Anda di halaman 1dari 5

SHPE 1033 - (KESELSMATAN DAN PENGURUSAN BENGKEL)

SEMESTER 1, 2022/2023

INDIVIDUAL REFLECTION WRITING

CLASS : 1 SHPAH

GROUP : 3

NAMA: NO MATRIKS

DANISH HAKIMI BIN NOOR HAFIZI A22HP0037

DISERAHKAN KEPADA:

Dr Nurul Aini / Dr Maryam


REFLEKSI DIRI

Pada tarikh 9 Januari 2023, pelajar Universiti Teknologi Malaysia tahun 1 kursus SHPAH di
bawah subjek Keselamatan dan Pengurusan Bengkel kod SHPE-1033 telah membuat sebuah
lawatan tapak ke Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang , Johor dengan tujuan untuk mengkaji,
mempelajari dan memerhati kerja kerja bengkel yang dilakukan di dalam bengkel serta
menganalisis aktiviti yang dilakukan di dalam bengkel dari aspek keselamatan dan kesihatan dan
punca punca hazard.

Pelajar bertolak dari kampus Univerisiti Teknologi Malaysia ke Politeknik Ibrahim Sultan
dengan menaiki bas pada jam 8.00 pagi. Semasa dalam perjalanan 40 minit ke Pasir Gudang,
pelajar telah diberikan tugasan kuiz yang diberikan oleh pensyarah di portal e-learning Universiti
Teknologi Malaysia. Kuiz tersebut menekankan pelajar untuk mengenal pasti hazard-hazard yang
tertera dalam gambar pada soalan. Daripada gambar rajah tersebut, saya telah berjaya mengenal
pasti 9 jenis dan punca berkemungkinan hazard. Antaranya ialah lantai bengkel yang basah ,
pekerja tidak mamakai PPE dan mencampak alatan tangan.

Setelah tibanya kami di Politeknik Ibrahim Sultan. Pelajar dengan teratur bergerak ke sebuah
dewan kuliah untuk diperkenalkan kepada salah seorang pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan,
Encik Chok. Encik Chok kemudiannya menerangkan kepada kami tentang sejarah OSH, konsep,
perundangan, objektif dan sebagainya dalam bentuk slide. Darpada sesi ini, banyak yang saya
peroleh contohnya, perundangan yang telaj digubal pada 25 Februari 1994 yang juga dikenali
sebagai Act 514. Akta ini merupakan garis panduan yang digunakan oleh syarikat untuk
menngamalkan polisi keselamatan dan kesihatan. Daripada memahami garis panduan ini dengan
lebih mendalami, saya dapat menyimpulkan bahawa terdapat beberapa perkara yang harus
sentiasa diambil berat semasa kerja bengkel untuk mengelakkan sebarang kemalangan di mana
kita perlu bertanggungjawab. Saya juga telah lebih memahami dan akan lebih berhati hati semasa
menjalankan tugas supaya tidak dikenakan hukuman seperti yang tertera pada section 19 atau
section 24. Antara perkara lain yang telah saya fahami dengan lebih jelas ialah :
● Sejarah OSHA
● Konsep
● Perundangan dalam keselamatan kesihatan pekerjaan
● Kepentingan keselamatan di tempat kerja
● Kewajipan majikan terhadap pekerja
● Objektid OSHA 1994
● Tanggungjawab majikan (seksyen 15-19)
● Tanggungjawab pekerja (seksyen 24-27)

1
● Organisasi yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan di Malaysia

Seterusnya, setelah selesai taklimat awal dan penyampai daripada Encik Chok tentang latar
belakang OSH, pensyarah bimbingan kami Dr Nueul Aini dan Dr Maryam telah membentuk
lima kumpulan dalam setiap kursus. Kumpulan 1 dan 2 bergerak ke makmal telekomunikasi,
kumpulan 3 dan 4 bergerak ke bengkel ceramic dan kumpulan 5 dan 6 bergerak ke bengkel
fooundry. Saya yang merupakan ahli kumpalan 3 telah menjalankan analisis kami di bengkel
ceramic daripada melihat proses pembentuk seramik dari mula hingga akhir serta mengenal pasti
hazard hazard yang ada.

