Anda di halaman 1dari 37

ISU-ISU KEWANGAN

ISLAM
Sambungan isu 4 & isu 5
MINGGU 4
ISU 4: e-wallet
https://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/453-aplikasi-e-wallet-adakah-ia-mematuhi-syariah

https://audit.upm.edu.my/artikel/aplikasi_e_wallet_adakah_ia_mematuhi_syariah-55421

Apabila konsep wang elektronik (e-money) @ pembayaran elektronik (e-payment) diperkenalkan, ia mempercepatkan banyak
transaksi tradisional. Pengguna tidak perlu beratur panjang untuk tujuan pembayaran bil, yuran dan pemindahan, sebaliknya
cukup melayari aplikasi atau web pembayaran bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Definisi e-money: alat pembayaran digital berbentuk wang yang tersimpan dalam media elektronik tertentu

e-money adalah alternatif elektronik untuk wang tunai. Memiliki nilai kewangan yang disimpan secara elektronik pada waktu
penerimaan dana, dan digunakan untuk melakukan transaksi pembayaran.

Mudah faham“pengguna menggunakan wang tunai yang tersimpan dalam akaun dalam bentuk atas talian, dan digunakan
bagi tujuan pembayaran”. Contohnya, online banking untuk membayar bil elektrik, air, internet dsb.

Instrumen pembayaran….kad kredit, kad debit, cek [ 3 ni, disediakan oleh bank], e-money (disediakan oleh bank & bukan bank)
Payment system
in Malaysia

https://www.bnm.gov.my/types-of-paymen
t-systems
Senarai e-money di
Malaysia

https://www.comparehero.my/e-
wallet/articles/best-ewallet-
malaysia
Senarai e-money di Malaysia 2022
https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory
Jom Pay…?? Beza ke dengan e-money lain??
https://www.bankofchina.com.my/dam/en-my/service/self-service/payment-services/jompay/P020170523493914847934.pdf

Tersedia dalam online


banking semua
pelanggan
Kad kredit…e-money?
• Kad kredit merupakan contoh e-money yang
dikeluarkan oleh institusi perbankan
(konvensional/Islam) di Malaysia bagi tujuan
pembayaran.
• Pemegang lesen e-money di bawah institusi
perbankan di Malaysia
• Soalan…Bank Islam???
• E-dompet (E-wallet) diperkenalkan pemain teknologi yang
menjadikan sebarang bentuk pembayaran semakin mudah.
Pengguna perlu memiliki kod tersendiri dan pemindahan
kepada pihak lain hanya menggunakan kod. Pengguna dan
pedagang hanya perlu satu imbasan untuk memindahkan wang,
sekali gus berperanan seperti dompet tradisional. Apabila
pengguna membeli barang di kedai, pengguna memindahkan
wang daripada dompet mereka ke dompet pekedai dalam
bentuk maya
Beza pembayaran
menggunakan e-wallet,
kad kredit & kad debit
Isu syariah dalam e-wallet??

• E-wallet ditawarkan oleh


syarikat/institusi e-money
yang dilesenkan oleh BNM
• Syarikat/institusi ini
menggunakan wang berkaitan
untuk dilaburkan bagi tujuan
mendapat faedah
Contoh pelaburan e-wallet…

https://www.touchngo.com.my/terms-conditions/go-bonus-ret
urn-campaign/
https://www.myboost.com.my/terms/feature-terms-and-condi
tions/

Bagaimana dengan ini?

