Anda di halaman 1dari 35

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN TAMADUN INDIA 3

2 SUMBER ILMU PENGETAHUAN TAMADUN 4 -17


INDIA

3 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG 18 - 28


KAJIAN

4 RUMUSAN 29

5 RUJUKAN 30

1
BAB I

PENGENALAN

1.1 TAMADUN INDIA

Tamadun India adalah antara tamadun tertua di dunia. Tamadun ini wujud antara tahun 2500-
1800 SM. Tarikh sebenar bermulanya tamadun India sukar dikesan ekoran kurangnya bukti
mengenai bahan-bahan arkeologi kaji purba. Hanya terdapat beberapa jenis batu kuarzit
ditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras), daerah Banda
(Agra). Walaubagaimanapun tamadun ini mempunyai satu sejarah yang sangat panjang dan
telah banyak mempengaruhi peradaban lain selepasnya. Sebagai sebuah tamadun yang
eksotik, tamadun India mampu berdiri secemerlang tamadun dunia lain seperti tamadun
Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Rom. Tamadun India ini juga
amat dinamik dan kedinamikannya boleh dilihat menerusi system sosialnya, corak kehidupan
masyarakat, budaya, politik pemerintahan, falsafah, kepelbagaian agama, ekonomi, sains dan
teknologi serta keunikan keseniannya.

1.2 TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun.
Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik,
senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India
telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya
menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India
berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman
Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana
sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam
tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap
perkembangan ilmunya.

2
BAB II

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA

Ilmu pengetahuan dalam tamadun ini diperolehi melalui beberapa sumber. Antara Kitab-kitab
Veda, tamadun Mesopotamia, tamadun Islam, tamadun China dan juga tamadun Barat.
Semua ilmu ini menjadikan masyarakat India sebagai masyarakat berilmu. Pencapaian
masyarakat tamadun India telah melebar dalam pelbagai ilmu seperti Matematik yang
merangkumi bidang sistem angka, geometri, algebra, sistem perpuluhan dan trigonometri.
Selain itu masyarakat pada zaman ini juga arif di dalam bidang logam, fizik dan kimia,
astronomi dan calendar, perubatan, bidang seni lukis, bidang kesenian, bidang seni bina dan
mempunyai bahasa dan kesusasteraan mereka yang tersendiri.

2.1 MATEMATIK

Matematik India yang dimaksudkan di sini ialah matematik yang muncul Asia Selatan sejak
zaman silam hingga akhir kurun ke-18 dimana ianya bermula dalam tamadun Lembah Indus
pada Zaman Gangsa (2600-1900SM) dan kebudayaan Veda pada Zaman Besi (1500-500SM).
Semasa tempoh matematik India klasik (400M hingga 1200M), sumbangan-sumbangan
penting telah dibuat oleh sarjana-sarjana seperti Aryabhatta, Brahmagupta, dan Bhaskara II.
Ahli matematik India telah membuat sumbangan-sumbangan terawal terhadap pengkajian
sistem nombor perpuluhan, sistem angka, geometri dan algebra.

Di samping itu, trigonometri yang berkembang di dunia Hellenistik dan telah diperkenalkan
ke India kuno melalui terjemahan buku Yunani dan terus berkembang lanjut di India.
Konsep-konsep matematik ini dipindahkan ke Timur Tengah, China dan Eropah dan
membawa kepada kemajuan lebih lanjut yang kini membentuk asas-asas bagi banyak bidang
matematik.

3
2.1.1 Sistem Angka

Transkrip awal India yang di temui di Gujerat. Sistem angka sifar atau atau kosong telah
ditemui dan telah diperkenalkan dalam manuskrip Gwalior pada 876 Masihi Ia juga dikenali
juga sebagai sunya. Sistem angka bermula sejak 1000 S.M. hingga 1000 Masihi. Ia
diperkenalkan pada zaman Gupta dan dikenali zaman Sulvasutra atau Aturan Tali kerana
aktiviti matetmatiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Mempelopori penggunaan sistem
nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kepada angka kosong dalam sistem
matematik hari ini. Matematik berkembang kerana kepercayaan agama iaitu Altar Hindu
berbentuk empat segi dan Alta Buddha berbentuk bulat. Matematik juga berkembang pada
waktu ini kerana keperluan agama seperti pemujaan dan pengorbanan.Manuskrip Apastamba
menjelaskan tentang kaedah menentukan sudut tepat dengan menggunakan tali sama dengan
kaedah membuat piramid di Mesir. C.B. Boyer menyatakan kaedah ini berpunca daripada
Babyllon kemudian ditiru oleh Tamadun India dan Tamadun Mesir. Sifar atau kosong ini
diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai
Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr. Namun begitu,
ada juga pihak mengatakan angka ini berasal dari Tamadun Islam.

