Anda di halaman 1dari 1

MOHAMAD SYAFIQ BIN ALLAUDDIN

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Surah Al-Alaq ayat 1-5 merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W. Kalimah yang pertama daripada ayat-ayat ini adalah Iqra’ yang bermaksud bacalah.
telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu, bacalah kalam, bacalah tanda-tanda zaman,
sejarah, diri sendiri, yang tertulis dan tidak tertulis. Ayat ini menyuruh kita untuk membaca
supaya dapat menambah ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara dan juga dengan
membaca kita dapat memahami dan mendalami perkara-perkara penting tentang diri kita dan
perkara-perkara dunia dan akhirat Selain itu, Surah Al-'Alaq ayat 1-5 ini juga menerangkan
bahawa Dia adalah Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah, Dia adalah Tuhan yang harus
disembah kerana Allah adalah Maha Pencipta dan tiada sekutu bagi-Nya. Penting untuk kita
sebagai orang islam untuk mengenali siapakah pencipta kita dan alam semesta supaya dapat
mendekatkan diri kita kepada-Nya. Di samping itu, surah ini juga menegaskan bahawa segala
sumber ilmu pengetahuan adalah datang daripada Allah S.W.T dan yang paling utama
semestinya yang paling dekat dengan kita iaitu Al-Quran. Al-Quran merupakan kitab yang
paling suci dan merupakan pembimbing bagi orang Islam ke arah kebaikan dunia dan akhirat
serta merupakan sumber ilmu yabg paling utama bagi orang islam kerana Al-Quran merupakan
kalamullah. Dan yang terakhir, ayat ini juga memberi peringatan kepada kita bahawa dengan
membaca, meneliti, memahami dan menghayati ilmu-ilmu Allah S.W.T di alam ini dapat
meningkatkan keislaman dan keimanan kita terdapat Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai