Anda di halaman 1dari 2

REFLEKsi

Murid dapat menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Murid menyempurnakan latihan bertulis. Beberapa orang murid perlukan bimbingan kendiri
untuk memahami kehendak soalan.

Murid dapat menguasai pembelajaran hari ini kerana berjaya menjawab soalan secara bertulis

Latihan bertulis dibuat dalam buku latihan murid (BLA)

Berjaya menjawab soalan lisan melalui kuiz spontan yang dijalankan di dalam kelas

Kuiz lisan sebagai ulangkaji peneguhan dibuat oleh murid. Namun , segelintir murid
memerlukan bimbingan guru secara intensif.

Ulangkaji dilaksanakan agar murid lebih mengingati fakta pelajaran lalu. Pelajar perlu lebih
latihan tubi.

Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.

Masukkan sebahagian kandungan pelajaran dalam kerja rumah pada minggu hadapan

Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan kaedah / cara yang lain dalam P&P
akan datang.

Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.

Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.

Sebagai guru, saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka. Cari jalan untuk
memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.

Cari lebih banyak contoh untuk membantu murid lebih memahami

PdP diselesaikan dengan lancar. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji
kefahaman mereka.

Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .

Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam PdP
akan datang.

Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.

Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam PdP akan datang.
Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak mencukupi. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi
penting PdP hari ini. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan isi pelajaran.

Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.

Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir murid kurang bersedia
(alatan dan bahan) dan tidak dapat menumpukan perhatian.

Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.

Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis ……………….. peringkat
sekolah.

"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4
digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi
dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."

"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan
bimbingan guru."

Anda mungkin juga menyukai