Anda di halaman 1dari 3

Pada haribulan ,2017

Diantara

Dan

PERJANJIAN PINJAMAN PERIBADI


PERJANJIAN PINJAMAN PERIBADI

Pada haribulan ,2017

Diantara

di alamat (selepas ini dirujuk sebagai “pemiutang”) di satu


pihak;

Dan

di alamat …………….. (selepas ini dirujuk sebagai “penghutang”) di satu


lagi pihak.

BAHAWASANYA:-

1. Atas permintaan penghutang, pemiutang telah bersetuju untuk memberi suatu pinjaman
peribadi tanpa sebarang faedah atau bunga kepada penghutang sebanyak RM60,000.00 (Ringgit
Malaysia Enam Puluh Ribu) sahaja.
2. Untuk menjaga kepentingan masing – masing, maka pemiutang dan penghutang telah rela hati,
faham dan bersetuju untuk memasuki perjanjian ini.
3. Sebagai cagaran kepada pinjaman tersebut, maka pihak penghutang dengan ini bersetuju untuk
mencagarkan satu hartanah dengan No. Hakmilik:….. sebagai sekuriti untuk pembayaran hutang
tersebut.

Maka perjanjian ini bersaksi bahawa:-

1. Atas permintaan penghutang, pemiutang telah bersetuju untuk memberi pinjaman peribadi
kepada penghutang sebanyak RM60,000 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu) sahaja (selepas ini
dirujuk sebagai “hutang tersebut”) tanpa apa – apa faedah atau bunga dan tanpa apa – apa
cagaran atau penjamin ke atas hutang tersebut.
2. Penghutang bersetuju dan mengaku bahawa beliau telah menerima sepenuhnya hutang tersebut
daripada pemiutang pada tarikh perjanjian ini.
3. Penghutang bersetuju untuk membayar hutang tersebut ke pemiutang dalam masa lima belas
(15) bulan dari tarikh perjanjian ini tertakluk kepada syarat – syarat yang tertulis dalam perjanjian
ini, seperti berikut:-
(1) Pada setiap bulan dalam jumlah sebanyak antara Ringgit Malaysia Dua Ribu hingga Ringgit
Malaysia Tiga Ribu sebulan bermula pada atau sebelum 15 haribulan
(2) Bayaran baki akhir sebanyak yang tertunggak adalah mesti dibayar pada
4. Semua bayaran tersebut akan dimasukkan oleh penghutang ke dalam suatu akaun nombor
________________ di BANK _____________ dan/atau dibayar terus secara tunai kepada
pemiutang pada atau sebelum 15 haribulan pada setiap bulan.
5. Jika penghutang gagal, enggan dan/atau cuai untuk membuat bayaran bulanan tersebut dalam
masa serta cara yang ditetapkan di atas dan tiada pembayaran dilakukan selama enam (6) bulan
berturut-turut, maka pemiutang mempunyai hak mutlak untuk membatalkan perjanjian ini
dengan serta merta melalui notis bertulis kepada penghutang dan seterusnya menuntut serta
mengambil tindakan undang-undang terhadap penghutang untuk menuntut kesemua jumlah
hutang tersebut yang masih tertunggak termasuklah pemiutang berhak untuk memasuki
hartanah dan mengarahkan supaya hartanah tersebut dijual dan/atau dilelong bagi tujuan
melangsaikan tunggakan hutang tersebut.
6. Setelah penghutang menyelesaikan dan/atau melangsaikan semua hutang tersebut dalam masa
yang ditetapkan, maka sebagai balasan, penghutang bersetuju dan berakujanji untuk member
hadiah dan saguhati kepada pemiutang tetapi tertakluk kepada kedudukan keewangan
penghutang pada masa itu.
7. Pemiutang dan penghutang bersetuju dan mengaku bahawa mereka bukanlah seorang bankrap
dan tiada apa-apa tindakan kebankrapan yang sedang diambil ke atas mereka oleh mana-mana
pihak.
8. Perjanjian ini akan mengikat waris-waris, pentadbir dan/atau wakil harta pusaka pemiutang dan
penghutang.
9. Perjanjian ini tidak boleh diubah dan/atau dipinda tanpa persetujuan bertulis kedua-dua pihak.
10. Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia sahaja dan
apa-apa pertikaian berhubung dengan perjanjian ini perlu dirujuk kepada Mahkamah di Malaysia
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai