Anda di halaman 1dari 69

JenAYah SyARiAh

al-HIraBAh & JUdi


GROUP MEMBERS:
1) Muhammad Nurkhadzim bin Ahmad Sharibi
2) Anis Ayuni binti Abdul Rahman
3) Amirah binti Abdul Razak
4) Fatin Syazwana binti Saizul Sofian
PenGErTiAn HirABah
● Hirabah secara tata bahasa arab berasal dari kata harb (‫ )ﺣﺮب‬yang
bererti perang
● Bahasa : Perbuatan merampas harta orang dengan
kekerasan/Rompakan.
● Istilah syara’: serangan bertujuan merampas harta secara paksaan ,
membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan, angkuh
dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada
bantuan.
DalIL hiRAbaH

(Surah Al-Maa’idah, ayat 33).

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan
tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan
dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka
hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan
di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
PenGErTiAn HirABah MEnGikUT juMhUR ulAMa
01 Mazhab Maliki

02 Mazhab Syafie dan Ahmad

03 Mazhab Hanafi
“Perbuatan yang menakutkan
perjalanan orang sama ada bertujuan
untuk mengambil harta benda atau
tidak, asalkan kejadian itu sukar untuk
mendapatkan pertolongan.

MazHAb MalIKi
Tindakan keluar (oleh seorang
atau sekumpulan orang) untuk
merampas harta atau membunuh
atau menakutkan orang dengan
kekuatan/kekerasan di suatu
tempat yang tidak mungkin
mendapat pertolongan
MazHAb SyaFIe dAN ahMAd
Sekumpulan manusia atau individu
yang beragama Islam dan zimmi untuk
mengganggu keamanan dan perjalanan
orang ramai bertujuan untuk
mengambil harta benda secara
kekerasan atau menggunakan
kekuatan.

MazHAb HanAFi
StATe

EnaKmEN enAKmeN
SEKSYEN 9 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN 1993
Seseorang atau sekumpulan orang yang merampas harta orang lain dengan
kekerasan atau dengan halangan salah atau membuat ugutan adalah melakukan
hirabah.

SEKSYEN 22 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH TERENGGANU


2002
Hirabah adalah perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau
dengan ugutan hendak menggunakan kekerasan yang dilakukan oleh seseorang
atau sekumpulan orang-orang yang bersenjatakan apa-apa senjata atau alat-alat
yang boleh digunakan sebagai senjata
ClUe! TemPAt
beRlAKunYA
hiRAbaH
01 Imam Abu Hanifah
Hendaklah ianya jauh dari kawasan yang
dibangunkan (tanah lapang), sama ada ianya
dilakukan pada siang atau malam hari, sama ada
penjenayah membawa senjata atau pun tidak

02 Mazhab Malik dan Syafie


Hukuman al-hirabah dikenakan ke atas penjenayah sama
ada ianya dilakukan di dalam bandar atau jauh dari
kawasan yang dibangunkan. Perbuatan hirabah itu mesti
sirius yang tidak membolehkan mangsa meminta bantuan
walaupun dia berupaya berbuat demikian.
ClUe!
SyaRAt-SyaRAt
hiRAbaH
01
Tempat hirabah yang dilakukan oleh pelakunya mestilah di tempat
yang jauh dari tempat orang ramai.

Contohnya di padang rumput yang jauh, di gunung, atau tempat jauh


dari lokasi penduduk. Jika tindakan itu dilakukan di tempat orang
ramai, maka bukan tindakan hirabah, akan tetapi perampasan biasa,
Sebab yang disebut dengan hirabah adalah samun atau rompakan
yang dilakukan di jalan-jalan. Akan tetapi, bila mereka melakukan
tindakan pembunuhan, perampasan harta dan kemusnahan di
tempat-tempat orang ramai, maka tindakan mereka dianggap sebagai
hirabah dan berhak dijatuhi hukuman hudud.
02 Pelakunya membawa senjata yang dapat digunakan untuk membunuh.
Contohnya, pedang, senjata api dan lain-lain. Jika mereka tidak membawa
senjata atau bersenjatakan alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk
membunuh seperti tongkat, cambuk dan lain-lain, maka tindakan mereka
tidak disebut dengan hirabah

03 Dilakukan dengan terang-terangan.


Contohnya, mereka merampas harta dengan paksa dan terang-terangan
dan memiliki markas pusat. Jika mereka mengambil harta dengan cara
sembunyi-sembunyi mereka disebut pencuri. Jika mereka merampas
kemudian melarikan diri, mereka disebut peragut.
ClUe!
NIat MElaKUkaN
HIraBAh
01 Penjenayah mesti menyedari bahawa apa yang dilakukan adalah suatu
kesalahan dan tidak terdapat sesiapa yang memaksanya.

