Anda di halaman 1dari 16

Kertas 1:

Penulisan E-Mel & Karangan


E-mel Tidak Rasmi

► Daripada, Kepada, Tarikh, Subjek


► Perenggan 1: Pengenalan
Contoh:
Saya sihat sejahtera. Awak pula bagaimana? Sudah lama kita tidak berbalas e-mel.
Maklumlah, masing-masing sibuk dengan tugasan sekolah. Saya pernah menganjurkan sesi
perkongsian tentang penggunaan telefon bimbit bagi warga emas (Salin daripada soalan). Sudah
tentu, saya berbesar hati untuk berkongsi cara untuk memastikan sesi tersebut menarik dan warga
emas dapat melibatkan diri secara aktif (Kehendak soalan 1). Selain itu, saya juga boleh
berkongsi cara untuk memastikan mereka meraih manfaat melalui sesi tersebut (Kehendak soalan
2).
Menerangkan Isi-Isi

► Jika soalan ada 2 kehendak:


Kehendak 1 2 isi (2 cara untuk menjadikan sesi itu menarik)
Kehendak 2 2 isi (2 cara untuk memastikan mereka meraih manfaat
melalui sesi ini

► Jika soalan ada 1 kehendak:


4 isi diberikan untuk menjawab kehendak soalan ini
WAJIB gunakan PEEL
► 1 perenggan = 1 isi
► Setiap isi perlu DIKEMBANGKAN menggunakan PEEL

Contoh: Menyediakan video atau animasi supaya warga emas mudah memahami apa yang disampaikan (Isi)

P: Salah satu cara untuk menjadikan perkongsian itu menarik adalah dengan menyediakan video atau animasi
supaya warga emas mudah memahami apa yang disampaikan.
E: Jika mereka mudah memahami apa yang disampaikan, mereka akan lebih tertarik untuk mempelajari perkara itu
dengan lebih mendalam lagi.
E: Sebagai contoh, seorang warga emas akan teruskan usahanya untuk mempelajari tentang teknologi jika apa
yang dipelajarinya itu tidak membebankannya.
L: Dengan itu, video dan animasi merupakan cara yang baik untuk memudahkan warga emas untuk memahami
perkara yang dikongsi kerana ia bersifat visual.
Bahasa

► Gunakan ‘saya’ dan ‘awak’


► Gunakan penanda wacana di permulaan setiap perenggan
(Pertama sekali, Selain itu, Bukan itu sahaja, Terakhir sekali)
► Sebagai contoh ATAU Misalnya (BUKAN ‘SEPERTI CONTOH’,
CONTOHNYA)
E-mel Rasmi

► Daripada, Kepada, Tarikh, Subjek


► Perenggan 1: Pengenalan
Contoh:
Saya, ________________, merupakan seorang penduduk di estet perumahan Pasir Ris.
Baru-baru ini, saya telah berpindah ke Blok 271 Pasir Ris Street 21. Tujuan saya mengirim e-mel
ini adalah untuk melahirkan keprihatinan saya terhadap sikap penduduk yang menyalahgunakan
ruang awam di kawasan kejiranan saya. Hal ini telah menimbulkan bagi para penduduk lain.
Mengenal pasti kehendak soalan

► Berapa kehendak?
1) Mengetengahkan hal tersebut
Menerangkan penyalahgunaan yang berlaku dan kesannya dalam satu perenggan

2) Sarankan beberapa cara untuk memanfaatkan ruang awam agar semangat kejiranan
dapat dipertingkatkan.
Berikan 3 isi (cara)
1 perenggan = 1 isi
Setiap isi DIKEMBANGKAN dengan menggunakan PEEL
Bahasa

► Gunakan ‘saya’, ‘tuan’, ‘puan’ atau ‘anda’


► Pihak tuan, pihak puan
Karangan Ekspositori
► Pengenalan
1) Menerangkan latar (Menerangkan konteks)
Contoh: Telefon bimbit (Konteks Teknologi)
Kemenangan (Konteks Kehidupan manusia / Lumrah manusia)

2) Menyatakan pendirian tanpa menggunakan ‘saya’


