Anda di halaman 1dari 15

SEMESTER JANUARI 2023

KONGSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

CBCT2203

PEMBANGUNAN DAN KECANGGIHAN MAKLUMAT


DAN TEKNOLOGI (IT)

NO. MATRIKULASI : 970720115373001


NO. KAD PENGENALAN : 970720115373
NO. TELEFON : 0199768690
E-MEL : Ashrafalamin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TERENGGANU

1
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat


1. Pengenalan 3-4
2. Bagaimana IT menambaik baik penggunaan e-dompet sebagai kaedah 4-6
pembayaran
3. Perbezaan e-dompet daripada kad debit 7-8
4. Aplikasi 1 9-10
5. Aplikasi 2 11-13
6. Kesimpulan 13
7. Rujukan 14

2
1. PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan
digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas
masingmasing. Gates (1996) dalam bukunya ’Jalan Di Hadapan’ telah menegaskan betapa
pentingnya teknologi digital dalam mengubah hidup kita. Menurut beliau, kita sedang menuju
arah satu revolusi baru dan merentasi ambang teknologi yang akan mengubah cara hidup kita
membeli belah, bekerja, belajar dan berkomunikasi antara satu sama lain. Hasil daripada
penggunaan teknologi ini masyarakat Malaysia telah dapat mencapai maklumat di serata
dunia dengan pantas dan mudah. Hasil daripada perkembangan ini, masyarakat kini dikenali
sebagai ’Post Industrial Advanced Industrial Society’. Ini bermakna masyarakat hari ini
bukan sekadar bergantung kepada buruh, tanah, modal, usahawan, maklumat dan R & D,
malah juga kepada teknologi dan ilmu.

Justeru itu, tugasan kali ini adalah melakukan kajian tentang perkembangan
Teknologi Maklumat (IT). Pembangunan dan kecanggihan Maklumat dan Teknologi (IT)
dilihat sebagai fenomena penting yang memberi impak besar kepada kehidupan seharian
manusia di seluruh dunia. Perkembangan kemajuan teknologi ini telah berkembang dalam
pelbagai sektor, termasuk perniagaan, penjagaan kesihatan, kewangan, pengangkutan, dan
lain-lain. Apakah yang dimaksudkan dengan e-dompet (e-wallet) dan faedahnya kepada
pengguna. E-dompet bekerja seperti mana dompet berkerja dalam dunia sebenar dengan
menjadi tempat simpanan wang sementara dan ‘wang’ tersebut adalah dalam bentuk digital
dan ‘dompet’ itu wujud dalam bentuk sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun. Seperti mana
dompet dalam dunia sebenar berfungsi, anda perlu memasukkan wang ke dalam e-dompet
sebelum menggunakannya.

Antaranya lagi, wang boleh dimasukkan ke dalam e-dompet dengan cara menambah
nilai melalui pelbagai platform seperti kad debit dan kredit serta perbankan atas talian.
Setelah baki mencukupi, pengguna dapat melakukan pelbagai jenis bayaran sama ada dengan
mengunjungi mana-mana kedai yang menerima bayaran daripada e-dompet atau boleh juga
menggunakan perkhidmatan yang tersedia secara atas talian seperti membayar bil utiliti.
Kaedah bayaran boleh dibuat sama ada dengan mengimbas kod QR, pindahan wang secara
terus kepada pengguna e-dompet yang terbabit atau melalui kad seperti yang terdapat pada
aplikasi Touch N Go.

3
Secara umumnya, baki di dalam e-dompet tidaklah sebanyak baki di dalam kad debit
atau kad kredit anda. Sekiranya anda kehilangan dompet, wang tunai, kad debit dan kad
kredit anda boleh digunakan sesiapa pun terutamanya apabila payWave dibenarkan. Jika
telefon pintar anda dicuri atau hilang, anda tidak perlu risau kerana setiap transaksi di dalam
e-dompet hanya boleh dilakukan dengan memasukkan pin keselamatan yang hanya diketahui
pemiliknya. Kini, semakin banyak kedai yang menerima bayaran melalui e-dompet
termasuklah di pasar-pasar raya, kedai makan, stesen minyak dan juga di pasar malam!
Meskipun kedai-kedai ini tidak menggunakan perkhidmatan e-dompet yang sama, anda boleh
memuat turun pelbagai aplikasi e-dompet yang tersedia. Selain itu, terdapat pelbagai
perkhidmatan yang membenarkan pembayaran secara atas talian. Sebagai contoh, pembelian
di atas talian seperti di Shopee, perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan seperti
Grab dan GrabFood, yang masing-masing menyediakan perkhimatan e-dompet tersendiri.