02 Matlamat penyenayah ialah untuk mendapatkan harta dengan


menakut-nakutkan orang.
ClUe!
SyARat DAn KetENtuAN
MUhaRIb Dan MAnGsa
ROmPakAN
MUhaRIb
1) Orang yang mencuri adalah mukallaf iaitu baligh dan berakal.
2) Bersenjata: Majoriti fuqaha mensyaratkan muharib hendaklah
bersenjata (tongkat, batu). Tanpa senjata, mereka tidak mampu
mengancam orang lainang yang dicuri mencapai jumlah nisab.
3) Lelaki: Fuqaha Hanafi mensyaratkan muharib mestilah lelaki
untuk dikenakan hukuman hudud, manakala fuqaha Syafie,
Hanbali dan Maliki tidak mengambilkira jantina.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib dan Aisyah yang bermaksud:

“Tiga orang yang tidak dikira sebagai bertanggungjawab di atas perbuatannya, iaitu
seorang yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurnya, seorang kanak-kanak
sehingga dia bermimpi (baligh) dan seorang yang gila sehingga dia siuman.”
MAnGsa ROmPakAN
1) Orang yang terpelihara: Merujuk kepada orang Islam dan zimmi,
dan tetapi tidak termasuk kafir harbi dan penderhaka
2) Penguasaan yang sah terhadap harta: Harta tersebut miliknya
atau beliau adalah pemegang amanah.
3) Tiada hubungan silaturahim dengan muharib: Syarat ini adalah
pendapat fuqaha Hanafi, manakala fuqaha Syafie, Hanbali dan
Maliki tidak mengakui syarat ini
ClUe!

PenSAbiTAn HirABah
01 PENGAKUAN MUHARIB

02 DUA ORANG SAKSI ADIL


Ayat At-Talaq Ayat 2 yang bermaksud: “Dan adakanlah dua orang
saksi yang adil antara kamu.”
ClUe!
HukUMan UNtuK
jeNAyaH hIRabAH
(meNUruT UnDanG-UnDanG IsLam)
SurAH al-MAidAH [5:33]

Dibunuh Dipotong tangan &


kaki secara silang

Disalib Diasingkan dari tempat


kediamannya
peNdAPat PAra FUqaHA’ meNgENaI huKUmaN hIRabAH
MAJORITI FUQAHA’ (JUMHUR) MALIKI

● Bergantung kepada perbuatan ● Hakim mempunyai kuasa untuk


Muharib : menentukan salah satu hukuman
1) Mengancam mangsa tanpa mengambil terhadap Muharib
harta / membunuh mangsa ● Jika Muharib membunuh mangsa,
2) Mengambil harta mangsa tanpa Hakim mempunyai kuasa untuk
membunuh mangsa menjatuhkan hukuman bunuh / bunuh
3) Membunuh mangsa tanpa mengambil dan salib sahaja keatas Muharib
harta mangsa
4) Membunuh dan mengambil harta
mangsa
01 meNgANcaM mANgSa tANpa MEnGamBIl HarTA / meMbUNuh MAnGsa
ABU HANIFAH & AHMAD Dibuang daerah atau negeri

SYAFI’I Dijatuhkan hukuman ta’zir / dibuang daerah atau


negeri

MALIKI Hakim berhak menentukan hukuman


● Bergantung kepada tahap kekerasan yang
digunakan oleh Muharib dan kepentingan awam
● Hukuman dibuang negeri = dipenjara

NOTA :
● Tiada tempoh yang tetap bagi hukuman buang daerah atau negeri
● Tempoh hukuman akan berkuatkuasa sehingga Muharib betul-betul menyesal dan
bertaubat
02 MenGAmBil HArTa mANgSa tANpa MEmBunUH maNgSA

MAJORITI FUQAHA’ Dipotong tangan dan kaki secara silang (tangan kanan dan
(JUMHUR) kaki kiri)
● Jika tangan kanan atau kaki kiri telah dipotong
disebabkan hukuman qisas atau kecacatan fizikal,
maka mana-mana bahagian yang tinggal akan
dipotong

MALIKI Hakim berhak menentukan hukuman selain hukuman


buang daerah atau negeri
● Hukuman hirabah mestilah lebih berat daripada
hukuman sariqah
03 MemBUnuH mANgSa tANpa MEnGamBIl HarTA maNgSA

MAJORITI FUQAHA’ Dikenakan hukuman bunuh


(JUMHUR)

AHMAD & ZAIDIYYAH Dikenakan hukuman bunuh dan salib

MALIKI Hakim berhak menentukan sama ada ingin


menjatuhkan hukuman bunuh sahaja atau
hukuman bunuh dan salib
04 MemBUnuH mANgSa dAN meNgAMbiL hARta MAnGsa
MAJORITI FUQAHA’ Dikenakan hukuman bunuh dan salib sahaja
(JUMHUR) ● Hukuman potong tangan dan kaki tidak
akan dikenakan

