Anda di halaman 1dari 4

Dialog

Hang Tuah dan Tun Teja


*****************************************************

HANG TUAH : Ampun tuanku, jikalau begitu kehendak tuanku Sultan, maka akan patik
tunaikan.

SULTAN MELAKA: Benar Tuah, beta teringin untuk menjadikan Tun Teja, anak bendahara
Seri Amar Diraja Pahang

HANG TUAH : Wahai Tun Teja, sesungguhnya kekanda Tuah benar-benar telah jatuh hati
dengan dinda

TUN TEJA : Benarkah begitu abang Tuah? Tapi Dinda telah pun ditunangkan dengan
Baginda Sultan Pahang

HANG TUAH : Jika begitu, marilah adinda Tun Teja ikut bersama Tuah, kita melarikan diri
ke kota Melaka

*****************************************************

HANG TUAH : Ampun Tuanku, patik telah membawakan kepada tuanku Tun Teja daripada
Pahang untuk dikhawinkan dengan sultan

SULTAN MELAKA : Alangkah sukanya hati beta, oleh itu, beta hadiahkan kepada kamu
sepersalinan diraja kepada Hang Tuah

*****************************************************

TUN TEJA : Sampai hati abang Tuah bawa Teja ke Melaka untuk dikhawinkan dengan
Sultan Melaka. Teja mahukan abang Tuah sahaja!

HANG TUAH : Abang Tuah minta maaf Teja. Ini adalah atas perintah dan arahan sultan.
Takkan abang sanggup melanggar perintah sultan hanya semata kerana cinta. Oleh kerana
abang berasa sangat bersalah berbuat Teja sedemikian, maka Teja minumlah ubat ini
supaya Teja bencikan akan abang Tuah

-Tamat-
HANG TUAH DAN MAHARAJA CHINA
*** Maka belayarlah Hang Tuah sehingga Bingkam Hainam, sebuah pelabuhan di kerajaan
China itu. Di sana, Hang Tuah disambut oleh salah seorang menteri empat Maharaja China
yang merupakan shahbandar pelabuhan itu. Tiba di negara yang baru menjadi satu perkara
yang sangat menarik bagi Hang Tuah kerana sifatnya yang ingin tahu membuatkan beliau
bersemangat untuk menimba pengalaman baru.

HANG TUAH : Cantik sekali pelabuhan di Tanah Besar China ini, hamba cukup kagum
dengan keindahan dan kemajuan yang wujud di sini.

PEMBESAR CHINA : Selamat datang wahai Hang Tuah, hamba membawa utusan perintah
bahawa Maharaja China berkenan untuk tuan hamba mengadap baginda.

HANG TUAH : Jikalau begitu hamba tidak sabar-sabar lagi untuk mengadap baginda
Maharaja China

PEMBESAR CHINA : Tetapi sebelum itu Hang Tuah, terdapat satu syarat!

HANG TUAH : Syarat? Apakah syarat itu pembesar?

PEMBESAR CHINA : Tuan hamba tidak dibenarkan untuk memandang wajah maharaja
China, bahkan kami para pembesar di sini tidak dibenarkan untuk melihat wajah baginda.
Sesiapa sahaja yang bertindak memandang muka Maharaja China akan dipancung!

HANG TUAH : Jikalau begitu peraturannya, akan hamba turutkan

*****************************************************

***Hang Tuah dibawa mengadap Maharaja China tetapi mereka tidak dibenarkan untuk
menatap muka baginda. Maharaja China mengajak rombongan daripada Melaka untuk
bersantap bersama-sama mereka.

HANG TUAH : Wahai Maharaja China, kami daripada Melaka hanyalah memakan sayur-
sayuran dan juga kangkung.

MAHARAJA CHINA : Oh begitukah Hang Tuah. Beta teringin sekali melihat bagaimana cara
orang Melayu makan kangkung

***Lalu Hang Tuah mendongakkan kepalanya bagi memakan kangkung tersebut. Semasa
mendongakkan kepala, Hang Tuah sempat melihat wajah Maharaja Cina.
HANG TUAH MENENTANG TAMING SARI
ketika ingin menikahkan putera Sultan Melaka dengan puteri dari Majapahit diadakanlah adu
laga kesaktian sebagai hiburan kerajaan atas permintaan kerajaan Majapahit. Hang Tuah
dipilih sebagai wakil daripada Melaka dan Taming Sari merupakan wakil daripada Majapahit.
PATIH GAJA MADA: Alangkah baiknya hasrat sultan dari Melaka ingin menikahkan Puteri
daripada Majapahit dengan anakanda beliau.

SULTAN MELAKA: Benar sekali tuan hamba, ini bertujuan bagi mengekalkan hubungan
yang baik antara kedua kerajaan ini.

PATIH GAJA MADA: Namun sebelum itu, izinkan patik usulkan satu cadangan supaya
majlis perkhawinan ini diingati sampai bila-bila

SULTAN MELAKA: Apakah cadangan tuan hamba itu?

PATIH GAJA MADA: Patik mencadangkan agar diadakan satu pertarungan antara wakil
kerajaan Melaka dengan wakil daripada Majapahit

SULTAN MELAKA: Satu idea yang bernas wahai bendahara, beta amat berkenan dengan
cadangan itu. Maka bagi kerajaan Melaka, beta melantik Laksamana hang Tuah sebagai
wakil

PATIH GAJA MADA: Maka bagi kerajaan Majapahit, Taming Sari lah yang akan bertempur
dengan Laksamana hang Tuah
HANG TUAH MENENTANG HANG JEBAT
"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka,
dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat
akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau
siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang
tidak adil!!" - Hang Jebat

"Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma
Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang
Jebat

"Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah

" Dato'... Jikalau burung helang tak suka burung lain terbang tinggi..., akhirnya burung
helang jugak yang akan mati kelaparan Dato' "

Anda mungkin juga menyukai