBAHASAN TENTANG HURUF SAKSI JAWI DAN KEKURANGANNYA


BERBANDING HURUF SAKSI RUMI

Huruf benar ialah huruf-huruf yang digunakan untuk menggambarkan bunyi sebelah dalam
dan tidak boleh berbunyi sendiri, manakala huruf saksi pula boleh mengeluarkan bunyi
sebelah luar, boleh berbunyi sendiri dan berfungsi membantu untuk membunyikan huruf-
huruf benar. Dalam tulisan Jawi, huruf saksi ialah huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬. Huruf-
huruf ini juga berfungsi sebagai huruf benar. Dari segi padanan pula, huruf-huruf saksi Jawi
tidak mempunyai padanan yang mencukupi untuk melambangkan bunyi huruf saksi Rumi (a,
e, i, o, u). Namun begitu, kekurangan ini boleh diatasi dengan penggubalan huruf-huruf
baharu atau tanda-tanda yang sesuai (Za’ba, 1940). Kekurangan padanan huruf saksi Jawi
berbanding huruf saksi Rumi dijelaskan dalam jadual di bawah.

31
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

Jadual 4: Kekurangan padanan huruf saksi Jawi berbanding huruf saksi Rumi (sumber:
Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940))

Huruf alif (‫ )ا‬: ә, a Huruf ya (‫ (ي‬: i, e Huruf wau (‫ )و‬: u, o


i. Perkataan pedang dan i. Bunyi perkataan bagi ikan i. Bunyi perkataan hadapan
padang dalam tulisan dan ekor adalah tidak bagi botak dan bulat
Rumi mempunyai huruf sama walaupun dalam adalah tidak sama.
saksi yang tersendiri iaitu tulisan Jawi ejaannya
[e] dan [a]. bermula dengan alif (‫ )ا‬ii. Namun dalam ejaan Jawi
dan ya (‫)ي‬. Ejaan bagi botak (‫ )بوتق‬dan bulat
ii. Apabila perkataan tersebut perkataan bagi ekor (‫ )بولت‬menggunakan huruf
ditulis dalam tulisan Jawi, menggunakan huruf [e] depan yang sama.
hanya perkataan padang taling manakala bagi ejaan
sahaja yang mempunyai perkataan ikan iii. Hal ini demikian kerana,
huruf saksi iaitu huruf alif menggunakan [e] pepet. huruf wau (‫ )و‬adalah huruf
(‫)ا‬. Contohnya: Contohnya: saksi yang mewakili huruf
pedang ( ‫) ڤدڠ‬ ekor (‫) ايکور‬ [u] dan [o].
padang (‫) ڤادڠ‬ ikan (‫) ايکن‬
iv. Huruf wau (‫ )و‬menjadi
iii. Huruf saksi alif (‫ )ا‬ii. Huruf ya (‫ )ي‬menjadi huruf benar dalam Rumi
menjadi huruf benar dalam huruf benar dalam Rumi iaitu [w]. Contohnya:
Rumi. Contohnya: iaitu [y]. Contohnya: wakil (‫)وکيل‬
emak (‫)امق‬ yakin (‫) يقين‬ kawan (‫)کاون‬
ikan (‫)ايکن‬ bayar (‫) باير‬

Walaupun tulisan Jawi berasal daripada bahasa Arab tetapi ia tidak sepenuhnya
mengikuti sistem ejaan bahasa Arab (Ab. Halim Mohamad, 2017). Dalam kaedah mengeja
perkataan homograf seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4, penggunaan huruf saksi
diperlukan bagi mengatasi kekeliruan tersebut. Walaupun ada sesetengah pihak menjadikan
kekurangan ini sebagai hujah untuk mengatakan tulisan Jawi sebagai “satu tulisan yang
lemah”, namun jika diamati, aspek ini boleh diketengahkan sebagai “kekuatan” tulisan Jawi
kerana satu huruf boleh dipadan kepada dua atau lebih huruf Rumi dan amat membantu dalam
penyebutan makhraj huruf ketika membaca al-Quran (Wan Mohd Azhar Wan Mahamod &
Abdul Ghafar Don, 2016).

