Anda di halaman 1dari 18

,l

I
1
e&

Wmw
ffi ffiWil
ffiffiw
Nstm{xf,}
(15) Ayat ke-41 dari Surah at-Taubahjuga dikatakanmansukh oleh ramai 'ulama'.
Lihat ayat berkenaandi bawah ini:

Bermaksud: Berangkatlah kamu (untuk berperang pada jalan Allah), baik dalam
keadaankamu berasa ringan ataupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan
dirimu di jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu adalah lebih baik
bagimu,jika kamu mengetahui.(at-Taubah:4
1).

'Arabi,
Ia menurut Imam Ibnul as-Suyuthi dan lain-lain, dimansukhkan dengan sUi
;r'jl (ayat-ayat yang menyatakan orang-orang uzur yang dibenarkan tidak menyertai
perang) dalam Surah al-Fath dan juga at-Taubah. Berikut dikemukakan ayat-ayat
yang dimaksudkanitu:

^i *.t; t; efni e'i, e; UtSi.FA


"f z'.'^t+:,i,a;i: &,y: t:-r*|i
@rJ U\iL'.ittjjA r:k tig ,y

Bermaksud:Tiada dosa atasorang buta, orang pincang dan orang sakit (apabilatidak
ikut berperang).Sesiapayangta'at kepadaAllah dan Rasul-Nya,niscayaAllah akan
memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan
sesiapayang berpaling, niscaya akan diazab-Nya dengan azab yang pedih. (al-
Fath:17).

Et ,,.
.i;
, Y
,.
L o - 4..Jj u r c
JJ !i;\# t:lt; r-i16 t'r+ i &ji J6 t: v;i ,y i: ;$r-Lri.F ja

@;;9+\tV+iie9 e^ib "U WV

Bermaksud:Tiada dosa (lantarantidak pergi berjihad) atasorang-orangyang lemah,


orang-orangyang sakit dan atasorang-orangyang tidak memperolehapa yang akan
merekabelanjakan,apabilamerekaberlakuikhlas kepadaAllah dan Rasul-Nya.Tidak
ada jalan sedikitpun untuk menyalahkanorang-orangyang berbuat baik. Dan Allah
Maha Pengampunlagi Maha Penyayang.(91) Dan tiada (pula) dosa atasorang-orang

249
yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan,
kamu berkata: "Aku tidak memperolehkenderaanuntuk membawamu". Lalu mereka
kembali, sedangmata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran tidak
mernperolehapa yang akan dibelanjakan(untuk pergi berjihadpadajalan Allah). (92).
(at-Taubah:91-92).

Ayat ke-122 di dalam Surah at-Taubah juga merupakan nasikh (ayat yang
memansukhkan) bagi ayat ke-41 Surah at-Taubah menurut orang-orang yang
menerimanya sebagai ayat yang dimansukhkan. Lihatlah pula ayat ke-I22 di dalam
Surah at-Taubahberkenaan:

i o\rlkL'i:ry'& ls?,fc ?it3'i1K\r;4:,rv';ri;)K6)

@3r3g'iA

Bermaksud: Tidak sepatutnyaorang-orangyang beriman keluar semuanya(ke medan


perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antaramerekabeberapaorang
untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi
peringatankepadakaumnya apabilamerekatelah kembali kepadanya,supayamereka
ihr berwaspada.(at-Taubah:122).

Perkataantila dan Ylil adalah dua perkataan yang berlawanan ertinya. Pada asalnya
perkataan Liti- bererti dalam keadaan kamu ringan dan perkataan Yl-ii pula bererti
dalam keadaan kamu berat. Beberapa tafsiran telah dinukilkan oleh Ibnu Jarir at-
Thabari daripada ahli-ahli tafsir Salaf tentang ma'na sebenar yang dikehendaki
daripada dua perkataanitu. Sebagaicontohnya "sama ada kamu muda u,uu ,rru", d.
dipakai dengan erti muda dan cJ4dipakai dengan erti tua. Antara tokoh tafsir Salaf
yang berpendapatdemikian ialah Hasan al-Bahsri, Mujahid, 'Ikrimah, muqatil dan
lain-lain. Ada yang memakainyadenganerti "dalam keadaankamu sibuk atau lapang
dan senang". Perkataan iii dipakai mereka dengan erti kelapangan dan ketiadaan
kerja. Perkataanclii pula dipakai dengan erti sibuk dan ada kerja. Antara tokoh tafsir
Salaf yang berpendapatdemikian ialah Zaidbin 'Ali dan al-Hakambin 'Utaibah. Ada
yang memakainya denganerti "dalam keadaankamu kaya atau miskin". Perkataaniii
dipakai mereka dengan erti kekayaan dan perkataan cJii pula dipakai dengan erti
kemiskinan.Antara tokoh tafsir Salaf yang berpendapatdemikian ialah Mujahid dan

250
Abu Saleh. Dan adajuga yang memakainya dengan erti "dalam keadaankamu cergas
atau lesu. Perkataaniii dipakai mereka denganerti kecergasandan perkataancJiipula
dipakai dengan erti kelesuan. Antara tokoh tafsir Salaf yang berpendapatdemikian
'Abbaas
ialah Ibnu dan Qataadah.Pendek kata perkataan Litii dan YUiidalam ertinya
yang luas telah dipakai oleh ahli-ahli tafsir Salaf. Miskin dan kaya, lapang dan sibuk,
muda dan tua, berkenderaandan berjalan kaki, cergas dan lesu, tidak cukup senjata
dan kelengkapanperang atau cukup, sihat dan sakit dan sebagainya. Mengambil kira
kesemua sekali pendapat-pendapattersebut dapatlah disimpulkan baharva Allah
pernah menuntut dan memerintah semua lapisan masyarakat, biar bagaimanapun
keadaannya supaya keluar berperang di jalan Allah untuk mempertahankan
agamaNya.Tetapi tuntutan dan perintah Allah itu tidak berterusan.Ia terikat dengan
satu jangka masa tertentu di zaman Rasulullah s.a.w. sahaja. Selepas itu ia
dimansukhkandengan ayat-ayatdalam Surah at-Taubahdan al-Fath tersebuttadi.

Shah Waliyyullah bagaimanapuntidak sependapatdengan mereka. Bagi beliau ayat


ke-41 dari Surah at-Taubah itu tidak dimansukhkan oleh mana-mana ayat lain.
PerkataanLila yang tersebut di dalamnya jika dipakai dengan erti "dalam keadaan
alat-alat senjata dan kelengkapan perang kamu tidak berapa mencukupi" dan
perkataan YLii pula bererti o'dalamkeadaan alat-alat senjata dan kelengkapan perang
kamu mencukupi", maka tidak perlu lagi dikatakan ayat ke-41 Surah at-Taubah itu
dimansukhkan. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan pendapat
kebanyakan'ulama' yang mengatakania mansukh.Adapun kalau mengikut pendapat
Shah Waliyyullah, maka ia seharusnyaditerjemahkanbegini:

Bermaksud: Berangkatlah kamu (untuk berperang pada jalan Allah), baik dalam
keadaan alat-alat senjata dan kelengkapan perang yang ada padamu tidak berapa
mencukupi atau dalam keadaan ia lengkap dan mencukupi, dan berjihadlah kamu
dengan harta dan dirimu di jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu
adalahlebih baik bagimu,jika kamu mengetahrfr.(at-Taubah:41).

Ia sama sekali tidak bererti Allah pada suatu ketika pernah memerintahkan supaya
semuaorang Islam berperangsama ada ia uzur atau tidak. Kemudian melalui ayat-
ayat 9l-92 Surah at-Taubah,122 Svah yang sama dan ayat 17 Surah al-Fath Allah

251
memansukhkannya. Alasan beliau ialah bagaimana Allah akan memerintahkan
sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh orang-orang yang uzur seperti tersebut di
dalam ayat-ayatitu setelahDia sendiri berfirman:

q"-, it \-G'6i -i\4\

Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan


kesanggupannya.. . (al-B aqarah:286)??

Apa yang tersebut di dalam ayat-ayat 91-92 Surah at-Taubah dan ayat 17 Surah a|-
Fath, demikian juga ayat I22 Surah at-Taubah adalah tentang orang-orang uzur dan
dikecualikan dari perintah Allah yang tersebut di dalam ayat 4l Surah at-Taubah.
Semuanyabersesuaiandengan firmanNya di dalam ayat 286 Surah al-Baqarah yang
baru sekejap dikemukakan. Allah tidak pernah pun memerintah orang-orang uzur
pergi berperang. Yang diperintahNya supaya pergi ialah orang-orang yang mampu,
baik dalam keadaankelengkapanperangkurang mencukupi atau pun mencukupi.

Satu lagi alasan Shah Waliyyullah bagi tidak mansukhnya ayat 41 Surah at-Taubah,
andaikata kita menerima Allah memang memerintahkan semua orang Islam supaya
keluar berjihad, sama ada mereka sakit atau sihat, buta atau celik. lemah atau kuat
lelaki atau perempuan dan tua atau muda, maka itu hanya dikhususkan dengan
keadaan di mana seranganpihak musuh tidak mampu lagi dihadapi oleh tentera-
tentera Islam yang sememangnya ditugas untuk mempertahankannegara. Dalam
keadaan seperti itu sajalah seruan jihad oleh pihak ketua negara Islam ditujukan
kepada semua ra'yat dan warga negara (rul jiJl) agar bangkit mengangkat senjata
melawan musuh. Dalam suasanaseperti itulah semua orang berkewajipan (fardhu
'ain)
mengangkatsenjata,tidak kira bagaimanasekalipun keadaannya.Adapun dalam
keadaantidak terlalu terdesak,tidaklah semuaorang perlu dikerah menyertai pasukan
tentera. orang-orang yang uzur dan mempunyai tanggungjawab-tanggungjawablain
dikecualikan.

Al-Qurthubi, Muhammad 'Abduh, muridnya Rasyid Ridha, Syeikh Muhammad


Sayyid at-Thanthawi (Syeik{rul Azhar yang lalu), Syeikh Muhammad Tsanaullah al-
Mazha,'i, Maulana Ashraf 'Ali at-Thanwi dan lain-lain adalahantaratokoh tafsir yang
sependapatdengan Shah Waliyyullah tentang tidak mansukhnya ayat 4I Surah at-
Taubah.Adapun Ibnu 'Abbaas dan lain-lain Salaf yang dinukilkan daripadamereka

2s2
bahawa mereka mengatakanayat itu mansukh,maka istilah nasakhyang dipakai Salaf
'ulama'
itu tidaklah menurut istilah yang diterima pakai oleh golongan muta'akkhirin.
Ia hanya dipakai mereka dengan erti takhsis atau pengecualian semata-mata.(Lihat
Tafsir al-Qurthubi j.8 m/s 150-151, Tafsir al-Mazhanj.4 m/s 220, Tafsir al-Manar
j.10 m/s 398 dan j.11 m/s 64, Tafsir al-Wasithj.6 m/s 297-298, dan Tafsir Bayanul

Qur'anj.4 m/s 113).

