Anda di halaman 1dari 3

IDGHAM

Makna = Dari segi Bahasa bermaksud memasukkan satu huruf ke dalam huruf
lain. Dari sudut Istilah pula bermaksud menyebut 2 Huruf dengan satu Huruf yang bertanda
Tasydid.

Bahagian = Bagi Idgham terdapat 4 jenis hukum iaitu :


1. Idgham Mutamasilain : Pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya
2. Idgham Mutaqaribain: Pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan
makhrajnya, atau salah satu daripada sifat dan makhrajnya
3. Idgham Mutajanisain : Pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan
sifatnya
4. Idgham Mutaba’idain : Pertemuan dua huruf yang kedua-duanya berbeza dari segi sifat
dan makhrajnya

Sub-Bahagian = Setiap bahagian mempunyai 3 sub-bahagian iaitu :


i. Idgham Saghir – Huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris

ii. Idgham Kabir – Huruf pertama dan kedua berbaris

iii. Idgham Mutlak – Huruf pertama berbaris dan huruf kedua sukun.

Tujuan = Untuk membuat perbandingan antara 4 hukum idgham di atas dengan sifat
dan makhraj huruf. Ini kerana sifat dan makhraj huruf menjadi pengukur utama dalam
menentukan hukum 4 jenis idgham tersebut.

1. IDGHAM MUTAMASILAIN
Makna = Mutamasilain bermaksud ‘serupa’. Iaitu pertemuan dua huruf yang sama
sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya)
Huruf =
‫د‬ ‫ت‬ ‫ب‬
1. ‫ ب‬bertemu ‫ب‬
2. ‫ ت‬bertemu ‫ت‬
3. ‫ د‬bertemu ‫د‬
Hukum = Hukum adalah wajib diidghamkan.
Bahagian = Terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Mislain Saghir (Kecil)
2. Mislain Kabir (Besar)
3. Mislain Mutlak

1.1 Mutamasilain Shaghir


Makna = Huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris.
Contoh = (Al-Baqarah : 60)
Hukum = Wajib Idgham

1.2 Mutamasilain Kabir


Makna = Huruf pertama dan kedua berbaris
Hukum = Wajib Izhar
Contoh = (Al-Baqarah : 131)
1.3 Mutamasilain Mutlak
Makna = Huruf pertama berbaris dan huruf yang kedua sukun.
Hukum = Wajib Izhar

2. IDGHAM MUTAQARIBAIN
Makna = Mutaqaribain bermaksud ‘hampir’. Iaitu pertemuan dua huruf yang
berhampiran sifat dan makhrajnya, atau salah satu daripada sifat dan makhrajnya, seperti :
i. Berhampiran Makhraj dan Sifat Contoh : ‫ ل‬bertemu ‫ر‬
ii. Berhampiran Makhraj tidak Sifat Contoh : ‫ ق‬bertemu ‫د‬
iii. Berhampiran Sifat tidak Makhraj Contoh : ‫ ذ‬bertemu ‫ج‬

Bahagian = Terbahagia kepada 3 bahagian :


1. Mutaqaribain Saghir (Kecil)
2. Mutaqaribain Kabir (Besar)
3. Mutaqaribain Mutlak

2.1 Mutaqaribain Shaghir


Makna = Pertemuan dua huruf, pertama sukun dan kedua berbaris.
Hukum = Izhar
Contoh = (Al-Anfal : 48)

2.2 Mutaqaribain Kabir


Makna = Pertemuan dua huruf, pertama dan kedua berbaris.
Hukum = Wajib Izhar.
Contoh = (Yusuf : 33)

2.3 Mutaqaribain Mutlak


Makna = Pertemuan dua huruf, pertama berbaris dan kedua sukun.
Hukum = Wajib Izhar.
Contoh = (Yusuf : 10)

3. IDGHAM MUTAJANISAIN
Makna = Mutajanisain bermaksud ‘sejenis’ . Iaitu pertemuan dua huruf yang sama
makhrajnya tetapi berlainan sifatnya seperti:
o …….. bertemu ‫ث‬
o ……… bertemu ‫د‬
Bahagian = Terbahagi kepada 3 bahagian :
1. Mutajanisain Saghir (Kecil)
2. Mutajanisain Kabir (Besar)
3. Mutajanisain Mutlak
3.1 Mutajanisain Shaghir
Makna = Huruf pertama sukun dan kedua berbaris.
Hukum = Wajib Izhar, Kecuali 6 tempat yang harus dibaca idgham, iaitu:
1. Huruf ba dan sesudahnya huruf mim, seperti

2. Huruf ta dan sesudahnya huruf dal, seperti

3. Huruf ta dan sesudahnya huruf tha, seperti

4. Huruf tha dan sesudahnya huruf dzal, seperti

5. Huruf dal dan setelahnya huruf ta, seperti

6. Huruf dzal dan sesudahnya huruf zha, seperti

Contoh = (AlHijr : 7)

3.2 Mutajanisain Kabir


Makna = Kedua-dua hurufnya berbaris.
Hukum = Wajib Izhar.
Contoh = (Ali ‘Imran : 7)

3.3 Mutajanisain Mutlak


Makna = Huruf pertama berbaris dan kedua sukun.
Hukum = Wajib Izhar.
Contoh = (Yunus : 106)

4. IDGHAM MUTABA’IDAIN
Makna = Mutaba’idain bermaksud pertermuan dua huruf yang kedua-duanya
berbeza dari segi sifat dan makhrajnya.
Contoh = (Mukminun : 22)

Anda mungkin juga menyukai