PERBAHASAN TENTANG MENGEJA DAN MEMBUNYIKAN HURUF

Semua huruf benar apabila bertemu dengan huruf saksi akan menghasilkan bunyi. Sebagai
contoh, apabila huruf ba (‫ )ب‬bertemu dengan huruf alif (‫ )ا‬maka akan menghasilkan bunyi ba
(‫)با‬. Begitu juga dengan huruf yang lain seperti ta (‫)تا‬, bu (‫)بو‬, ra (‫ )را‬dan sa (‫)سا‬. Namun
demikian, apabila huruf saksi bertemu dengan huruf benar, bunyi huruf yang dihasilkan
adalah tidak sempurna. Sebagai contoh, huruf alif (‫ )ا‬bertemu dengan huruf ba (‫ )ب‬maka akan
terhasil bunyi ab (‫)اب‬. Dalam keadaan ini, huruf alif (‫ )ا‬tersebut menjadi huruf benar. Seperti

32
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

yang dinyatakan sebelum ini, bentuk huruf alif (‫ )ا‬yang mempunyai huruf hamzah (‫ )ء‬di atas
seperti lambang ini ( ‫ ) أ‬tidak tidak digunakan dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.
Selain itu, huruf saksi Jawi tidak berada di awal perkataan seperti dalam tulisan Rumi.
Sekiranya huruf saksi berada di awal perkataan, fungsinya akan berubah menjadi huruf benar.
Seterusnya, bukan kesemua perkataan memerlukan huruf saksi dalam menghasilkan bunyi
atau perkataan. Hal ini kesan daripada pengaruh ejaan Arab yang menggunakan tanda baris
atau diakritik (Amat Juhari Moain, 1996; Hashim Musa, 2006). Sebagai contoh, perkataan
jam (‫)جم‬, tas (‫ )تس‬dan bang (‫)بڠ‬, apabila dieja dalam tulisan Jawi ianya tidak memerlukan
penambahan huruf saksi alif (‫)ا‬. Ejaan ini terhasil kerana dieja mengikut kaedah baris dalam
ejaan Arab bagi melambangkan bunyi vokal [a].

PERBAHASAN TENTANG PEMBENTUKAN PERKATAAN

Dari aspek pembetukan kata pula, memperlihatkan bahawa ada sesetengah bunyi apabila
digabungkan, mempunyai makna dan ada yang tidak mempunyai makna. Bunyi yang
mempunyai makna dinamakan perkataan. Za’ba memerihalkan cara pembentukan perkataan,
menerusi penggunaan suku kata yang diletakkan tanda sempang (-) seperti yang dipaparkan
dalam jadual di bawah.

Jadual 5: Pembentukan perkataan melalui penggabungan huruf (sumber: Pelita Bahasa


Melayu Penggal 1 (1940))

Huruf Jawi Huruf Rumi


‫اد‬ a-da
‫اين‬ i-ni
‫مان‬ ma-na
‫ڤد‬ pa-da

Gabungan antara dua suku kata yang tidak mempunyai makna akan menghasilkan
perkataan yang mempunyai makna. Contohnya, perkataan mana (‫ )مان‬terbentuk dari gabungan
suku kata ma + na (‫ ن‬+ ‫ )ما‬yang asalnya tidak mempunyai makna. Cara ini menunjukkan
bahawa penggunaan pola berdasarkan suku kata telah diperkenalkan oleh Za’ba. Hal ini
menjadi salah satu daripada ciri ejaan pengaruh Melayu.

TANDA BARIS MENGGANTIKAN HURUF SAKSI

Dalam tulisan Jawi, sesetengah bunyi terhasil tanpa menggunakan huruf saksi. Dalam ejaan
sebegini, sistem baris digunakan tetapi baris tersebut tidak dizahirkan dalam penulisan.
Sebagai contoh, ‫( سان‬sana), ‫( اين‬ini), ‫( ايت‬itu) ‫( خبر‬khabar), ‫( علم‬ilmu) dan sebagainya. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa kaedah ejaan dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, masih
dipengaruhi oleh kaedah ejaan bahasa Arab.

