Anda di halaman 1dari 2

ePemula

• 

RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
• 

Untuk warga Malaysia berumur 18-20 tahun /
pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
Apakah itu ePemula?
• Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah
diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:
• Meringankan beban kewangan belia;
• Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan
belia; dan
• Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan
zikal
• Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat
Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
• Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk
kredit e-tunai
• Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022
sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan
sehingga 10 Jun 2022
Siapakah yang layak untuk mendapat
ePemula?
• Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut
kelayakan berikut:
• Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada
tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
• Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke
atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia
yang berdaftar dengan kementerian terlibat
fi
• Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar
dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
Bagaimanakah cara untuk memohon
untuk ePemula?
• Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
• Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google
Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-
tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay,
dan Touch ‘n Go eWallet
• Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang
disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai
akan membuat veri kasi identiti pengguna secara elektronik
• Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang
diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
• Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
• Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada
satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai
masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit
ePemula
• Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula
fi

Anda mungkin juga menyukai