Anda di halaman 1dari 24

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KAA 3063

PENGURUSAN PUSAT ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(KUMPULAN C)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA AHLI NOMBOR MATRIK

LIM ZHI QING D20221102881

SHAFINA ALYSSA BINTI MOHD SHARAFI D20221102866

NUR SABRINA BINTI HASSAN NUDDIN D20221102898

NUR AFIQAH BINTI SHAHRUDIN D20221102901

QURRATUL AIN SOFEA BINTI AHMAD NIZA D20221102904

PENSYARAH:

DR. ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Pendahuluan 3
1.1 Visi TASKA 4
1.2 Misi TASKA 4
1.3 Objektif Penubuhan TASKA 4
1.4 Maksud Dan Nama TASKA 5
1.5 Huraian Setiap Satu Logo TASKA 5

2.0 Butiran Lengkap Pemohon 6

3.0 Hak Milik TASKA 8

4.0 Pengurusan 9
4.1 Carta Organisasi 9
4.2 Deskripsi Tugas 10
4.3 Kewangan 12
4.4 Pakej dan menu TASKA 14

5.0 Pelan Pemasaran 17

6.0 Pelan Lokasi Dan Pelan Lantai TASKA 19


6.1 Pelan lokasi 19
6.2 Pelan lantai TASKA 20
6.3 Maklumat premis TASKA 22

7.0 Rumusan 24

Rujukan

2
1.0 Pendahuluan

“TASKA” adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. TASKA boleh
didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4
orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah.
Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu atau The United
Nation Convention on the Rights of the Child (CRC), “kanak-kanak” adalah individu yang
berumur di bawah 18 tahun. Mereka dianggap kanak-kanak atau individu ‘minor’ kerana
belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mengikut undang-undang, maka
mereka perlu diletakkan dalam penjagaan dan perlindungan orang dewasa dan mereka
mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, penjagaan, perlindungan dan penglibatan dalam
masyarakat serta bersuara dalam negaranya. Penyelidikan telah membuktikan bahawa
pembelajaran awal membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan
mereka. Perkembangan otak kanak-kanak adalah kritikal pada umur tiga tahun pertama.
Kebanyakan daripada perkembangan asas kanak-kanak berlaku pada peringkat umur ini dan
sebahagian daripadanya dikatakan akan kekal sehingga dewasa. Oleh itu, adalah amat penting
setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program pembelajaran awal yang berkualiti.
Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan awal yang baik dijangka akan membesar
menjadi individu yang cerdas minda, kreatif, berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti
yang ceria dan positif. Malaysia amat memerlukan tenaga manusia yang produktif, kreatif
dan berdaya maju untuk menerajui negara ke arah pembangunan yang berlipat ganda
menjelang 2050 dan selepasnya. Sehubungan dengan itu, kami telah menyediakan kertas
kerja tentang Penubuhan TASKA Growing Bean berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara
bagi mendapatkan kelulusan untuk menubuhkan sebuah TASKA oleh pensyarah kami iaitu
Dr. Anis Norma Binti Mohamad Jaafar. Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual
kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak.
Kami juga telah melawat ke sebuah kawasan perumahan di sekitar Taman Chandan Puteri,
Kuala Kangsar, Perak dan tertarik kepada sebuah rumah teres setingkat yang sesuai dan
strategik untuk menubuhkan TASKA kami. Kemudian, kami juga telah melakukan
perbincangan bersama-bersama untuk menyiapkan kertas kerja kami seperti membina logo,
visi, misi, slogan, nama dan lain-lain bagi TASKA kami. Setelah mencapai kata sepakat,
akhirnya kami bersetuju untuk memberikan nama TASKA kami dengan sebutan TASKA

3
Growing Bean. Kami berharap kertas cadangan kami akan diluluskan supaya TASKA kami
dapat berjaya ditubuhkan.

1.1 Visi TASKA

Melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
emosi tanpa mengabaikan fitrah mereka serta mempunyai daya pemikiran
yang kreatif, inovatif juga berketerampilan untuk memimpin negara pada masa
hadapan.