33
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

PERBANDINGAN ANTARA “EJAAN JAWI LAMA”


DENGAN “EJAAN JAWI KINI”

Bahagian ini memaparkan beberapa perbezaan antara “ejaan Jawi lama” dengan “ejaan Jawi
kini”. Seperti yang telah dinyatakan, “ejaan Jawi kini” merujuk kepada ejaan dalam Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1 (1940), manakala “ejaan Jawi lama” ialah ejaan Jawi sebelum
tahun 1940-an.

i. Penggunaan huruf saksi alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬

Perbezaan bagi penggunaan huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫ )ي‬dalam “ejaan Jawi lama” dan
dalam “ejaan Jawi kini”, dijelaskan melalui jadual di bawah.

Jadual 6: Perbandingan huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫( )ي‬Sumber: Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1 (1940))

Ejaan Jawi lama Ejaan Jawi kini


• Digunakan sebagai penanda bagi bunyi- • Digunakan pada ejaan perkataan yang
bunyi yang kedengaran seperti panjang mengalami kekeliruan, seperti homograf
(kesan dari pengaruh bahasa Arab). • Menjadi lambang bunyi vokal dalam
• Digunakan sebagai huruf benar seperti perkataan. Contoh ejaan:
dalam tulisan Arab. Contoh ejaan: ‫( بدان‬badan)
‫( بدن‬badan) ‫( كراس‬keras)
‫( كرس‬keras) ‫( ڤوجي‬puji)
‫( ڤوج‬puji) ‫( ماتي‬mati)
‫( مات‬mati) ‫( کامو‬kamu)
‫( کام‬kamu)

Berdasarkan Jadual 6, “ejaan Jawi lama” menggunakan huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya
(‫ )ي‬sebagai penanda bagi “bunyi-bunyi yang kedengaran panjang” akibat pengaruh daripada
bahasa Arab. Bunyi panjang dijelaskan oleh Za’ba (1940) sebagai bunyi lepas yang terdapat
dalam perkataan yang mempunyai bunyi seolah-olah panjang seperti ku+da (‫د‬+‫)کو‬, ki+ta
(‫ت‬+‫ (کي‬dan satu (‫ت‬+‫(سا‬. Huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬atau ya (‫ )ي‬akan digunakan bagi mengeja bunyi
yang dianggap bunyi panjang. Kaedah ini berbeza dengan “ejaan Jawi kini” yang
menggunakan huruf alif (‫)ا‬, wau (‫ )و‬dan ya (‫ )ي‬sebagai huruf saksi, yang berfungsi untuk
mengatasi kekeliruan yang terdapat pada sesetengah perkataan seperti homograf. Selain itu,
penggunaan huruf saksi dalam “ejaan Jawi kini” adalah bagi melambangkan bunyi vokal
dalam sesuatu perkataan. Contohnya, dalam “ejaan Jawi lama”, ejaan bagi perkataan badan
ialah ‫( بدن‬badan) manakala bagi “ejaan Jawi kini”, huruf alif (‫ )ا‬digunakan untuk
melambangkan bunyi vokal [a], menjadi ‫( بدان‬badan).

34
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

ii. Penggunaan tanda baris

Seterusnya, perbandingan dari segi penggunaan tanda baris dalam “ejaan Jawi lama” dan
“ejaan Jawi kini”, ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 7: Perbandingan penggunaan tanda baris (sumber: Pelita Bahasa Melayu Penggal 1
(1940))

Ejaan Jawi lama Ejaan Jawi kini


• Mengikut kaedah ejaan bahasa Arab iaitu • Huruf Jawi dikategorikan kepada huruf
menggunakan tanda baris dan diakritik saksi dan huruf benar
(sama ada dizahirkan atau sebaliknya). • Kaedah penggunaan tanda baris
• Semua huruf Jawi dianggap huruf benar ditukarkan kepada kaedah penggunaan
(konsonan). huruf saksi.