2. BAGAIMANA IT MENAMBAH BAIK PENGGUNAAN E-DOMPET


SEBAGAI KAEDAH PEMBAYARAN DI MALAYSIA

Dalam mendepani alaf baharu yang serba mencabar, kita sering diperkenalkan dengan
kemudahan teknologi yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Evolusi
teknologi ini berlaku dalam setiap aspek kehidupan kita dan kebelakangan ini kita
diperkenalkan dengan penggunaan e-Wallet dimana kita boleh membuat transaksi kewangan
dengan hanya menggunakan telefon pintar. Pandemik Covid19 yang melanda dunia juga
telah menyemarakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan masyarakat khususnya di
Malaysia yang turut dikempen oleh pihak kerajaan. Namun, sejauh manakah penggunaan e-
wallet ini memberikan kebaikan kepada masyarakat kita.?

4
i. Kelebihan utama penggunaan e-wallet adalah ia memudahkan proses dan
menjimatkan masa. Norma masyarakat pada hari ini yang semakin pantas dan tidak
suka membuang masa beratur di bank dan sebagainya telah menjadikan penggunaan
e-wallet sebagai satu alternatif yang menguntungkan. Dengan menggunakan e-wallet,
pengguna boleh mengimbas Kod QR, Kod Bar atau memasukkan nombor akaun
penerima atau peniaga secara terus untuk membuat pembayaran. Hanya kelajuan
Internet dan kelancaran telefon pintar yang membezakan masa transaksi itu menjadi
cepat atau lambat. Tetapi kelebihannya pengguna tidak perlu pergi ke ATM untuk
mengeluarkan wang tunai yang kadang kala lokasinya jauh dan mengambil masa.
Intihannya, kemudahan menggunakan hujung jari untuk membuat bayaran di kedai
atau restoran merupakan salah satu manfaat dalam menggunakan e-wallet.

ii. Faedah lain yang diperoleh pengguna apabila menggunakan e-wallet adalah transaksi
kewangan lebih selamat berbanding wang tunai. Hal ini kerana e-wallet digunakan
melalui aplikasi bank secara atas talian yang dimuat turun dalam telefon pintar
masing-masing. Pengguna juga perlu melalui proses identifikasi dan verifikasi yang
selamat sebagai langkah keselamatan sebelum boleh melakukan sebarang transaksi.
Jika dibandingkan dengan membawa wang tunai di dalam dompet, pengguna terdedah
kepada risiko penyeluk saku, penyamun dan juga pencuri. Contoh ini jelas
menunjukkan ciri keselamatan yang terdapat pada penggunaan e-wallet adalah lebih
baik berbanding penggunaan wang tunai secara konvensional. Ibarat perumpamaan,
sediakan payung sebelum hujan dimana lebih baik kita berhati-hati sebelum terlibat
dalam perkara yang tidak diingini. Tegasnya, penggunaan e-wallet memberikan
kelebihan keselamatan yang lebih baik berbanding wang tunai.

iii. Pada masa yang sama, penggunaan e-wallet dapat memudahkan anggota masyarakat
untuk mengawal perbelanjaan. Selain daripada ciri keselamatan yang ditambah baik,
e-wallet atau aplikasi bank-bank secara atas talian telah membangunkan ciri untuk
kita melihat transaksi yang berlaku dalam akaun bank masing-masing. Rekod yang
dilakukan secara automatik ini dapat memudahkan kita untuk melihat baki, dan
jumlah perbelanjaan yang telah kita gunakan semasa membeli belah di kedai dan
sebagainya. Tambahan pula, terdapat aplikasi bank yang menawarkan ciri tabung
simpanan dimana apabila kita ingin mencapai satu jumlah tabungan pada masa yang
kita tetapkan, ia akan menolak wang atau gaji kita secara terus sebaik sahaja ia

5
dikreditkan dalam akaun bank kita. Ciri ini sangat membantu golongan yang mudah
boros berbelanja untuk menabung demi masa hadapan mereka. Persis kata mutiara,
hemat sebelum kena, jimat sebelum habis. Izharnya, ciri mengawal perbelanjaan yang
disediakan e-wallet adalah kelebihan yang sangat menguntungkan kepada masyarakat
kita.