4
Rajah 2.1: Sistem Angka Hindu-Arab

2.1.2 Geometri

Geometri adalah sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai
saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari
sains yang tertua. Geometri juga mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting
dalam senibina. Pada mulanya ia hanyalah sebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang
mengambil berat dengan jarak, luas dan isipadu, tetapi pada abad ketiga S.M. geometri telah
diletakkan di dalam bentuk aksiom oleh Euclid membentuk Geometri Euclid, yang hasilnya

5
menetapkan piawai untuk beberapa abad berikutnya. Bidang astronomi, khususnya
memetakan bintang-bintang dan planet-planet pada sfera cakerawala, bertindak sebagai
sumber-sumber geometri terpenting dari semasa satu setengah alaf berikutnya.

Dalam tamadun India, Geometri mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas
penting dalam senibina. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk
tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis dalam
Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat
jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas
paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.

2.1.3 Algebra

Sistem Algebra semasa zaman tamadun India ini telah


berkembang sejak abad ke-5 Masihi dan dikenali
sebagai Ganitam yang bermaksud the other
mathematics. Orang Arab selepas kurun ke-13 telah
mengkaji tentang matematik India apabila mereka
memasuki India. Mereka telah memperkembangkan
lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang
kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud
satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada zaman
pertembungan antara tamadun Islam dengan barat,
Rajah 2.2: Buku Algebra
kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra
‘Ganitam’
yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang
dibangunkan oleh orang Arab yang berasal dari India.

2.1.4 Sistem Perpuluhan

Di dalam memperjuangkan sistem matematik tamadun India, ada sarjana yang beranggapan
bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah ciptaan awal orang Arab.
Walaubagaimanapun, anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan bidang matematik
sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini membuktikan bahawa sistem perpuluhan adalah
ciptaan orang India. Sebenarnya orang Arab telah mempelajari seni matematik dari orang
India. Ini berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di
6
antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan
orang Arab mempelajarinya setelah mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

2.1.5 Trigonometri

Trigonometri telah merangkumi sinus, kosinus dan kotangen yang dibangunkan pada kurun
ke 15 dan telah dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri
ini sangat popular digunakan semasa era kegemilanga Siddharta. Trigonometri dimajukan
apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal digunakan secara
meluas dalam bidang seni bina sehingga ke hari ini terutama dalam merangka mandala.
Kaedah ini dikembangkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab
Pancasiddahta karya Varamahira yang membincangkan berkaitan dengan sudut dan
trigonometri.

Rajah 2.3: Varamahira, tokoh matematik India dalam bidang Trigonometri

2.2 LOGAM

Semasa tamadun India atau Indus, terdapat kemajuan dalam bidang sains. Masyarakat pada
zaman ini mahir dalam melebur besi mengunakkan relau. Sebagai contoh, dengan pembinaan
Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang besi) di Delhi dan tempat itu berdekatan dengan
Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen
7
sehingga tidak berkarat meskipun terdedah kepada udara luar selama lebih dari 1600 tahun
dan berat menara ini dianggarkan 6 tan sehingga sekarang tidak terjejas. Mereka
berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu
dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat. Selain itu, keupayaan melebur logam
ini juga turut dijadikan pembuatan duit-duit syiling berkembang pesat dalam pembuatan duit-
duit syiling dan digunakan sekurang-kurangnya sejak abad 8 SM.

Rajah 2.4: Iron Pilar of Delhi atau Menara Besi di Qutb Minar, Delhi

2.3 FIZIK DAN KIMIA

Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan agama dan
teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya eksperimen.
Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air
dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak angkasa. Hampir semua aliran agama di
8
India percaya bahawa unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom
India adalah lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha
Katyayana (sezaman dengan Buddha).

Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen


dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in the
minutest time". Mengikut falsafah Vaisheshika pula atom-atom membuat satu percantuman
diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan.
Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis
menaik, padu (solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen
yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini.

Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan


kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda
dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak
digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas, seperti yang dilakukan
di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia
perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses
yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah mencipta
ubat bedil.

2.4 ASTRONOMI DAN KALENDAR

Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat
ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi
yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa adalah salah satu bahagian utama
Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk
9
menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi
muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa
bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid,
Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat
tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180. 27 bintang (nakshatra) turut dikenali dan
mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan
inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman
Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.

Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia


(Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang
konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht pada
kurun ke-7 telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat
perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada
astronomi Greek- Romawi.

Rajah 2.5: Jyotisa yang digunakan pada zaman tamadun India

2.5 PERUBATAN

Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.
Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan
yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang telah wujud sebelum tahun-
tahun masihi. Disamping itu, telah wujudnya teks-teks perubatan India seperti Caraka yang

10
muncul pada kurun pertama hingga kedua dan Susruta yang muncul pada kurun keempat dan
dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada
keseluruhannya.

(a) (b)

Rajah 2.6: Teks-teks perubatan India, (a) Charaka, (b) Susruta

Kemajuan dari ilmu-ilmu perubatan bermula pada Zaman Vedik iaitu lebih kurang
5000 tahun dahulu dari kaki bukit Himalaya. Ayurveda merupakan system perubatan
tradisional yang telah wujud dalam tamadun India. Ayurveda juga merupakan suatu bentuk
perubatan alternatif yang diamalkan di wilayah-wilayah lain. Perubatan Ayurveda juga
berkembang sepanjang sejarahnya di Asia Selatan. Srila Vyasadeva mencatat Veda yang
pertama yang kemudiannya dikenali sebagai Ayurveda. Perkataan Ayurveda ialah
pengetahuan lengkap tentang ilmu lanjut usia dan juga merupakan lampiran kepada buku-
buku veda utama iaitu, Rig Veda (Veda tertua atau puji-pujian terhadap dewa-dewi), Sama
Veda, Yazur Veda dan Atharva Veda. Kemudiannya muncul pengkarya-pengkarya lain yang
mencatatkan tentang peubatan seperti Kasyapa dan Charaka.

2.6 BIDANG KESENIAN

Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni
halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihi lagi. Bidang muzik,
tarian dan drama berkembang maju. Perkembangan budaya Hindu dan Muslim memberikan

11
sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang seni bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil
India.

2.6.1 Seni Muzik

Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak
melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala
dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang
untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak
begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat.

Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut
ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim,
perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama,
tata (tali), kedua, avanaddha (dram), ketiga, ghana (solid atau ideophone) dan keempat, susira
(angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India
Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga,
menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik
India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita
Ratnakara.

2.6.2 Seni Tarian

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik mempunyai
hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), dan Bharata
Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan
berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan
epik Purana dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan
Gita Govinda.

Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua
dan keenam Masihi. Ianya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan
teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik (dari mana munculnya aliran-

12
aliran estetik seperti alamkara dan rasa). Sanggita Ratnakara, karya ciptaan Sangadeva pada
kurun ke-13, walaupun mementingkan muzik, mempunyai satu bahagian tentang tarian.

Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui oleh
keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-tarian utama ialah
seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai taridra. Berasal dari
Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India
oleh Rabindranath Tagore pada tahun 1920. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen
disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada
muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17.
Selain itu, ianya dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di
kuil (deva dasi).

Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis-artis lelaki berasal dari Kerala pada kurun ke-
16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak yang
dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang dipersembahkan
oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada kurun ke-14. Tarian-tarian
lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana
dianggap sebagai tarian-tarian minor.

Rajah 2.7: Tarian Bharata Natyam


2.6.3 Seni Drama

Dalam arena drama, ciptaan karya berjudul Natya Sastra merupakan teks drama, muzik dan
tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama. Ciri awal seni drama

13
India berbentuk taridra. Teks ini membincangkan seni bina teater, konvensi-konvensi pentas,
teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya, teknik koreografi dan
pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan
menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan dan lain-lain.

Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan
menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay ibhava). Contoh drama- drama seperti ini
ialah drama Sakuntala yang menggambarkan cinta dan belas kasihan, dan Mudraraksasa yang
menggambarkan karma kehidupan. Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan
menyebabkan sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan
belas hari. Misalnya Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan
selama lapan belas hari.