Kesimpulannya ayat ke-41 Surah at-Taubah itu tidak perlu dikatakan mansukh. Ia
tetap dapat dipakai buat selama-lamanyaapabilakeadaanmemerlukan.

(16) Firman Allah di dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur yang akan dikemukakan di
bawah ini juga dikatakan telah mansukh:

Bermaksud: Laki-laki yatg berzina tidak boleh mengawini melainkan perempuan


yangberzina, atauperempuanyang musyrik; dan perempuanyangberzina tidak boleh
dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkankepadaorang-orang yangberiman. (an-Nuur:3).

Kata al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi, ayatini dimansukhkanoleh ayat berikut:

btut v
@i"F

Bermaksud: Dan kawinkanlahorang-orangyang sedirian(bujang,baik lelaki maupun


perempuan) dari kalanganmu, dan orang-orang yang layak fterkawin) dari hamba-
hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kumia-Nya. Dan Allah
Maha luas (pemberianNya)lagi Maha Mengetahui.(an-Nuur:32).

Ayat ke-3 Surah an-Nuur itu menurut orang-orang yang mengatakan ia mansukh
bererti penzina atau orang yang pernah beruina haram dan tidak boleh berkahwin
dengan orang yang memelihara dirinya daripada perzinaan. Perkahwinannyabahkan
tidak sah. Ia hanya boleh berkahwin denganpenzinaseumpamanyaatau denganorang

2s3
musyrik (sebelum pengharamanberkahwin dengan orang musyrik). Itulah sebabnya
'ulama'
kebanyakan berpendapat perkahwinan antara penzina dengan orang yang
memelihara dirinya daripadapuzinaan adalahsah.

ShahWaliyyrllah dalammembantahpendapatorang-orangyangmengatakan
ayat ke-
3 Surah an-Nuur itu mansukhmensemukakandua alasan.

Peftama: Bukan semua fuqaha' berpendapat perkahwinan antara penzina dengan


orang yang memelihara dirinya daripada perzinaanadalah sah. Qataadah,Ahmad bin
'Ubaid
Hambal, Ishaq bin Rahawaih,Abu dan lain-lain misalnya tetap berpegang
dengan zahir ayat tersebutbahawa penzina laki-laki tidak boleh berkahwin melainkan
dengan penzina perempuan. Begitu juga sebaliknya. Di akhir ayat itu Allah
menegaskan ia bahkan diharamkan kepada orang-orang yang beriman. Kalau ia
mansukh, kenapa Imam mujtahid seperti Ahmad masih lagi berpegang dengannya?
Ayat (hukum) yang mansukhtentu tidak boleh dijadikan peganganlagi.

Mengikut apa yang dinukilkan oleh Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya ialah Imam
Ahmad berpendapat penzina baik laki-laki atau perempuan tidak boleh (haram)
dikahwini dan perkahwinan dengannya tidak sah sebelum ia bertaubat. Jika ia
bertaubat,maka perkahwinan dengannyaadalahsah.

Kedua: Ayat yang dianggapsebagainasikh (iaitu ayat ke-32 Surah an-Nuur) bagi ayat
ke-3 Surah an-Nuur itu umum, sedangkanayat ke-3 itu pula khusus. Menurut qaedah
'aam
Usul, ayat yang tidak boleh memansukhkanayat yang khas. Ayatke-32 Surah
an-Nuur hanya menganjurkan orang-orangyang beriman agar mengahwinkan orang-
orang bujang (sendirian) dan orang-orang yang iayak (berkawin) dari kalangan
hamba-hambasahayamereka,baik lelaki atau perempuan.Itu saja. Ia langsungtidak
menyebut dengan siapa mereka perlu berkahwin atau dikahwinkan? Ayat ke-tiga
Surah yang samalah yang menjelaskannya. Ini bererti ayat ke-32 Surah an-Nuur
adalah mujmal dan ayat ayat ke-3 Surah yang sama pula adalah mufasshil dan
mubayyinnya.
r r i ofrr l
'ulama'
Para Tafsir berbeda pendapat tentang maksud firman Allah dalam ayat 3
Surah an-Nuur itu. Kerana perbedaan pendapat merekalah anda akan dapati
terjemahanyang dipilih penterjemah-penterjemah
al-Qur'an sedikit sebanyakberbeda
antara satu dari yang lain. PerkataanCq Y shj sudah ada beberapaterjemahan: (a)

254
tidak boleh. (b) tidak akan. (c) tidak mahu. (d) tidak layak. (e) janganlah. Begitu juga
denganperkataantr-<iJ Y selepasnya.Di bawah ini dikemukakan sebahagiandaripada
pendapatpara'ulama' tentangnya:

(1) Terjemahanyang diberikan di atas adalahberdasarkanpendapatgolongan yang


mengatakanperkahwinan seseorangmuslim yang memelihara dirinya denganpenzina
yang tidak bertaubat dan perzinaannya adalah tidak harus, haram dan tidak sah.
Penafian Allah di situ dipakai dengan erti penafian keharusan.Dan qlJ -,f-i. (apa yang
diisyaratkan) bagi dlli dalam firman Allah d,Jl"3^ll-b dlli e>-r di akhir ayat itu pula
adalah perbuatan berkahwin dengan penzina dan orang musyrik. Antara tokoh
'ulama'
yang berpendapatdemikian ialah Imam Ahmad bin Hambal.

