Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ............................................................................................................................... 2

2.0 Teori Fungsionalisme.............................................................................................................. 3

3.0 Teori Konflik ........................................................................................................................... 5

4.0 Teori interaksionalisme .......................................................................................................... 8

5.0 Teori Pasca Modernisme ...................................................................................................... 10

6.0 Penutup .................................................................................................................................. 13

1
1.0 Pengenalan

‘School Of Rock’ adalah satu filem berbahasa inggeris 2003. Filem ini mengisahkan tentang
seorang gitaris rock yang mempunyai semangat muzik yang sangat tinggi yang bernama Dewey
Finn. Setelah dipecat dari kumpulan muzik rock, Dewey kehilangan satu-satunya sumber
pendapatan wang beliau. Rakan serumahnya juga mendesak dia membayar sewa rumahnya yang
sudah lama tertunggak akibat kecuaian Dewey dalam menguruskan hal-hal kewangan. Oleh kerana
terdesak dia telah berpura-pura menjadi guru ganti muzik di sekolah rendah elit Horace Green Prep
school.

Setelah melihat persembahan muzik dari murid-murid kelasnya, dia dapat melihat bakat
yang terpendam dan dia memilih untuk mengasah bakat anak muridnya yang mempunyai karakter
unik dan latar belakang masing-masing. Disamping itu, murid-muridnya juga dapat memupuk sifat
individualistik yang selama ini mereka tahan disebabkan sekolah mereka yang menghalang
kreativiti.

Kami memilih filem ini kerana jalan ceritanya yang unik dan karakter guru, iaitu Dewey
yang bukanlah seorang guru yang tipikal. Walaupun pada mulanya niat Dewey menjadi seorang
guru adalah kerana duit, ia tidak dapat disangkal bahawa kehadiran dia dalam hidup murid-
muridnya telah mengubah mereka kearah yang lebih positif dan ini adalah intipati motif seorang
pendidik. Selain itu, dinamik antara watak-watak anak murid dari pelbagai latar belakang yang
berbeza-beza dan Dewey seorang pendidik yang tidak bertauliah tetapi mempunyai jiwa sejati
seorang pendidik muzik juga menarik untuk dikaji dari sudut sosiologi pendidikan.

Terdapat banyak babak yang boleh dikupas dalam filem ini yang menerapkan teori-teori
sosiologi dalam pendidikan iaitu fungsionalisme, konflik, interaksionisme, dan pascamodenisme.
Babak-babak ini diekstrak dan dikaji dengan lebih terperinci dalam bahagian seterusnya dalam
laporan ini.

2
TEORI DALAM PENDIDIKAN YANG DITERJEMAHKAN FILEM
‘SCHOOL OF ROCK’

2.0 Teori Fungsionalisme

Teori yang pertama ialah Teori Fungsionalisme yang dipelopori oleh Auguste Comte yang mana
mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan oleh peraturan sosial dan
perubahan semasa yang berlaku. Selain itu, masyarakat juga dianggap sebagai satu organisma
sosial yang mempunyai peranan yang tersendiri untuk dilaksanakan. Menurut Brinkerhoff &
White (1989), mereka merumuskan teori ini kepada tiga andaian utama iaitu stabiliti, harmoni &
evolusi.Di dalam filem School Of Rock ini terdapat beberapa babak yang menggunakan atau
mengetengahkan teori fungsionalisme.

Teori Fungsionalisme ialah satu teori yang mengetengahkan konsep masyarakat sebagai
satu organisasi yang hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni. School Of Rock
membawakan cara bagaimana orang sekeliling mampu mengubah diri seseorang individu dengan
penerapan nilai-nilai yang baik. Sebagai contoh, di saat anak-anak murid cikgu Dewey
memberikan semangat kepada cikgu Dewey yang kecewa dengan kekalahan mereka dalam
pertandingan yang disertai oleh mereka. Dia berusaha menaikkan balik semangat mereka yang
telah gugur dengan kata-kata yang menyentak hati perasaan mereka supaya tidak mengalah dan
terus berusaha untuk masa hadapan. Dapat kita lihat dalam perbualan di bawah di antara Dewey
dan pelajarnya

“Summer Hathaway: What's wrong?