Rajah 2.8: Drama Shakuntala antara drama yang terkenal pada zaman tamadun India

2.6.4 Seni Lukisan

Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan
pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi
14
dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi
dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India
seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh
bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi
ianya turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular.

Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan cara persembahan seni
lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi
lukisan untuk menggabungkan gaya lukisan Islam dengan Hindu.

2.7 BIDANG SENI BINA

Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka
merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta,
senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej
Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua
Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang
tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava
menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman
Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina
bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.

Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Muslim (Islam) di
India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni
ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja
pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa
Govinda; istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar), Taj Mahal dan Jami Masjid yang
dibina semasa zaman ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina
dan seni ukir Indo-Parsi.

2.8 BAHASA DAN KESUSASTERAAN

2.8.1 Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa


15
Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa
utama yang diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87% daripada rakyat India
menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah
bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%),
Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%),
Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun
keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit.
Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke
timur, perbezaan loghat tempatan yang bersifat daerah telah membawa kepada perubahan
dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi
dan morfologi sehingga wujudnya loghat-loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali,
Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha 500SM, loghat-loghat ini dianggap
sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing-
masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan
yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese,
Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan
Sindhi.

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti
Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga
Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan
puak-puak Toda dan Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan
Bihar (Kherwari), Orissa (Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa
Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka pada kurun
ke-3 SM yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat
laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang
16
diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa
Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa
vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi
kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama
Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di
atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-
variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip
yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-hurufnya
mempunyai perhiasan bulat. Oleh yang demikian, orang-orang Tamil gemar mengembangkan
huruf-huruf mereka secara tersendiri.

2.8.2 Kesusasteraan

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo-Arya dan
Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan
Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan


terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa
Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-
lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-
Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit. Kesusasteraan Indo-Arya
merangkumi kesusasteraan Vedik, Kesusasteraan Epik dan beberapa kesusasteraan lain.

Kesusasteraan Dravida merangkumi empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu,
Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil
memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil
dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian
kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

BAB III

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

17
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan
mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains
untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak
digunakan untuk perkara yang berkaitandoktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi
pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang
sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan
perubatan (profesi medis).
Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala
jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara
rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah
rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain
perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana
ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden
merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagaisains. Perubatan mempunyai
hubungan terus dengansains kesihatandan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas,
"perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan,
pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.
Berdasarkan pemerhatian kami, kaum india yang merupakan kaum ketiga terbesar di
Malaysia merupakan antara kaum yang memonopoli industri bidang kedoktoran ini.
Mengikut statistic dari Malaysia Wikipedia, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia
terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi
(21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan (5.8%), juruukur (3.0%) dan
arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India.
Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan Kaum
Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti beberapa faktor dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya kedoktoran


dikalangan kaum india. Antaranya faktor tersebut ialah :
18
i.Faktor minat
ii. Faktor keluarga
iii. Faktor rakan sebaya
iv. Faktor kemasyarakatan

3.2 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
kedoktoran di kalangan kaum india. Hasil kajian dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan
adalah penting dan berguna sebagai garis panduan dan bahan rujukan kepadabeberapa pihak
tertentu.Dengan maklumat kajian ini masyarakat terutamanya kaum india akan dapat
membuat penilaianterhadap penglibatan mereka dalam memilih bidang perubatan.

3.3 METODOLOGI KAJIAN

Kajian secara korelasi digunakan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh mana hubungan di
antara faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor kemasyarakatan
mempengaruhi kajian. Responden kajian yang terdiri daripada 50orang yang mempunyai
pelbagai komposisi etnik, daripada kedua-dua jantina, mempunyai pelbagai latar belakang taraf
sosioekonomi dan pekerjaan. Teknik yang digunakan dengan mengedar borang kaji selidik
(google form) kepada rakan-rakan sekerja, keluarga dan juga pegawai-pegawai perubatan.

3.4 ANALISIS KAJIAN

19
Rajah 1: UmurResponden

Berdasarkan hasil kajian, daripada jumlah keseluruhan responden yang terpilih iaitu
seramai 50 orang responden. Seramai 18 orang responden atau 36% terdiri daripada
responden berumur 30-35 tahun. Manakala responden berumur 25-30 tahun mewakili 26%
atau 13 orang responden. Selain itu, seramai 12 orang atau 24% responden berumur di antara
36-40 tahun. Seramai 3 orang responden berumur di antara 41-45 tahun dan 4 orang
responden berumur 46 tahun keatas. Maka, kumpulan responden yang paling ramai adalah
responden berumur dalam linkungan 25-30 tahun.