Isu timbul jika mission ditetapkan


melibatkan pembelian barangan tidak halal
https://www.sinarharian.com.my/article/
156280/bisnes/go-touchlsquo-n-go-ewall
https://www.facebook.com/668124716564583/posts/ewallet-p et-kini-patuh-syariah
atuh-shariahewallet-mana-yang-sudah-disahkan-patuh-syariahs
etakat-ini-s/3359249094118785/
Jika guna selain “e-wallet syariah” yang telah
dikenalpasti…adakah SALAH??
• Secara umumnya, perkhidmatan e-wallet ini tidaklah dilihat
mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip
syariah selagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli
adalah patuh syariah seperti tidak membeli arak yang
diharamkan.
• E-wallet…Ia boleh dikira sebagai akad moden yang diterima
oleh syariah. Walaubagaimanapun, ada beberapa isu yang
dibangkitkan sebagai peringatan kepada syarikat penyedia
e-wallet.
Beberapa peringatan dalam penggunaan e-
wallet…untuk tujuan mengelakkan isu syariah…
• Pertama, promosi bonus isi semula. Ada syarikat penyedia e-wallet
menawarkan bonus bagi setiap isian semula sebagai promosi
menggunakan e-wallet mereka. Isi RM100 dan dapat bonus tambahan
RM5. Adakah itu termasuk riba? Pada pandangan penulis, ia perlu
diperhalusi dengan tuntas. Adakah RM100 isian semula itu adalah
bentuk pinjaman pelanggan kepada syarikat penyedia e-wallet?
Sekiranya ia berbentuk pinjaman, maka RM5 bonus adalah dikira
faedah ke atas pinjaman tersebut dan sudah pasti ia bentuk riba yang
diharamkan. Walaubagaimanapun, penulis tidak melihat ia satu
bentuk pinjaman kerana syarikat penyedia e-wallet tidak mempunyai
apa-apa hak penggunaan terhadap isian semula tersebut. Ia tidak
sama seperti bank yang mempunyai hak untuk melakukan pelaburan
dan aktiviti yang dibenarkan
• Kedua, promosi yang bercanggah syariat. Ada syarikat penyedia e-
wallet menawarkan 'lucky draw' kepada pelanggan yang menggunakan
e-wallet mereka. Ia semata-mata menggalakkan pelanggan
menggunakan perkhidmatan e-wallet. Contohnya, mereka perlu
membayar RM1 dari e-wallet untuk menyertai satu 'lucky draw'.
Sekiranya menang, mereka akan menerima hadiah berupa gadjet
bernilai ribuan ringgit. Mereka yang tidak berjaya akan dipulangkan
kembali wang mereka ke dalam e-wallet masing-masing. Komitmen
walaupun RM1 untuk menyertai 'lucky draw' adalah satu bentuk
perjudian yang tidak dibenarkan walaupun ia dipulangkan kembali jika
tidak berjaya. Ia sama seperti menyertai perjudian tetapi tidak
mengeluarkan duit sendiri.

Bagaimana dengan SSP BSN??


Rumusan
• Kesimpulannya, perkhidmatan e-wallet tidaklah melanggar
prinsip syariah apatah lagi ia sebenarnya membantu
manusia memudahkan urusan hariannya.
Walaubagaimanapun, terdapat teknikal proses dan kaedah
promosi yang perlu diteliti oleh syarikat penyedia e-wallet
sekiranya ingin memastikan perkhidmatan mereka patuh
syariah.

• Rujukan tambahan
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6458991/ar2021_bm_bo
ok.pdf
ISU 5: MLM DALAM TRANSAKSI EMAS
• Multi-Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan
sistem pemasaran di mana individu yang dilantik oleh syarikat sebagai ahli
atau pengedar produk.
• Ahli atau pengedar produk syarikat ini akan diberikan kuasa bagi melantik
individu yang lain. Perkara ini dilakukan secara berterusan.
• Kemudian, kumpulan individu-individu membentuk rangkaian bagi menjual
produk syarikat. Individu di bawah dalam rangkaian ini dikenali sebagai
downline dan individu di atas dikenali sebagai upline.
• Individu-individu ini memperoleh pendapatan komisen, bonus dan insentif
daripada jualan peribadi dan over-riding bonus dari jualan ahli atau
pengedar di bawahnya (KPKDNKK 1993)
• Berikutan luas dan banyaknya pengamalan MLM di Malaysia, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat satu garis panduan
peniagaan jualan langsung secara MLM menurut Syari’ah. Garis
panduan ini telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18
Jun 2011.

