Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH 7

ORANG MERDEKA TIDAK TERMASUK DI DALAM


KEKUASAAN (‫)ا ْل ُح ُّر اَل َيدْ ُخل ُ َت ْح َت ا ْل َي ِد‬

NAMA HANIS ZAYANI BINTI KHALIL


NO. MATRIK 21111107
SUBJEK KAEDAH FIQH
KOD KDI2293
PENSYARAH USTAZAH ROSLIZA BINTI ISMAIL
ISI KANDUNGAN

MAKSUD KAEDAH

HURAIAN KAEDAH

SANDARAN KAEDAH

HUKUM FURU’

MAKSUD KAEDAH
Makna kaedah ini ialah bahawa orang yang merdeka (bukan budak) tidaklah statusnya
bahawa dibawah kepemilikan orang lain. Bahkan isteri pun bukan asalnya milik seorang
suami dalam erti kata lain kepemilikan seseorang terhadap hambanya,kenderaannya dan
hartanya yang lain. Begitu juga rakyat yang mana bukanlah milik pemerintahnya dan
karyawan bukan hak milik majikannya. Yang menjadi hak milik hanyalah hamba kepada
tuannya layaknya seperti harta.

HURAIAN KAEDAH
Kalangan ulama mazhab Hanafi kaedah tersebut di atas dibawa dengan lafaz:

‫الحر ال يدخل تحت اليد فال يضمن بلغصب ولو صبيا‬

Maksudnya: orang merdeka tidak termasuk di bawah kekuasaan tidak dikenakan jaminan
atau ganti rugi dengan sebab dirampas, walaupun ia adalah bayi.

Antara yang lain, kaedah tersebut membawa maksud orang yang merdeka ini tidak boleh
menjadi milik.

SANDARAN KAEDAH
Kaedah ini selain daripada berlandaskan ijma’ ulama, ia juga bersumberkan dari sebahagian
ayat al-quran di antaranya:

ِ ‫ض نۡلَـٰ ُه ۡم َعلَ ٰى َكثِیر ِّم َّم ۡن َخلَ ۡقنَا تَ ۡف‬


‫ضی ࣰل‬ ِ ٰ‫اد َم وحم ۡلنَـٰ ُه ۡم ِفی ۡلٱب ِّر وٱ ۡلب ۡح ِر ور َۡقزنَـٰ ُهم ِّمن ٱلطَّیِّبـ‬
َّ َ‫ت َوف‬ ِ
َ َ ََ َ َ َ َ َ َ َ ‫۞ َولََق ۡد َك َّۡمرنَا بَن ۤی َء‬

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam ….” [QS. Al-Isra’:70]

Begitu juga hadits Rasulullah saw:

ِ ‫أجيرا فاستوفَى منه ول‬


ِ ِ ‫الق‬ِ ‫ثَالثَةٌ أنا َخصمهم ي‬
ُ‫أج َره‬
ْ ‫َم ُي ْعط‬
ْ ْ َ ْ ً ‫ْأج َر‬
َ َ‫است‬
ْ ‫ور ُج ٌل‬
َ ،ُ‫باع ُح ًّرا فأ َك َل ثَ َمنَه‬
َ ‫ور ُج ٌل‬
َ ،‫ َر ُج ٌل أ ْعطَى بي ثُ َّم غَ َد َر‬:‫يامة‬
َ ‫وم‬ َ َ ْ ُُْ

“Tiga orang yang aku akan menjadi musuh mereka pada hari kiamat: (di antaranya:) orang
yang menjual seseorang yang sebenarnya merdeka lalu memakan harga penjualannya,”
[HR. Al-Bukhari no. 2227]
HUKUM FURU’
Antara hukum furu’ yang berbentuk daripada kaedah ini ialah:

1. Seandainya seseorang merdeka ditahan atau dipenjarakan serta diberi makan dan
minum dengan sempurna. Namun selepas itu dia didapati meninggal dunia kerana
hidungnya tersumbat atau dihempap oleh dinding yang roboh atau yang lainnya.
Tidak wajib untuk membayar ganti rugi.

Walau bagaimanapun, sekiranya dia seorang hamba, orang yang menahannya wajib
menbayar ganti rugi.

2. Sekiranya seseorang wanita merdeka disetubuhi secara syubhat, Kemudian dia hamil
dan meninggal dunia ketika bersalin,tidak diwajibkan membayardiyat atau denda.

Sekiranya dia seorang hamba, wajib membayar nilainya.

3. Sekiranya seseorang wanita berada di bawah kawalan dan kekeuasaan seseorang


lelaki, namun selepas itu terdapat lelaki lain mendakwa bahawa wanita tersebut
adalah isternya.

Pendapat yang lebih kukuh: wanita tersebut dinisbahkan kepada lelaki yang
mendakwa itu. Hal tersebut kerana, kaedah orang merdeka tidak terletak di bawah
kekuasaan.

4. Sekiranya seorang bayi yang diletakkan atau ditinggalkan di kawasan banyak


binatang buas. Selepas itu, bayi tersebut dimakan oleh binatang lainnya.

Tidak wajib dikenakan ganti rugi. Namun sekiranya bayi tersebutadalah seorang
hamba, maka dikenakan nilai ganti rugi.

5. Seseorang hamba tidur di atas unta dalam satu rombongan. Tiba-tiba pemandu unta
yang memandu haiwan tersebut laju sehingga hamba itu terkeluar daripada kafilah
rombongannya.

Pemandu unta aitu dipotong tangannya, kerana dikira mencuri. Sekiranya dia orang
merdeka, pemandu itu tidak dipotong tangannya.

6. Human trafficking (penjualan manusia) hukumnya adalah haram. Sesuai kaedah ini,
orang yang merdeka tidak dapat dikuasai di bawah kepemilikan.
7. Tenaga Kerja Wanita dan pemain sepakbola profesional bukanlah budak. Biaya yang
dikeluarkan saat merekrut mereka bukanlah harga pembelian diri mereka, melainkan
biaya awal memulai kontrak kerja sebagai Karawang.

RUJUKAN

https://nurfajriromadhon.home.blog/2019/05/15/40-kaidah-fikih-orang-yang-
merdeka-tidaklah-berada-di-bawah-kepemilikan-siapapun/

https://lighters2k17.wixsite.com/laman/post/orang-yang-merdeka-tidaklah-berada-
di-bawah-kepemilikan-siapapun

Perbahasaan kaedah-kaedah fiqh oleh Ustaz ABD Latif Muda dan Ustazah Rosmawati @
Mat Zin

Anda mungkin juga menyukai