Anda di halaman 1dari 1

PRAKATA

Bacalah Permataku disusun dan disediakan sebagai


buku asas awal bacaan untuk kanak-kanak, Pemulihan
Linus,dan Pemulihan Khas asas penguasaan kemahiran
membaca.

Perkataan, frasa dan ayat –ayat dalam buku ini telah


disusun secara sistematik dan mengikut tatatingkat membina
penguasan kemahiran membaca. Kemahiran dalam Bacalah
Permataku disusun dari mudah kepada susah.

Penggunaan pengulangan suku kata dan perkataan akan


meningkatkan kemahiran kanak-kanak untuk membaca dan
mengecam perkataan dengan lebih berkesan.

Bacalah Permataku tidak mengandungi gambar kerana


lebih menekankan kepada kemahiran eja, ingat dan sebut.
Guru-guru dan ibubapa adalah digalakkan menyediakan
bahan-bahan dari benda maujud, kad gambar dan kad
perkataan sebagai alat bantu mengajar untuk merangsang
minda murid.

Melalui kaedah yang bersistematik ini juga dapat


membantu para guru dan ibu bapa mengesan tahap kesukaran
yang dialami oleh murid atau anak dan seterusnya dapat
membimbing mereka mengatasi kesukaran tersebut tanpa
berlaku tindanan kesukaran dan dapat meningkatkan
kemahiran membaca mereka.
Catatkan perkembangan murid pada jadual Prestasi
Kemahiran Bahasa Malaysia yang telah disediakan di
bahagian akhir buku ini.

“BULAN MENERANGI MALAM,

Anda mungkin juga menyukai