1.2 Misi TASKA

i. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak.

ii. Mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak.

iii. Membantu kanak-kanak membina keyakinan tinggi, berani menempuh


cabaran dan berpengetahuan luas.

1.3 Objektif penubuhan TASKA

Antara objektif penubuhan TASKA Growing Bean ialah:

i. Menyokong kerajaan dengan menerapkan nilai-nilai perpaduan bermula


pada peringkat awal kanak-kanak.

ii. Mencungkil dan mengenal pasti bakat kanak-kanak dan mempraktikkannya


agar lebih terserlah pada masa akan datang.

iii. Melahirkan anak murid yang dapat menguasai jasmani, emosi, rohani dan
intelek dengan sebaik mungkin.

4
1.4 Maksud dan nama TASKA

Kami menamakan TASKA ini dengan nama Growing Bean untuk memberi
inspirasi awal dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melahirkan
kanak-kanak menjadi warganegara Malaysia yang terbaik dari segi peribadi, ceria,
bijaksana, dan berakhlak mulia berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara. Maksud
setiap perkataan adalah seperti berikut:

Growing: Diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud pertumbuhan di mana


kanak-kanak akan mendapat tumbesaran dan perkembangan yang sempurna sekiranya
penjagaan dan pemasuhan sejak kecil dapat dilaksanakan dengan baik.

Bean: Diambil juga daripada perkataan Inggeris yang membawa maksud kanak-kanak
perlu diasuh dalam persekitaran yang menyuburkan jiwa dan minda mereka, umpama
biji benih yang disemai di taman, akan tumbuh subur jika dijaga dan dibajai selalu.

1.5 Huraian setiap satu bahagian logo

Gambar 1: Logo TASKA Growing Bean

Gambar di atas menunjukkan logo bagi TASKA Growing Bean bersertakan


jadual huraian setiap maksud logo.

5
PERKARA HURAIAN

Warna hijau Melambangkan nilai keagamaan iaitu berpegang teguh kepada


agama yang dianuti.

Warna putih Melambangkan kesucian, kebersihan, keharmonian dan


ketenteraman.

Muka senyum Melambangkan kanak-kanak dapat sentiasa menikmati


keseronokan dan kegembiraan dalam kehidupan mereka.

Kacang Kacang yang terlupas dari kulit melambangkan kanak-kanak telah


diberikan peluang dan bersiap sedia untuk meneroka pelbagai
aspek dalam kehidupan mereka.

Kulit kacang Melambangkan tempat perlindungan untuk kanak-kanak.

Jadual 1: Huraian setiap satu bahagian logo

2.0 BUTIRAN LENGKAP PEMOHON

Perniagaan TASKA Growing Bean telah didaftarkan sebagai perniagaan perkongsian


di mana perniagaan ini melibatkan beberapa ahli perkongsian iaitu:

Nama Nur Sabrina binti Hassan Nuddin

Tarikh lahir 5 Ogos 2002

Umur 20 tahun

Nombor Kad Pengenalan 020805-08-0780

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pekerjaan semasa Guru TADIKA

Pengalaman 1 tahun

Jadual 2: Butiran lengkap pemohon 1

Nama Qurratul Ain Sofea binti Ahmad Niza

Tarikh lahir 6 September 2002

6
Umur 20 tahun

Nombor Kad Pengenalan 020906-06-0674

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pekerjaan semasa Guru TADIKA

Pengalaman 2 tahun

Jadual 3: Butiran lengkap pemohon 2

Nama Shafina Alyssa binti Mohd Sharafi

Tarikh lahir 17 Jun 2003

Umur 20 tahun

Nombor Kad Pengenalan 030617-08-0408

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pekerjaan semasa Guru TASKA

Pengalaman 1 tahun

Jadual 4: Butiran lengkap pemohon 3

Nama Nur Afiqah binti Shahrudin

Tarikh lahir 16 September 2002

Umur 20 tahun

Nombor Kad Pengenalan 020916-08-0062

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pekerjaan semasa Guru TASKA

Pengalaman 2 tahun

Jadual 5: Butiran lengkap pemohon 4

7
Nama Lim Zhi Qing

Tarikh lahir 28 Mac 2002

Umur 20 tahun

Nombor Kad Pengenalan 020328-01-1722

Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pekerjaan semasa Guru TADIKA

Pengalaman 1 tahun

Jadual 6: Butiran lengkap pemohon 5

3.0 HAK MILIK TASKA

Untuk memulakan perniagaan TASKA, kami telah menamakan TASKA kami dengan
sebutan Growing Bean. TASKA Growing Bean ini telah mendapat pencadangan untuk dibuka
di Taman perumahan Chandan Puteri di Kuala Kangsar, Perak. Alamatnya ialah Lot 11988,
Persiaran Puteri 3/26, Taman Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Nombor telefon
bagi TASKA Growing Bean ialah 018-9765432 dan nombor faks ialah 05-5467321. TASKA
Growing Bean telah didaftarkan sebagai perniagaan perkongsian di mana perniagaan ini
melibatkan 5 orang ahli perkongsian. Kegiatan utama bagi TASKA kami adalah menerima
kemasukan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 0 hingga 4 tahun. Seterusnya,
kami akan memulakan perniagaan TASKA pada 3 Januari 2023 dan tarikh pendaftarannya
dijatuhkan pada 1 Januari 2023. Nombor pendaftaran bagi perniagaan kami ialah 555/2018
dan jumlah modal permulaan yang diperlukan adalah sebanyak RM 241 500. TASKA kami
akan bekerjasama dengan bank Maybank Islamic dan jenis akaun bagi perniagaan kami ialah
akaun semasa.

8
Gambar 2: Contoh bangunan bagi TASKA Growing Bean
(rujukan: sumber Google)

Gambar 2 di atas menunjukkan bangunan di mana kami akan membuka TASKA


Growing Bean di kawasan perumahan Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.

4.0 PENGURUSAN

4.1 Carta Organisasi

Carta organisasi TASKA Growing Bean ini diketuai oleh Encik Ali Bin Abu
Bakar sebagai lembaga pengarah dan Puan Nur Afiqah Binti Sharudin sebagai guru
pengurus. Carta organisasi ini juga diikuti beberapa jawatan yang terdapat di TASKA
Growing Bean.

9
Carta 1: Carta organisasi bagi TASKA Growing Bean

4.2 Deskripsi tugas

Berikut merupakan jawatan yang terdapat di TASKA Growing Bean dan


peranan tugas bagi setiap jawatan. Antara jawatan yang penting ialah ketua guru yang
akan mengurus pelesenan TASKA SSM dan JKM.

10
JAWATAN PERANAN

Ketua Guru/Pengurus i. Menguruskan pelesenan taska SSM dan JKM.


ii. Memantau perjalanan program/kurikulum dari masa ke
masa.
iii. Mengenal pasti dan meluluskan keperluan alatan dan
semua perbelanjaan TASKA.
iv. Mempengerusikan mesyuarat dengan pengasuh TASKA,
biro jawatankuasa dan Ibu Bapa.
v. Memantau keadaan TASKA dan pengasuh TASKA dari
masa ke semasa. Keperluan pengasuh TASKA dan
kelengkapan peralatan/perabot yang bersesuaian.
vi. Satu salinan Perakuan Pendaftaran Sementara dan
Pendaftaran SSM, hendaklah dipamerkan di tempat yang
sesuai di TASKA dan salinan asal disimpan dalam tempat
yang selamat.
vii. Menjalankan temuduga tentang pengambilan pengasuh
TASKA yang sesuai untuk mengasuh kanak- kanak.

Pengasuh kanan i. Menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan.


ii. Pastikan pemberian makanan kepada kanak-kanak
dijalankan mengikut cadangan oleh Jabatan Kesihatan.
iii. Memastikan keselamatan kanak-kanak semasa
menjalankan aktiviti.
iv. Mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan
Kesihatan.
v. Menjalani pemeriksaan perubatan sekurang-kurang
setahun sekali.
vi. Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak
jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan
perubatan.
vii. Memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan
Kesihatan.
viii. Mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan,
tingkah laku dan penampilan diri semasa di TASKA.
ix. Melaporkan segera kepada penyelia sekiranya terdapat
kanak-kanak yang disyaki telah didera atau teraniaya.
x. Memberitahu kepada penyelia jika terdapat sesuatu tanda
awal penyakit pada kanak-kanak.
xi. Menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak kepada
penyelia.
xii. Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak setiap
tiga bulan dan membuat salinan untuk ibu bapa dan penjaga.

11
Pekerja Am i. Membersihkan kawasan TASKA.
ii. Memastikan peralatan seperti mesin rumput, penyapu dan
lain-lain dalam keadaan baik dan dijaga baik.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Besar/Pengurus.
iv. Menyapu sampah.
v. Membersihkan tandas, longkang dan stor.
vi. Menyiram dan menjaga pokok bunga.

Jadual 7: Deskripsi tugas bagi setiap kakitangan di TASKA Growing Bean

4.3 Kewangan

Anggaran Belanjawan bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak yang mempunyai 25


orang kanak-kanak.

RM RM RM

PENDAPATAN

Penajaan
Fi

JUMLAH PENDAPATAN

PERBELANJAAN MODAL & KOS PERMULAAN

Pengubahsuaian/Pembaharuan/Papan Tanda 45,000

Peralatan Keselamatan/Kesihatan (Kebakaran/CCTV/Perubatan) 20,000

Lekapan/Kelengkapan/Perabot/Perhiasan 40,000

Perabot bagi Pusat Aktiviti Kanak-Kanak 20,000

Peralatan Pejabat & Pentadbiran & Alat Tulis Permulaan 20,000

Peralatan Ruang Rutin (Dapur/Bilik Mandi/Stor) 13,000

Sumber Kurikulum, Mainan & Peralatan Permainan 50,000

Peralatan Taman Permainan 15,000

12
Lesen – DBKL/JKM/Kesihatan 1,000

Insurans (Liabiliti Awam/Peralatan) 2,000

Deposit Sewa & Kemudahan 15,000

Jumlah perbelanjaan modal (RM) 241,500

Jadual 8: Jumlah perbelanjaan modal bagi TASKA Growing Bean

KOS OPERASI PENTADBIRAN BULANAN TAHUNAN


(RM) (RM)

Sewa 5,000 60,000

Makanan Lekapan/Kelengkapan/Perabot 7,200 86,400


Perhiasan

Kemudahan:

Elektrik 600 7,200

Air 150 1,800

Telefon/Faksimile 300 3,600

Pembetungan 50 500

Insurans bagi Kanak-Kanak 100 1,200

Isian semula-Kit Pertolongan 200 2,400


Cemas/Kelengkapan Tandas

Alat pencuci/Bekalan Gas 300 3,600

Alat Bantuan Mengajar/Alat Lukisan/Alat Tulis 500 6,000

Peristiwa Khas/Lawatan Bertema 1,000 12,000

Latihan Kakitangan 1,000 12,000

Program Penglibatan Ibu Bapa 200 2,400

Penyelenggaraan/Pembaikan 250 3,000

Hal Luar Jangka/Tunai Runcit 300 3,600

Jumlah kos operasi pentadbiran (RM) 17,150 205,700

Jadual 9: Jumlah kos operasi pentadbiran bagi TASKA Growing Bean

13
KOS GAJI BULANAN TAHUNAN
(RM) (RM)

Eksekutif Pengarah 4,000 48,000

Pegawai Pentadbiran 1,800 21,600

Pengasuh Kanan Bayi – 1 kakitangan 2,000 24,000

Pengasuh Kanan (1-2 tahun) – 1 kakitangan 2,000 28,800

Pengasuh Kanan (3-4 tahun) – 1 kakitangan 2,000 28,800

Tukang Masak/ Pekerja Am – 1 kakitangan 1,600 19,200

KWSP & PERKESO 4,310 51,720

Kerja Lebih Masa 500 6,000

Jumlah kos gaji (RM) 18,210 228,120

Jadual 10: Jumlah kos gaji bagi TASKA Growing Bean

Jumlah Perbelanjaan Modal 241,500

Jumlah Perbelanjaan Operasi ( Kos Operasi pentadbiran + Gaji) 433,820

Perbelanjaan Keseluruhan (RM) 675,320

Jadual 11: Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi TASKA Growing Bean

4.4 PAKEJ DAN MENU MAKANAN TASKA

4.4.1 Pakej yang disediakan dalam TASKA Growing Bean

Jadual di bawah menunjukkan pakej-pakej yang disediakan dalam


TASKA Growing Bean iaitu pakej A dan pakej B.