iv. Akhir sekali, penggunaan e-wallet memberikan kelebihan kepada penggunanya


kerana ganjaran dan pulangan wang tunai yang banyak ditawarkan. Mutakhir ini,
bukan sahaja bank yang menawarkan aplikasi e-wallet tetapi juga aplikasi lain seperti
Grab, Shopee dan Touch N Go sehingga menghasilkan persaingan yang tinggi antara
mereka. Oleh sebab yang demikian, pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh
pengendali e-wallet ini untuk menarik pengguna menggunakan aplikasi mereka.
Ganjarannya pula berbentuk pulangan wang, mata ganjaran dan juga cabutan bertuah
yang menawarkan hadiah sehingga sebuah kereta berjenama dari negara luar. Formula
yang sama digunakan oleh pengendali kad kredit yang menawarkan ganjaran kepada
penggunanya dimana semakin banyak kredit yang digunakan semakin tinggi nilai
ganjaran yang diperoleh. Maka, masyarakat seharusnya memanfaatkan peluang ini
dengan sebaik mungkin kerana ia memberikan keuntungan kepada kita lebih-lebih
lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Konklusinya, e-wallet menawarkan banyak kelebihan kepada masyarakat kita tanpa mengira
usia. Kita sewajarnya menikmati faedah kemudahan teknologi ini sebagai langkah untuk
meningkatkan kemajuan masyarakat seiring dengan masyarakat global. Peribahasa Melayu
seperti katak di bawah tempurung perlu dielakkan oleh kita sebagai masyarakat kerana
martabat ilmu dan keupayaan kita wajar diaplikasikan dalam kehidupan dan berevolusi
mengikut edaran zaman. Walaupun e-wallet masih lagi mempunyai kekurangan seperti risiko
pencurian data peribadi dan sebagainya, pengendali e-wallet seperti bank perlu konsisten
dalam menambahbaik segala aspek penggunaan aplikasinya. Semoga normalisasi masyarakat
nirtunai ini menjadi satu kebiasaan dan contoh kepada masyarakat asing untuk berubah ke
satu amalan penggunaan teknologi dalam kehidupan yang memudahkan.

6
3. PERBEZAAN E-DOMPET DARIPADA KAD DEBIT

Kini, penggunaan e-wallet atau dompet digital berkembang bak cendawan tumbuh selepas
hujan. Ternyata lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk melakukan transaksi dengan
smartphone mereka daripada membawa wang tunai. Ini selari dengan inisiatif Bank Negara
Malaysia untuk melangkah ke Cashless Society pada tahun 2020. Pada hari ini, terdapat lebih
40 e-wallet yang telah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia sama ada kepada bank atau
syarikat kewangan bukan bank.

Apakah itu e-wallet.?

Dalam bahasa mudah, e-wallet atau dompet digital sama sahaja dengan dompet anda.
Cumanya, duit berbentuk digital dan dompetnya adalah aplikasi di smartphone anda. E-wallet
perlu di topup terlebih dahulu menggunakan kredit kad, debit kad atau pun secara transaksi
atas talian.

Senarai e-wallet di Malaysia

 Boost
 Touch n Go
 Grabpay
 ShopeePay

Di mana e-wallet digunakan.?

7
E-wallet boleh didapati di shopping mall, restoran dan juga stesen minyak. Disebabkan
penggunaan e-wallet yang meluas sekarang, kelihatan gerai-gerai kecil juga telah mula
menggunakan e-wallet.

Kelebihan e-wallet

Pada pengalaman saya apabila ditanya kepada mereka yang menggunakan e-wallet, rata-rata
akan menjawab e-wallet memudahkan mereka menjejaki perbelanjaan yang telah dibuat.
Anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan kemana hilangnya RM 100 yang baru
dikeluarkan tetapi hanya perlu melihat history di aplikasi anda. Kelebihan e-wallet yang
merekodkan perbelanjaan secara automatik ini agak menarik dan efisien untuk memastikan
bajet kewangan tercapai.

Pantas dan mudah

Proses jual beli tradisional ialah dengan mengira jumlah pembelian, memberi
sejumlah wang dan menerima baki dari juruwang. Pertukaran wang ringgit dari tangan ke
tangan itu agak melecehkan berbanding e-wallet yang hanya memerlukan juruwang
mengimbas kod QR yang tertera di aplikasi e-wallet pembeli. Tiada lagi permasalahan duit
syiling yang tidak cukup dan sebagainya. Duit terus ditolak dari aplikasi tersebut dan
direkodkan.

