Anda di halaman 1dari 1

Tamadun Cina ataupun dikenali sebagai tamadun yang tertua di dunia telah membawa pelbagai

kegemilangan dalam beberapa sector bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, sains dan banyak
lagi. Tamadun Cina ini telah dibina dan juga telah diperkembangkan selama 4000 tahun. Tamadun
Cina juga membandingi tamadun tamadun yang lain seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir,
Tamadun Greek. Pencapaian tamadun Cina ini setanding dengan tamadun tamadun yang lain seperti
pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu daripada tujuh benda Ajaib di dunia ini.
Tamadun Cina telah memberi pelbagai sumbangan terhadap tamadun Malaysia.

Yang pertama, salah satu sumbangan tamadun cina terhadap tamadun Malaysia adalah alam sekitar.
Alam sekitar ini merupakan salah satu prinsip agama yang perlu kita jalankan. Kita sebagai khalifah di
muka bumi ini perlulah menjaga alam sekitar dalam keadaan yang elok dan bagus. Hidup yang
harmoni bersama dengan alam sekitar merupakan salah satu prinsip yang diterima oleh semua
agama. Bagi agama islam, buddhisme dan juga beberapa aliran agama Kristian, memlihara alam
sekitar ini bermaksud kita menggunakan anugerah tuhan ataupun rezeki tuhan dengan cara yang
bertanggungjawab. Hal ini juga kerana, dalam tamadun yang lain, memelihara alam sekitar ini
memberikan pentafsiran yang pasif kerana alam sekitar tersebut disembah dan juga dilihar sebagai
Divine Power. Walaupun tidak kesemua tamadun mempunyai pandangan yang sama terhadap alam
sekitar, namun semua tamadun mempunyai tanggapan yang sama iaitu kita perlulah menjaga alam
sekitar dengan elok.

Anda mungkin juga menyukai