20
Rajah 2: JantinaResponden

KategoriJantina BilanganResponden (orang) Peratusan (%)


Lelaki 28 orang 56%
Perempuan 22 orang 44%

Jadual 1: JantinaResponden

Jadual 1 dah Rajah 2 menunjukkan jantina responden yang dipilih secara rawak bagi
membantu dalam menghasilkan data bagi soal selidik ini. Berdasarkan dapatan kajian ini,
responden lelaki mewakili 56% atau 28 orang manakala responden perempuan pula ialah
seramai 22 orang atau 44%. Ini dapat menjelaskan bahawa bilangan responden lelaki
melebihi bilangan responden perempuan.

21
Rajah 3: Pemilihan kerjaya di dalam bidang perubatan berdasarkan minat

Rajah 3 menunjukkan seramai 28% atau 14 orang responden amat bersetuju jika
seseorang yang memilih kerjaya di dalam bidang perubatan, ianya haruslah di dorong dengan
minat dan kesesuaian. Selain itu, 30 orang responden atau 60% menyatakan mereka hanya
bersetuju bahawa minat dan kesesuaian adalah factor bagi seseorang individu untuk memilih
kerjaya di dalam bidang perubatan. Manakala, lebihan 12% atau 6 orang responden memilih
jawapan sederhana. Berdasarkan peratusan atau jumlah responden, majority bersetuju dengan
pendapat bahawa bidang perubatan haruslah diceburi sekiranya individu mempunyai minat
dan kesesuaian.

22
Rajah 4: Sumbangan bidang perubatan di dalam kalangan masyarakat

Berdasarkan rajah 4, seramai 27 orang responden atau 54% responden amatlah


bersetuju bahawa kerjaya di dalam bidang perubatan member peluang kepada individu untuk
menabur bakti kepada masyarakat. Selain itu, 38% atau 19 orang responden hanya memilih
bersetuju dengan pendapat tersebut. Manakala, seramai 1 orang responden atau 2% tidak
bersetuju dengan pendapat tersebut. Dengan ini, majority responden amat bersetuju bahawa
bidang perubatan memberikan peluang kepada mereka yang menceburinya untuk menabur
bakti kepada masyarakat.

23
Rajah 5: Faktor Keluarga

Rajah 5 menunjukkan dorongan ibubapa atau factor keluarga terhadap pemilihan


pekerjaan di dalam bidang perubatan di dalam kalangan anak-anak. Seramai 19 orang atau
38% responden amat bersetuju bahawa dorongan ibubapa dan keluarga dianggap penting bagi
anak memilih kerjaya di dalam bidang perubatan. Selain itu, 26 orang atau 52% responden
bersetuju bahawa keluarga memainkan peranan yang penting kepada anak di dalam memilih
kerjaya dalam bidang perubatan. 4 orang responden atau 8% berpendapatan ‘neutral’
terhadap kenyataan tersebut. Hanya 1 orang atau 2% responden tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Majoriti responden bersetuju bahawa keluarga harus member dorongan
dan motivasi kepada anak-anak agar mereka lebih bersemangat dan bersedia sekiranya
mereka memilih untuk menceburi bidang perubatan.

24
Rajah 6: Persepsi masyarakat terhadap kesihatan

Rajah 6 mewakili peratusan dan pendapat tentang kesedaran masyarakat mengenai


tahap kesihatan yang baik. Seramai 62% atau 31 orang responden bersetuju bahawa bidang
perubatan mampu meningkatkan kesedaran dan menambah pengetahuan kepada masyarakat
mengenai penjagaan kesihatan yang baik. Selain itu, 10 orang atau 20% responden amat
bersetuju dengan kenyataan tersebut. 8 orang responden atau 16% merasakan dan
berpendapat neutral terhadap kenyataan ini manakala 2% atau 1 orang responden tidak
bersetuju dan tidak berpendapat sedemikian. Oleh itu, dapat dilihat bahawa majority
responden menyokong persepsi yang menyatakan bidang perubatan dapat membantu
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan kendiri.

