Anda di halaman 1dari 1

Sombong Membawa Padah

Salam sejahtera. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “sombong membawa padah”.

Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa yang amat tinggi. Pokok kelapa
itu selalu mengejek rumput di sebelah yang pendek. "Wahai Sang Rumput, engkau
sangat pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu
diejek oleh pokok kelapa yang sombong. Namun, rumput berdiam diri sahaja.

Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. Tolong! Tolong! Terdengar suara
pokok kelapa menjerit minta tolong yang sangat kuat.

Dum! Pokok kelapa itu tumbang ke tanah. Rumput pun berkata, "Wahai Sang
Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!" Pokok
kelapa berasa amat malu. Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

Kawan-kawan yang dikasihi, kita tidak seharusnya memandang hina pada


orang lain. Sebaliknya, kita patut berbuat baik kepada orang lain. Bak kata
pepatah,” ada ubi ada batas, ada budi ada balas”. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai