Anda di halaman 1dari 13

UMT 1112

MATEMATIK TEKNOLOGI
PENTAKSIRAN BERTERUSAN 2

PERKAITAN ANTARA GELOMBANG


BUNYI DAN TRIGONOMETRI

FOLIO : TRIGONOMETRI

NAMA : KHAIRULNIZAM NAIM BIN KAMARUZAMAN


NAMA AHLI KUMPULAN : MOHAMAD QAIYUM ASRY BIN MUSTAFA
: MUHAMMAD HAKIMI BIN HAIRUL NIZAM
IC : 040531-01-1427
NAMA PENSYARAH : PN. SITI NOOR SYUHADA NOOR
2

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


. SURAT
1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENDAHULUAN 4-5

3.0 OBJEKTIF 6

4.0 DAPATAN 7-10

5.0 RUMUSAN 11

6.0 RUJUKAN 12

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T dengan berkat dan keizinan dari-Nya,
maka kami telah dapat menyiapkan tugasan ini .Insyaallah, tugasan ini akan
memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat kerja kursus ini di masa hadapan.

Saya,KHAIRULNIZAM NAIM BIN KAMARUZAMAN ingin mengucapkan


berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
pembimbing kami iaitu Puan Syuhada kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus ini mengikut kriteria yang
ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
telah membantu saya dari segi kewangan dan semangat bagi menyiapkan kerja kursus
UMT 1112.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah


menolong saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah menolong saya
dengan mencari sumber rujukan supaya dapat menyiapkan kerja kursus pada masa
yang ditetapkan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang
juga turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini.
4

PENGENALAN

Trigonometri (bahasa Yunani: trigonon = tiga sudut dan metro = mengukur) ialah


satu cabang matematik yang berkenaan dengan sudut, segi tiga, dan fungsi
trigonometri seperti sinus, kosinus dan tangen. Cabang ini mempunyai sedikit
kaitan dengan geometri, walaupun terdapat percanggahan pendapat tentang apakah
sebenarnya hubungan ini. Bagi sesetengah orang, trigonometri hanya merupakan
sebuah subtopik geometri.Keasalan trigonometri boleh dikesani ke tamadun Mesir
kuno, Mesopotamia dan Lembah Indus melebihi 4,000 tahun dahulu.
Orang Babylon kelihatan mendasarkan trigonometri mereka pada asas sistem
perenampuluhan.
Ahli matematik India merupakan perintis algebra pengiraan pemboleh ubah
untuk kegunaan pengiraan astronomi, bersama-sama dengan
trigonometri. Lagadha (k.k. 1350-1200 SM) ialah ahli matematik pertama yang
diketahui menggunakan geometri dan trigonometri untuk astronomi dalam
bidang Jyotisha Vedanga. Kebanyakan karyanya telah dimusnahkan oleh penyerang
asing ketika menyerang India. Penggunaan sinus yang terawal muncul dalam Sutra
Sulba yang ditulis di India antara 800 SM dan 500 SM, yang dapat mengira dengan
tepat sinus untuk π/4 (45°) sebagai 1/√2 dalam prosedur untuk mencipta bulatan yang
luasnya sama dengan sesuatu empat segi (lawan untuk mencipta empat segi yang
luasnya sama dengan sesuatu bulatan).
Pada kira-kira tahun 150 SM, Hipparchus, seorang ahli matematik Yunani,
menyusun sebuah jadual untuk menyelesaikan segi tiga. Ptolemy, ahli
matematik Mesir keyunanian memperkembangkan lagi pengiraan trigonometri
di Mesir pada lebih kurang tahun 100.
Pada tahun 499, Aryabhata, seorang ahli matematik India mencipta jadual-jadual
separuh perentas yang kini dikenali sebagai jadual sinus, bersama-sama dengan jadual
kosinus. Beliau menggunakan zya untuk sinus, kotizya untuk kosinus, dan otkram
zya untuk sinus songsang, dan juga memperkenalkan versinus. Pada tahun 628, lagi
seorang ahli matematik India, Brahmagupta, menggunakan formula interpolasi untuk
menghitung nilai sinus sehingga peringkat kedua untuk formula interpolasi Newton-
Stirling.
Ahli matematik Parsi, Omar Khayyam (1048-1131), menggabungkan
trigonometri dan teori penghampiran untuk memberkan kaedah-kaedah untuk
menyelesaikan persamaan algebra melalui min geometri. Khayyam menyelesaikan
persamaan kuasa tiga, , dan mendapat punca positif untuk kuasa tiga ini melalui
persilangan hiperbola segi empat tepat dan bulatan. Penyelesaian angka hampiran
kemudian didapat melalui interpolasi dalam jadual-jadual trigonometri.
Kaedah-kaedah perinci untuk membina jadual sinus untuk mana-mana satu
sudut diberikan oleh ahli matematik India, Bhaskara pada tahun 1150, bersama-sama
dengan sesetengah formula sinus dan kosinus. Bhaskara juga
memperkembangkan trigonometri sfera. Nasir al-Din Tusi, ahli matematik Parsi,
bersama-sama dengan Bhaskara, mungkin merupakan orang-orang pertama untuk
mengolahkan trigonometri sebagai satu disiplin matematik yang berlainan. Dalam
karyanya, Karangan mengenai sisi empat merupakan orang pertama untuk
menyenaraikan enam kes yang berbeza untuk segi tiga bersudut tegak dalam
trigonometri sfera.
5

Pada abad ke-14, al-Kashi, seorang ahli matematik Parsi, dan Ulugh Beg (cucu


lelaki Timur), seorang ahli matematik Timurid, menghasilkan jadual-jadual fungsi
trigonometri sebagai sebahagian kajian astronomi mereka. Bartholemaeus Pitiscus,
ahli matematik Silesia menerbitkan karya trigonometri yang terpengaruh pada
tahun 1595 dan memperkenalkan perkataan "trigonometri" kepada bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis.
6

OBJEKTIF

Objektif tugasan ini dilakukan adalah untuk memastikan kami dapat :

1) Menentukan amplitud dan kitaran bagi graf sin x, kos x dan tan x

2) Melukis dan melakar graf bagi fungsi trigonometri


 y = c + sin bx
 y = c + kos bx
 y = c + tan bx
Dengan keadaan 0° ≤ θ ≤ 360° , a, b dan c ialah pemalar, a ≠ 0 dan b > 0.

3) Menentukan nilai maksimum dan minimum dari graf sin x, kos x dan tan x
7

DAPATAN

FUNGSI 1

BAHAGIAN A
4.1 Melukis graf
Fungsi 1

y=3 kosx
X 0° 45 ° 90 ° 135 ° 180 ° 225 ° 270 ° 315 ° 180 °
Y 3° 2.12 ° 0° −2.12 ° −3 ° −2.12 ° 0° 2.12 ° 3°

1) Bilangan kitaran : 1
2) Nilai amplitud : 3
3) Nilai maksimum : 3
4) Nilai minimum

FUNGSI 2

1 3
y= tan x
2 2
X 0° 45 ° 90 ° 135 ° 180 ° 225 ° 270 ° 315 ° 360 °
Y 0° 1.21 ° −0.5 ° 0.21 ° −¿ -0.21° 0.5 ° -1.21° 0°

1) Bilangan kitaran : 3
2) Nilai amplitud : tiada
3) Nilai maksimum : tiada
4) Nilai minimum : tiada
8

4.2Melakar graf
Fungsi 3
3
y=1+2 sin x
2
X 0° 45 ° 90 ° 135 ° 180 ° 225 ° 270 ° 315 ° 180 °
Y 1° 3° 2.4 ° 0.2° −1 ° 0.2° 2.4° 3° 1°

3
1) Bilangan kitaran :
2
2) Nilai amplitud : 2
3) Nilai maksimum : 3
4) Nilai minimum : -1
9

4.3 Perkaitan Antara Gelombang


BAHAGIAN B

a) Nyatakan perbezaan yang anda lihat di antara graf biru dan merah.

-Graf biru lebih banyak kitaran berbanding graf merah

(b) Mainkan kedua-dua bunyi dengan mengklik butang ‘play’. Jelaskan perbezaan
antara kedua-duanya dan mengapa?

-Biru lebih nyaring berbanding merah kerana biru mempunyai frekuensi yang tinggi

(c) Apakah yang anda lihat jika anda menggerakkan ‘slider quieter/louder’ ke kiri dan
ke kanan bagi kedua-dua graf? Jelaskan.

-Apabila slider queiter/louder digerakkan ke kiri amplitud graf menjadi rendah dan
apabila digerakkan ke kanan amplitud graf menjadi tinggi

(d) Seterusnya, gerakkan ‘slider low/high’ dan mainkan bunyi. Apakah perubahan
yang anda lihat bagi kedua-dua graf? Jelaskan.

-Apabila slider low/high digerakkan ke kiri gelombang graf lebih besar dan bunyi
yang terhasil menjadi perlahan kerana frekuensi dan masa yang didapati adalah
rendah. Apabila digerakkan ke kanan gelombang graf lebih kecil dan bunyi lebih
nyaring kerana frekuensi dan masa yg didapati adalah tinggi.

(e) Jika anda temukan kedua-dua graf dengan menetapkan f1 dan f2 pada nilai yang
sama dengan menggerakkan ‘slider low/high’ , jelaskan pemerhatian anda.

- Ketinggian kedua-dua graf menjadi sama kerana frekuensi dan masa yang terhasil
adalah sama

(f) Rumuskan pemerhatian anda sepanjang aktiviti ini. 10


-Kesimpulannya, semakin tinggi frekuensi dan masa,semakin nyaring bunyi yang
terhasil.
11

RUMUSAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan jayanya kami sekumpulan dapat


menyiapkan kerja kursus UMT 1112 dalam masa yang ditetapkan. Ketika
menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan dan pengajaran serta nilai yang
telah kami pelajari.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa kami serta rakan-rakan turut membantu dari
segi kewangan. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu untuk menyelesaikan
kerja kursus ini. Tanpa mereka kami agak sukar untuk menyelesaikan kerja ini.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang
membantu kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.
12

RUJUKAN

Wikipedia (2018).Retrieved 2022 OCTOBER 2 from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Trigonometri.

Geogebra (2021) Retrieved 2022 OCTOBER 2 from https://www.geogebra.org/?


lang=en.

MODUL UMT 1112 MATEMATIK TEKNOLOGI

Anda mungkin juga menyukai