25
Rajah 7: Keprihatinan terhadap tahap kesihatan

Rajah 7 mewakili peratusan tahap keprihatinan terhadap kesihatan di kalangan


masyarakat Malaysia.Seramai 20% responden atau 10 orang amatlah bersetuju bahawa tahap
kesihatan merupakan perkara penting kepada seseorang individu. Selainitu, seramai 30 orang
responden atau 60% amat bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala, 16% atau 8 orang
berpendapat neutral dan 2 orang atau 4% tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Ini
menunjukkan bahawa majority responden bersetuju bahawa tahap kesihatan di dalam
kalangan masyarakat adalah sesuatu yang harus diberikan keprihatinan yang tinggi.

26
Rajah 8: Peningkatan Permintaan Terhadap Pekerjaan di dalam Bidang Perubatan

Rajah 8 merupakan persepsi responden terhadap permintaan yang tinggi di dalam


bidang perubatan di hospital swasta dan kerajaan. Seramai 26 orang responden atau 52%
bersetuju bahawa terdapat permintaan yang tinggi bagi pekerjaan di dalam bidang perubatan
di hospital swasta dan kerajaan. Manakala 32% atau 16% amat bersetuju dan menyokong
pernyataan ini. Selain itu, 14% atau 7 orang responden berpendapat neutral dan 2% atau 1
orang responden tidak bersetuju. Konklusinya, majority responden bersetuju bahawa
terdapatnya permintaan yang tinggi di hospital kerajaan dan agensi swasta terhadap pekerja
bidang perubatan.

27
3.5 KESIMPULAN

Keputusan kajian ini secara keseluruhannya menyimpulkan bahawa persepi masyarakat


terhadap masyarakat kaum india adalah positif. Bedasarkan maklumat kajian, masyarakat
india yang terlibat dalam sektor perubatan sangat komited di dalam bidang tersebut. Semua
masyarakat berasa sangat bertuah dan beruntung atas penglibatan kaum india dalam bidang
perubatan. Kehadiran kaum india memberi impak besar terhadap negara dan dunia dalam
bidang perubatan. Majoriti kaum india bersikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain itu, antara pendorong masyarakat kaum india dalam bidang perubatan ialah disebabkan
dorongan dan sokongan dari keluarga dan orang sekeliling. Walau bagaimanapun, apa sahaja
bidang yang diambil perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh tidak semesti nya bidang
perubatan. Justeru kita perlu ramai lagi perlu melibatkan diri dalam pelbagai bidang
professional, khusus nya bidang perubatan.

28
BAB IV

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sumbangan Tamadun India dalm interaksinya dengan tamadun-


tamadun tempatan di anggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada
hindunisasi atau indianisasi. Walau bagaimanapun, istilah indianisasi (indianisation) lebih
tepat merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada
tamadun india. Penggunaa istilah hindunisasi (penghinduan) di dapati bukan hanya
membataskan sumbangan berasaskan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian
kesan di antara agama hindu dan Buddha. Sejarah telah menyaksikan Tamadun India telah
mengecap kemajuan peradaban. Sifat keterbukaan dan dinamik juga telah mengizinkan
pertapakan pengaruh Islam dan Barat. Tamadun dan masyarakat ini akan terus berkembang
kerana disokong kuat oleh nilai-nilai agama dan kehisupan mereka yang unik dan tersendiri.

29
BAB V

RUJUKAN

Kementerian Pengajian Tinggi, 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya

Azhar Hj. Mad Aros. Azharudin Mohd.Dali. Suffian Mansor. Zulkarnain Abd. Rahman.

(2005)

Titas Kertas 2. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Abdul Halim Ramli. (2005). Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Uitm Ampang Press.

Dr. Haji Abdullah Ishak. (1992). Islam di India Nusantara dan China. Kuala Lumpur : Nurin

Enterprise.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia#Pembahagian_pekerjaan

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSduiwHY1DA52rhp0JuXeAlXj8Q-

jeQdviFIXxjEU58w21ZC4w/viewform

30
Kajian Berkenaan Faktor Kejayaan Kaum
India Dalam Bidang Perubatan
Salam Sejahtera kepada tuan/puan.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Soal selidik ini merupakan satu tugasan yang dijalankan dibawah subjek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia oleh kami dari pelajar separuh masa Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA.

