Anda di halaman 1dari 3

Tengku Sulaiman telah menjemput Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara ke

Johor Riau bagi membantunya untuk menyinkirkan Raja Kechil yang


mengambil alih tanpuk pemerintahan keturunannya. Kemangkatan Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang dibunuh oleh Megat Seri Rama pada 3 Sept
1699, tanpa pewaris terdekat menyebabkan pembesar Johor melantik
Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor(1699-1718). Kesan
lantikan, Johor bergolak dan ujudnya suasana saling curiga-mencurigai.
Dikesempatan ini Raja Kechil yang mengaku sebagai Putera Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang telah mengambil alih pemerentahan Johor
(1718-1722). Kejayaan Raja Kechil disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya dapat bantuan dari keturunan Minangkabau dari daerah2
dipersisiran laut jajahan Johor seperti daerah2 di Negeri Sembilan, kedua
belot dari Laksamana dan orang dalam dikalangan Orang Kaya dan ketiga
Raja Kechil ingin membalas dendam kepada Raja Muda yang menjadikan
wanita Minangkabau sebagai Gundik dan hamba yang mana menghina
masyarakat matrilineal Minangkabau yang sangat2 menjaga kehormatan
wanita. Ini kerana Raja Kachil dibawa oleh Nakhoda Malim dan dipelihara
oleh Puteri Jamilan di Pagar Ruyung.
Sultan Tun Abdul Jalil yg tewas telah dilantik semula sebagai oleh Raja
Kechil sebagai Bendahara. Raja Kechil bertunang dengan Tengku Tengan
anak Sultan Tun Abdul Jalil sebagai usaha Raja Kechil cuba untuk
merapatkan persaudaraan tetapi bila bertemu adik Tengku Tengah
(Tengku Kamariah) maka Raja Kechil terpikat dan terus mengawininya. Ini
seolah olah mencorengkan lagi muka keturunan Sultan Tun Abdul Jalil.
Kemuncak segala polimik ini ialah Raja Kechil dan tenteranya telah
mengejar Sultan Abd Jalil dan membunuhnya selepas ia selesai solat
subuh di Kuala Pahang (1720). Oleh itu anak2 Sultan Abd Jalil, Tungku
Sulaiman dan kakaknya Tengku Tengah meminta bantuan Opu Bugis
Daeng Lima Bersaudara
Akhirnya berlaku peperangan antara Raja Kechil dengan Opu Daeng
bersaudara Setelah bertempur sehari semalam, Raja Kecil terdesak dan
mundur hingga berpangkalan di Pulau Bayan. Sementara itu, orang Bugis
menyerang terus sambil berpangkalan di Tanjung Pinang. 5 Opu Daeng
merebut Pulau Bayan setelah bertempur lagi dua hari dua malam dan Raja
Kecil melarikan diri ke Linggi dengan membawa keseluruhan Alat
Kebesaran Kesultanan Melayu Johor iaitu bedil Lela Majnun, Kendaga
Emas, Periuk Emas, dan semua barang-barang berharga.
Dalam usaha untuk mengambil semula Alat Kebesaran dan memerangi
Raja Kechil, Satu perjanjian dicapai di antara Tengku Sulaiman dengan
Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara. Antara perjanjiannya ialah jika Raja
Kechil dikalahkan dan keseluruhan alat kebesaran dan lain lain berjaya
dibawa kembali ke Johor maka
“Sebelah Tengku Sulaiman menjadi Sultan Johor sampailah kepada turun
temurunnya dan sebelah Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akan dilantik
menjadi Yang Dipertuan Muda sampailah kepada turun temurunnya dan
tiada boleh yang lain. Dan lagi Sultan menjadi seperti perempuan sahaja,
jika diberi makan maka baru makan ia. Dan Yang Dipertuan muda jadi
seperti lelaki, dan jika datang satu hal atau apa2 jua bicara melainkan apa
kata Yangtuan Muda”.

Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara sekali lagi menyerang Raja Kechil di
Siak. Setelah berjaya mengambil alat kebesaran tersebut, Raja Sulaiman
kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau,
dan Linggi pada 4 Oktober 1722 dan Daeng Marewah dilantik menjadi
YamTuan Muda 1. Daeng Parani menolak jawatan Yang DiPertuan Muda
dan dikahwinkan dengan Tengku Tengah, Daeng Chelak pula dikahwinkan
dengan Tengku Mandak, Sultan Sulaiman pula berkahwin dengan Cik
Puan Perak dan Daeng Marewah berkahwin dengan Tun Che’ Ayu Balu
Sultan Mahmud Mangkat dijulang.

Anda mungkin juga menyukai