Anda di halaman 1dari 1

MAKHLUK PERTAMA

MENDIAMI BUMI

Kejadian Jin Menurut al-


Quran Apabila kita
menyebutkan rupa bentuk
jin, sudah pasti yang
terbayang dalam kotak
fikiran kita adalah makhluk
yang mengerikan, dan tidak
mempunyai jasad.

Ada kemungkinan yang


besar bahawa makhluk
purba yang hidup secara
primitif yang disebutkan
oleh cendekiawan barat
adalah dari kalangan jin
berkenaan.

Darwin mendakwa manusia berasal dari sejenis


Chimpanze yang mengalami perubahan atau
perkembangan (evolusi), sedangkan menurut
Dr. Mohd. Zohdi Mohd Amin, Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
kenyataan itu sangat bertentangan dan
bercanggah dengan ajaran agama Islam
mahupun Kristian.

Golongan jin yang mendiami bumi ketika


itu terbahagi kepada tiga kategori
berdasarkan kepada nas-nas dalil hadis
Nabi s.a.w. Kategori pertama mempunyai
bentuk fizikal yang zahir. Kategori kedua
mempunyai bentuk fizikal yang ghaib dan
ringan. Manakala yang ketiga mempunyai
bentuk fizikal yang ghaib dan mirip kepada
manusia.

Makhluk jin yang mula-mula dicipta adalah al-


Jan, yang merupakan bapa kepada semua jin
sebagaimana Adam a.s. sebagai bapa kepada
seluruh manusia. Dalam sebuah hadis dari Aisyah
r.ha. Baginda s.a.w. bersabda, “Malaikat
diciptakan daripada cahaya, al-Jan dicipta dari
lidah api yang menjulang- julang, manakala
Adam dicipta dari apa yang telah disifatkan
kepada kamu”. (HR Muslim).

Ironinya, dari apa yang kita bincangkan di


atas, sesungguhnya makhluk sebelum nabi
Adam merupakan perkara ghaib. Tiada dalil
dari al-Quran mahupun al-Hadis yang
menjelaskan secara terperinci tentang
perkara ini. Apa yang disebutkan di atas
adalah berasal dari pelbagai sumber yang
terhad. Walaupun begitu, sebagai umat
Islam kita wajib mengakui bahawa
kekuasaan Allah itu melangkaui pemikiran
manusia.

Anda mungkin juga menyukai