'ulama'
(2) Sesetengah berpendapat,penafian Allah di dalam ayat ke-3 Surah an-
Nuur itu bukannya bererti penafian keharusan,ia bahkan bererti penafian kelayakan
dan kesekufuan semata-mata. Oleh kerana penzina, baik laki-laki mahupun
perempuan telah melakukan dosa besar dan telah menjadi fasiq dengan sebab
perzinaannya, maka hilanglah kelayakannya untuk berkahwin dengan orang-orang
yang memelihara dirinya daripada perbuatanterkutuk itu. Ia hanya layak dan sekufu
dengan orang yang sepertinya juga. Dan a+l!,Li^ (apa yang diisyaratkan) bagi ell3
,rl' 41., e>:
dalam firman Allah d,l'i^_1'Jt di akhir ayat itu pula bukan perbuatan
berkahwin dengan penzina, tetapi perbuatan zina dan syirik itulah yang diharamkan
oleh Allah atas orang-orang yang beriman. Kalau begitu unfuk apa ayat ke-3 Surah
an-Nuur itu dikatakan telah mansukh dengan ayat ke-32 Surah an-Nuur? Memang
tidak diharamkan pun berkahwin dengan penzina. Apa yang disebut Allah hanyalah
tidak layak dan tidak sekufunya penzina atau orang musyrik dengan orang-orang
beriman yang bukan penzina.

Mafhum ayat ke-3 Surah an-Nuur ini bagi mereka sama saja dengan mafhum firman
Allah di dalam di dalam ayatke-26 Surah yang samaberikut:

13i:r4::. op| *Ssir"et6). o#i:,ii";-il, L$i


&"';lx-
"6"3;r:-v;t:"i
@P"t 3:tS'tF

Bermaksud: Wanita-wanitayang keji adalahuntuk laki-laki yang keji, dan laki-laki


yang keji adalah buat wanita-wanitayang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik

255
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita
yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka (yang menuduhitu). Bagi merekapengampunandan pengurniaanyang mulia
(syurga).(an-Nuur:26).

(3) Menurut sesetengah'ulama' pula, ayat itu hanya menganjurkanapayang terbaik


untuk orang-orangyang beriman dalam hal mencarijodoh dan pasanganhidup. Orang
mu'min yang memeliharadirinya daripadamelakukan dosa-dosabesar seperti zina
dan syirik seeloknya tidak berminat kecuali kepada orang yang sepertinya. Orang
mu'min yang telah melakukan perzinaan pula sepatutnyamenginsafi diri dan tidak
mencari pasangan yang terbaik dan terpilih untuk dirinya. Ia seharusnya sudi
menerima sebagai pasangan, orang yang pernah juga terjebak dalam perzinaan
sepertinya.Kalau ia boleh insaf dan bertaubatsetelahmelakukan perbuatanyang keji
itu, tidak boleh dan tidak mungkinkah orang yang akan dijadikan pasangannyajuga
insaf dan bertaubatsepertinya?

(4) Sesetengah 'ulama' berpendapat, ayat ke-3 surah an-Nuur itu sekadar
menceritakantanda-tandaorang yang tidak ikhlas taubatnya,baik daripad,aperzinaan,
kesyirikan atau lain-lain perkara yang jelik dan keji. Ia juga menunjukkan betapajelik
dan kejinyaperzinaandan kesyirikanpadapandanganIslam. Sso yang telah memeluk
agamaIslam tetapi masih berminat dan gemar kepadapenzina dan mus5,rik,sehingga
kalau hendak kahwin, dia tak kisah pun berkahwin dengan penzina atau musyrik,
malah itulah yang lebih disukainya, maka sikapnya itu menunjukkan dia sebenarnya
belum lagi menjadi muslim dan mu'min sejati. Sso yang masih gemar dan sukakan
perkara-perkara yang mempunyai unsur-unsur kesyirikan setelah memeluk agama
Islam, dia tak kisah pun dengankesyirikan sehinggaberkahwindenganorangmusyrik
bukan suatu halangan baginya, orang seperti itu sebenarnyabelum lagi menjadi
muslim dan mu'min sejati.Islamnyatidak lebih daripadatempelandan nama semata-
mata. Memeluk agama Islam pula bukanlah merupakan taubat nasuhanya daripada
kesyirikan. Kerana perasaangemar dan minat kepada perkara-perkara keji seperti
perzinaan dan kesyirikan serta orang-orang yang masih terlibat dengannya, setelah
beragamaIslam adalah suatu yang langsung tidak akan didapati pada orang-orang
mu'min dan muslim seiati.

256
Perkataanp>r (di haramkan) dalam firman Allah di akhir ayat ke-3 Surah an-Nuur
itu tidak bererti haram di segi hukum syara', tetapi ia seharusnyadipakai dengan erti
yang terpakai dalam firman Allah dalam dua ayat di bawah ini:

@rr*j{ &i-qt<GiX; V ?;t

Bermaksud: Dan mustahil kepada penduduk sesebuahnegeri yang Kami binasakan,


bahawa mereka tidak akan kembali (kepadaKami untuk menerima balasandi akhirat
kelak). (al-Ambiyaa':95).

@r;*:, ,^'JJ{ V 'p;:i.1,;^Ju!J* c epi ,)i, v,?J


,rSlu:e+ .,}^i

Bermaksud: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan


yang mahu menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalahkakaknya: "Mahukah kamu
aku tunjukkan kepadamu ahlul bait (penduduk sebuah rumah) yang akan
memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?" (al-

Qashash:12).