Penggunaan baris telah ditukarkan kepada penggunaan huruf saksi bagi mengelakkan
kekeliruan dan memudahkan sebutan dalam “ejaan Jawi kini” manakala “ejaan Jawi lama”
masih mengikut kaedah Arab iaitu menggunakan tanda baris dan diakritik (sama ada
dizahirkan atau sebaliknya). Sebagai contoh, dalam “ejaan Jawi lama” tanda baris dan
ُ (sungai), ‫( ڤيسو‬pisau) dan ‫( سڤ ُوي‬sepoi),
diakritik seolah-olah digunakan pada perkataan ‫سوڠي‬
bagi membunyikan [ai], [au] dan [oi] manakala bagi “ejaan Jawi kini”, bunyi tersebut dieja
dengan menggunakan kaedah huruf saksi, menjadi ‫( سوڠاي‬sungai), ‫( ڤيساو‬pisau) dan ‫سڤوي‬
(sepoi).
Menurut Makmur Harun dan Muhammad Bukhari Lubis (2015), kaedah tanda baris
yang digunakan pada ejaan Jawi lama bertujuan mengatasi masalah kesukaran untuk
membunyikan sesuatu perkataan kerana terkeliru dengan perkataan-perkataan lain. Hal ini
demikian kerana, penggunaan tanda baris pada “ejaan Jawi lama” kebanyakannya digunakan
pada perkataan pinjaman Arab.

iii. Kaedah ejaan perkataan

Analisis perbandingan bagi kaedah ejaan perkataan dalam “ejaan Jawi lama” dan “ejaan Jawi
kini” pula dipaparkan menerusi jadual di bawah.

Jadual 8: Perbandingan kaedah ejaan perkataan (s umber: Pelita Bahasa Melayu


Penggal 1 (1940))

Ejaan Jawi lama Ejaan Jawi kini


• Istilah ejaan panjang dan pendek • Kaedah ejaan lazim atau huruf saksi
digunakan kerana terpengaruh dengan digunakan untuk mengeja perkataan
kaedah ejaan Arab (walau pun sebutan • Ejaan perkataan berdasarkan suku kata
bahasa Melayu tidak melibatkan bunyi terbuka atau tertutup dengan
ini). menggunakan huruf vokal (a, e, i, o, u, ә
• Ejaan perkataan yang hampir sama boleh atau huruf alif (‫)ا‬, wa (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬

35
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

menyebabkan kekeliruan dalam • Huruf saksi diletakkan pada bunyi


membunyikan perkataan apabila tanda berpadu bawah. Contoh:
baris tidak diletakkan. Contohnya: ‫( ريمبا‬rimba)
‫( تمبق‬tambak) ‫( تيمبا‬timba)
‫( تيمبق‬tembak) • Hampir kesemua perkataan akan
‫( تومبق‬tombak) ditambahkan dengan huruf saksi pada
‫( تومبوق‬tumbok) bunyi pertama dan kedua perkataan.
‫( تيمبوق‬tembok) Contoh:
‫( تمبوق‬tembok) ‫( اوڠݢس‬unggas)
• Huruf saksi bagi bunyi berpadu bawah ‫( تنجوڠ‬tanjung)
tidak diletakkan huruf saksi. Contoh: • Penggunaan huruf alif (‫ )ا‬pada hujung
‫( رمبا‬rimba) perkataan untuk mengelakkan kekeliruan
‫( تمبا‬timba) semasa membunyikan perkataan. Contoh:
• Huruf saksi wa (‫ )و‬tidak digunakan pada ‫( دادا‬dada)
bunyi berpadu hadapan. Contoh: ‫( ڠاڠا‬nganga)
‫( اڠݢس‬unggas)
‫( تنجڠ‬tanjung)
• Huruf saksi alif (‫ )ا‬tidak digunakan pada
hujung perkataan

Kaedah “ejaan Jawi lama” dikaitkan dengan bunyi sebutan “panjang dan pendek”,
akibat pengaruh daripada kaedah ejaan Arab. Lama-kelamaan, istilah tersebut tidak lagi
digunakan kerana orang Melayu sebagai penutur natif bahasa Melayu tahu bahawa istilah
tersebut tidak tepat (Za’ba, 1940). Bagi “ejaan Jawi kini”, bunyi yang panjang akan
ditambahkan huruf saksi manakala bagi bunyi yang pendek tidak ditambahkan huruf saksi. Di
samping itu, penggunaan kaedah ejaan lazim iaitu kaedah mengeja perkataan berdasarkan
suku kata terbuka atau tertutup dan dieja mengikut huruf vokal (a, e, i, o, u, ә untuk Rumi
atau huruf alif (‫)ا‬, wa (‫ )و‬dan ya (‫ )ي‬untuk Jawi) turut digunakan. Dengan penggunaan kaedah
ejaan lazim, sistem ejaan Jawi semakin mantap kerana telah mempunyai identiti sendiri bagi
mengeja perkataan bahasa Melayu dengan lebih tepat.

SENARAI ISTILAH LAMA DAN CADANGAN ISTILAH BAHARU

Menerusi kajian ini, beberapa istilah lama yang sukar difahami telah ditemui dalam Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1. Sehubungan itu, satu senarai cadangan istilah terkini telah
dihasilkan bagi memahami istilah tersebut.

Jadual 9: Senarai istilah lama dan cadangan istilah baharu (sumber: Pengkaji (2021))

Istilah Lama Cadangan Istilah Istilah Lama Cadangan Istilah


Baharu Baharu
lidah Melayu sebutan Melayu di-ansor diubah

36
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

huruf saksi huruf vokal berbetulan selaras


membatang huruf membunyikan huruf perkataan bersatu perkataan bersambung
permulaan nama kata nama bunyi kasar huruf vokal a,e,o
orang
huruf benar huruf konsonan merangkai perkataan menyambung
perkataan
kaedah huruf saksi kaedah huruf vokal bunyi berkait rapat diftong
telor pelat cawangan kumpulan
bunyi lepas suku kata terbuka lima jenis besar lima jenis utama
bunyi berpadu suku kata tertutup fasal perkara
dibubuhkan diletakkan nama pengganti ganti nama
melarat merebak/meluas menggalurkan menghuraikan
perkataan perkataan
ejaan tua ejaan lama perkataan memakai perkataan berimbuhan
berkacau keliru penambah
kejadian perkataan pembentukan bunyi halus huruf vokal i,u,ә
perkataan
melekat kekal bunyi berkait vokal rangkap
renggang

Cadangkan istilah baharu ini dikemukakan bertujuan membantu pembaca atau


pengkaji seterusnya untuk memahami maksud perkataan tersebut dalam konteks ayat yang
digunakan oleh Za’ba.

KESIMPULAN

Hasil penelitian dalam kajian ini dapat dirumuskan seperti yang berikut:

i. Sistem ejaan Jawi berkembang dan berubah secara beransur-ansur (berevolusi) dalam
rangka melengkapkan fungsinya sebagai sistem ejaan bahasa Melayu namun,
perubahan tersebut tidak melibatkan penghapusan kepada sistem sebelumnya tetapi
lebih bersifat penyempurnaan.
ii. Terdapat perbezaan dan persamaan antara sistem ejaan Jawi sebelum tahun 1940-an
dengan sistem ejaan Jawi selepas tahun 1940-an, namun “ejaan Jawi lama” masih
boleh difahami kerana perbezaan tersebut tidak terlalu ketara.
iii. Masih terdapat ejaan pegaruh Arab seperti penggunaan tanda baris dalam ejaan Jawi
Za’ba.
iv. Penggunaan kaedah ejaan lazim iaitu mengeja perkataan berdasarkan suku kata
menunjukkan bahawa ejaan Jawi Za’ba telah menerapkan ciri-ciri ejaan bahasa
Melayu.
v. Bilangan huruf Jawi ialah 33 huruf, yang terbahagi kepada tiga huruf saksi (huruf
vokal) dan 30 huruf benar (huruf konsonan). Di samping itu, setiap huruf Jawi
mempunyai padanan dengan huruf Rumi namun, ada huruf yang boleh dipadankan
kepada lebih daripada satu huruf Rumi.

37
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

vi. Huruf saksi Jawi ada tiga iaitu alif ( ‫) ا‬, wa ( ‫ ) و‬dan ya ( ‫) ي‬. Dari segi penulisan huruf
alif ( ‫ ) ا‬tidak disertakan dengan hamzah ( ‫ ) أ‬kerana huruf hamzah (‫ ) ء‬berfungsi
sebagai huruf benar.
vii. semua huruf Jawi dikategorikan sebagai huruf benar dalam “ejaan Jawi lama” tetapi
huruf Jawi dalam “ejaan Jawi kini” terbahagi kepada huruf saksi dan huruf benar.
viii. terdapat 14 huruf pinjaman dalam tulisan Jawi yang berfungsi untuk mengeja
perkataan pinjaman mengikut bunyi sebutan Melayu, namun huruf qaf ( ‫ ) ق‬yang
bukan huruf jati Melayu telah diterima untuk mengeja bunyi sebutan Melayu jati [k]
di samping berfungsi mengeja perkataan pinjaman.
ix. Istilah bunyi panjang dalam konteks sebenar adalah tidak wujud dalam sebutan bahasa
Melayu, namun istilah tersebut digunakan dalam penulisan Jawi kesan daripada
pengaruh ejaan Arab.

Tuntasnya, dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan tentang sistem ejaan
Jawi terdahulu. Kajian ini juga telah memberi gambaran tentang perubahan bentuk dalam
kaedah ejaan Jawi. Maklumat seumpama ini, amat berguna kepada para penyelidik dan
pembelajar Jawi kerana salah satu prasyarat untuk mengkaji manuskrip Melayu adalah
berkebolehan untuk membaca Jawi lama. Di samping itu, dapatlah dinyatakan bahawa, tulisan
Jawi telah mengalami banyak perubahan dari zaman ke zaman, sama ada dari segi kaedah
ejaan, penggunaan tanda baris, huruf saksi (vokal), huruf benar dan juga sistem ejaannya
sendiri. Perubahan dalam sistem penulisan Jawi ini banyak memberi manfaat dalam
memantapkan bahasa Melayu sendiri.

RUJUKAN

Ab. Halim Mohamad. (2017). Penggunaan vokal Alif pada suku kata terbuka akhir perkataan
dalam sistem tulisan Jawi. Jurnal AL-ANWAR 4(2), 47-59.
Ahmad Faisal Abdul Hamid & Faizuri Abdul Latif. (2014) Sejarah perkembangan tulisan
Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun 9 (2), 1-15.
Ahmad, S., Othman, H., Afkari, R., Rusdi, M., & Abdul Rahim, M. H. (2012). Cabaran
semasa tulisan Jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal of
Techno-Social, 4(2). Diperoleh daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.
php/JTS/article/view/1431
Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa
Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin, Sabarina Othman. (2020). Jom Jawi:
Meningkat penguasaan bahasa Jawi di kalangan murid sekolah rendah mengguna
media interaktif. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2 (3), 212-230.
Hashim Musa. (2006). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Edisi ke-2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac
2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

38
UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research
Volume 1, Issue 3, 2021

Makmur Harun & Muhammad Bukhari Lubis. (2015). Pengajaran tulisan Jawi kaedah Za’ba
dan Matlob. Diperoleh daripada http://dx.doi.org/10.13140/RG.2.1.5059.2727c.
Melvina Chung Hui Ching. (2021). Tahap penerimaan Google Jamboard sebagai alat digital
dalam e-Pembelajaran: satu kajian. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 9
(2). Pp. 34-45.
Mohd. Alwee Yusoff. (2005). Perkembangan tulisan Jawi dan aplikasinya dalam masyarakat
Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, 23-38.
Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun, Alizah Lambri & Misnan Jemali. (2019)
Pengajaran literasi membaca dan menulis. Tanjong Malim: Penerbit Mentari.
Naquiah Nahar & Jimain Safar (2016). Amalan pengajaran Jawi dalam pendidikan
masa kini: Suatu tinjauan. Tinta artikulasi membina ummah 2(2), pp. 70-85,
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan pen-
dalam bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. Journal of Language Studies
57 9(2), 57-72. Diperoleh daripada http://www.ukm.my/ppbl/Gema
Norizan Mat Diah & Nor Azan Mat Zin (2013) Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas
Jawi bagi kanak-kanak prasekolah. Esteem Academic Journal, 9 (2). pp. 28-38.
Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi Abdul Kadir & Huda Afiqah Hashim.
(2019). Pemerkasaan tulisan Jawi dahulu dan kini. BITARA 2 (1), pp. 29-37
Wan Mohd Azhar Wan Mahamod & Abdul Ghafar Don. (2016). Keistimewaan kaedah Jawi
sebagai metode dakwah untuk pembelajaran al-Quran yang berkesan: kajian ke atas
skrip Jawi. Al-Hikmah 8(1), 43-52.
Zainal Abidin Ahmad. (1947). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Cetakan keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu.

39

Anda mungkin juga menyukai