Anda di halaman 1dari 4

Idraki Na’imullah Muhd Irwan (3A)

Sekolah Menengah Bedok South

Soalan 8 :

“ Mak Jah….Oh Mak Jah. Kemana pula orang tua ni. Mak Jah…ni hah

saya bawakan lauk untuk berbuka puasa ini. Aku menjadi bimbang. Tidak

pernah-pernah Mak Jah tidak menyahut sapaanku. Apakah Mak Jah sakit?

Atau dia sibuk di dapur agaknya sedang membuat teh susu kegemarannya,”

bisik hatiku.

Aku cuba mengetuk pintunya, namun tiada tindak balas. Aku semakin

risau. Aku cuba menelefonnya, tetapi tidak mendengar bunyi telefon

bimbitnya. Aku cuba mendengar bunyi dari rumahnya. Aku berdiri di depan

pintu itu selama sepuluh minit tetapi tidak dapat mendengar apa-apa pun.

Dengan berat hati, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumahku

dan akan kembali ke rumah Mak Jah esok pagi. Selepas aku solat maghrib,

aku cuba menelefon Mak Jah tetapi tetap tiada jawapan. Aku berasa keliru

kerana Mak Jah selalu di rumahnya, sedang berehat di kerusi rodanya.

Lima bulan yang lalu, Mak Jah telah terlibat dalam kemalangan

kereta. Doktor berkata bahawa dia tidak boleh berjalan lagi. Mak Jah seorang

yang aku menganggap seperti ibu aku sendiri. Aku pula telah kehilangan ibu

aku semasa aku masih kecil lagi dan aku tidak tahu di mana atau mengenali

siapa ayahku. Aku dijaga oleh Mak Jah, kawan baik ibuku. Dia telah
menganggap aku seperti anaknya. Sampai hari ini, aku bersyukur dengan

apa yang Mak Jah telah buat untuk aku. Apabila aku mendapat tahu tentang

kemalangan yang telah terjadi kepada Mak Jah, aku cepat-cepat balik ke

Singapura dari Australia untuk menjaganya. Aku akan selalu datang ke

rumahnya untuk menemaninya dan menjaga dia. Tetapi Mak Jah

memberitahu aku bahawa aku tidak boleh tinggal bersamanya. Mak Jah

tidak pernah memberi aku sebab kenapa...

Keesokan hari aku pulang ke rumah Mak Jah dengan makanan

kegemarannya, mi rebus. Aku ketuk pintunya tetapi seperti semalam, tiada

jawapan. Aku mencuba beberapa kali lagi tetapi tiada jawapan. Aku

menunggu di luar rumahnya selama setengah jam. Semasa aku sedang

menunggu di luar rumah, aku ternampak seorang jiran Mak Jah.

“ Eh Syira apa yang kau tengah buat di sini?”

“ Sedang menunggu Mak Jah, Cik Siti nampak tak mana Mak Jah?”

“ Eh awak tidak tahu ke, Mak Jah di hospital.”

“Apa! Bila!?”

“Tiga hari yang lalu,” jawab Cik Siti.


Aku dengan cepat bergeas ke hospital. Setelah tiba di hospital, doktor

bertanya siapa saya. Aku berkata bahawa aku telah menjaga Cik Siti. Wajah

doktor seperti terkejut kerana dia berkata bahawa Mak Jah tidak ada orang

yang menjaganya. Aku bertanya apakah sebab Mak Jah dimasukkan ke

hospital. Doktor berkata bahawa Mak Jah telah terjatuh di ruang dapur di

rumahnya tetapi Mak Jah sempat menelefon ambulans. Aku berasa amat

lega. Aku masuk ke wad untuk berjumpa dengan Mak Jah.

“Mak Jah. Kenapa Mak Jah tidak menelefon Syira. Syira kan ada. Syira

risau tau,” rayuku.

“S..sssiapa awak? Aku tidak kenal awak.”

Cuaca yang tadi panas tiba-tiba menjadi mendung. Hatiku pecah

seribu. Air mataku membasahi pipiku.

“Mak Jah, Mak Jah tak kenal ke saya. Saya Syira. Mak Jah telah

menjaga saya semasa kecil lagi.”

“Syira? Tidak, mungkin awak salah orang nak.”

Aku berlari keluar dari wad Mak Jah dan mencari doktor.

“Doktor. Doktor. Kenapa Mak Jah tidak ingat saya?” aku bertanya.
“Apa! Mak Jah tak ingat awak?” doktor itu terkejut.

Dia membawa Mak Jah untuk pergi membuat ‘MRI Scan’. Beberapa

jam kemudian, keputusan MRI itu sudah keluar. “Syira, saya ada berita yang

mungkin awak mahu tahu. Selepas membuat scan, saya mendapati bahawa

Mak Jah ada dementia. Dia tidak boleh ingat. Mungkin apabila Mak Jah

jatuh, dia telah terhantuk kepalanya. Itu mungkin sebab Mak Jah tidak

menelefon kamu.”

Aku terkejut tidak tahu apa yang harus lakukan. Aku masuk balik ke

wad Mak Jah. Aku cuba berbual dengannya sambil mengingatkan dia

kembali pada cerita-cerita silamnya, yang pernah diceritakn kepadaku.

Beberapa bulan kemudian, aku telah menyuruh Mak Jah tinggal

bersama aku. Walaupun dia tidak ingat siapa aku, aku masih mahu menjaga

Mak Jah. Mak Jah telah banyak berkorban untuk aku semasa aku kecil, aku

rasa memang aku yang sepatutnya menjaga Mak Jah.

(649 perkataan)

**********************

Anda mungkin juga menyukai