• Garis panduan ini ada menegaskan bahawa produk MLM tidak boleh
terdiri dari barangan ribawi seperti emas (JAKIM 2013). Ini kerana
bagi mengelakkan penindasan berlaku akibat dari berlakunya
perubahan nilai emas.
Garis Panduan Urus Niaga Barang Ribawi
Kaedah Serahan dalam Urus Niaga Emas
secara Pos
Isu-Isu dalam MLM Emas
Bagaimana berlaku situasi
ini dalam MLM
Public Gold…Easy Payment Plan (EPP)?

PUBLIC GOLD (gappublicgold.co


m)
Isu 6_Bayaran dan Agihan Zakat Merentas Sempadan

• Bayaran zakat…
https://azka.zakat.com.my/2021/kutipan-zakat-rentas-sempadan-teori-
fiqh-dan-realiti-di-malaysia/

• Agihan Zakat…
https://www.academia.edu/25994455/PEMIKIRAN_SYEIKH_MUHAMM
AD_ARSYAD_AL_BANJARI_BERKAITAN_ISU_LOKALITI_DAN_PEMINDAH
AN_ZAKAT_ANALISIS_TERHADAP_KITAB_SABIL_AL_MUHTADIN
Bayaran Zakat Luar Sempadan
• “Adalah diakui bahawa memang wujud kegiatan daripada pihak
tertentu yang menjalankan usaha mengutip zakat di luar daripada
batas sempadan negeri atau negara mereka. Maka, sudah pastilah hal
ini akan mencetuskan beberapa persoalan”
• Misalnya, apakah hukumnya bagi mereka yang menjalan usaha
mengutip zakat di luar daripada batas sempadan mereka? Kedua,
apakah hukumnya pula bagi orang yang menunaikan zakat kepada
mereka? Ketiga, adakah hal ini bercanggah dengan ketetapan syarak
dan apakah ketetapan fatwa mengenainya? Adakah ia juga sah atau
tidak?”
Mengapa Isu ini timbul??
• dalam konteks Malaysia ia sudah tentu menimbulkan konflik apabila
diamati dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen
negeri contohnya Seksyen 16 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen
2011/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d
8b3/f1311f431cd9caae48257082001a87c9?OpenDocument
Jika bayar juga merentas
sempadan??
Apa hukum zakat rentas sempadan??
• Pada asasnya, ulama telah berbeza pandangan tentang masalah pemindahan zakat
ini.
• Menurut al-Layth, Abu Hanifah dan pengikutnya dan merupakan pandangan yang
dinaqalkan oleh Ibn Mundhir daripada al-Syafi’I menyatakan bahawa
memindahkan harta zakat adalah harus (memindahkan bayaran zakat keluar dari
tempat harta tersebut berada).
• pandangan yang kuat dalam golongan Syafi’iyyah, Malikiyyah dan Jumhur adalah
tidak memindahkan harta zakat tersebut.
• Akan tetapi golongan Malikiyyah berpandangan sekiranya seseorang membayar
zakat ditempat lain tetap pembayaran tersebut dianggap sah dan tidak sah
menurut golongan Syafi’iyyah kecuali di tempat harta tersebut tidak wujud lagi
asnaf yang berhak menerima zakat (Ibn Hajar, t.t.).
Rumusan
• jika difahami secara menyeluruh, kutipan zakat di Malaysia bersifat
otoritatif iaitu memerlukan kelayakan dan kuasa. Sebaliknya, kutipan
zakat rentas sempadan adalah satu tindakan tanpa kuasa dan
kelayakan.
• Berkenaan tempat kutipan zakat, ulama bersepakat bahawa pada
asasnya zakat di wajibkan di tempat harta berada (al-Qaradawi, 1994).
Oleh itu, tempat wajib zakat dikutip mahupun dikeluarkan adalah di
tempat ia berada. Ini meraikan hak kejiranan dan membawa objektif
utama zakat iaitu perkongsian antara orang kaya dan miskin yang
hidup Bersama dalam satu negeri atau tempat.

Anda mungkin juga menyukai