Anda di halaman 1dari 2

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK – SAINS TINGKATAN 5 2021

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


PROJECT BASED LEARNING (PBL)
SAINS TINGKATAN 5 2021

Standard 1.2 Mikroorganisma Berfaedah


kandungan 2.5 Teknologi pemprosesan makanan
Standard 1.2.1 Mewajarkan aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam
Pembelajaran kehidupan.
2.5.1 Berkomunikasi mengenai teknologi pemprosesan makanan.
Isu Utama:

Sumber : Sinar Harian, 1 Oktober 2019

STATISTIK kes keracunan makanan di negara ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke
semasa berikutan beberapa faktor.

Buktinya pada Mei tahun lalu (2020), Kementerian Kesihatan mendedahkan kes keracunan
makanan menunjukkan peningkatan 23.69 peratus iaitu 401 kes kepada 496 berbanding tahun
sebelumnya.

Keracunan makanan berlaku apabila seseorang individu terambil makanan tercemar dan
mengandungi bahan kontaminan, sama ada dalam bentuk fizikal, kimia atau biologi.

Antara kuman menyebabkan keracunan makanan adalah salmonella, staphylococcus aureus


dan vibrio parahaemolyticus yang disebar melalui bahan pencemar, vektor atau pembawa
kuman.

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi mereka yang mengalami masalah ini termasuk
sakit perut, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan demam. Selain itu, terdapat perubahan pada najis
termasuk berdarah, berlendir ataupun tersangat cair.

PBL SAINS TINGKATAN 5 2021 – Disediakan oleh Cikgu Abadi


PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK – SAINS TINGKATAN 5 2021

Tugasan 1 (Peruntukan masa : 2 hari)


Anda perlu sediakan perincian berikut mengenai isu utama yang dibincangkan:
• Punca utama keracunan
• Simptom-simptom keracunan makanan berlaku
• Penerangan mengenai frasa ‘kuman menyebabkan keracunan makanan adalah
salmonella, staphylococcus aureus dan vibrio parahaemolyticus yang disebar melalui
bahan pencemar, vektor atau pembawa kuman’

Perincian ini perlu disediakan dalam 3 helai kertas putih/ berwarna bersaiz A4 sahaja mengikut
kreativiti masing-masing

[20 markah]

Tugasan 2 (Peruntukan masa : 3 hari)


Anda perlu sediakan penerangan secara grafik mengenai salah satu teknologi pemprosesan
makanan berikut:

• Memasak
• Penapaian
• Pendehidratan/pengeringan
• Pempasteuran
• Pengetinan
• Penyejukbekuan
• Penyinaran
• Pembungkusan vakum

Ilustrasi grafik mengikut kreativiti masing-masing dalam satu paparan kertas bersaiz A4
sahaja. Boleh bertaip atau tulisan sangat termasuk dibenarkan meletakkan sampel bungkusan
makanan tersebut.

Apakah kandungan yang perlu ada dalam Tugasan 2?

• Perincikan maklumat yang ada di dalam bungkusan makanan tersebut mengikut Akta
Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
• Nyatakan sekurang-kurangnya tiga bahan kimia dan fungsinya dalam membantu
makanan tersebut untuk tahan lebih lama dan menarik perhatian pelanggan

[30 markah]

Tugasan 3 (Peruntukan masa 5 hari)


Anda perlu sediakan video berdurasi selama 3 minit tentang Kempen Kesedaran
Pemilihan Produk Makanan yang sihat, terjamin mutu kebersihan dan mengikut garis
panduan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Penyediaan video dibenarkan menggunakan sebarang aplikasi yang menarik dan berinfo
pengetahuan tentang kempen kesedaran tersebut. Kreativiti anda amat penting dalam menarik
minat penonton di alam maya. Video ini akan dipertandingkan. Video tersebut perlu disebarkan
menggunakan pelbagai platform dan link video tersebut perlu dikongsikan kepada guru
menggunakan pautan yang akan disediakan oleh guru.

[ 50 markah]

PBL SAINS TINGKATAN 5 2021 – Disediakan oleh Cikgu Abadi

Anda mungkin juga menyukai