Anda di halaman 1dari 7

Kuliah 4 – Hukum & Cara

Bacaan Isti’azah &


Basmalah
HUKUM DAN CARA BACAAN ISTI’AZAH

• Dalil al-quran yang menunjukkan saranan membaca isti’azah


ketika hendak membaca al-quran. Firman Allah s.w.t:

• Maksudnya: Apabila kamu hendak membaca al-quran, maka


mohonlah perlindungan dengan Allah s.w.t dari godaan syaitan
yang direjam (Surah An-nahl ayat 98).
• Pengajaran daripada ayat yang telah disebutkan, jelas di
sini bahawasanya Allah memerintahkan agar memohon
perlindungan (ta’awuz) sebelum memulakan bacaan al-
quran. Namun begitu, terdapat dua pendapat ulamak yang
timbul daripada perintah ini:
• Pendapat 1: Pendapat jumhur (majoriti) ulamak. Jumhur
ulamak berpendapat hukum membaca isti’azah ketika
hendak memulakan bacaan al-quran adalah sunat muakkad
(yang dituntut).
• Pendapat 2: Pendapat sebahagian ulamak. Sebahagian
ulamak berpendapat hukum membaca isti’azah ketika
hendak memulakan bacaan al-quran adalah wajib.
• Ibnu Sirin berpendapat, yang dimaksudkan hukum wajib
membaca isti’azah ketika hendak memulakan bacaan al-
quran adalah memadai membacanya isti’azah sekali dalam
seumur hidup sebagai menggugurkan wajib.
• Lafaz isti’azah yang terpilih ketika hendak membaca al-
quran adalah:

• Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang


direjam.
• Cara bacaan isti’azah: Terdapat empat cara:
• 1. Berhenti pada isti’azah dan basmalah.
• 2. Berhenti pada isti’azah dan menyambung basmalah dengan awal surah.
• 3. Menyambung isti’azah dan basmalah. Kemudian dengan nafas baru, dimulai
pula awal surah.
• 4. Menyambung isti’azah, basmalah dan awal surah dengan satu nafas.
HUKUM DAN CARA BACAAN BASMALAH

• Hukum bacaan basmalah


• Jumhur ulamak berpendapat hukum membaca basmalah ketika hendak
memulakan bacaan di setiap awal surah adalah sunat kecuali pada awal
ayat Surah at-Taubah kerana tidak terdapat tulisan basmalah pada
permulaan surah tersebut.
• Cara bacaan basmalah
• 1. Harus
• A. Berhenti pada akhir surah dan basmalah.
• B. Berhenti pada akhir surah dan menyambung basmalah dengan awal surah.
• C. Menyambung akhir surah, basmalah dan awal surah dengan satu nafas.
• 2. Tidak harus
• Menyambung akhir surah dan basmalah. Kemudian dengan nafas baru, dimulai pula
awal surah. Hal ini disebabkan oleh penyambungan akhir surah dengan basmalah boleh
menimbulkan kekeliruan bahawasanya basmalah adalah sebahagian daripada ayat
terakhir di dalam surah yang pertama. Hal ini juga bagi mengelakkan perubahan
makna dalam ayat al-quran.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai