Anda di halaman 1dari 3

Aspek : Pergerakan

Berdasarkan video tari kontemporari yang yang saya tonton yang berjudul “Wirama”

yang berdurasi 8:20 minit ini saya lebih tertarik dengan pergerakan penari dalam karya ini.

Gambar 1

Berdasarkan gambar 1 menunjukkan koreografer menekankan pergerakkan penari

menggunakan upper body pada permulaan karya ini. Pada permulaannya penari perempuan

menggunakan pergerakan memegang kain dengan tangan kanan pada 0:00 saat hingga 1:20

minit. Tidak lama kemudian penari lelaki masuk dari kiri penonton dengan menggunakan

pergerakan seperti tarian jawa pada minit yang ke 0:57 saat hingga 0:59 saat. Penari lelaki

yang kedua menggunakan pergerakan yang agak lebih agresif lagi. Yang muncul dari atas

pentas pada minit yang ke 1:02 minit.


Gambar 2

Gambar 2 menunjukkan semua penari berkumpul di tengah pentas sambil membuat

pergerakan yang spontan. Pada minit yang 1:44 minit hingga 3:30 minit semua penari

menggunakan pergerakan yang sama. Semua penari menggunakan gerakan yang sama dan

tenaga yang sama.

Gambar 3
Gambar 3 menunjukkan penari menari dalam bulatan sambil mebuat pergerakan yang sama

ini dapat dilihat pada minit yang 2:31 hingga 2:51 minit. Penari juga banyak menggunakan

high level semasa menari dalam bulatan. Pergerakan ini menunjukkan mereka bersatu hati

dalam apa jua halangan yang datang.

Gambar 4

Berdasarkan gambar 4 ini menunjukkan mereka tetap bersatu dalam berkumpulan. Ini dapat

dilihat dari pergerakan mereka yang layaknya seorang pahlawan ini dapat dilihat pada 8:14

hingga 8:20 minit. Pergerakan ini dapat dilihat pada hujung karya ini. Bukan sahaja dari

pergerakan mereka namun dari ekspresi muka penari juga menunjukkan mereka adalah

bersatu hati dan agresif.

Anda mungkin juga menyukai