Anda di halaman 1dari 2

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN

DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO: TAHUN 2019

ANTARA

**********

(NO. K/P:******-**-****) …PLAINTIF

DAN

**********

(NO. K/P:******-**-****) …DEFENDAN

PENYATA SAKSI PLAINTIF

NAMA AHMAD RAFAIE BIN RAMLI


NO. K/P 850228-05-5011
UMUR 37 TAHUN
JAWATAN PENGURUS
NO. 12, JALAN MARKISA 3, TAMAN MEMANCING ISTANA
ALAMAT
BUNIAN, 71800 BANDAR BARU ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Dengan izin Tuan Hakim,
Berikut adalah penyataan Saksi bagi Plaintif:

1. S : Boleh Encik perkenalkan diri kepada Mahkamah


J : Nama saya ialah Ahmad Rafaie bin Ramli

2. S : Adakah Encik faham tujuan Encik hadir ke Mahkamah pada hari ini?
J : Ya, saya faham. Tujuan saya hadir di Mahakamah pada hari ini adalah untuk memberikan
keterangan berkenaan tuntutan hak-hak Plaintif ke atas Defendan. Saya dipanggil untuk
menjelaskan tentang hubungan saya dengan Defendan.

3. S : Sudah berapa lamakah Encik mengenali Defendan?


J : Saya sudah mengenalinya selama lebih kurang 5 tahun

4. S : Boleh ceritakan pada Mahkamah bagaimana Encik mengenali Defendan?


J : Saya mula mengenali Defendan tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai rakan sekerja
di syarikat penerbangan AirAsia Berhad. Saya bekerja sebagai Pengurus di sebuah
bahagian dalam syarikat manakala Defendan pula adalah seorang pramugari.

5. S : Bagaimana pula dengan hubungan Encik dengan Defendan? Boleh ceritakan dengan
lebih lanjut?
J : Sejak berkenalan, hubungan kami mulai rapat. Kami kerap makan bersama kerana
kebetulan kami juga bekerja di tempat yang sama. Pada waktu cuti pula, kami sering keluar
bersama

Anda mungkin juga menyukai