Dewey Finn: 'What's wrong?' Summer, didn't you hear? We lost!
Freddy: Hey, chill out, dude. Rock isn't about getting an A. The Sex Pistols never won anything.
Lawrence: Don't let the Man get you down.
Zack Mooneyham: Yeah, I mean, dude. You gotta cheer up. We played a kick-ass show.
Dewey Finn: We did, didn't we? It was unbelievable, wasn't it?
Summer Hathaway: [agrees] Yeah.”

3
Seterusnya, teori ini mengatakan bahawa masyarakat ini adalah sebuah organisma yang
sentiasa bekerjasama dan hidup harmoni. Sebagai contoh, ketika Dewey mengajar anak-anak
muridnya bermain alatan muzik bersama-sama dengan penuh irama untuk mencipta sebuah lagu
yang merdu. Bermula dengan Zack yang bermain gitar, kemudian Lawrence bermain piano, Katie
gitar bass dan terakhir Freddy bermain gendang bersama - sama mereka sebagai sebuah organisma
yang memainkan peranan masing-masing (scene 24:00).

Di samping itu, peranan ibu bapa untuk menyokong minat anak mereka adalah amat
penting bagi perkembangan masyarakat pada masa akan datang. Babak di dalam filem ini dimana
ketika Zack dimarahi ayahnya kerana sering menonton pertunjukkan muzik sehingga mengabaikan
tugasan sekolah menunjukkan bahawa ibu bapa sangat mengambil berat akan masa depan anak
mereka namun terlupa bahawa anak mereka berhak menentukan minat dan hala tuju mereka.
Namun pada akhirnya, ayahnya dapat menerima dan mengagumi bakat terpendam anaknya itu. Ini
menunjukkan bahawa, keharmonian antara masyarakat dapat diwujudkan jika masing- masing
memainkan peranan mereka dengan baik.

Terdapat babak dalam di dalam filem di mana sebagai masyarakat yang formal dan stabil
pendidikan adalah asas utama yang diterapkan di dalam filem di mana semua watak di dalam filem
ini sama ada pelajar, guru, ibubapa ataupun guru palsu itu sendiri iaitu watak utama Dewey
menyokong institusi pendidikan. Walaupun Dewey merupakan guru ganti yang menyamar
menggunakan nama kawannya pada awalnya dia percaya pada institusi pendidikan meskipun pada
waktu itu tujuan utamanya adalah hanya untuk melangsaikan hutang. Namun pandangan Dewey
pada pendidikan berubah setelah dia berjaya melatih pelajarnya menjadi pelajar yang berbakat dan
dia sendiri membuat keputusan untuk membuka pusat pengajian muzik persendirian bersama
kawannya seorang yang bertugas sebagai guru sandaran yang juga memiliki kecenderungan pada
muzik rock seperti Dewey.

Selain itu, di dalam filem ini turut menerapkan fungsi yang sama di mana sekolah
khususnya adalah tempat penyampaian ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki
untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya di mana guru sebagai penggerak menjalankan

4
tugas pendidikannya untuk mensosialisasikan kanak-kanak ataupun disebut sebagai pelajar dengan
norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Di dalam filem ini yang
menunjangi jalan ceritanya ialah berlatarbelakangkan pendidikan di sekolah rendah, menunjukkan
karakter, perjalanan sekolah, pentadbiran dan proses pendidikan itu berlaku.

3.0 Teori Konflik


Seterusnya, teori sosiologi yang kedua ialah Teori Konflik yang dipelopori oleh Karl Max yang
mana dapat kita lihat bahawa teori ini sangat bertentangan dengan perspektif yang terdapat di
dalam teori fungsionalisme kerana teori ini beranggapan bahawa sesebuah masyarakat sentiasa
berada di dalam keadaan konflik dan huru hara dan bukan kerjasama. Konflik ini mampu
mendatangkan kesan yang positif kepada seseorang individu atau masyarakat dalam jangka masa
yang panjang. Perjuangan adalah punca berlakunya perubahan sosial di mana masyarakat sentiasa
berubah dan konflik antara satu sama lain sentiasa berlaku berdasarkan oleh kuasa sesuatu
kelompok.