ABU HANIFAH Hakim berhak menentukan hukuman :


● Potong tangan dan kaki secara bersilang,
bunuh kemudian salib; atau
● Bunuh sahaja

MALIKI Hakim berhak menentukan sama ada ingin


menjatuhkan hukuman bunuh sahaja atau
hukuman salib dan bunuh
MenYEbaBkAN keCEdeRAan KEpaDA maNgSA ?
IMAM MALIK, ABU HANIFAH &
SYIAH ZAIDIYYAH
● Sama seperti hukuman
hudud bagi jenayah hirabah
PENDAPAT
FUQAHA’
IMAM SHAFI’I & AHMAD
● Hukuman hudud + Qisas /
Diyat
SebAB - seBAb teRbATalNyA HukUMan HIraBAh
01 Perompak telah bertaubat sebelum
ditangkap

● Surah Al-Maidah [5:34] :


“Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menguasai mereka;
maka ketahuilah, bahwa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
● Semua hukuman bagi jenayah hirabah tidak akan dikenakan (melibatkan hak
Allah)
● Bagaimana dengan hak manusia?
Majoriti fuqaha’ (Jumhur) : Hak manusia tidak akan terbatal (Nasib Muharib
bergantung kepada keputusan keluarga mangsa)
SebAB - seBAb TerBAtaLnYA huKUmaN hIRabAH
02 Harta yang diambil tidak memenuhi syarat harta rompakan

● Harta yang diambil merupakan harta tak boleh alih


● Harta yang diambil merupakan harta yang tak berharga ie. arak / babi
● Harta yang diambil merupakan harta kepunyaan orang kafir harbi / pemberontak
● Harta yang diambil tidak berada dalam jagaan si pemilik
- Majoriti fuqaha’ (Jumhur) : Dianggap sebagai harta yang hilang / tidak bertuan
● Harta yang diambil tidak cukup nisab (¼ dinar)
- Imam Shafi’i & Abu Hanifah : Hukuman hudud tidak akan dikenakan
- Maliki : Hukuman hudud tetap akan dikenakan
SebAB - seBAb TerBAtaLnYA huKUmaN hIRabAH
03 Penglibatan Muharib yang tidak mempunyai kapasiti dalam
melakukan jenayah hirabah & kesannya terhadap Muharib yang lain

● Jenayah hirabah dilakukan oleh sekumpulan Muharib (kanak-kanak / orang tidak waras
+ dewasa & orang yang waras)
● Imam Abu Hanifah & Muhammad bin Al-Hassan :
- Semua Muharib akan terlepas dari hukuman hudud
- Muharib dewasa dan waras akan dikenakan hukuman qisas (membunuh /
mencederakan mangsa)
● Maliki, Zahiri & Hanbali :
- Muharib kanak - kanak / tidak waras sahaja yang akan terlepas dari hukuman hudud
00 HUkuMAn BagI KesALahAN hiRAbaH
DI keLAnTan, TEreNgGAnu DAn
BrUNeI
KELANTAN
Hukuman Berdasarkan S. 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(II) 1993 (2015) Kelantan

Situasi Kesalahan Hirabah dan Hukumannya.

● Pesalah akan dikenakan hukuman bunuh dan disalib jika mangsanya dibunuh dan
harta atau barang kepunyaan orang lain yang berada dibawah jagaan si mangsa
diambil oleh si Pesalah.
● Pesalah akan dikenakan hukuman bunuh sahaja, jika mangsa sewaktu rompakan itu
dibunuh tetapi harta benda si mangsa tidak diambil oleh si Pesalah.
● Sesiapa yang melakukan hirabah akan dipotong tangan kanan dan kaki kirinya secara
bersilang, jika orang itu mengambil harta si mangsa tanpa membunuh atau
mencederakan mangsa sewaktu rompakan sedang berlaku.
SamBUnGan S.10
● Orang yang melakukan jenayah hirabah akan dihukum potong tangan kanan
dan kaki kirinya secara bersilang dan hendaklah membayar diyat atau arsy,
jika orang tersebut mengambil harta si mangsa serta mencederakannya
sewaktu rompakan.
● Sesiapa yang mengugut atau mengancam mangsanya untuk melakukan
rompakan, orang tersebut akan dipenjara mengikut tempoh yang telah
ditetapkan oleh Mahkamah tidak melebihi 5 tahun bagi memberi kesedaran
kepada si Pesalah dan kesal akan perbuatannya.
PElaKsANaAn HukUMan POtoNg TAnGan DAn KakI
Seksyen 52.

(a) Hukuman potong tangan bermakna memotong tangan di pergelangan tangan; iaitu di sendi
yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan.

(b) Hukuman potong kaki bermakna memotong kaki di bahagian tengah kaki itu supaya tumit
kaki boleh lagi digunakan untuk berjalan atau berdiri.

KEADAAN DIMANA HUKUMAN HIRABAH (POTONG ANGGOTA TANGAN DAN KAKI)


TIDAK BOLEH DIKENAKAN.

Berdasarkan Seksyen 11(2) Hukuman hudud hirabah tidak dikenakan apabila pesalah menyerah
diri dengan sukarela sebelum proses undang-undang dimulakan dengan syarat pesalah
mengisytiharkan taubatnya di hadapan Hakim atau Pendakwa Syarie dan menyerah balik harta
yang dirompak kepada pihak berkuasa atau pemilik yang daripadanya harta dirompak.
TERENGGANU HIraBAh

SEKSYEN 23 ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH


(HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
[HUKUMAN HIRABAH]

Membunuh dan Membunuh tetapi Merompak tetapi Mengugut/


Merompak tidak merompak tidak membunuh Mengancam

- Jika tidak melibatkan Dipenjara


kecederaan atau kematian mengikut tempoh
kepada mangsa, dipotong yang ditetapkan
Hukuman: Hukuman: tangan kanan dan kaki oleh Mahkamah
Bunuh dan disalib Bunuh sahaja kiri berdasarkan
- Cedera + Merompak: kesesuaian yang
Potong dan perlu bayar akan memberi
diyat kesedaran
SekSyEN 24. BilAKan HUkuMAn HudUD hiRAbaH bOLeh ATaU
TidAK boLEh DikENakAN
- Kesalahan hirabah akan dikenakan hukuman hudud sekiranya
mengandungi ciri-ciri berikut:
(a) pesalah seorang mukallaf dan dilakukan dengan niat, tiada paksaan, tidak
terdesak dan tidak berhajat;
(b) apabila berlaku di luar kawasan kediaman mangsa jenayah; dan
(c) apabila ia berlaku di dalam kawasan kediaman mangsa dan mangsa sukar
mendapat bantuan pertolongan.

- Tidak boleh dikenakan hukuman hirabah


(a)Apabila pesalah meninggalkan perbuatan jenayah hirabah sebelum proses
undang-undang bermula dan mangsa jenayah belum mempunyai pengetahuan
dengan jelas ke atas perbuatan pesalah dengan syarat pesalah mengisytiharkan
taubatnya di hadapan Hakim atau Pendakwa Syarie dan menyerahkan balik harta
kepada pihak berkuasa atau pemilik yang daripadanya harta itu dirompak; atau
(b) apabila pesalah menyerah diri dengan sukarela sebelum proses undang-undang
dimulakan.
BRUNEI
SEKSYEN 63
PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH
SYARIAH 2013

Bunuh, jika qatl (pembunuhan)


berlaku sewaktu rompakan sama ada Dipotong tangan & kaki secara
silang, jika nilai harta yang
mengambil harta atau tidak, sama
diambil sewaktu hirabah sampai
ada nilai barang yang diambil sampai kepada nisab atau lebih.
kepada nisab atau kurang daripada
nisab.
Jika lebih daripada seorang yang Qisas menurut jenis kecederaan
melakukan hirabah, hukuman potong yang dilakukan seperti yang telah
tangan dan kaki akan dikenakan ditetapkan dalam Jadual Kedua,
sekiranya nilai bahagian setiap seorang Ketiga dan Keempat atau seperti
sampai kepada nisab atau lebih. yang ditetapkan oleh Mahkamah.
saMbUNgaN..
Seksyen 63(2)(a)
Mana-mana orang yang melakukan hirabah
yang dibuktikan dengan keterangan selain
yang diperuntukkan di (1) , akan dihukum
penjara tidak melebihi 30 tahun dan akan
disebat tidak melebihi 40 sebatan.

Percubaan Melakukan Hirabah (Seksyen 65)


Akan disabit dengan hukuman penjara suatu
tempoh tidak melebih 15 tahun dan akan disebat
tidak melebihi 30 sebatan
SubAHat MElaKUkaN hIRabAH
Seksyen 66

1) Orang yang bersubahat melakukan hirabah di bawah bab 63(1)


akan disabitkan dengan hukuman penjara tidak melebihi 30
tahun dan akan disebat tidak melebihi 40 sebatan.

2) Orang yang bersubahat untuk melakukan hirabah di bawah


bab 63(2) akan disabitkan dengan hukuman penjara tidak
melebihi 15 tahun dan akan disebat tidak melebihi 20 sebatan.
Hukuman menurut peruntukan sivil di Malaysia
(kanun keseksaan)
Seksyen 390 KK:
(1)Dalam segala rompakan ada kesalahan mencuri atau pemerasan.

