Anda di halaman 1dari 3

KESATUAN MAHASISWA • STUDENT UNION

KENYATAAN MEDIA
[PENENTANGAN TERHADAP KENYATAAN KEMENTERIAN PENGAJIAN
TINGGI DALAM MEWUJUDKAN CAWANGAN PARTI POLITIK DI
KAMPUS]

1. Pada 2 Mac yang lalu, suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan
Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin iaitu cadangan
membenarkan cawangan parti dalam kampus. Beliau menekankan perkara ini akan
menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan amalam politik matang dalam
golongan muda kerana selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU). Namun begitu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (KMUKM) tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut disebabkan oleh 4
perkara:

I. Kampus akan menjadi gelanggang politik semata-semata dan hilang tujuan


hakikinya iaitu untuk menimba ilmu. Cawangan-cawangan yang ditubuhkan akan
dijadikan pusat untuk ahli politik mendoktrinasi mahasiswa seperti menerapkan
budaya kronisme, fitnah-menfitnah dan tingkah laku fanatik sebagaimana yang
dipraktiskan di parti politik nasional luar. Hal ini merosakkan objektif
pemerkasaan mahasiswa yang sihat dan matang.
II. Penubuhan cawangan parti ini hanya akan menenggelamkan pengaruh gerakan-
gerakan mahasiswa yang telah pun wujud dalam memupuk semangat dan amalan
demokrasi mahasiswa. Amalan demokrasi seperti kewujudan Pilihan Raya
Kampus dan Parlimen Mahasiswa sudah cukup dalam memperkasakan pemikiran
politik di peringkat universiti.

III. Parti politik nasional tiada pengaruh yang efektif dalam menyelesaikan isu-isu
mahasiswa. Terdapat banyak isu yang wujud di kampus seperti isu kebajikan dan
pentadbiran mahasiswa. Parti-parti ini tiada sebarang tawaran dalam melegakan
kesusahan yang menimpa mahasiswa kerana pemahaman mereka tentang perkara
ini adalah tidak komprehensif sebagaimana yang difahami oleh kesatuan, gerakan
dan persatuan mahasiswa di universiti kami.

IV. Mahasiswa sudahpun boleh mengamalkan politik yang matang melalui platform-
platform gerakan mahasiswa yang ada di universiti. Perbahasan dan perkongsian
ilmu boleh dilakukan melalui platform-platform ini demi memperkasakan
pemikiran politik matang mahasiswa sepertimana yang dapat dilihat ketika
kempen Pilihan Raya Kampus.

2. Oleh itu, KMUKM mencadangkan dua perkara kepada Kementerian Pengajian


Tinggi agar objektif pemerkasaan mahasiswa dapat dicapai.

I. Mengadakan sesi TownHall bersama wakil-wakil Kesatuan Mahasiswa dan Majlis


Perwakilan Pelajar agar solusi yang lebih menyeluruh dapat dibincangkan dan
mengurangkan ketidaksetujuan dalam kalangan mahasiswa.

II. Menyediakan platform untuk parti politik nasional mahasiswa untuk berkongsi
ilmu dasar dan polisi melalui forum, perbahasan dan bengkel. Perkara ini akan
mengurangkan risiko dalam menggangu ketenteraman universiti.
Rumusannya, KMUKM menentang sepenuhnya cadangan diberikan oleh KPT
kerana cadangan ini tidak menyuburkan amalan demokrasi mahasiswa sebaliknya
merosakkan tingkah laku dan sifat politik matang mereka. Pihak KMUKM berharap pihak
KPT mengambil maklum akan kenyataan kami agar cadangan menubuhkan cawangan parti
ini dapat dipertimbangkan semula.

Sekian, terima kasih.

AMMAR SYABIL
TIMBALAN SPEAKER
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2022/2023

CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549


KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +03 - 8924 5314 / 5311 E-mel: kmukm1920@gmail.com
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

Anda mungkin juga menyukai