14
PAKEJ A PAKEJ B PAKEJ C

Sesi 1:
7.00 pagi hingga 12.00 12.00 tengah hari 7.00 pagi hingga 6.00
tengah hari hingga 3.00 petang petang

Sesi 2:
12.00 tengah hari
hingga 6.00 petang

PENGISIAN PENGISIAN PENGISIAN


● Mandi ● Mandi ● Mandi
● Makan 2 kali ● Solat Zohor ● Makan 3 kali
(Pagi dan ● Makan 1 kali (Pagi, tengah
tengah hari) (Tengah hari) hari dan petang)
● Penjagaan ● Penjagaan ● Penjagaan
● Iqra’ ● Solat Zohor
● Iqra’
● Hafazan
● Bacaan dan Doa
Harian

RM 250 RM 150 RM 300

Jadual 12: Pakej yang disediakan dalam TASKA Growing Bean

4.4.2 Menu makanan dan minuman dalam TASKA Growing Bean

Jadual dibawah menunjukkan menu makanan TASKA Growing Bean


bagi minggu 1 hingga minggu 4.

HARI/ MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


MINGGU

ISNIN ● Lempeng ● Kuetiaw ● Bubur ● Kuih


pisang goreng nasi ● Milo
● Susu ● Milo ● Susu ● Nasi +
● Nasi ● Nasi + ● Nasi + ikan
putih & ikan telur goreng +
sup ayam goreng + dadar + sawi
+ kentang timun + sup sayur ● Betik
+ lobak kicap ● Pear ● Air
merah ● Pisang ● Air kosong

15
● Epal ● Air kosong
● Air kosong
Kosong

SELASA ● Bihun ● Bubur ● Biskut ● Sandwich


Goreng Nasi ● Milo ● Susu
● Milo ● Susu ● Nasi ● Nasi +
● Nasi ● Nasi + tomato + ikan
Daging ayam ayam masak
Masak masak sweet kicap
Kicap lemak sour ● Pear
● Brokoli lobak ● Tembikai ● Air
Goreng kentang ● Air kosong
● Betik ● Epal kosong
● Air ● Air
Kosong kosong

RABU ● Bijirin ● Biskut ● Sandwich ● Bubur


● Susu ● Milo ● Susu nasi
● Nasi+ ● Nasi + ● Nasi ● Milo
ikan sup telur Goreng ● Mi
tenggiri lobak Ayam goreng
goreng kentang ● Pisang ● Epal
● Tembikai ● Betik ● Air ● Air
● Air ● Air kosong kosong
kosong kosong

KHAMIS ● Sandwich ● Bijirin ● Biskut ● Bihun


telur + ● Susu ● Milo goreng
salad ● Nasi ● Nasi + ● Susu
● Milo ayam + ikan ● Nasi +
● Nasi + salad masak sup ayam
sup ayam ● Tembikai kicap lobak +
● Oren ● Air ● Betik sawi
● Air kosong ● Air ● Pear
kosong kosong ● Air
kosong

JUMAAT ● Roti ● Bihun ● Bijirin ● Biskut


bakar + goreng ● Susu ● Susu
marjerin ● Milo ● Nasi + ● Nasi +
● Susu ● Nasi + sup ayam ayam
● Nasi + tomyam lobak masak
ayam ayam kentang kurma
masak ● Pisang ● Oren ● Pisang
kurma + ● Air ● Air ● Air
kacang kosong kosong kosong
buncis
goreng
● Pear

16
● Air
kosong

Jadual 13: Menu makanan untuk sebulan TASKA Growing Bean

5.0 PELAN PEMASARAN

5.1 Pemasaran TASKA Growing Bean

Perniagaan ini adalah milik perkongsian bersama 5 rakan kongsi yang juga
merupakan guru TASKA dan TADIKA yang bertauliah dan mempunyai Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Alamat berdaftar adalah
di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.

Pembukaan TASKA ini adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang seimbang


dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi tanpa mengabaikan fitrah mereka serta
mempunyai daya pemikiran yang kreatif, inovatif juga berketerampilan untuk
memimpin negara pada masa hadapan.

Antara kaedah yang digunakan adalah dengan menggantungkan banner di


tempat dan laluan yang digunakan oleh orang ramai.

Gambar 3: Banner TASKA Growing Bean

17
Gambar 3 di atas merupakan banner TASKA Growing Bean untuk tujuan
hebahan kepada orang ramai tentang TASKA Growing Bean. Ini akan meningkatkan
pemasaran kami dari masa ke semasa. Selain itu, penggunaan platform sosial media
juga digunakan bagi hebahan kemasukan TASKA Growing Bean supaya hebahan ini
berkesan dan dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.

Gambar 4: Akaun Instagram TASKA Growing Bean

Gambar 4 di atas menunjukkan Akaun Instagram TASKA Growing Bean yang


ditubuhkan untuk pengetahuan umum tentang TASKA Growing Bean. Laman
Instagram tersebut akan memaparkan aktiviti yang dijalankan di TASKA kami.

18
Gambar 5: Akaun Facebook TASKA Growing Bean

Gambar 5 di atas menunjukkan Akaun Facebook TASKA Growing Bean yang


ditubuhkan untuk pengetahuan umum tentang TASKA Growing Bean. Laman
Facebook tersebut akan memaparkan aktiviti yang dijalankan di TASKA kami.

6.0 PELAN LOKASI DAN PELAN LANTAI TAKSA

6.1 Pelan lokasi

TASKA Growing Bean terletak di kawasan perumahan Taman Chandan


Puteri, Kuala Kangsar, Perak berdekatan dengan Universiti Sultan Azlan Shah yang
hanya berjarak 1.3 km. Kami telah bersetuju untuk membuka TASKA di tempat
tersebut kerana bilangan kanak-kanak di tempat tersebut adalah ramai dan keperluan
masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak juga
tinggi.

19
Peta 1: Lokasi bagi penubuhan TASKA Growing Bean

6.2 Pelan lantai TASKA

Pelan lantai ini direka berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara yang


menetapkan beberapa keperluan dan syarat penting bagi memastikan keselesaan dan
keseronokkan kanak-kanak di TASKA. Gambar rajah di bawah menunjukkan pelan
lantai TASKA Growing Bean.

20
Gambar 5: Pelan lantai bagi TASKA Growing Bean

Berdasarkan gambar 5 di atas menunjukkan pelan lantai TASKA Growing


Bean. Kami telah bercadang untuk membuka TASKA kami di sekitar kawasan
perumahan Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak. Bentuk premis bagi
TASKA Growing Bean ialah rumah teres setingkat. Butir-butir kemudahan yang akan
disediakan dalam TASKA kami ialah 1 ruang dapur, 1 ruang makan, 1 ruang tidur, 1
bilik untuk bayi dari 1 hingga 12 bulan, 1 bilik untuk kanak-kanak dari 1 hingga 2

21
tahun, 1 bilik untuk kanak-kanak 3 hingga 4 tahun, 1 bilik guru, 1 stor, 4 tandas lelaki
dan perempuan, 1 ruang bermain, 1 sudut bacaan dan 1 ruang menonton televisyen.
Semua ruang akan disediakan kipas angin kecuali dapur dan tandas. Ruang padang
luar juga mempunyai 1 tapak perhimpunan, 1 kebun sayur, 1 mini zoo, dan 1 tapak
permainan.

6.3 Maklumat premis TASKA

Untuk memastikan kanak-kanak TASKA kami dapat berada dalam keadaan


yang selesa, terdapat beberapa maklumat premis yang perlu dirujuk sebagai panduan.

RUANG SPESIFIKASI KESELAMATAN

Pagar/pintu masuk i. Pintu/pagar sentiasa ditutup dan dikunci supaya


kanak-kanak dan orang asing tidak mudah keluar dan
masuk dari bangunan.

ii. Jika mampu boleh guna sistem kad sentuh semasa


masuk dan keluar bangunan TASKA.

Ruang menunggu i. Peralatan dan perabot yang digunakan hendaklah tidak


dibuat daripada bahan yang membahayakan kanak-kanak
seperti meja atau almari yang diperbuat daripada kaca.

ii. Hiasan bunga hendaklah dari jenis yang tidak beracun.

iii. Tanda dilarang merokok ditampal di dinding ruang


menunggu.

Ruang Pembelajaran i. Semua barang mainan dan pembelajaran kanak-kanak


daripada bahan yang selamat, dan tidak beracun.

ii. Cat yang digunakan hendaklah jenis tanpa bahan kimia


pelambam (lead).

iii. Bucu meja dan almari yang bulat.

iv. Rak tidak terlalu tinggi dan tidak menggunakan pintu


kaca.

v. Sentiasa berada bersama kanak-kanak semasa mereka


bermain.

22
Ruang Tidur i. Tingkap yang rendah.

ii. Katil tidur disusun kemas.

iii. Peralatan tidur (tilam, bantal, selimut) disimpan


dengan teratur dalam almari.

iv. Semua peralatan tidur dibasuh seminggu sekali dengan


pencuci nyahkuman.

Ruang Makan i. Peralatan dan perabot dilap dengan pencuci nyahkuman.

ii. Peralatan makan dibasuh dan dikeringkan setiap kali


selepas digunakan.

Tandas i. Pintu tandas sentiasa ditutup.

ii. Lantai tandas dilap hingga kering.

iii. Semua peralatan mandian disimpan dengan baik.

Dapur i. Meletakkan pagar atau pintu keselamatan.

ii. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang dapur.

iii. Peralatan elektrik ditempatkan jauh dari kanak-kanak.

iv. Lantai dapur sentiasa kering.

v. Gas ditutup setiap kali digunakan.

i. Tiada halangan atau perabot.


Laluan dan tangga
ii. Cahaya yang cukup terang.

iii. Lantai yang tidak licin.

iv. Meletakkan pagar keselamatan ditempat yang


bersesuaian.

i. Peralatan yang digunakan diperbuat dari bahan


Permainan luar yang selamat mengikut standard yang ditetapkan.

ii. Saiz yang sesuai dengan kanak-kanak.

iii. Tidak menghalang pergerakan kanak-kanak.

iv. Tiada bucu tajam atau permukaan licin.

23
i. Rumput selalu dipotong, tiada haiwan atau serangga
Persekitaran Luar merbahaya, tiada air bertakung yang membiak nyamuk,
dan lain-lain.

Jadual 14: Maklumat premis bagi TASKA Growing Bean

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Kurikulum PERMATA Negara mempercayai bahawa


kanak-kanak adalah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar. Semenjak di dalam
kandungan lagi, ‘insan’ ini telah mulai belajar melalui ‘perasaan’ ibunya dan boleh ‘merasai’
kesan-kesan daripada setiap tindakan ibunya. Selepas dilahirkan, insan ini ‘belajar’ dengan
lebih cepat daripada orang lain dan dunia persekitarannya. Pembelajaran atau pengalaman
awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya kelak. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab ibu bapa, penjaga dan pendidik untuk menyediakan persekitaran dan
pengalaman pembelajaran dengan penuh kasih sayang bagi mengembangkan potensinya
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pada masa
yang sama, penekanan kepada aspek-aspek akhlak mulia dan amanah seorang Pendidik
adalah faktor kejayaan Program PERMATA Negara. Oleh itu, kami berharap impian kami
untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dicapai. Bak kata
pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pada masa yang sama, semua pihak
berkepentingan dalam pendidikan perlu memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen
sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat kami.

RUJUKAN

Kurikulum PERMATA Negara


http://irep.iium.edu.my/31757/1/Kurikulum_Permata_Negara_1st_Edition_1.pdf

Maksud TASKA
https://www.scribd.com/doc/155729373/Apa-Itu-Taska-Dan-Tadika#:~:text=TASKA%20adal
ah%20singkatan%20kata%20dari,dan%20Pusat%20Jagaan%20Kanak%2DKanak.

24

Anda mungkin juga menyukai