(2)Kesalahan mencuri ialah ‘rompakan’, jika, dengan tujuan hendak melakukan curi, atau pada melakukan
curi itu, atau pada membawa lari atau mencuba membawa lari harta yang didapati dengan jalan kesalahan
itu, pesalah itu, bagi maksud itu, dengan sengaja menyebabkan atau mencuba menyebabkan kepada
mana-mana orang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau ketakutan bahawa pembunuhan serta
merta, atau cedera serta merta, atau halangan salah serta merta akan berlaku.

(3) Pemerasan ialah “rompak”, jika pensalah itu, pada waktu melakukan pemerasan itu, ada di hadapan
orang yang didatangkan ketakutan itu dan melakukan pemerasan itu dengan mendatangkan kepada orang
itu ketakutan bahawa ia atau mana-mana orang lain akan dibunuh serta merta, dicederakan serta merta
atau dihalang dengan salah serta merta, dan, dengan mendatangkan ketakutan itu, mendorong orang yang
didatangkan ketakutan itu supaya menyerahkan ketika itu dan di situ juga benda yang diperas ugut itu.”
Seksyen 392 Kanun Keseksaan
(Hukuman Merompak)

Sesiapa yang melakukan rompakan dan didapati bersalah


atas pertuduhan tersebut akan dikenakan hukuman penjara
maksimum 14 tahun dan akan dikenakan sebatan atau denda.
Kes MEliBAtKan ROmPakAN daN mERogOL
● Persoalan: Adakah jenayah merogol sebahagian daripada jenayah hirabah?
● Terdapat satu kes yang dibawa oleh Ibnu Al-’Arabi bahawa terdapat seorang perempuan
yang diculik dan dirogol. Terdapat hujahan bahawa kes merogol bukan sebahagian daripada
hirabah kerana hirabah adalah hanya berkaitan dengan harta benda sahaja.
● Ibnu Al-’Arabi dalam al-Ahkam al- Quran membalas hujahan dengan menyatakan bahawa
perbuatan merogol itu lebih memberi kesan yang mendalam terhadap diri seseorang daripada
dirompak kerana nilai maruah seseorang itu telah diragut dan maruahnya lebih berharga
berbanding dengan nilai harta benda.
● Mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan, Individu yang disabitkan dengan kesalahan
merogol boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun serta hendaklah dihukum
dengan hukuman sebat.
● Oleh yang demikian, kes yang melibatkan rogol dan rompakan, pesalah haruslah dikenakan
hukuman bagi kedua-dua jenayah yang dilakukan.
PenDAkWa rAYa lWn MohAMmaD AwaRI biN AhMad [2018] 11 MlJ 434
-Kes melibatkan rompakan, bunuh dan rogol.

FAKTA KES:

OKT telah merompak si mangsa dengan mengambil beg tangan beserta dompet. OKT kemudian telah
merogol si mangsa/mati lalu membunuh mangsa dengan melibas sebilah parang di leher mangsa.
Mangsa kemudian dijumpai oleh suami si mangsa lalu membawanya ke hospital. Sebelum si mangsa
meninggal dunia, mangsa sempat menulis nota dan menyatakan bahawa OKT yang telah merogol dan
menyamun si mangsa. OKT berjaya dikesan dan beg tangan, dompet, pakaian si mangsa dan sebilah
parang dijumpai bersama OKT. Punca kematian mangsa adalah disebabkan luka pendarahan yang
banyak akibat kesan luka kelar pada leher mangsa oleh objek tajam.

HUKUMAN:

OKT dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan membunuh dan penjara 18 tahun bagi
kesalahan merogol.
PenDAkWa rAYa lWn HamZAh Bin MOhaMAd FaUzi BEemARajU [2019]
mLju 2113
Kes melibatkan rompakan.

FAKTA KES:

OKT telah dituduh melakukan kesalahan merompak seorang wanita dengan menggunakan sebilah
pisau. OKT telah meletakkan pisau di tengkok mangsa dan menyentap 2 utas rantai leher mangsa
dan menarik keluar gelang di tangan kiri mangsa. OKT telah dijatuhkan hukuman penjara selama
12 tahun dan 5 sebatan rotan. OKT kemudian telah membuat rayuan dengan mengaku tidak
bersalah dan menegaskan bahawa OKT tidak melakukan rompakan tersebut.

HUKUMAN:

Mahkamah menolak rayuan OKT. Sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah
Sesyen ke atas OKT dikekalkan.
HasMAnNizAM biN hARon LwN peNdAKwa RAya [2020] MlJU
Kes melibatkan rompakan sahaja.
1250
FAKTA KES:

OKT telah dituduh atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata, satu kesalahan di bawah
seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. OKT telah masuk kedalam rumah mangsa lalu mengacukan
sebilah parang dan telah melarikan sebuah kereta milik suami mangsa. OKT telah dijatuhkan
hukuman selama 12 tahun bagi kesalah merompak. OKT kemudian telah memfailkan notis
rayuan dengan mengaku bersalah diatas pertuduhan rompakan tersebut.