Kajian yang kami jalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kejayaan kaum india dalam
bidang perubatan di Malaysia.

Kami mengharapkan pihak tuan/puan dapat menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu
kumpulan kami dalam membuat kajian/penyelidikan bagi tugasan kami.
Segala maklumat yang diberikan oleh pihak Tuan/puan akan di RAHSIAKAN.

Kerjasama dari pihak tuan dan puan melengkapkan soal selidik ini adalah
amat dihargai dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN I: LATAR BELAKANG

ALAMAT EMEL

____________@gmail.com

Jantina

Lelaki
Perempuan

UMUR

25-30 TAHUN
30-35 TAHUN
36-40 TAHUN
41-45 TAHUN
46 TAHUN KE ATAS

BIDANG PEKERJAAN YANG DICEBURI

PERUBATAN
GUAMAN
KEJURUTERAAN
PENDIDIKAN
PERNIAGAAN
Other:

31
BAHAGIAN II : FAKTOR MINAT

Sila jawab soalan bersesuaian dengan pandangan tuan/puan tentang kajian ini.

Memilih kerjaya dalam bidang kedoktoran/perubatan berdasarkan kesesuaian dan minat


mereka
1) Sangat tidak setuju
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Menjalani kursus atau kaunseling sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan ini.

1) Sangat tidak setuju


2)Tidak setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Mencari segala maklumat mengenai bidang perubatan di pusat sumber, internet dan surat
khabar.

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Bidang perubatan memberi peluang untuk menabur bakti dalam masyarakat

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat setuju

Drama di televisyen atau filem mempengaruhi minat dalam dunia perubatan

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

32
BAHAGIAN III : Faktor Keluarga

Ibubapa memberi dorongan / motivasi kepada anak-anak tentang pekerjaan dalam bidang
perubatan

1) Sangat Tidak Setuju


2) TIdak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Peranan ibu bapa memberikan maklumat tentang pentingnya bidang perubatan di Malaysia
kepada anak- anak

1) Sangat tidak setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Ingin membantu ibu bapa dari segi kewangan dan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada
mereka

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Mempunyai ibubapa atau ahli keluarga yang lain dalam bidang perubatan
1) Sangat Tidak Setuju
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Kewangan keluarga yang stabil dalam membantu membiayai pendidikan anak-anak dalam
bidang perubatan.

1) Sangat tidak setuju


2) Tidak Setuju
3)Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

BAHAGIAN IV : Faktor Rakan Sebaya


Pengaruh rakan sebaya yang menentukan kerjaya dalam bidang perubatan.
1) Sangat Tidak Setuju
33
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Persaingan yang sihat di kalangan rakan sebaya menentukan pemilihan pekerjaan dalam
bidang perubatan

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Pemilihan mentor yang baik dapat menentukan perjalanan karier dalam bidang perubatan.

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Membesar di dalam persekitaran yang baik memberi pengaruh yang baik dalam memilih
kerjaya perubatan.

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Penglibatan dalam kegiatan sosial dan agama bersama-sama rakan sebaya di dalam komuniti
memberi pengaruh dalam pemilihan karier perubatan
1) Sangat Tidak Setuju
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

BAHAGIAN V : Faktor Kemasyarakatan

Keprihatinan mereka terhadap tahap kesihatan di kalangan masyarakat Malaysia.

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
34
5) Sangat Setuju

Peningkatan pengetahuan dan kesedaran oleh masyarakat tentang kesihatan yang baik.
1) Sangat Tidak Setuju
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Kesediaan mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam mendidik masyarakat


berkaitan kesihatan berlandaskan nilai-nilai murni dalam agama

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Kerjasama yang bagus di antara agensi perkhidmatan kesihatan, komuniti dan masyarakat.
1) Sangat Tidak Setuju
2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

Peningkatan permintaan yang tinggi terhadap pekerjaan di dalam bidang perubatan di agensi
hospital kerajaan atau swasta

1) Sangat Tidak Setuju


2) Tidak Setuju
3) Sederhana
4) Setuju
5) Sangat Setuju

BAHAGIAN VI : PANDANGAN MASYARAKAT

Bagaimanakah pada pandangan tuan/puan atas sokongan masyarakat di atas sumbangan


masyarakat India dalam bidang perubatan
____(LONG ANSWER TEXT)__________________

35

Anda mungkin juga menyukai