Anda di halaman 1dari 3

Cabaran Insan Sejahtera Terhadap Masyarakat

Pembangunan modal insan bukan perkara yang mudah dan untuk menanamkan sifat dan
nilai-nilai yang murni ianya perlu dilakukan dari langkah yang paling awal bermula dari usia
yang muda sehingga mati. Kajian kualiti hidup dikatakan sebagai penting untuk menentukan
kualiti hidup masyarakat dan terdapat tiga falsafah yang menentukan kualiti hidup
masyarakat iaitu ciri kehidupan yang sejahtera, kepuasan pilihan dan pengalaman individu.
Kualiti hidup ini sangat luas dan mendalam sehingga terdapat banyak tarif tentangnya dan
secara keseluruhannya ianya boleh dikatakan sebagai pembangunan yang menyeluruh
meliputi aspek kebendaan, ekonomi, fizikal, sosial, nilai-nilai murni dan sebagainya.

Kesejahteraan masyarakat adalah tonggak penting dalam sesebuah intutisi dan juga negara.
Ianya akan membantu negara untuk menjadi negara yang membangun serta membantu untuk
menjadikan negara tersebut berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Namun adalah
langkah dan juga inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia cukup untuk
memastikan pembangunan modal insan di negara kita untuk menjadi insan sejahtera. Jika
dilhat pada pelan dan pelaksanaan yang kerajaan telah lakukan kebanyakkannya hanya fokus
dan mementingan pembangunan yang hakiki atau fizikal, manakal pembangunan sosial
seperti tidak diberikan perhatian. Menurut kepada Haryati, Sharifah & Zakila (2009),
pembangunan modal insan di Malaysia hanya berkisarkan tentang pendidikan dan kemahiran
dan tidak fokus secara menyeluruh dimana pembangunan modal insan sepatutnya dilengkapi
dengan nilai-nilai murni. Walaupun Malaysia telah membangun dengan pesat sekali dengan
adanya prasarana dan kemudahan kelas pertama namun pembangunan modal insan masih lagi
ketinggalan jauh dan tidak menjadi antara fokus utama negara. Kerajaan sepertinya
memandang remeh tentang pembangunan modal insan dari segi sosial dimana nilai murni
tidak dititik beratkan. Boleh dikatakan bahawa seperti hangat-hangat tahi ayam, kerajaan
hanya membuat pelaksanaan seperti hanya untuk menyukupkan syarat seperti pendidikan
sivik di sekolah menengah yang hanya diajar ketika tingkatan satu dan kemudiannya
dilupakan. Adakah ini akan membantu melahirkan insan sejahtera.

Selain itu, cabaran yang lain adalah dimana pembangunan yang pesat, menjadikan
terdapatnya kesan negatif yang boleh dilihat dari segi sosial dimana kes-kes yang berkaitan
dengan masalah sosial dikalangan remaja seperti menagih dadah, merempit, lumba haram dan
sebagainya telah meningkat. Didalam era pembangunan yang sangat pesat pada hari ini
dengan adanya teknologi yang berkelas pertama dan sambungan internet dimana-mana
sahaja, jenayah semakin berleluasa sama ada secara nyata atau menerusi alam maya. Pada
satu masa dahulu buli hanya berlaku secara nyata, namun hari ini “cyberbully” berlaku lebih
banyak sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan juga kes jenayah seperti membunuh
diri, ugutan membunuh dan sebagainya. Statistik juga cukup mengejutkan kita semua apabila
remaja masa kini berada di usia awal 13 tahun sudah mengenali pornografi dan 80 peratus
remaja masa kini sudah melayari laman sesawang lucah (Intan, 2017). Ini cukup
menyedihkan kita semua apabila ianya akan menyebabkan peningkatan kes sumbang
mahram, rogol, khalwat dan sebagainya yang akan membinasakan negara. Jika dahulu kita
katakan bahawa dadah adalah musuh negara, kini pornografi juga antara perkara yang sangat
membimbangkan kita semua.

Seterusnya,antara cabaran yag besar adalah amalan rasuah yang semakin berleluasa di
Malaysia, lagi-lagi dikalangan penjawat awam. Dengan kurangnya pembangunan modal
insan yang holistik serta pemahaman yang mendalam berkaitan dengan nilai-nilai murni, ini
menjadikan kes rasuah semakin meningkat di Malaysia. Pada tahun 2018 Malaysia berada di
tangga yang ke 61, manakala pada tahun 2019 Malaysia naik ke tangga yang ke 51 daripada
180 buah negara (Luqman, 2020). Namun, ini masih lagi sesuatu yang sangat mengusarkan
kita kerana banyak perkara yang buruk berlaku dengan amalan rasuah di negara kita
sepertinya peningkatan pendatang tanpa izin yang masuk ke Malaysia dengan membayar
rasuah kepada pegawai immigration, kualiti servis atau projek yang diambil dengan rasuah
dan sebagainya. Menurut kepada Haryati, Sharifah & Zakila (2009), Wawasan 2020 juga
tidak menekan tentang pembangunan modal insan walaupun satu cabaran daripada sembilan
cabaran tersebut merujuk kepada pembangunan fizikal.

Pembangunan modal insan di Malaysia terdapat kelemahan yang hanya berkisar pendidikan
dan kemahiran untuk mendapatkan jawatan selepas belajar sehingga melupakan tentang
modal insan yang mempunyai set nilai murni yang baik yang akan membina peribadi
manusia yang bagus. Ini menyebabkan banyak masalah pada masa kini dan juga masa
hadapan kerana remaja masa kini akan menjadi tunggak pemimpin masa yang akan datang
untuk negara. Jika pemimpin masa depan sedang bergolak dan bergelut dengan masalah dan
cabaran ini, bayangkanlah bagaimana keadaan negara kita pada masa yang akan datang nanti.
Kerajaan perlu memperhalusi dan mendalami tentang kepentingan pembangunan modal insan
secara holistik dan bukan sahaja menumpukan pada pendidikan dan kemahiran.

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman. (2009). Pembangunan
Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International
Conference On Human Capital Development (Iconhcd 2009), 25-27 May 2009,
Kuantan, Pahang Isbn 978-967-5080-51-7

Intan Mas Ayu Shahimi. (2017, Ogos 23). Statistik mengejutkan. Metro. Diambil dari
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/256820/statistik-mengejutkan
Luqman Arif Abdul Karim. (2020, Januari 23). CPI 2019: Malaysia lonjak ke tangga 51.
Diambil dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649272/cpi-2019-
malaysia-lonjak-ke-tangga-51

Anda mungkin juga menyukai