HUKUMAN:

Setelah Mahkamah mempertimbangkan hujahan dari pihak perayu, Mahkamah memerintahkan


hukuman penjara 12 tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 6 tahun dari
tarikh tangkapan. Hukuman bagi 3 kali sebatan dikekalkan.
04
JEnaYAh JudI
Jenayah Judi menurut
Undang-Undang Syariah di
Malaysia
TakRIf JudI (LitERal)
Secara literal, menurut Kamus Dewan, judi diertikan sebagai permainan dengan memakai
wang dan lain-lain sebagai taruhan (seperti main ceki, main dadu, dan sebagainya)

Dalam Bahasa Arab, Judi - al-maisir atau al-qimar


Ia bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah.
Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau dengan dadu
atau segala jenis pertaruhan.

Di dalam al-Mu’jam al-Wasith, judi juga disebut sebagai setiap permainan yang
mengandungi pertaruhan dari kedua belah pihak.
TakRIf JudI (iStILah)
Dari segi istilah, terdapat beberapa takrifan yang dikemukakan oleh para ulama antaranya:

Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kaba'ir menyebut judi adalah
merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan.

Al-Mahalli dalam kitab Syarh al-Minhaj mengatakan judi adalah sebuah bentuk pertaruhan
yang diharamkan, yang terdedah untuk menang atau kalah.

Al-Mawardi dalam kitab al-Hawi al-Kabir, menyebut judi ialah suatu pertandingan yang
menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil)
atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan.
TakRIf JudI (iStILah)
Menurut Ibn Taimiyyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa, judi merupakan pengambilan
sebahagian daripada harta seseorang, kemudian dipertaruhkan sama ada seorang itu
mendapat hasil atau tidak mendapat apa-apa.

Ibn Qayyim pula berpandangan judi adalah suatu situasi di mana salah seorang daripada
keduanya untuk menang ataupun kalah.

Imam Malik dalam kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran,menyatakan judi terdiri daripada dua
jenis:
● Judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu,
catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat.
● Judi yang bersifat pertaruhan iaitu apa-apa yang membahaya atau menggadaikan diri
orang lain.
PenGhARamAN juDI daN hIKmaHnYA
Pengharaman judi dalam al-Quran adalah berlaku secara berperingkat.
Pada awalnya, ayat 219 dari surah al-Baqarah menyebut:

‫س َوإِ ْﺛ ُﻤﮭُﻤَﺎ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ ﻣِﻦ ﻧﱠ ْﻔ ِﻌ ِﮭﻤَﺎ‬


ِ ‫ﻚ ﻋَﻦِ ا ْﻟ َﺨ ْﻤ ِﺮ وَا ْﻟ َﻤﯿْﺴِ ِﺮ ۖ ﻗُﻞْ ﻓِﯿ ِﮭﻤَﺎ إِ ْﺛ ٌﻢ َﻛﺒِﯿ ٌﺮ َو َﻣﻨَﺎﻓِ ُﻊ ﻟِﻠﻨﱠﺎ‬
َ َ‫ﯾَ ْﺴﺄَﻟُﻮﻧ‬
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…” Surah al-Baqarah (219)

Imam Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa meskipun terdapat manfaat daripada
keduanya (iaitu arak dan judi) namun dosa keduanya adalah lebih besar dari
manfaatnya.
PEnGhaRAmaN jUDi dAN hiKmAHnYa
Pada peringkat seterusnya, turun ayat 90 dari Surah al-Ma’idah yang
menyebut:

ِ‫َاﻷَزْ َﻻ ُم رِﺟْ ﺲٌ ﻣِﻦْ َﻋﻤَﻞِ اﻟ ﱠﺸ ْﯿﻄَﺎن‬


ْ ‫َاﻷَ ْﻧﺼَﺎبُ و‬
ْ ‫ﯾَﺎ أَﯾﱡﮭَﺎ اﻟﱠﺬِﯾﻦَ آَ َﻣﻨُﻮا إِﻧﱠﻤَﺎ ا ْﻟ َﺨ ْﻤ ُﺮ وَا ْﻟ َﻤﯿْﺴِ ُﺮ و‬
َ‫ﻓَﺎﺟْ ﺘَﻨِﺒُﻮهُ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗُ ْﻔﻠِﺤُﻮن‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan


judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
HAdiS pENgHarAMan JUdi
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Dalam sebuah hadis lain, yang
daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, diriwayatkan daripada Abu Hurairah
Nabi SAW bersabda: R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ أَوْ ﺣُﺮﱢ َم ا ْﻟ َﺨ ْﻤ ُﺮ وَا ْﻟ َﻤﯿْﺴِ ُﺮ وَا ْﻟﻜُﻮﺑَﺔ‬، ‫ﻲ‬