Perkataan il;s*e dalam ayat 95 Surah al-Ambiyaa' itu bererti mustahil atau tidak
mungkin. Dan perkataan l-iiF-.r di permulaan ayat ke-12 Surah al-Qashashitu pula
bererti Kami cegah atau Kami jadikan dia enggan (menuysu kepada perempuan-
perempuanyang mahu menyusuinya sebelumitu).

'7'->=:
Demikianlah juga dengan perkataan di akhir ayat ke-3 Surah an-Nuur, ia
seharusnyatidak dipakai dengan erti haram menurut syara' (,** ,l;,=), sebaliknya
dipakai dengan erti haram menurut sunnatullah (,fS el>), iaitu perzinaan dan
kesyirikan adalah dua perkara yang mustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh
orang-orangmu'min sejati. Perbuatanberkahwin dengan penzina atau orang musyrik
juga mustahil dan tidak mungkin berlaku kepada orang-orang mu'min sejati.

Kebencian kepadakedua-duanyasemacamtelah menjadi naluri mereka.

Pendapat golongan pentafsir ini nampaknya bersesuaiandengan sabda Rasulullah


s.a.w.berikut:

Hr+ ;1- ;rlr +_fi y: ug :j^.:3J4 j;; &-l-; it d)r3^iirr ;t


.t. .,'.t,
i: J;; .rlril J;; Y
, . : - r - . , . . rc+JrJrJ.rjt^
- ' r , ' .i i '
.r$ a^aJjaa

257
Bermaksud: "Tidak berzina seseorang yang berzina dalam keadaan dia mu'min
(sejati) ketika berzina. Tidak mencuri seseorangpencuri dalam keadaandia mu'min
(sejati) ketika mencuri. Dan tidak minum arak seseorang peminum arak dalam
keadaandia mu'min (sejati) ketika sedangmeminumnya;bagaimanapunpintu taubat
sentiasaterbukasesudahitu.

'ulama'
(5) Ada juga berpendapat, ayat ke-3 Surah an-Nuur itu khusus dengan
sahabat-sahabattertentu yang menjadi sebab bagi turunnya. Ia tidak umum untuk
semuaorang-orangmu'min. Dalam keadaanini tiada alasanjuga untuk dikatakan ayat
berkenaan mansukh. Antara hadits yang menyebutkan latar belakang bagi turunnya
ayat itu ialah:

'Amar
(a) Hadits riwayat bin Syu'iab daripada ayahnya daripada datuknya, kata
beliau:
"Ada seoranglaki-laki bernama Martsad bin Abi Martsad. Kerjanya ialah melarikan
tawanan-tawanan(Islam) dari Mekah ke Madinah. Di Mekah ada seorang wanita
'Anaaq
pelacur bernama yang pernahmenjadi temannya. Martsad telah berjanji
akan melarikan salah seorang tawanan yang beradadi Mekah (untuk dibawanya ke
Madinah). Kata Martsad, "Aku pun datang,sehinggasampai ke salah satu bayangan
'Anaaq
dinding di Mekah pada suatumalam yang terangbulannya. kemudiandatang,
dia melihat hitam bayanganku dekat dinding. Ketika ia sampai kepadaku, ia pun
mengenaliku dan berkata, "Martsad?" Aku menjawab, 'oMartsad." Ia berkata,
"Selamat datang, bermalamlahdengan kami malam ini." Aku berkata, "Wahai
'Anaaq, 'Anaaq
Allah mengharamkan zina." Maka berkata, "Wahai penghuni
khemah! Inilah orang yang akan melarikan para tawananmu." Maka aku dikejar
oleh lapan orang, dan aku pun menempuhjalan Khandamah hingga aku sampai ke
sebuahgua dan masuk ke dalamnya. Mereka pun datang sampai berdiri di atas
kepalaku lalu buang at kecil sehingga menimpa ke kepalaku, namun Allah
membutakanmereka sehinggatidak nampak aku. Mereka pun balik dan aku kembali
kepada kawanku dan membawanya,sedangkandia adalah seorangyang cukup berat
hingga aku sampai ke rerumputan idzkhir, lalu aku lepas rantainya, aku pun
membawanyadan ia cukup memberatkankusehinggaaku sampai ke Madinah. Aku
pun datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanyasebanyakdua kali, "Wahai
'Anaaq?"
Rasulallah, bolehkah aku mengahwini Rasulullah s.a.w. diam, tidak

258
menjawab apa-apa kepadaku sehingga turun ayat, "Penzina laki-laki tidak boleh
berkahwin kecuali dengan penzinaperempuan,atau denganperempuanmusyrik; dan
penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina laki-laki atau
dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang
mukmin." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,ooWahaiMartsad, Penzina laki-laki tidak
boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan
musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina
laki-lakiatau dengan laki-laki musyrik." Makajanganlahengkaumengahwininya."
Tirmidzi berkata, "Hadits ini hasan gharib, ia tidak diketahui kecuali melalui saluran
riwayat ini. Hadits ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Jarir dan
lainlain. Hakim secara singkat berkata, "Sahih isnadnya." Adz-Dzahabi pula tidak
membuat apa-apakomentar terhadapnya.