Terdapat beberapa babak yang dapat kita lihat di dalam filem ini menggunakan teori
konflik. Antaranya babaknya ialah satu konflik yang dialami oleh satu individu dengan individu
yang lain yang mengubah persepsi atau pandangan tentang sesuatu perkara. Cerita ini
mengetengahkan konflik yang dialami oleh individu tentang penampilan dirinya sendiri yang mana
dapat diatasi dengan nasihat dan kata-kata yang baik daripada orang lain atau orang sekeliling.
Contohnya, Tomika berasa tidak yakin dengan kebolehannya untuk menyanyi disebabkan bentuk
badannya yang besar. Berlakunya konflik dalam dirinya sama ada hendak menyanyi atau tidak
kerana perasaannya yang sangat tidak yakin kerana rupa bentuk fizikalnya. Dia menyangkal
kebolehannya dengan menyatakan ada yang lain yang lebih layak untuk menggantikan tempatnya.
Seterusnya, Dewey meyakinkannya dengan memberikan contoh dirinya sendiri yang berbadan
besar tetapi masih mampu untuk bermain alat muzik dengan baik dan dia menyatakan bahawa
berbadan besar bukanlah satu jenayah dan bakat dalam diri individu itu datang dari hati dan
keinginan yang tulus. Dewey juga meyakinkan Tomika untuk menyanyi dan tunjukkan bakatnya
yang terpendam kepada semua orang. Perbualan yang berlaku antara Tomika dan Dewey seperti
yang dibawah

5
“Tomika: I dunno. 'Cause I'm fat?
Dewey: Tomika... Hey, you've got something everybody wants: You've got talent, girl! You have
an incredible singing voice, and I'm not just saying that. You've heard of Aretha Franklin, right?
Okay, she's a big lady. But when she starts singing, she blows people's minds! Everybody wants
to party with Aretha! And, uh, you know who else has a weight issue?
Tomika: Who?
Dewey: Me. But once I get up on stage and start rockin', people worship me! Because I'm sexy!
And chubby, man.
Tomika: Why aren't you on a diet?
Dewey: Because I like to eat. Is that such a crime? Look, you know what? That's not even the
point. The thing is, you're a rock star now. All you gotta do is just go out there and rock your
heart out. People are gonna dig you, I swear. Let's go out there and show 'em what we got, what
do you say?”

Babak yang kedua berlaku di mana interaksi sosial berbentuk ketidaksefahaman, bukan
kerjasama. Sebagai contoh, scene dimana Dewey menyuruh murid-muridnya untuk berehat, tetapi
Summer, salah seorang anak muridnya tidak mahu berehat kerana dia mahu Dewey mengajar.
Summer membalas tentang dimana ibu bapanya membayar yuran sekolah yang mahal bukan untuk
dia berehat. Dewey lalu bangun dan menyuruh Summer untuk berputus asa. Di sini kita dapat lihat
bahawa Dewey dan Summer tidak mempunyai kesefahaman lalu mereka berinteraksi dengan tidak
stabil dan berbahas. Ini membuktikan teori konflik wujud (scene 17:45)

The school of rock - Bus pickup to the show - That's so punk rock!

Babak yang seterusnya di dalam filem ini ialah teori konflik dimana sistem pendidikan
(sekolah) adalah salah satu cara status quo di dalam masyarakat dikekalkan dan ia juga merupakan
satu sistem yang diolah untuk terus menundukkan orang-orang kelas bawah. Dalam babak ini,
murid-murid telah memilih untuk meninggalkan norma tentang kelas musik mereka yang
menghalang expresi kreatif individual murid kelas tersebut. Setelah kerap berlatih secara senyap-
senyap mereka mengambil langkah untuk bertanding dalam pertandingan muzik heavy metal

6
sebagai klimaks pembantahan terhadap norma yang mereka hadapi sepanjang kelas muzik sebelum
kemasukkan Dewey. Pembantahan ini boleh dilihat sebagai cara mereka menggulingkan status
quo mereka sebagai murid-murid yang dianggap hanya boleh menurut kata antara guru-guru lain
dan ibu bapa yang dilihat sebagai pemerintah. Apabila ini berlaku, guru-guru dan ibu bapa berada
dalam situasi terancam dan cemas akibat kelakuan murid-murid kelas tersebut. Mereka berusaha
untuk mengembalikkan keseimbangan kuasa antara pihak dewasa dan kanak-kanak tetapi tidak
berhasil dan mereka akhirnya pasrah dengan tindakan kanak-kanak tersebut.

