Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum nama saya Nurfarrah Syazriena Bt Abdul Halim bernombor matrik 21bb02029,

pada pagi yang ini saya akan menerangkan KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI

Untuk mengkaji kesantunan Bahasa, Aspek hubungan perlu diberi perhatian .

- Kesantunan boleh wujud dalam dua dimensi hubungan , iaitu hubungan manusia dengan Allah SWT
dan hubungan manusia dengan manusia )

- seterusnya daripada pandangan Masyarakat Barat hanya mempunyai satu dimensi sahaja iaitu
hubungan manusia dengan manusia sahaja kerana mereka tidak mengaitkan hubungan dengan
pencipta.

- Daripada pandangan barat kesantunan Bahasa hanya sebagai unsur budaya, norma masyarakat
dan nilai diri seseorang.

7.6 selain itu, Kesantunan Bahasa merupakan peranan pentinng dalam menjaga hubugan manusia
dengan pencipta.

- Ungkapan-ungkapan Rabbani adalah ungkapan yang menjaga hbungan manusia dengan Allah SWT.

- Ungkapan Rabbani sentiasa mengutamakan perkataan yang berkait rapat dengan pencipta iaitu
memuji Allah, berzikir kepada Allah, mengucapkan syukur, ucapan bismillahi rahnabi Rahim sebelum
melakukan melakukan sesuatu. sentiasa berdoa memperlihtkan kita bergantung kepada Allah SWT,
insya-Allah ketika merancang .

- dengan ini ungkapan Rabbani dapat mendekatkan diri hamba dengan Allah SWT.

7.7 seterusnya hUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA dalam aspek kesantunan Bahasa. Ini perlu
dijaga kerana manusia mempunyai emosi, kedudukan, peranan, hak, ideologi dan tugas masing-
masing.

- Bahasa yang baik dapat mengharmonikan hubungan sesama manusia yang pelbagai ragam dan
sifat.

Hubungan dengan ibu bapa juga perlu diambil titik beratkan kerana ibu bapa ini ,
• Wajib dihormati

• dan kita sebgai orang anak Menggunakan Bahasa yang lemah lembut dngn hati yang ikhlas

• Ketika berkounikasi suara hendaklah direndahkan dan tidak boleh menengking. Selain itu,

• Ucap salam ketika bertemu dan berpisah.

• Berbincang dengan baik dan elakkan bertekak.

• dan Sentiasa meminta maaf kepada ibu bapa.


Kesantunan Bahasa juga pennting kepada Orang yg berjasa seperti guru-guru, pensyarah,
pemimpin.
Antaranya adalah, sebagai murid kita perlu

• Perlu memberi salam, sapaan dengan gelaran yg tepat sebagai penghormatan contohnya gelaran
ustazah, professor, Dato, Yang Berhomat dan sebagainya.

•ini Dilakukan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

• Ungkapan pujian dengan niat yang baik, penghargaan dan mendoakan mereka.

Manakala Adab menyampaikan ucapan dikhayalak ramai juga penting dalam kesantunan bahasa

• Ucapan perlu dimulakan dengan ungkapan Rabbani ( puji-pujian, syukur kepada Allah SWT, dan
Rasul-Nya)

• Ucapan salam dan terima kasih kerana hadir.

• Seterusnya mematuhi salutasi gelaran-gelaran pendengar, seperti Yang Dipertuan Agong, Yang
Amat Berhormat, Yang Berbahagia Dato’ , Doktor, Professor dan sebagainya ( untuk melambangkan
penghargaan terhadap jasa dan pangkat seseorang )

• akhir sekali ketika dikhalayak ramai Elakkan ungkapan menghasut atau mengumpat, memfitnah
dan sebagainya.

Bahasa antara rakan sebaya.


• Dijaga agar persahabatan kekal lama.

• Ucapan salam turut perlu diucapkan dan orang yang ditujukan salam wajib menjawab salam
tersebut.

• Perbualan dengan rakan sebaya juga perlu memperbanyakkan perkataan yang menyeru kebaikkan
dan mencegah kemungkaran.

• Saling menasihati.

• Bergurau dibenarkan dalam Islam, tetapi gurauan tidak berlebih-lebihan.

Kesantunan Bahasa ketika menuntut ilmu.

• Memberi salam ( termasuk mencium tangan guru ) kepada guru sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

• Membaca doa sebelum menuntut ilmu agar mendapat keberkatan Allahh SWT.

• Jika mahu bertanyakan soalan, pelajar perlu menggunakan Bahasa yang sopan dan soalan-soalan
yang rasional.

• Sekiranya lambat menghadiri kelas, hendaklah memohan maaf dan nyatakan sebab dan bukti.
Menghormati penganut agama lain.
• Kita tidak dibenarkan menghina kepercayaan kaum-kam lain.

• Isu agama dan kaum amat sensitif. ( boleh menyebabkan pertumpahan darah akibat kebiadaban
berbahasa )

7.8 HUBUNGAN KESANTUNAN BAHASA DAN AKHLAK

• Kesantunan Bahasa dan akhlak yang baik perlu selari.

• Kesantunan Bahasa menolak konsep mulut sahaja celopar tetapi hati baik.

• Konsep ini perlu hati yang baik dan Bahasa pun mesti baik.

• Bahasa cerminan hati seseorang induvidu.

7.9 PENUTUP

• Berlandaskan islam untuk menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan
Pencipta.

• Bermula dengan hati yang ikhlas dan akhlak yang tinggi.

• Kesantunan Bahasa sebagai salah satu ciri penting insan beradab, dan juga sebagai sat pengukur
kemajuan dan ketinggian dalam sesuatu bangsa.

• Hukum Bahasa tidak boleh diabaikan dalam konsep kesantunan Bahasa.

• Tatabahasa yang baik memudahkan proses menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. (
termasuklah menyebarkan ilmu)

• Oleh itu umat Islam perlu memahami konsep kesantunan Bahasa agar dapat mewujukan
keharmonian di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai