Anda di halaman 1dari 1

Model Kurikulum

1. Pendekatan individu bagi semua pelajar.


Semua murid dapat menyiapkan tugas mengikut keupayaan mereka sendiri. Kanak-
kanak dengan kebolehan fizikal dan mental yang berbeza juga akan belajar bersama.
Jika murid tak dapat melaksanakan sesuatu tugasan, guru akan menyediakan satu sesi

Murid juga boleh memilih aktiviti yang dirasakan sesuai dengan mereka. Oleh sebab
itu, jika ada pembelajaran yang tidak menyeronokkan, mereka boleh lah pergi
menjahit atau membaca buku mengikut kesukaan mereka.

Model Kurikulum di Finland pula lebih tertumpu kepada kemahiran menyelesaikan masalah dan memupuk
penyertaan aktif, penerokaan ilmu, perbincangan tentang matematik, mengaplikasikan matematik dalam
kehidupan seharian, penggunaan teknologi, kerja berkumpulan serta projek. Di Finland juga, lebih
memberikan keutamaan terhadap pendidikan yang tersendiri dan kreatif bagaimana sekolah tersebut
beroperasi sebagai contoh, guru yang akan memilih jenis kurikulum, jenis buku dan sebagainya. Maka,
kemajuan setiap pelajar dinilai oleh guru itu sendiri dengan cara menilai kemajuan dan kemampuan yang
dicapai oleh seseorang individu dan bukannya dengan indikator kuantitatif seperti kedudukan dan
sebagainya. Jika dilihat pada sistem pendidikannya,para pelajar di Finland tidak menduduki ujian piawai di
peringkat pendidikan yang asas ketika gred 1-12 dan mereka hanya menggunakan gred lulus dan gagal
sahaja. Finland juga percaya bahawa pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk menentukan pencapaian
akademik para pelajar dan bukannya ditentukan oleh pentadbir luar.Finland percaya sekiranya pentadbir
luar turut masuk campur, kurikulum akan menjadi lebih sempit kerana para guru terkejar-kejar untuk
menghabiskan silibus dan para guru akan mengajar kerana peperiksaan dan akan menimbulkan persaingan
yang tidak sihat antara sekolah-sekolah di Finland (Pasi, 2010).

Anda mungkin juga menyukai