(b) Ahmad, at-Thabaraani,al-Baihaqi, at-Thahaawi, al-Haakim, at-Thabari dan lain-


'Abdullah 'Amar
lain meriwayatkandaripadaal-Qasimbin Muhammaddaripada bin
bin al-'Aash bahawa beliau berkata,"Ada seorangperempuantinggal di Ajyaad, ia
dikenali dengan (nama panggilan)Ummu Mahzul, pekerjaannyaialah melacur. Dia
berjanji untuk menanggungnafqah sesiapayang ingin mengahwininya dengan syarat
membenarkannyaterus menjadi pelacur. Lalu ada seorang lakiJaki meminta izin
kepadaRasulullahs.a.w.untuk mengahwininya.Maka Rasulullahs.a.w.membacakan
firman Allah ini kepadanyaatau (syak perawi) Maka turunlah firman Allah ini:

'#'!#.,\;6iytiagan ^rgijKF 1;)\')i\&'i


@&#3ri.Ful-t Si c'fi

Bermaksud: Laki-laki yangberzina tidak akan mengawini melainkan perempuanyang


beruina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak akan
dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkankepadaorang-orangyang beriman.(an-Nuur:3).

(c) Ibnu Abi Haatim, Ats-Tsa'labi dan at-Thabaridengansanadmerekameriwayatkan


'Abbaas
daripada Ibnu bahawa beliau berkata, "Semasajahiliah terdapat rumah-
rumah yang dipanggil "mawakhir" (rumah pelacur).Pemilik-pemiliknyamenyewakan
anak-anak gadis dan perempuan-perempuanmereka. Ia sememangnya terkenal
sebagaitempat perzinaan.Tempat-tempatitu tidak dikunjungi kecuali oleh penzina
dari kalangan Ahli Qiblat (orang-orang Islam) atau orang-orang musyrik yang

259
menyembah berhala. Lalu Allah menurunkan firmanNya dalam ayat ke-3 Surah an-
Nuur untuk mengharamkanperbuatantersebut.

'Abbaas
(6) Ibnu sebagaimanadinukilkan oleh Ibnu Katsir dan lain-lain denganisnad
yang sahih berpendapat,maksud firman Allah esli Y da1 la;Sa Y di dalam ayat ke-3
Surah an-Nuur itu bukan tidak boleh / tidak akan I tidak layak berkahwin dan
dikahwini, tetapi ia bererti "tidak akan (dapat)bersetubuhatauberzina kecuali dengan
penzinajuga", samaada ia muslim (baik laki-laki atau perempuan)atau musyrik (baik
laki-laki atau perempuan).Di kalangan Tabi'in terdapat agak ramai yang sependapat
'Abbaas.
dengan Ibnu Mereka terdiri daripada murid-murid beliau sendiri dan juga
'Ikrimah, 'Urwah
bukan murid-murid beliau, seperti Mujahid, Sa'id bin Jubair, bin
az-Zubaft, adh-Dhahhaak,Makhul, Muqatil bin Hayyaan dan lain-lain.

Ini kerana orang Islam, sama ada ia penzina atau bukan penzina, sememangnya
diharamkan berkahwin dengan orang musyrik, sama ada ia penzina atau bukan
penzina. Jadi apa ertinya Allah berfirman "Laki-laki yang berzina tidak boleh
mengahwini melainkan perempuanyang musyrik; dan perempuanyang berzina tidak
boleh dikawini melainkan oleh laki-laki musyrik?". Seolah-olahnyalaki-laki muslim
yang berzina boleh berkahwin dengan perempuan muslimah yang berzina atau
perempuan yang musyrik. Yang tidak boleh dikahwininya hanyalah perempuan
muslimah yang tidak berzina! Padahal seseorangmuslim tidak boleh berkahwin
dengan perempuan musyrik dalam apa keadaannyasekalipun, sama ada ia penzina
atau tidak. Begitu juga perempuanmuslimah yang berzina, ia seolah-olahtidak boleh
dikawini melainkan hanya oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik! Padahal
bukankah perempuan muslimah, sama ada ia penzina atau bukan penzina,
sememangnyatidak tidak boleh berkahwin dengan laki-laki musyrik biar bagaimana
sekalipun keadaannya?!

Tetapi kalau anda mengatakanlaki-laki muslim tidak boleh bersetubuhatau berzina


melainkandenganpenzinajuga, sama adaiamuslimah ataumusyrikah,maka keadaan
itu boleh berlaku. Demikian juga kalau anda mengatakan sebaliknya, perempuan
muslimah tidak boleh bersetubuhatau berzina melainkan denganpenzina juga, sama
ada ia muslim atau musyrik, maka keadaanitu juga boleh berlaku. Sebabnyaialah
tidak ada keperluan untuk seseorang penzina mensyaratkan apa-apa agama
pasangannya!
!

260
'Abbaas
BerdasarkanpemahamanIbnu ini juga tidak wajar dikatakan ayat ke-3 Surah
an-Nuur itu mansukh.

'Abbaas
Apa yang difahami Ibnu itu nampaknyabersesuaiandengansabdaRasulullah
s.a.w.berikut:

.'-.1-t.-'t-. i -.:ir , -'r: r i - ,| :'M


. -t- - ,".. a .rr.lr ...- ti
, tJ: (J tal
a,$ o ll-J !4J lall ) e E J^;.'3-t4 JaJ d}i eP,r-tt;'t' *Ci )

t,-1-. ',.1-.'--r'- | 1t
Jr+ lsjJs q+Jru
LJ4J.

