Anda di halaman 1dari 6

Apit-apit 

memperlihatkan kaitan jajahan antara Indonesia dan Belanda, seperti yang biasa


ditemui di sebahagian besar kota besar di Indonesia. Ia dipercayai berasal dari wafer roti telur
Belanda. Belanda mempunyai sebuah banyak jenis biskut termasuk biskut wafer nipis yang
mirip dengan Apit-apit. Banyak teknik biskut dan kek telah diwariskan kepada orang Melayu
oleh Belanda, Inggeris, dan Portugis. Biskut-biskut ini mungkin dibawa ke bahagian-
bahagian Malaysia dan Singapura dari Pulau Pinang dan Melaka oleh Peranakan Cina yang,
tanpa mengetahui nama snek Belanda yang mereka hadapi, hanya menyebutnya Kuih
Belanda atau Apit-apit.
Meskipun kini ia makanan tradisi kaum Cina, hakikatnya kuih ini juga digemari masyarakat
berbilang kaum di negara ini.

Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-

1. apit-apit gulung (rokok arab)

2. apit-apit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit) Di Brunei, ia dikenali sebagai Sapit.

Kuih ini antara menu penyeri sewaktu dan selepas majlis makan besar pada malam Tahun
Baru Cina. Ia ia merupakan hidangan ringkas yang dijadikan pemanis mulut yang dihidang
bersama teh panas.

Penyebaran

Kuih apit-apit.
Pada masa dahulu, apit-apit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini apit-apit banyak
dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan
dalam bekas kedap udara. Kini apit-apit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui
Internet untuk tujuan borong.

#4. Chee Cheong Fun


Chee Cheong Fun dikenali sebagai mee gelung yang berwarna putih
dan bentuknya seakan kuetiaw. Ia merupakan makanan
masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong
Kong.

Imej via eatwhattonight

Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos


soya manis berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang, sosnya
menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat
seperti karamel.
Imej via hungrygowhere

Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun biasanya dihidangkan


dengan dua cara iaitu kering atau berkuah@bersos. Versi kering
biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng,
minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula
dihidangkanbersama kuah kari dan juga cendawan.

#5. Apam Balik


Apam Balik merupakan sejenis penkek leper yang dimasak
menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di mana jua sekitar
Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana sahaja.

Imej via julieolive

Bahan yang digunakan untuk membuat apam balik terdiri dari


adunan tepung, santan, air, gula, telur dan soda penaik. Ia
mempunyai inti seperti kacang tanah yang dikisar, gula dan krim
jagung manis. Apam balik juga boleh diletakkan pelbagai jenis inti
lain seperti hirisan coklat, parutan kelapa dan sebagainya
mengikut selera masing – masing.
Imej via facebook

Apam Balik juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan


negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

#6. Mee Kari


Mee Kari merupakan hidangan yang penuh berperisa serta unik
hasil daripada gabungan hidangan masyarakat Cina dan India.
Kuahnya diperbuat dari rempah kari yang diadun bersama santan,
pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun
pudina.

Anda mungkin juga menyukai