Terdapat beberapa percanggahan konflik di sini dimana pandangan Dewey pada dunia iaitu
hanyalah muzik rock manakala pandangan masyarakat yang menganggap rock sebagai genre yang
tidak sesuai terutama pada peringkat sekolah mahupun kanak-kanak dan remaja. Keputusan
Dewey mengeksploitasi anak muridnya untuk tujuan peribadi adalah sesuatu perkara yang tidak
boleh dikompromi apatah lagi mendedahkan mereka kepada muzik rock yang keras. Dewey
memiliki sifat pentingkan diri walaupun dia seorang guru yang berbakat dalam mendidik sesuatu
yang dia sendiri tidak sedari. Hakikatnya Dewey adalah seorang yang pentingkan diri sendiri
ataupun sukar untuk berubah. Anak muridnya secara tidak langsung tidak menyedari niat Dewey
untuk mempergunakan mereka sekaligus menyebabkan mereka telah tercicir dalam subjek yang
sepatutnya dipelajari telahpun meminta maaf akan tetapi perbuatan Dewey adalah bercanggah
dengan etika perguruan mahupun etika kehidupan.

Selain itu tindakan ibubapa kepada anak-anak SOR terlampau tegas dan memendamkan
bakat anak-anak mereka adalah bercanggah dengan keibubapaan yang sepatutnya memberi
peluang anak mengembangkan bakat dan mempelajari apa yang diminati.

Konflik juga terjadi apabila pada akhir pertandingan semasa pengumuman juara SOR
tidak berjaya memenangi tempat pertama meskipun mendapat undi popular dan sorakan gemuruh
daripada penonton. Hal ini demikian kerana SOR adalah anak-anak kecil yang sepatutnya tidak
boleh hidup dalam dunia rock selain mereka diumumkan oleh cikgunya Dewey bahawa mereka
menghadapi penyakit terminal. Kekalahan mereka boleh dijangka kerana faktor usia, kesihatan,
undang-undang dan juga etika dimana penganjur juga boleh dikenakan tindakan kerana menerima
peserta bawah umur.

7
Pada awal babak juga memperlihatkan konflik dalaman yang berlaku kepada Dewey
apabila dia dibuang daripada kumpulan muziknya, berdepan dengan tunggakan bilik sewa yang
didiaminya, dan risiko untuk diusir dari bilik tersebut terus menyebabkannya mendapat idea dan
membuat keputusan menyamar sebagai Schneebly untuk bekerja sebagai guru ganti di sebuah
sekolah apabila mendapat panggilan telefon (08:05).

4.0 Teori interaksionalisme


Teori interaksionalisme atau dikenali juga sebagai teori interaksionisme simbolik merupakan
teori yang ketiga dia dalam teori sosiologi yang dipelopori oleh George Herbert Mead adalah
sebuah teori yang bersifat mikro. Interaksi boleh didefinisikan sebagai istilah dan garapan
sosiologi manakala simbolik merupakan garapan komunikologo atau ilmu komunikasi. Teori ini
merupakan salah satu teori yang banyak digunakan dalam melakukan penelitian sosiologi kerana
maksud sosial mampu diperoleh melalui proses interpretasi dan komunikasi sesebuah masyarakat
terhadap sesuatu simbol yang terdapat di lingkungan sekitar dan ia juga menekankan bahawa
interaksi sosial mampu membentuk realiti kehidupan manusia.

Teori Interaksionalisme adalah teori yang menyatakan bahawa manusia itu bersifat aktif
dan berinteraksi antara satu sama lain yang membentuk realiti kehidupan. School Of Rock
menceritakan tentang interaksi yang berlaku antara dua individu yang membawa kepada satu
perubahan yang baik.

“Dewey Finn: Katie, what was that thing you were playing today, the big thing?
Katie: Cello.
Dewey Finn: Okay. This is a bass guitar. And it's the exact same thing. But instead of playing it
like this, you tip it on the side... cello, you got a bass.”

Berdasarkan perbualan antara Dewey dengan pelajarnya Katie dapat kita lihat berlakunya
interaksi lisan antara dua individu yang berbentuk perbincangan tentang alat muzik yang lebih
sesuai untuk dimainkan oleh Katie. Perbualan ini membawa kepada satu keputusan yang

8
membentuk realiti sebenar kehidupan Katie di dalam bidang muzik kerana Dewey lebih
memahami dalam bidang muzik dan dia menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau untuk
menerangkan kepada Katie.

Komunikasi dua hala yang dibentangkan oleh teori ini adalah sesuatu perkara yang patut
dicontohi. Hal ini demikian kerana, interaksi antara guru dan murid sangat bermakna dalam
membentuk interaksi simbolik yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka berdua.
Cikgu akan dapat memahami murid dengan lebih mendalam dan cuba membantu mereka. Sebagai
contoh, ketika Lawrence mengemukakan kerisauan hatinya kepada Dewey dan dia memberi kata-
kata semangat kepada Lawrence (scene 28:15).

https://www.youtube.com/watch?v=tu_em6uT3qY&list=PLYc0Jw8xkt1B8mAwJY3phKVcHcE
Ufvu8T&index=9&ab_channel=blacked3

Dalam babak ini, teori interaksionalisme dapat dilihat dengan Dewey, yang sedang
berpura-pura menjadi Mr.S iaitu seorang guru ganti muzik, dan murid-muridnya, terutamanya
Summer (seorang gadis kecil yang mempunyai karakter yang bersemangat daya saing yang terlalu
tinggi). Teori interaksionalisme dapat dilihat dengan Dewey mengoyakkan kertas poster untuk
sistem merit/demerit dalam kelas mereka. Ini mengejutkan Summer yang sudah terbiasa dengan
sistem itu. Ini melambangkan perubahan persepsi dinamik seorang guru dan murid dalam kelas itu
hasil daripada pengalaman sebelumnya dengan guru-guru lain, kerana Dewey telah melakukan
sesuatu diluar jangkaannya.

Teori interaksionalisme juga berlaku semasa anak murid Dewey merasakan bahawa dia
tidak sepatutnya bermain muzik kerana tidak mendapat keizinan daripada ibu bapa mereka yang
menganggap aktiviti tersebut hanya membuang masa namun apabila Dewey mengatakan dia
sangat berbakat maka dia terus bersemangat. Akhirnya dia mampu menulis lagu kedua untuk
kumpulannya. Dewey juga memberi respon yang amat baik dengan mengatakan bahawa setiap
lirik yang dicipta perlu dicuba dan dimainkan terus kerana tidak ada kepastian jika tidak
diusahakan sama ada muzik tersebut bagus ataupun tidak. Adapun begitu, sifat semulajadi semua
ibu bapa adalah melindungi anaknya. Melihat situasi yang diluar dari kebiasaan iaitu risaukan

9
anak-anak yang terlampau banyak menghabiskan masa dengan latihan muzik sehinggalah
terbongkarnya identiti Dewey sebagai guru palsu di sekolah tersebut semasa perjumpaan Persatuan
Ibu Bapa di mana rupa-rupanya anak-anak mereka di ajar oleh guru palsu yang menyamar dan
mempergunakan anak-anak mereka. Meskipun reaksi murid-murid boleh menerima Dewey
biarpun selepas identitinya terbongkar akan tetapi bukan ibu bapa yang sentiasa mempunyai sifat
ingin melindungi dan risau akan keselamatan anak-anak mereka walau di mana sahaja.

