Anda di halaman 1dari 2

Isu wanita bekerja bukanlah merupakan suatu perkara baru dalam dunia hari ini.

Sejak
manusia dicipta oleh Allah dan mula berkembang biak, wanita sudah pun bekerja di rumah
dan di luar rumah. Hanya pada waktu ini istilah pekerja dirujuk kepada mereka yang makan
gaji dan memperolehi pendapatan. Al-Qur'an sendiri telah menjelaskan salah satu daripada
fungsi manusia sebagai khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini ialah memakmurkan bumi
Allah dengan bekerja untuk mencari rezeki bagi mendapatkan makanan, pakaian dan
tempat tinggal yang sempurna.

Prof. Dr. Ahmad Syalaby

Prof. Dr. Ahmad Syalaby ada menjelaskan, wanita pada zaman Rasulullah juga terlibat di
dalam pekerjaan. Sayyidatina Fatimah, anak perempuan Rasulullah s.a.w umpamanya
pernah bekerja menggerakkan alat pengisar dan memikul bekas air, sehingga kelihatan
kesan-kesan pada tangan dan tengkuknya. Sayyidatina Khadijah bind Khuwailid isteri
pertama Rasulullah juga adalah seorang saudagar. Sastera Arab juga ada menyebut,
terdapat golongan-golongan wanita yang bekerja membusar kapas dan menenun; kerana
kerja-kerja itu boleh mendatangkan sumber kekayaan kepada keluarga.

al-Ustaz Abdullah ibn Ibrahim Jar Allah

al-Ustaz Abdullah ibn Ibrahim Jar Allah menjelaskan, wanita tidak disyariatkan bekerja.
Beliau mengemukakan pendapat tersebut, berdasarkan realiti yang ada pada wanita sendiri
dan hukum atau ketetapan yang telah ditentukan oleh Islam mengenai wanita.

Muhammad al-Sayyed Muhammad al-Za'balawi

Muhammad al-Sayyed Muhammad al-Za'balawi menjelaskan, Islam tidak menuntut wanita


bekerja, sama seperti lelaki untuk mencari nafkah, sama ada untuk sara hidup dirinya atau
untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya.

Syed Qutb

Qutb (2009) dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa Islam mengurniakan hak milik
peribadi kepada kaum wanita sejak awallagi. Pengurniaan hak wanita ini bertepatan dengan
pandanganumum yang memandang mulia kepada seluruh manusia. Ayat inimeletakkan
dasar persamaan hak memilik dan hak berusaha diantara lelaki dan wanita dari segi dasar
umum.

Dr Yusuf Al-Qardhawi

Menurut pandangan al-Qardhawi dalam kitabnya Qadhaya al- Mar’ah fi Fiqh al-Qaradawi
mengenai pekerjaan wanita, beliau berpandangan bahawa masyarakat dituntut untuk
menyusun danmenyediakan suasana yang membolehkan Muslimah bekerjaapabila terdapat
tuntutan kemaslahatan ke atas dirinya, keluargaatau masyarakat dengan memelihara akhlak
dan peribadiMuslimah seperti membayar gaji hasil daripada pekerjaan yangdilaksanakannya

Anda mungkin juga menyukai