Namun dari segi keselamatan pula, membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak
mempunyai risikonya lebih-lebih lagi jika kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika terdapat
kecurian ata diragut, duit digital yang berada di dalam aplikasi anda boleh dikatakan lebih
selamat berbanding wang tunai yang sudah tentunya hilang. Hal ini kerana, e-wallet
memerlukan kata laluan untuk melakukan apa-apa transaksi mahupun mengubah data di
aplikasi terrsebut. Tanpa pengesahan, agak sukar untuk seseorang menceroboh e-wallet anda.
Selain itu, kes penipuan matawang tunai juga dapat dielakkan dengan menggunakan e-wallet.

Kelebihan e-wallet yang lain ialah sistem ganjaran dan cashback yang ditawarkan.
Ramai pengguna e-wallet lebih memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran ini untuk
mengumpul mata ganjaran. E-wallet seperti Grab pay, Boost dan Touch n Go merupakan
contoh sistem e-wallet yangg menawarkan ganjaran. Sebenarnya, kebanyak aplikasi e-wallet
membenarkan transaksi wang kepada rakan yang mempunyai e-wallet yang sama. Maknanya,
kita boleh memberi angpau kepada rakan atau pekerja dari aplikasi e-wallet.

8
Antara yang saya minati, MAE (Maybank) kerana saya adalah pengguna bank
Maybank. Bagi saya ia amat mudah untuk saya membuat bayaran pada setiap pembelian.
Selain itu, antara yang saya dapati menarik, MAE -wallet yang menawarkan pulangan tunai
RM 5 jika membeli belah di Mydin.

 Aplikasi 1

Saya berpendapat pilihan e-wallet ini bergantung kepada apakah rutin dan aktiviti harian kita.
Hampir kesemua dah boleh membayar bil air dan telefon. Kecuali bil elektrik yang hanya
boleh dibayar melalui Touch N Go. Secara peribadi, saya suka menggunakan GrabPay.

Salah satu sebabnya ialah aktiviti saya yang lebih banyak travel dan menggunakan khidmat e-
hailing. Selain itu saya juga dapat mengumpul mata Grabpoints yang boleh ditukar kepada
pelbagai rewards. Malahan points yang terkumpul, boleh juga digunakan semula untuk
membayar perjalanan e-hailing. Dengan pengenalan kad NFC, saya berharap fungsi e-wallet
dan kad fizikal dapat digunakan dengan lebih cekap. Secara ringkasnya, terdapat 5 kelebihan
menggunakan GrabPay:

 3x mata ganjaran GrabRewards – Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk kita


 GrabPay Price – Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi,
kedai runcit, restoran, pawagam dan banyak lagi
 Beli insurans perjalanan dengan mudah – Dapatkan pemulangan wang 25%
 Segala perkhidmatan harian – Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan
runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagi
 Selamat – Saya tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang
masa

9
Gambar rajah menunjukkan bagaimana GrabPay berfungsi untuk pembelian dalam
talian.

Langkah pertama, pembeli boleh memilih PayLater semasa membuat bayaran kepada
peniaga dan pihak Grab akan membayar harga barang berkenaan kepada peniaga. Seterusnya
pembeli akan membayar satu perempat daripada bil berkenaan kepada Grab ketika membuat
pembelian dan bakinya secara ansuran. Akhir sekali, pembeli akan terus mendapat barangan
tersebut walaupun tanpa pembayaran penuh dengan GrabPay ini. Oleh itu, menerusi
GrabPay, pengguna boleh membeli barangan yang mereka perlukan dan kehendaki seperti
peranti elektronik, pakaian, susu formula bayi dan peralatan dapur dengan cara lebih telus.
Bukan itu sahaja, cara ini juga boleh mengelakkan sebarang risiko penipuan membabitkan
urus niaga.

Antara langkah yang diambil oleh Grab bagi membantu melindungi dompet pengguna
ialah menerusi penggunaan kod pin enam digit. Penggunaan sistem keselamatan digunakan
oleh Grab diiktiraf global serta mempunyai perkakasan pengesanan penipuan yang
memenangi pelbagai anugerah.

Perisian, perkakasan, peranti atau sambungan (Internet) yang diperlukan

 Muat turun aplikasi Grab dan cari tab "Grab Express". Masukkan lokasi pengambilan
dan penghantaran untuk mendapatkan tambang pendahuluan tetap kita.
 Masukkan nama penerima, nombor telefon bimbit dan butiran hantaran
tambahan seperti no bangunan/unit (jika berkenaan). Kemudian nyatakan jenis
barang dan jumlah berat.
 Selepas mengesahkan tempahan, klik "Tempah Penghantaran". Pemandu
GrabExpress terdekat akan menerima pesanan dan pergi ke tempat pengambilan
dengan segera

10
 Kita boleh menjejak bungkusan kita dalam masa nyata dalam Apl Grab. Penerima
juga akan menerima SMS dengan URL penjejakan untuk menyemak kemajuan
penghantaran.

Secara kasarnya, antara kelebihan yang saya dapati daripada penggunaan GrabPay
adalah lebih kepada ekosistemnya yang tersendiri. Melalui aplikasi sama, pengguna boleh
menggunakan kredit di GrabPay untuk tujuan seru-pandu ke destinasi, membuat tempahan
makanan, membeli barangan runcit, dan sebagainya. Perkara ini boleh dikatakan salah satu
kelebihan pada GrabPay yang tidak terdapat pada beberapa dompet digital lain dipasaran.
Pada masa yang sama, penawaran mata ganjaran dan pulangan wang secara rawak turut
memberikan kelebihan untuk dompet digital ini. Mungkin terdapat beberapa perkara lain
yang perlu ditambah-baik pada GrabPay – seperti proses pembayaran di kedai fizikal yang
lebih pantas.

 Aplikasi 2

Saya juga pengguna aplikasi Touch ‘N Go. E-Wallet ini merupakan dompet elektronik yang
menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah. TNG Digital yang merupakan
anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan
Touch ‘N Go eWallet. Kewujudan eWallet ini telah menambah fungsi serta keistimewaan
kad Touch ‘N Go sedia ada seperti semakan baki, bayaran bil utiliti, bil restoran, tiket
wayang, tiket kapal terbang, menambah nilai prepaid serta membuat bayaran tol secara
PayDirect serta RFiD yang masing – masingnya akan menolak baki dari eWallet.

Salah satu sebabnya ialah aktiviti saya yang lebih banyak travel dan menggunakan khidmat e-
hailing. Pada pengalaman selama saya menggunakan Touch ‘N Go eWallet ini, saya sentiasa
menerima rebet sehingga 20 % daripada penggunaan semasa. Malah, saya juga boleh
mendapat cashback minimum sehingga RM 0.50 bagi setiap transaksi pembayaran tol. Selain
itu juga, pelbagai outlet yang menggunakan perkhidmatan eWallet ini turut memberikan

11
cashback yang menarik kepada para pelanggan Touch ‘N Go eWallet. Perkhidmatan eWallet
ini ternyata cukup memudahkan serta memberi faedah yang banyak untuk para penggunanya.
Secara ringkasnya, terdapat 7 kelebihan menggunakan Touch ‘N Go eWallet :-

i. PayDirect – Kita boleh menggunakan baki yang tersedia dalam eWallet untuk bayaran
tol. PayDirect akan membuat penolakan baki secara automatik melalui eWallet anda.
Baki di dalam eWallet mestilah mencukupi untuk menggunakan PayDirect ini.
Sekiranya baki tidak mencukupi, sistem akan menolak terus baki yang terdapat di
dalam kad Touch ‘N Go.
ii. Penggunaan PayDirect membolehkan pengguna menikmati rebat tol sebanyak 20% di
plaza tol yang menyokong fungsi PayDirect. Setiap transaksi boleh disemak melalui
app eWallet.
iii. Transaksi pembayaran tol menggunakan RFiD juga membenarkan pengguna lebuh
raya menikmati diskaun tol.
iv. Sebagai pengguna kad Touch ‘N Go, sesetengah pengguna turut mengalami
kesukaran untuk menyemak baki kad. Melalui aplikasi ini, baki eWallet dank ad
fizikal boleh disemak dengan lebih mudah melalui telefon bimbit.
v. Membayar caj parking dengan mudah di hampir kesemua tempat meletakkan
kenderaan.
vi. Membeli tiket kapal terbang domestik serta antarabangsa, malah tiket wayang juga
boleh dibeli menggunakan eWallet ini.
vii. Pengguna boleh berbelanja di KK Super Mart atau makan di restoran – restoran
terpilih dan membayar bil menggunakan eWallet dengan hanya membuat imbasan
kod QR yang dipaparkan semasa membuat pembayaran.