Bermaksud: "Tidak berzina seseorang yang berzina dalam keadaan dia mu'min
(sejati) ketika berzina. Tidak mencuri seseorangpencuri dalam keadaan dia mu'min
(sejati) ketika mencuri. Dan tidak minum arak seseorang peminum arak dalam
keadaandia mu'min (sejati) ketika sedangmeminumnya;bagaimanapunpintu taubat
sentiasaterbuka sesudahitu.

'ulama'
Semuatafsiran dan pendapatpara Tafsir tentang firman Allah di dalam ayat
ke-3 Surah an-Nuur yang dikemukakan di atasjika dilihat dari sudut Ilmu Balaghah
tidak terlepasdaripadabeberapabentuk qaedahberikut:

(a) Ia dipakai sebagaikhabar pada kedua -daalafazdan ma'nanya. Dalam istilahnya ia


disebut sebagai ,,n-, tliJ qJ+-. lnitah pandangankebanyakan para muhaqqiqin dari
kalanganmufassirin,termasukal-Qaffaal,Fakhruddinar-Razidan lain-lain.

(b) Ia padalafaznya merupakankhabar,tetapi pada ma'nanya adalahinsya'. Dalam


l-l;l tJiil a1-,1+r.
istilahnya ia disebut sebagaisj* A16-

(c) Ia padalafaz dan ma'nanyamerupakaninsya'. Dalam istilahnyaia disebutsebagai

si'-r tjiil Ul4. Keadaan ini berlaku apabila anda memakai qira'at (syazzah) yang
membacaCq Y denganmajzum,keranaia dipakai sebagaif il nahi.

Menambil kira qaedah(a) yang memakai firman Allah berkenaansebagaiayat qp


jsJ lLil (semata-matacerita, samaada dari sudut Iafaz ata]uma'nanya),maka tiada

langsung kemungkinan untuk anda mengatakania mansukh, kerana ayat cerita tidak
termasuk dalam ruang lingkup perbincangan bab nasakh. Selain dari itu, adalah
mustahil diterima Allah berdusta dalam mana-mana ceritaNya. Tidak mungkin
berlaku penukaran dalam sesuatu cerita yang disampaikan oleh Allah kepada
Rasulullah dengan segala perinciannya, tiba-tiba ia didapati berlainan malah

261
bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh Allah kemudiannya. Tidak mungkin
juga berlaku apa yang diceritakan oleh Allah bercanggah dengan kenyataan secara

total. Itulah sebabnya an-Nahhaas(Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad an-Nahhaas


an-Nahwi m.338H) berkata, "Kalau dalam cerita Allah juga boleh berlaku nasakh,
niscaya tidak akan diketahui mana yang benar dan mana yang salah dan banyaklah
ajaran Allah akan terbatal." (Lihat an-Nahhaas- an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s
5 31 ) .

Walaupun nasakh berkemungkinan berlaku dalam bentuk (b) dan (c), tetapi dalam
kenyataannyaia tidak pernah berlaku kepada ayat ke-3 Surah an-Nuur berdasarkan
dua dalil berikut:

(i) Sekian ramai sahabatagung Rasulullah s.a.w. sehebatAbu Bakar, 'Umar, Ibnu
'Abbaas, 'Ali, 'Aaishah,
Mas'ud, Ibnu Jabir, Baraa'bin'Aazib dan lain-lain masih
berpegang dengan zahir ayat tersebut selepaskewafatan Nabi s.a.w. Imam-imam
mujtahidin sehebatAhmad bin Hambal juga masih berpegangdengan zahimya yang
menyatakan terlarang, tidak sah dan haramnya perkahwinan di antara penzina dan
orang musyrik dengan orang-orang mu'min yang memelihara dirinya daripada
perbuatan zina. Ini jelas menunjukkan ia tidak mansukh. Kalau ia memang telah
mansukh,masakanmerekatidak mengetahuinya.

(ii) Dalil-dalil yang dikemukakansebagainasikh oleh pihak yang berpendapatayat


ke-3 Surah an-Nuur itu telah mansukh, sebenarnyatidak mempunyai cukup kekuatan
untuk dianggapsebagainasikh. Kerana apa yang dida'wa mereka sebagainasikh itu
tidak lebih daripadahanya ijma' dan dua ayat yang masih dipertikaikan keabsahannya
sebagai nasikh, iaitu ayat ke-3 Surah an-Nisaa' dan ayat ke-32 Surah an-Nuur yang
telah dikemukakansebelumini.

Keabsahanijma' tergugat di sini apabila terdapat sekian ramai sahabatbesar yang


menyalahinya. Selain itu para 'ulama' Usul juga berpendapat,ijma' tidak dapat
menasakhkanayat al-Qur'an dan hadits yang qath'i. Sebabnyaialah ijma' hanyadalil
zhanni,bagaimanaia akan dapatmenasakhkandalil al-Qur'an yang qath'i? Ayat ke-3
Surah an-Nisaa' dan ayat ke-32 Surah an-Nuur pula mujmal dan terlalu umum,
bagaimanaia akan dapat menasakhkanayat yang mubayyan dan khas??

262
Qaedah(c) juga tidak sah keranaia hanya suatu yang tsabit berdasarkanqiraa'at yang
syazzah. Tentu sekali ia tidak mempunyai kekuatan untuk menasakhkan ayat al-

Qur'an danjuga hadits yang qath'i. (Lihat Fakhruddinar-Razi- at-Tafsir al-Kabir j.6
m/s 259).

(17) Firman Allah di dalam Surah an-Nuur ini juga antara ayat yang dikatakan telah
mansukh:

l:-

@f"# '# ^is}li'e^i &6)t<:rt e'2.3A # o;'ibJx4Z\+

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hambakamu dan


orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu
(sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang
Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasantengahhari dan sesudah
sembahyangIsyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu
padanya).Tidak ada dosa atasmudan tidak (pula) atasmereka selain dari (tiga waktu)
itu, (kerana mereka) orang-orangyang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu
masing-masingsentiasaberhubung rapat antara safu dengan yang lain. Demikianlah
Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-
hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (an-
Nuur:58).

Perintah supaya meminta izin kepada hamba-hamba dan orang-orang yang belum
baligh dari kalangan keluarga muslim dalam tiga masa yang tersebutdi dalam ayat di
atas dikatakantelah mansukh denganayat berikut:

'# lfui:)1yt; 6i :4 a.K 'oig.;,;i


6 \jy:irS '"wi'Ajtt'ii
14 "# ,y aii { sf'
6:^3
-
I
--

Bermaksud: Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka
hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup

263
Allah menerangkankepada
umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah
dan (ingatlah) Allah Maha
kamu ayat-ayatNya(yang menjelaskanhukum-hukumNya)
Mengetahui, lagi Maha Bij aksana'(an-Nuur:59)'

'ulama' yang dikatakan berpendapat ayat ke-58 Surah an-Nuur itu


Antara tokoh
'ulama'
bagaimanapunberpendapat
mansukh ialah sa'id bin Musayyab. Kebanyakan
Antara tokoh Salaf yang
ayat itu tidak mansukh. Ia bahkan satu ayat yang muhkam'
Jabir bin zaid' asy-
berpendapatia tidak mansukh ialah al-Qasim bin Muhammad'
'Abbaas
Sya'bi dan lainJain. Ibnu adalah antara sahabat Rasulullah s'a'w' yang
(Lihat Ibnu al-Jauzi -
berpendapat ayat ke-58 Surah an-Nuur itu tidak mansukh'
Tafsir ZadulMasir j.3 m/s 305-306)'

hamba-hamba dan orang-


Kalau ayat ke-58 Surah an-Nuur memerintahkan supaya
meminta izin dalam tiga
orang yang belum baligh dari kalangan keluarga muslim
ke-59 selepasnya pula
masa yang tersebut di dalam ayat itu, maka ayat
dari keluarga seseorang
memerintahkan supaya kanak-kanak yang telah baligh
umur meminta izin' Tidak
meminta izin sama seperti orang-orang yang telah cukup
yang agak sulit
kira di waktu mana sekalipun merekahendak masuk ke tempat-tempat
Ayat ke-58 berbicara tentang
di dalam rumah, seperti bilik-bilik dan sebagainya.
tentangkanak-kanakyang
kanak-kanak yang belum baligh. Ayat ke-59 pula berbicara
keperluan mengatakanayat
telah baligh. Dua perkara yang berbeza. Maka tidak ada
kedua menasakhkanaYatPertama'
'Abbaas
.Athaa,
bin Abi Rabaahmeriwayatkan daripadaIbnu bahawabeliau berkata:
'Athaa" "Dua
al-Qur'an tidak diamalkan oleh ramai orang'" Kata
"Tiga ayat
pertama daripadanyaialah
daripadanya saya ingat. Satu lagi saya tidak ingat'" Yang
Surah al-Hujuraat ini:
ayat ke-58 Surahan-Nuur dan yang ke<luanyaialah ayatke-13

7,tl ?<. - 2-,1trii \i.\ lfji'#q


ty'A"ii +i .':J I c
It-J4l#'i,-r.

i&-, i e t'-'.i,i
A9 -F +'
FJY

kamu dari seoranglaki-


Bermaksud: Hai manusia, sesungguhnyaKami menciptakan
dan bersuku
laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
mesra antara satu dengan yang
kaum supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
ialah orang
lain). Sesungguhnyaorang yang paling mulia di antarakamu di sisi Allah

264
yang lbbih taqwanya (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah f.AunuMengetahuilagi Maha Mengenal.(al-Hujuraat:13).

Ayat ke-13 Surah al-Hujuraat menjadikan ketaqwaan sebagai piawaian bagi


kemuliaan dan kehormatan manusia, sedangkanmasyarakatumum pula menjadikan
perkara-perkara lain sebagai piawaiannya. (Lihat an-Nahaas- an-Naasikh Wa al-
Mansukhm/s 197-198).

'Abbaas,
Berdasarkanriwayat Bukhari daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibnu ayat
ketigayang tidak diingat oleh'Athaa' bin Abi Rabaahialahayat berikut:

@6:rt? &\;jl -; jir:s c,Siti, d| a;:i\Srit;;AiV;rsy,

Bermaksud:Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapatpusaka) dan anak-anak


yatim serta orang-orang miskin hadhir ketika pembahagian(harta pusaka) itu, maka
berikanlah kepada mereka sedikit daripadanyadan berkatalahkepada mereka dengan
kata-katayang baik. (an-Nisaa':8).

'Abbaas
Ibnu berkata berkenaandengan ayat ini dan juga ayat ke-58 Surah an-Nuur
yang sedang kita bincangkan sekarang, "Bahawa orang ramai menyangka ia
dimansukhkan. Tidak, demi Allah tidak. Ia sebenarnyatermasuk dalam ayat-ayat
yang diabaikan dan tidak diamalkan oleh ramai orang. (Lihat Sahih al-Bukhari j.9 m/s
303).

265

Anda mungkin juga menyukai