Anda di halaman 1dari 2

Pengajaran dan nilai yang dapat diperohi daripada isu hegemoni ini adalah kita

perlulah memantapkan sosial, pendidikan dan politik dalam negara kita. Hal ini demikian
kerana, peradaban barat mengajarkan gaya hidup bebas tanpa batas yang mana
menyalahi adat kita sebagai orang melayu yang penuh sopan santun dan mempunyai nilai
adab yang tinggi. Selain itu, penyebaran aliran liberal menyalahi undang-undang negara kita
memandangkan konsep aliran tersebut condong untuk memecah belahkan aspek sosial di
negara ini. Selain itu, tamadun Barat juga memisahkan agama dan pentadbiran yang mana
nilai agama dijunjung tinggi oleh rakyat Malaysia yang mana pentadbiran tanpa panduan
agama akan menjurus kepada pentadbiran menggunakan nafsu. Dalam aspek pendidikan,
tamadun Barat menekankan aspek pererialisme dan esensisalisme. Pererialisme
berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia yang bersifat sejagat dan tidak berubah manakala
esensisalisme berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini
boleh berubah dari semasa ke semasa serta bersifat praktikal dan pragmatik. Aspek
pendidikan dari Barat ini telah diubahsuai pada dasar pendidikan Malaysia agar sesuai
dengan sistem pembelajaran di negara ini. Pengajaran dari sistem pendidikan ini adalah
kesesuaian untuk menggunakan sesebuah tamadun perlulah diperhalusi agar tidak
menghilangkan nilai ilmu pendidikan. Akhir sekali, tamadun Barat dapat dilihat sangat kuat di
medan antarabangsa yang mana kebanyakan negara miskin bergantung kepada mereka.
Oleh itu, kita perlulah bekerja keras agar dapat mempunyai politik yang setanding dengan
negara Barat agar tidak mempunyai kebergantungan yang besar kepada mereka. Selain itu,
kita juga perlulah mengamalkan nilai-nilai murni dalam pentadbiran negara agar tidak
berlaku krisis politik yang akan mengganggu-gugat politik negara.

Disamping itu pula, adalah berkaitan dengan globalisasi. Globalisasi adalah satu
proses gabungan antarabangsa yang berlaku akibat daripada pertukaran pandangan
budaya, pemikiran dan pelbagai aspek budaya yang lain. Globalisasi juga sering kali
dikaitkan dengan perubahan keseluruhan dalam ekonomi, industry dan juga aspek
kehidupan yang lain. Globalisasi yang berlaku di seluruh dunia sudah tentu mempunyai
impak positif dan negatif namun impak tersebut telah membantu masyarakat di dunia untuk
menjadi lebih matang dalam menghasilkan satu negara yang lebih baik dan lebih sempurna
baik dari aspek sahsiah diri mahupun dalam aspek permodenan teknologi yang berlaku di
seluruh dunia.

Akhir sekali, kita sebagai masyarakat yang berada di sebuah negara yang sedang
membangun, kita seharusnya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pembangunan
dan globalisasi. Ini kerana cabaran inilah yang akan membantu untuk mematangkan
sesebuah negara untuk terus maju ke hadapan.
Abdullah, Aslam & Hussin. (2019). Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai-Nilai Murni
Kekeluargaan Melayu. Satu Analisis Dari Perspektif Islam. Pusat Teknologi dan
Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis. 16 Disember 2019,
https://www.researchgate.net/publication/337144542_Implikasi_Globalisasi_Terhada
p_Nilai
Ramli, A, H. (2019). Nilai sejagat dalam Islam, agama Timur pupuk perpaduan . Berita
Harian Online. 20 April 2019,
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/555267/ nilai-sejagatdal am-
islam-agama-timur-pupuk-perpaduan

Anda mungkin juga menyukai