Di samping itu juga, kita dapat melihat pada awal babak filem di minit (05:47) ini, semasa
Dewey ke latihan muzik bandnya. Di situ berlakunya percanggahan antara Dewey dan rakan-
rakannya bandnya yang tidak mahu dia kekal sebagai ahli kumpulan mereka, melibatkan teori
interaksionalisme melalui karakter ahli kumpulannya yang menendang keluar Dewey kerana
sikapnya yang selalu datang lambat, tidak memberikan kerjasama dengan ahli kumpulan yang lain,
pentingkan diri sendiri dan pendapatnya serta seorang yang narcissist. Bagi mereka, adalah lebih
baik Dewey tiada kerana dia seorang yang toxic untuk terus kekal dalam band tersebut. Malahan,
perlakuan Dewey semasa hari pertama dia mengajar juga menunjukkan interaksionalisme apabila
dia meminta murid-muridnya untuk berputus asa dan memberi syarahan mengenai ‘The Man’ iaitu
berkenaan kapitalis. Sudah tentu syarahannya tepat akan tetapi murid-murid di kelas itu bukanlah
fokus yang betul kerana mereka adalah pelajar elit golongan T20 di mana masa depan mereka telah
dijamin kerana ibu bapa merekalah yang disebutkan sebagai ‘The Man’ itu.

5.0 Teori Pasca Modernisme


Teori yang keempat ialah sebuah teori yang dihasilkan oleh pemikiran salah seorang tokoh iaitu
Jean Baudrillard. Teori Pasca Modernisme merupakan satu aliran teori sosiologi yang baru yang
mana pemikiran tentang teori ini sebenarnya ialah sumbangan kepada penganalisis perubahan-
perubahan sosial yang berlaku di dalam tradisi sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, pada zaman
dahulu individu atau masyarakat akan pulang ke rumah masing-masing untuk makan pada waktu
tengah hari akan tetapi berlakunya perubahan sosial yang dapat kita lihat pada masa kini iaitu
individu akan makan tengah hari di restoran franchais seperti Mc Donald.

10
Teori Pasca Modernisme di dalam School Of Rock menceritakan tentang perubahan-
perubahan yang berlaku dalam masyarakat yang mengubah satu perkara yang lama kepada yang
baru. Di dalam cerita ini dapat kita lihat berlakunya perubahan sosial di mana pembelajaran
berlaku secara praktikal atau luar dari norma yang biasa atau satu bentuk pelajaran yang baru.
Sebagai contoh, Dewey mengajak pelajar-pelajarnya melakukan satu projek yang mana pelajar itu
tidak pernah melakukannya kerana kebiasaan mereka hanyalah belajar teori di dalam kelas tanpa
melakukan praktikal atau apa-apa projek. Jadi Dewey menyatakan bahwa projek ini adalah satu
projek yang wajib dilakukan oleh mereka dan projek itu dinamakan “Rock Band” di mana mereka
perlu bertanding dalam satu pertandingan muzik rock. Para pelajar menunjukkan minat mereka
untuk menyertainnya dan mereka mula membahagikan tugas masing-masing di bawah
pengawasan Dewey. Ini menunjukkan bahawa berlakunya perubahan daripada kebiasaan mereka
belajar di dalam kelas kepada melakukan praktikal.

“Dewey: Now, listen, normal kids would have been stoked to slack off, but not you guys, because
you're not normal, you're special. And because I think you guys have the right attitude, I think
it's time we started our new class project.
Lawrence: A science project?
Dewey: No. It's called... "Rock Band".
Marta: Is this a school project?
Dewey: Yes. And it's a requirement. And it may sound easy, but nothing could be harder. It will
test your head [points to his head], and your mind [points to his jaw], and your brain too [points
to his forehead]."

Teori ini menganalisa semua teori-teori yang telah kita bincangkan dan memperbaharui
mereka. Ini menunjukkan perubahan antara suatu situasi yang normal kepada suatu situasi yang
baharu. Sebagai contoh, anak-anak murid Dewey tidak terdedah langsung dengan perkara-perkara
yang Dewey katakan seperti rock band dan nama-nama artis rock. Maka dengan itu, Dewey
mengambil keputusan untuk mengajar mereka ilmu rock (scene 34:33)

Sepanjang cerita ini, teori pascamodenisme dapat dilihat. Dewey telah membuka minda
murid-muridnya untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu muzik rock. Secara tidak langsung,

11
Dewey telah memupuk anak muridnya untuk mencuba perkara mengikut kehendak mereka dan
untuk tidak sentiasa mengikuti kehendak orang atasan. Ini simbolik dengan teori pascamodenisme
yang menekankan kepentingan minat individu.

