Anda di halaman 1dari 1

Latihan objektif

1. Cara pemakanan yang manakah yang perlu diamalkan apabila makan tengahari secara buffet di hotel

A Makan secara sederhana dan hanya makan makanan kegemaran sahaja


B Ambil seberapa banyak makanan yang boleh dan tinggalkan apabila tidak mampu
menghabiskannya
C Makan sehingga betul-betul kenyang kerana kita telahpun membayarnya
D Makan mengikut diet yang seimbang dan tidak terlebih makan sehingga terlalu kenyang.

2. Maklumat berikut menunjukkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh seorang individu.

 Trombosis
 Arterioklerosis
 Tekanan darah tinggi

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas?


A Menambahkan pengambilan garam
B Menambahkan pengambilan gula
C Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan kolesterol
D Mengurangkan pengambilan buah-buahan dan sayuran

3. Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang?


A Makanan yang diambil mengikut selera individu
B Makanan yang dapat membantu individu untuk menghalang penyakit
C Makanan yang membekalkan tenaga untuk mengekalkan kegiatan fizikal individu
D Makanan yang mengandungi semua kelas makanan dengan nisbah yang betul

4. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori individu

I Saiz badan
II Umur
III Aktiviti fizikal
IV Selera makan

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja


B I dan III sahaja D Semua di atas

5. Antara masalah kesihatan berikut, yang manakah menyumbang kepada penyakit jantung dan strok?

I Obesiti
II Anoreksia nervosa
III Arteriosklerosis
IV Tekanan darah tinggi

A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja


B I, II dan III sahaja D III dan IV sahaja

Anda mungkin juga menyukai