Anda di halaman 1dari 4

NAMA PELAJAR : JOSHUA LIM SHI QUAN

KURSUS & AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2019

TEMPOH PRAKTIKUM : 27 JUN 2021 – 30 SEPTEMBER 2021

PENGKHUSUSAN : SEJARAH

GURU PEMBIMBING : YAP CHING YEN

BIDANG TERAS

GURU PEMBIMBING : TEY YEN CHIN

BIDANG ELEKTIF

PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK AZHARI BIN MAT SALLEH

CATATAN MINGGU :3

TARIKH : 11 JULAI 2021 - 15 JULAI 2021

TAJUK JURNAL : Kemahiran membantu murid mengingati isi pelajaran

MASALAH/ ISU PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah murid-murid sering melupakan
pembelajaran yang telah dilakukan sebelum ini. Murid-murid dapat meguasai dan
mengingat apa yang telah diajar dan dipelajari dalam kelas hanya untuk jangka masa
yang agak pendek. Murid-murid tidak dapat menjawab soalan yang diacukan oleh
guru sekiranya guru bertanya balik tentang pembelajaran sebelum ini.

ANALISIS MASALAH

Masalah yang berlaku ini mungin disebabkan kurangnya murid-murid


mengimbas kembali tentang pembelajaran yang dilakukan dalam kelas. Murid-murid
dapat mengingati dan menguasai ilmu pengetahuan baharu yang disampaikan dalam
kelas. Keadaan ini hanya akan beraku untuk suatu tempoh masa yang agak pendek.
Murid-murid tidak dapat mengingati pembelajaran tersebut untuk masa yang
panjang. Murid-murid akan melupakan isi kandungan yang dipelajari sebelum ini
sekiranya guru mula mengajar topik yang baharu.

Murid-murid akan mula mengingati topik yang baharu dan melupakan isi
kandungan yang dipelajari dalam topik yang lepas. Keadaan ini menyebabkan guru
perlu menjelas semula apa yang telah diajar sebelum ini supaya murid-murid dalam
kelas dapat mengimbas kembali dan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada.
Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa meluangkan masa yang lebih untuk
menjelaskan semula topic sebelum ini dan menyebabkan masa yang terancang
dipengaruhi.

KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS)

Kemahiran mengingat merupakan salah satu aspek kemahiran belajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Murid belajar dengan berbagai cara dengan
melihat dan mendengar, merefleksi dan berfikir secara logik serta menghafal,
mengingat dan menggambarkannya (Abu et al., 2007). Menurut Razali (2009),
pelajar sekolah rendah kurang menguasai teknik dan kemahiran belajar. Terdapat
juga pelajar yang membuat kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru
dengan bersungguh-sungguh, malangnya hasilnya tidak seberapa. (Umi Fairus Bt
Mohd Jamil & Fazlinda Bt Ab Halim)

CADANGAN PENYELESAIAN

Cadangan bagi menyelesaikan masalah seperti di atas adalah guru boleh


membimbing murid-murid untuk melakukan ulang kaji dari semasa ke semasa. Guru
boleh sentiasa bertanya soalan yang berkaitan dengan topik sebelum ini kepada
murid-murid supaya mendorong murid-murid untuk mengimbas kembali ilmu
pengetahuan yang dipelajari sebelum ini.

Keadaan ini membantu muri-murid untuk sentiasa mengingati ilmu


pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini. Murid-murid akan mengingat semula
apa yang telah dipelajari sebelum ini dan menjawab soalan daripada guru dalam
kelas. Dengan cara ini guru dapat membantu murid-murid untuk mengingat
pembelajaran tersebut dengan mendalam dan kekal untuk tempoh masa yang
panjang. Keadaan ini juga membantu murid-murid membuat perkaitan antara topik
sebelumnya dengan topik yang sedang dipelajari.

TEMPOH PENYELESAIAN

25 JULAI 2021 – 29 JULAI 2021


TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memberi pemerhatian yang lebih teliti kepada murid-murid yang
lemah dalam kelas dan sering bertanya soalan kepadanya. Hal ini demikian supaya
murid tersebut akan mengingati dan megimbas kembali apa yang telah dipelajari
sebelum ini. Saya akan membimbing murid-murid untuk mengimbas kembali tentang
topik sebelum ini supaya murid-murid dapat mengaitkan pembelajaran sekarang
dengan pembelajaran sebelum ini.

Selain itu saya juga akan memberi masa kepada murid-murid memikirkan
jawapan bagi soalan yang dikemukakan dan memberi masa kepada murid-murid
untuk mengimbas kembali. Keadaan ini akan membantu murid-murid untuk
mengingatkan ilmu pengetahuan tersebut dengan mendalam dalam ingatannya.

TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

27.07.2021

KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti adalah mengunakan pelbagai kaedah untuk membantu
murid mengingati isi pelajaran dengan mudah. ini dapat dilihat melalui keadaan PdP
semasa saya mengunakan kaedah koperatif, kaedah soalan jawab dan pengalaman
kehidupan harian menyampaikan isi pelajaran kepada anak murid. Pelbagai kaedah
dapat menarik minat murid untuk menjawab soalan dan mengemukakan
persoalannya. Hal ini telah memperkukuhan kefahaman murid kerana soalan
mengait dengan kehidupan mereka. Ia juga dapat membantu murid berjaya
menguasai tajuk yang diajar.

KESIMPULAN

Saya akan cuba untuk melaksanakan cadangan penyelesaian bagi masalah ini dan
melihat keberkesanannya dan membuat penambah baikan terhadap cara
penyelesaianya. Saya juga akan mencari punca masalah ini dan mengubah suai
tindakan yang diambil supaya objektif langkah penyelesaian ini tercapai.

RUJUKAN
Umi Fairus Bt Mohd Jamil & Fazlinda Bt Ab Halim. (n.d.). Kaedah Mnemonik Akronim
Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Di Sekolah Rendah
Agama Bersepadu Mersing. 1.
Disemak oleh Disemak oleh

_______________________ ________________________

( ) ( YAP CHING YEN)

Pensyarah Penyeliaan Guru Pembimbing Bidang Teras

Anda mungkin juga menyukai