Gambar rajah menunjukkan bagaimana Touch ‘N Go eWallet berfungsi untuk pembelian


dalam talian.
12
Untuk tambah nilai kad Touch n Go NFC kita, ikuti langkah-langkah berikut:

 Buka aplikasi TNG eWallet


 Pada menu, klik “TNG Card”
 Klik pada butang “Reload” (Pastikan memilih kad yang betul sekiranya telah
mendaftarkan banyak kad)
 ON kan fungsi NFC pada telefon
 Apabila keluar sahaja halaman “Ready to Scan”, letak atau “kad” TnG NFC pada
belakang telefon
 Kemudian, pilih jumlah yang ingin ditambah nilai
 Klik butang Reload Now
 Masukkan PIN
 Letakkan sekali lagi kad pada bahagian belakang telefon

Salah satu kebaikan utama wang tunai ialah nilainya yang jitu selagi tidak dibakar atau
dikoyakkan. Manakala e-Wallet yang bergantung sepenuhnya pada aplikasi dan telefon
pintar, lebih mudah untuk gagal berfungsi disebabkan pelbagai faktorseperti gangguan
internet atau kerosakan pada telefon pintar itu sendiri. Apabila saya berada di dalam situasi
tersebut, saya tidak lagi boleh meneruskan pembayaran. Situasi seperti ini akan lebih teruk
apabila saya sedang bercuti atau berada di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan
perbankan atau mod pembayaran yang lain. Kebergantungan e-Wallet terhadap telefon pintar
juga akan memberikan masalah pada kita jika kita kehilangan telefon atau ianya kehabisan
bateri.

KESIMPULAN

Terdapat banyak aplikasi e-wallet yang boleh kita pilih pada hari ini. Nasihat saya, pilihlah
aplikasi yang bersesuaian dengan anda dan mempunyai fungsi yang menguntungkan.

13
Ternyata dunia kita hari ini semakin mengalami digitalisasi. Kita sebaiknya perlulah
membiasakan diri dengan norma baharu ini.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan dan kekurangan penggunaan e-


dompet dalam masyarakat di Malaysia. Teknologi secara amnya dicipta untuk memudahkan
kita sebagai manusia dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Begitu juga dengan teknologi e-
dompet yang menjadi alternatif terbaik kepada kaedah pembayaran menggunakan wang
tunai. Seperti teknologi lain yang kita nikmati pada hari ini, e-dompet akan mengambil masa
untuk diadaptasi secara sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat dan apabila perkara
tersebut menjadi realiti, masyarakat nirtunai akan dilahirkan. Jenayah samun dan ragut dapat
dibanteras serta keselamatan wang kita lebih terjamin daripada sebelum ini.

RUJUKAN

 Lim, Y. J., Osman, A., Salahuddin, S. N., Romle, A. R., & Abdullah, S. (2016).
Factors InfluencingOnline Shopping Behavior: The Mediating Role of
Purchase Intention. Procedia Economics andFinance, 35(October 2015), pp.
401–410.
 Yusuf, L. (2014), Entrepreneurship, tourism and Malaysian economy, Journal of Asia
Entrepreneurshipand Sustainability, 10(1), pp. 59-82
 Siali, F., Wen, A. W. S., & Hajazi, M. U. A. (2018). Booming of Online Shopping in
Malaysia: DoCustomers Satisfy with Parcel Delivery Service? International
Journal of Academic Research inBusiness and Social Sciences, 8(12), pp. 415–
436. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i12/5042
 Izzah, N., Rifai, D., & Yao, L. (2016). Relationship-courier partner logistics and e-
commerce enterprisesin Malaysia: A review. Indian Journal of Science and
Technology, 9(9), pp. 1–10.
 Mahamad, S., Sulaiman, S., & Leng, W. Y. (2019). An Integrated Courier Services
Application: A NewUser Experience. 2018 IEEE Conference on E-Learning, e-

14
Management and e-Services, IC3e 2018, pp.161– 166.
https://doi.org/10.1109/IC3e.2018.8632652.
 Fatin (2016, November 30). Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
RetrievedMarch 25, 2021, from
https://mdmfatin.wordpress.com/2016/05/13/fungsi-fungsi-teknologi-maklumat-dan-
komunikasi

15

Anda mungkin juga menyukai