Sinopsis Ladap 2021 HINGGA 2022
Sinopsis Ladap 2021 HINGGA 2022
1. Nama Guru
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan
positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia
sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.
Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di
samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa
kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk
melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah
berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum
anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan
begitulah kuihnya”.
“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan
menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti
menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak
lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku
persekolahannya.
1 Kesimpulan
0
Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa
yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-
contoh dari al Quran, al Sunnah serta kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan
dalam bentuk yang agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan
BORANG SINOPSIS BUKU
1. Nama Guru
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang
tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di
sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan
seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain
yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera
mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan
tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan
memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di
tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak
terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di
luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.
Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.
10 Kesimpulan
Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.
BORANG SINOPSIS BUKU
1. Nama Guru
Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham
tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ,
pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui
pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi
diri mereka akan dapat diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
“ Saya mahu..
“Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda
seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan
orang lain walau dalam apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.
10 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam
bentuk yang ringkas tetapi padat.
1. Nama Guru
6. Terbitan
PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha
berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke
era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh
generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar
untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar,
pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik
darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian,
peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat
institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.
Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan
didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal
juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar
dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak
diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri,
pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah
dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai
dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan
dekat dengan rakan mereka.
1 Kesimpulan
0
Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini.
Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.
1. Nama Guru
7. Sinopsis :
Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains
sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya
dalam mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan
dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas
kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang
giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal
dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta
prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran
lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh
aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam
sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan
kelemahan lawan, seta set-pieces.
Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai
jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan
fizikal dan kesihatan masyarakat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-
konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai
kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-
aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba
ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa releva dan kemas kini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat,
mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat
juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang
atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai
perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet
perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih
pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.
1 Kesimpulan
0
Konklusinya, kejurulatihan sukan mempunyai talian yang rapat dengan sains. Asas-asas sains
dalam latihan sukan pastinya dapat membantu jurulatih meningkatkan kualiti latihan. Bibit-bibit
kecemerlangan sukan pasti dapat dirasakan apabila jurulatih mengaplikasikan teori-teori sains
dalam latihan sukan.