Contoh: Tidak dinafikan bahawa kemenangan memberi kita kepuasan dalam hidup. Namun, ia
bukanlah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Kekalahan juga boleh mendatangkan
banyak kebaikan dalam kehidupan kita, sekaligus, memacu diri kita untuk menjadi manusia yang
lebih baik.
Jenis-Jenis Soalan

► Bersetujukah kamu perlu setuju ATAU tidak setuju (satu sudut pandangan sahaja)

► Bincangan perlu berikan dua sudut pandangan


Contoh: Kebaikan DAN Keburukan
Manfaat DAN Keburukan
Positif DAN Negatif
Faktor ini DAN Faktor lain-lain
Jumlah isi

► Perlukan 5 isi (Tidak boleh kurang!)


► 1 perenggan = 1 isi
► Setiap isi DIKEMBANGKAN dengan menggunakan PEEL
► Penggunaan penanda wacana SANGAT PENTING
- Contoh: Pertama sekali, Bukan itu sahaja, Selain itu, Tambahan pula, Namun
demikian, Lantaran itu, Lantas
► Jumlah perenggan kesemuanya
- 1 perenggan pengenalan + 5 perenggan isi + 1 perenggan penutup
Karangan Naratif
► Pengenalan
- Gabungkan teknik Gambaran suasana dan Imbas Kembali
- Gambaran suasana gunakan frasa berbunga
- Tugasan: Hasilkan satu perenggan pengenalan naratif. Hafal dan gunakan semasa menulis
karangan hari Isnin nanti.
- Contoh: Halilintar menggaris langit gelap. Guruh kuat berdentam-dentum. Hujan lebat
membasahi bumi yang kering dek cuaca panas yang berlarutan sepanjang sebulan. Aku
berdiri di jendela sambil memerhatikan titisan air hujan yang jatuh tanpa henti. Fikiranku
menerawang jauh. Tanpa aku sedari, kenangan lama kembali mengusik fikiranku.
PLOT SANGAN PENTING
► PENGENALAN
► WATAK DAN PERWATAKAN (PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA DUA WATAK)
- Watak utama dan watak sampingan
- ‘Aku’ atau berikan nama-nama pada watak
- berikan perwatakan (sikap/perangai) pada watak
- sebaik-baiknya perwatakan watak boleh dikaitkan dengan konflik yang bakal berlaku
- Contoh: pemalas – konflik: tidak membuat persiapan untuk peperiksaan
► KONFLIK (MASALAH YANG BERLAKU)
► KLIMAKS (KEMUNCAK CERITA – SUSPENS) gelisah dan tertekan semasa menduduki
peperiksaan kerana tidak dapat menjawab soalan
► PASCA KLIMAKS (KESAN DARIPADA KLIMAKS) keputusan peperiksaan
► PENYELESAIAN (PENGAJARAN)
Bahasa

► Wajib gunakan frasa berbunga – sebanyak boleh


► Gunakan frasa berbunga untuk menerangkan emosi, perbuatan dan suasana
► Wajib ada dialog bagi menghidupkan cerita
- 5-6 dialog (sila rujuk contoh karangan tentang format penulisan dialog)
- dialog ditulis dalam perenggan asing.
- tidak boleh digabungkan dengan mana-mana perenggan
► Gunakan ‘Aku’ atau berikan nama pada watak. Jangan gunakan ‘saya’
Mengenal pasti kehendak soalan
► Contoh:
Kadangkala, di sebalik kekecewaan yang dialami, terselit hikmah. Tulis cerita berdasarkan pernyataan
ini.

Di tengah-tengah kesulitan, pasti ada peluang yang menanti. Tulis cerita berdasarkan pernyataan ini.

Kamu ingin melakukan perkara yang berisiko tinggi. Walaupun telah dinasihatkan agar tidak
melakukan perkara tersebut, kamu tetap tidak mengendahkan nasihat itu. Ceritakan pengalaman
tersebut.
Akhir Kata
► Baca soalan dengan teliti sebelum membuat pemilihan
► Gariskan kata kunci dan kehendak soalan
► Lakarkan perancangan sebelum menulis
► Aplikasikan semua perkara yang diajarkan – KALAU TIDAK CIKGU MERAJUK ☹

USAHA DOA TAWAKKAL

Anda mungkin juga menyukai