Selain itu terdapat babak dimana kumpulan SOR menggunakan peralatan lebih moden
dalam persembahannya. Jika persembahan muzik biasa menggunakan instrument konvensional, di
dalam latihan pertunjukkan akhir mereka menggunakan keyboard muzik elektronik, gitar
elektronik. Persembahan multimedia juga dimasukkan sebagai latar pencahayaan dan grafik
komputer sedangkan kumpulan lain tidak menggunakan skrin bagi pertujukan multimedia. Dalam
babak berbeza dewey juga menggunakan pedagogi khas iaitu menggunakan pertunjukan muzik
untuk mencungkil minat dan bakat pelajar dalam bidang grafik, keselamatan, fesyen, pengurusan
bakat, vokal, penulisan karya dan sebagainya.

12
6.0 Penutup
Kesimpulannya, melalui dokumentari ini ianya mencetus pelbagai persoalan, ideologi dan
sebaliknya dengan memasukkan rock dalam pendidikan, menonjolkan ketegangan yang timbul
dalam diri mereka antara pemahaman tentang muzik rock sebagai proses dan muzik sebagai objek
budaya yang dihargai, isu penting dalam daripada susunan sosial tertentu terutamanya dalam
bidang pendidikan. Pendidikan yang diketengahkah melalui muzik rock bukan sahaja perkara
negatif yang biasanya dipandang rendah oleh kebanyakkan orang.

School Of Rock ini memperlihatkan melalui pendidikan muzik rock di sekolah


keharmonian antara masyarakat dapat diwujudkan jika masing-masing boleh memainkan peranan
masing-masing dengan baik. Mewujudkan persekitaran dengan karakter, sikap dan tindakan yang
sopan dan bertatasusila akan mengukuhkan lagi ikatan kemasyarakatan akan tetapi cubaan penerbit
untuk mengetengahkan karya muzik rock dengan penglibatan kanak-kanak dilihat kurang wajar
dengan pelanggaran peraturan dan memanipulasikan proses pendidikan yang sepatutnya berlaku
seperti mana termaktub dalam kurikulum.

Selain dari jalan cerita, karakter Dewey jugak menunjukkan ianya bukan sekadar gimik
akan tetapi cara hidup. Kebiasaan norma kehidupan Dewey dengan muzik rock sehingga semua
yang dia lakukan bermatlamatkan hanya untuk muzik akhirnya tanpa merasakan sikapnya yang
tidak matang, bersikap sambil lewa, tidak kemas, tidak bertamadun dan tidak mematuhi peraturan
memberi kesan besar dalam hidupnya adapun ini mengukuhkan lagi kecintaan Dewey kepada
muzik rock dalam kehidupannya.

Penelitian kepada teori-teori ini bukan sahaja menyentuh plot-plot yang terdapat di dalam
cerita ini akan tetapi juga memfokuskan mengenai kualiti guru, perubahan peranan guru dan
murid-murid, dan kelas. Penerbit mungkin cuba mengetengahkan teori pasca-modernisme apabila
cuba keluar dari kebiasaan menwujudkan pembelajaran muzik rock di sekolah. Antara sisi positif
yang lain, melalui filem ini sebuah naskah muzim rock terbaik telah dihasilkan seperti Led
Zeppelin dan beberapa buah lagu yang direka khas untuk filem ini. Ianya mungkin bukan sebuah
karya akademik akan tetapi lebih kepada muzik dan komedi berlatarbelakangkan pendidikan.

13
Rujukan

1. Richard Linkalter, School Of Rock, (2003), Scott Rudin Productions. Dilihat daripada

pautan

a. https://tv.infinide.xyz/movie/tt0332379

2. Power Point, Teori Sosiologi, PQI6002 : Sosiologi Pendidikan.

3. Khan academy https://www.youtube.com/watch?v=-83vVeSC2_g

4. https://www.imdb.com/title/tt0332379/reviews

5. http://act.maydaygroup.org/articles/Webb6_3.pdf

14

Anda mungkin juga menyukai