‫ﷲَ َﺣ ﱠﺮ َم َﻋﻠَ ﱠ‬
‫إِنﱠ ﱠ‬ ‫ﺼ ﱠﺪ ْق‬
َ َ‫ك ﻓَ ْﻠﯿَﺘ‬
َ ْ‫ﻣَﻦْ ﻗَﺎ َل ﻟِﺼَﺎﺣِ ﺒِ ِﮫ ﺗَﻌَﺎ َل أُﻗَﺎﻣِﺮ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata


mengharamkan keatasku, atau diharamkan pada temannya: Marilah kita
arak, judi, al-kubah (sejenis permainan yang berjudi/bertaruh! Maka hendaklah dia
menggunakan papan, buah dan dadu, juga bersedekah.
dikenali sebagai tabal atau nard).”
Riwayat al-Bukhari (4860) dan Muslim
Riwayat Abu Daud (3696) (1647)
ULamA KonTEmPorARi
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

“Setiap permainan yang bertujuan untuk berjudi maka hukumnya haram. Judi ialah
permainan yang dilakukan oleh manusia, tidak dapat lari daripadanya untung atau
rugi. Ianya juga dinamakan Maisir (yang didapati tanpa usaha dan jerih) yang disebut
oleh al-Quran al-Karim beriringan dengan arak, Anshaab (yang disembelih untuk
berhala) dan Azlaam (yang diundi dengan batang kayu untuk menentukan nasib).”

(al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 493)


ENakMEn JenAYah SyARiAh BagI JudI
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
Seksyen 17. Berjudi.

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada
di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu
dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi.

(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai,
sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa
permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran,
sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang
atau nilai wang.
ENakMEn JenAYah SyARiAh BagI JudI
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 18. Berjudi.

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai,
sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa
permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib,
sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapatkan
wang atau nilai wang.
ENakMEn JenAYah SyARiAh BagI JudI
KELANTAN

- Tiada peruntukan jenayah Judi dalam Kanun Jenayah Syariah (No. 2 tahun 1985)

- Menurut Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah

Kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan


Hal Ehwal Agama Islam Kelantan tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan
berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor kerana kesalahan tersebut
adalah di bawah bidang kuasa Polis dan bukan bidang kuasa Penguatkuasa Undang-Undang
Syariah. Sehubungan itu, diharap pihak tuan/puan dapat merujuk terus kepada pihak
berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
AkTa rUMah JUdi TErBukA 1953
SEKSYEN 4B
Kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan urusan mesin judi:

Adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, dikenakan denda
tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit
bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hendaklah juga dikenakan hukuman
penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
AkTa rUMah JUdi TErBukA 1953
SEKSYEN 6. Judi di rumah perjudian terbuka.

(1) Mana-mana orang yang berjudi di sebuah rumah perjudian terbuka adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, dikenakan denda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang dijumpai dalam sebuah rumah perjudian terbuka atau didapati
lari dari sebuah rumah perjudian terbuka semasa rumah itu dimasuki, hendaklah
dianggapkan, sehingga sebaliknya dibuktikan bahawa orang itu berjudi di
dalamnya.
KEs-Kes JUdi DI
MAhKamAH sYAriAH
SyaRIe PrOSecUTor V AriFfIN biN mOHd KasSIm [2007] 4 ShLr 148
● Tertuduh telah dituduh berjudi iaitu membeli tiket nombor ramalan. Dia telah
mengakui bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

● Selain itu, dia juga telah mengakui faham akibat daripada pengakuan salahnya
dan pengakuan bersalah yang dibuat adalah secara sukarela, tiada paksaan dan
tidak bersyarat.

● Sama ada pengakuan bersalah tertuduh apabila diambil dan direkodkan


membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh di atas
sabitan bersalah tersebut.
SyaRIe PrOSecUTor V AriFfIN biN mOHd KasSIm [2007] 4 ShLr 148
Diputuskan, mahkamah mensabitkan tertuduh; dipenjarakan selama 10 hari dan
didenda sebanyak RM2,900 atau empat bulan penjara:

(1) Tertuduh boleh disabitkan oleh mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah


tertuduh yang dibuat secara sukarela, tanpa sebarang paksaan atau pujukan
mana-mana pihak. Tertuduh juga memahami kesan akibat pengakuan salah
tersebut ketika disoal oleh mahkamah. Pengakuan salah oleh tertuduh pada
pandangan mahkamah sudah mencukupi untuk mahkamah mensabitkan
kesalahan tertuduh iaitu berjudi.