Selanjutnya, Dr Maryam telah menyerahkan Hirarc Form untuk kami isi sepanjang
pemerhatian kami di seksyen masing-masing. Dengan kefahaman yang sedia ada, Hirarc Form
adalah bertujuan untuk mengenal pasti hazard dan kawalan risiko serta mengawal hazard yang
ada pada tempat kerja. Hirarc Form perlu diisi untuk mengenal pasti hazard yang ada pada
tempat kerja. Dengan berbuat demikian, pekerja dapat menjadi lebih peka dan cakna tentang
persekitaran mereka untuk melakukan kerja supaya lebih berhati-hati. Di samping itu, dapat juga
membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri pekerja untuk melaporkan dan memainkan
peranan mereka jika dapat mengenal apa apa risiko atau hazard di tempat kerja.

Sepajang aktiviti seramik dijalankan , dari pembuatan acuan, molding dan pembersihan,
kami perlu mengenal pasti segala hazard yang ada sepanjang aktiviti berlangsung. Kami juga
perlu membentangkannya pada akhir sesi. Dalam borang Hirarc, kumpulan saya beryajaya
mengenal pasti enam aktiviti kerja serta hazard:

❖ Aktiviti kerja serta hazard


- Menuang acuan - tapak acuan yang mudah jatuh
-Membasuh bekas dan alatan - sumber air yang berdekatan suis elektrik
-Susunan wayar - wayar berbelit dan menjular
-Membuat kerja di tepi longkang - lomngkang yang dalam tanpa penutup
-Membancuh acuan - percikan acuan
-Pergerakan keluar masuk ke bengkel - roller shutter

❖ Langkah keselamatan yang disarankan


-Mengetatkan ikatan pada acuan
-keringkan tangan sebelum menyetuh perlatan elektrik

2
-ikat dan susun wayar
-menutup longkang dengan penutup longkang
-memakai goggle
-menyelenggara roller shutter

Setelah selesai pembentangan dan kesuluruhan aktiviti kami di Politeknik Ibrahim Sultan,
saya berasa amat bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk melihat dengan mata sendiri
cara-cara pembuatan seramik tetapi lebih penting lagi berupaya untuk mengenal pastik
risiko-risiko bahaya dan kemalangan sepanjang program ini. Saya juga kini akan menjadi lebih
peka terhadap persekitaran pekerjaan serta menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kawalan
hazard dan risiko di tempat kerja hasil daripada pengalaman saya sepanjang program ini. Selain
itu pengenalan yang lebih mendalam kepada OSHA juga merupakan perkaran penting yang saya
pelajari dalam program. Pada pendapat saya, OSHA, Hazard dan Hirarc merupakan
pekrara-perkaran penting yang perlu dipraktikkan oleh semua orang dan ilmu ini harus
disampaikan kepada generasi akan datang.

Sebelum saya mengakhiri sesi refleksi ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia terutama sekali Dr Nurul Aini dan Dr Maryam atas
bimbingan mereka serta peluang yang diberikan sepanjang program ini dijalankan. Program di
luardewan kuliah seperti ini amatlah membantu saya sebagai seorang visual learner untuk lebih
memahami tajuk OSHA. Akhir sekali saya berharap agar ilmu yang diperolehi daripada program
ini dapat saya gunakan pada masa kini dan akan datang agar dapat membentuk diri saya bukan
sahaja menjadi seorang tenaga pengajar yang baik tetapi seorang manusia yang
betrtanggungjawab dan berilmu yang boleh menyumbang kepada masyarakat.

3
APPENDICES

Anda mungkin juga menyukai