Anda di halaman 1dari 2

tp utk e lesson week 9

3 soalan
1) apakah seni bina tamadun India?
Pendapat yang menarik dan penuh isi daripada saudara/i. Seni bina Tamadun
India mempunyai keunikan tersendiri dari segi corak dan gaya yang kaya dengan
unsur-unsur budaya dan tradisi India. Seni bina India berasal dari zaman
prasejarah dan berkembang dengan pesat mempengaruhi bidang seni bina hampir
di seluruh dunia. Beberapa corak seni bina India yang terkenal termasuk gaya
susunan grid dan ukiran Hindu, Buddha, dan Islam. Seni bina di India bermula
dengan kebudayaan Harappa dan Mohenjo-Daro, yang merupakan peradaban
tertua di India. Kedua-dua peradaban tersebut berasal dari Lembah Indus dan
mula berkembang sekitar 2600-1900 SM. Berdasarkan reka bentuk dan seni bina
yang terdapat pada bangunan dari perbadanan Harappa dan Mohenjo-Daro
menunjukkan masyarakat tersebut memiliki kemampuan dan kemahiran dalam
bidang seni bina yang tinggi. Antara contoh bangunan-bangunan dari seluruh
dunia yang seakan dipengaruhi seni bina Tamadun India adalah seperti berikut:
 Jama Masjid, Delhi
 Taj Mahal, Agra
 Kuil Brihadisvara, Thanjavur
 Kuil Angkor Wat, Kamboja
 Kuil Mahabodhi, Bihar

2) Apakah sumbangan tamadun India

Saya bersetuju pada pendapat saudara/i berkaitan sumbangan Tamandun India.


Tamadun India merupakan antara tamadun yang banyak memberi sumbangan di
seluruh dunia dari pelbagai bidang. Namun begitu, pada pendapat saya, sumbangan
terbesar Tamadun India adalah dalam bidang pendidikan dan falsafah seperti berikut:
a) Matematik: penemuan konsep sin dan cos merupakan sumbangan penting
dalam bidang geometri dan fizik. Penemuan angka sifar dan sistem titik
perpuluhan dalam angka juga telah digunakan sehingga kini di seluruh dunia
dalam bidang matematik.
b) Sains: Kebanyakkan ilmuan-ilmuan yang memberi sumbangan dalam bidang
sains adalah ilmuan dari India. Sebagai contoh, angkasawan India
Varahamihira memperkenalkan konsep planet dalam sistem suria dan
penemuan komet. Selain itu, hasil kerjasama seorang ilmuan India Satyendra
Nath Bose bersama ilmuan terkenal Albert Einstein memperkenal kan sistem
kuantum mekanik juga telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang
teori fizik.

3) bincangkan sumbangan2 lain tamadun India yg pernah anda amalkan dlm


kehidupan seharian.

Pendapat yang meluas daripada saudara/i berkaitan amalan masyarakat kita. Sebagai
rakyat yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, hendaklah kita menghormati
dan menghargai amalan tradisi dari kaum lain sebagaimana ia juga mampu
mendatangkan manfaat dalam kehidupan kita. Hal ini juga bagi mengekalkan
keunikan identiti masyarakat Malaysia di mana kita mampu mengeratkan hubungan
sesama kita tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, terdapat beberapa
amalan tradisional dan sumbangan masyarakat India juga diterima oleh masyarakat
berbilang kaum dari seluruh malaysia seperti:
a) Makanan tradisional
b) Pendidikan dan falsafah
c) Pakaian tradisional
d) Bidang perubatan
e) Sambutan hari perayaan
f) Keunikan seni bina

Anda mungkin juga menyukai