(2) Pengakuan salah tertuduh itu juga merupakan satu iqrar tertuduh terhadap fakta
pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan iqrar tertuduh itu telah pun
memenuhi kehendak seperti yang disyaratkan oleh Hukum Syarak dan
peruntukkan undang-undang yang sedia ada di Selangor ini.
PenDAkWa sYAriE v RazALi bIN saABan [2015] 2 ShLr 35
● Tertuduh telah didapati berada di Pusat Jualan Sports TOTO, satu kesalahan
dibawah s 18(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996
(‘Enakmen’).

● Keterangan SP1 hingga SP4 dan keterangan dokumen laporan Polis P1 juga telah
membuktikan tertuduh berada di premis tersebut pada masa sebagaimana yang
dipertuduhkan dan tertuduh gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang
munasabah bagi isu tersebut

● Isu yang menjadi persoalan adalah apakah maksud dan tafsiran sebenar s 18(1);
sama ada keadaan semata-mata tertuduh didapati berada di rumah judi dikira
sebagai satu kesalahan atau perlu disertakan dengan niat atau apa-apa perlakuan
lain yang boleh dikaitkan dengan judi.
PenDAkWa sYAriE v RazALi bIN saABan [2015] 2 ShLr 35
● Dalam pembelaannya, tertuduh menafikan berada dalam premis tersebut. Dia
mendakwa hanya berada di kaki lima premis sahaja kerana motornya rosak dan
diletakkan berhampiran. Semasa berada di kaki lima itulah dia telah ditolak
masuk oleh SP1 ke dalam premis dan seterusnya ditahan.

● SP1 menyatakan bahawa dia nampak tertuduh ketika itu dalam premis dan
sedang menulis sesuatu di kaunter premis dan menahan tertuduh apabila
tertuduh bergerak ke arahnya untuk keluar dari premis.

● Keterangan SP1 ini disokong oleh SP yang lain mengenai keberadaanya di dalam
premis namun tiada keterangan tentang perlakuan tertuduh sedang menulis
sesuatu di kaunter daripada SP2, SP3 dan SP4.
PenDAkWa sYAriE v RazALi bIN saABan [2015] 2 ShLr 35
DIPUTUSKAN

(1) Kredibiliti saksi tertuduh dipersoalkan apabila memberi keterangan yang kurang
konsisten, namun ianya masih boleh menimbulkan suatu keraguan terhadap niat
tertuduh dan tidak boleh ditolak secara keseluruhannya memandangkan tiada
apa-apa qarinah lain selain perbuatan tertuduh menulis yang boleh mengaitkan
niat tertuduh berada dalam premis tersebut untuk berjudi.

(2) SP2 hingga SP4 hanya memaklumkan mereka nampak tertuduh berada dalam
premis dan SP1 nampak tertuduh sedang menulis di kaunter premis. Keterangan
sebegini tidak cukup untuk membuktikan wujudnya niat tertuduh untuk berjudi.
Pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen yang dikatakan ditulis oleh
tertuduh pada waktu itu untuk dikaitkan sebagai berjudi.
KamARudDIn Bin BApPu v PenDAkWa sYAriE [2018] 1 ShLr 53
1. Perayu ditangkap berada di dalam premis judi Sports Toto dan dihadapkan ke
Mahkamah Rendah Syariah, atas kesalahan bawah s 17(1) kerana berada di dalam
premis judi. Perayu mengaku bersalah dan disabitkan atas kesalahan.

2. Dalam mitigasinya, perayu memohon agar dikurangkan hukuman denda dan


tidak dipenjarakan kerana dia seorang suami dan bapa yang mempunyai
tanggungan. Hakim bicara menjatuhkan hukuman penjara sepuluh hari dan
denda RM2,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

3. Tidak berpuas hati, perayu memfailkan rayuan ini. Isu-isu yang timbul adalah
sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal
mempertimbangkan faktor-faktor peringanan hukuman dan dari segi fakta
apabila hanya melihat pada kepentingan umum dan bukan kepentingan diri
perayu sebagai suami dan bapa yang mempunyai tanggungan.
KamARudDIn Bin BApPu v PenDAkWa sYAriE [2018] 1 ShLr 53
Diputuskan, membenarkan permohonan dan denda diubah kepada RM3000 dan tiada
pemenjaraan:

(1) Seksyen 129 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
mengkehendaki agar hakim mengambil kira faktor kesalahan kali pertama sebagai
elemen peringanan hukuman. Faktor peringanan kesalahan kali pertama tersebut
hendaklah dilaksanakan dengan mengambil kira hal keadaan umur, latar belakang,
kesihatan dan lain-lain.
(2) Hukuman pemenjaraan akan menyebabkan kesan yang lebih besar dalam hidup perayu
jika dibandingkan dengan hukuman denda. Hukuman pemenjaraan boleh
menyebabkan perayu, sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab terhadap
keluarganya, hilang punca pendapatan dan selanjutnya menyebabkan kesusahan pada
orang dalam tanggungannya.
koNkLUsi

Anda mungkin juga menyukai