Anda di halaman 1dari 15

112

TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH

PENGENALAN

Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai beberapa isu yang
timbul berkaitan Nasikh dan Mansukh. Ia berkisar tentang:-

(i) Pengenalan nasakh
(ii) Pembahagian nasakh dalam perundangan Islam
(iii) Hikmah dalam nasakh
(iv) Cara mengenali nasakh
(v) Perkara-perkara yang dinasakhkan
(vi) Pembahagian nasakh dari sudut tilawah dan hukum
(vii) Ayat-ayat yang masyur berkaitan nasikh mansukh

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama digariskan dalam topik ini ialah:-

1. menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek
kajian;

2. menjelaskan hikmah Nasikh dan Mansukh dalamal-Quran;

3. mengenali bentuk-bentuk Nasikh dan Mansukh di dalamal-Quran;

4. menghuraikan perkara-perkara yang dinasakhkan di dalamal-Quran serta
pembahagiannya dari segi tilawah dan hukum; dan

5. mengenal pasti beberapa potongan ayat al-Quran yang masyhur dalam
perbincangan Nasikh dan mansukh.

















113
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
PETA MINDA



8.1 PENDAHULUAN

Nasikh dan Mansukh adalah antara ilmu yang penting amat perlu diketahui dalam
memahami proses perundangan Islam. Ramai di kalangan umat Islam berselisih
pandangan dalam bab ini. Meskipun begitu ia amat penting kerana dapat menyingkap
pengalaman sejarah perundangan Islam. Dengan ini manusia dapat melihat hikmah Allah
s.w.t. dalam mendidik makhluk dan seterusnya ujian kepada manusia. Yang jelasnya al-
Quran ini bukan datang dan dicipta oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ia adalah kitab
yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Allah s.w.t.

Mengenali nasakh mansukh adalah perkara utama dalam memahami Islam, lebih-lebih
lagi jika terdapat dalil-dalil yang bertentangan dan tidak dapat diselesaikan kecuali dengan
memahami dan mengetahui dalil manakah yang diturunkan dahulu dan dalil manakah
yang diturunkan kemudian.


114
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
Ibn Abbas r.a. telah menafsirkan perkataan al-Hikmah dalam firman Allah s.w.t dalam
surah al-Baqarah: 269:

- ' - ..

Maksudnya: Barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah sesungguhnya ia telah
dikurniakan kebaikan yang banyak.

Al-Hikmah disini bermaksud mengenali nasakh, mansukh, muhkam mutasyabih, muqadim,
muakhir, halal dan haram.

Ali ibn Abi Talib pada satu ketika memasuki masjid dan menjumpai seorang lelaki sedang
menakut-nakutkan orang ramai. Ali berkata: Apakah ini? Mereka menjawab: lelaki ini
memberi peringatan kepada orang ramai. Ali berkata: Dia bukan memberi peringatan
kepada manusia tetapi berkata aku fulan anak si fulan maka kenalilah aku. Ali
menghantar utusan kepada lelaki tersebut untuk bertanya adakah ia tahu tentang nasikh
mansukh. Lelaki itu menjawab; tidak. Ali r.a. berkata; keluarlah kamu dari masjid kami
dan jangan kamu memberi peringatan lagi.

8.2 PENGENALAN NASAKH

Nasakh dalam bahasa arab paling sedikit mempunyai empat makna:

Pertama: Menghilang sesuatu benda dan menghapusnya. Firman Allah s.w.t.:
..`` :` `' `, `' .=`,` ' ` `-,
` `., ` ` `. `-` `. .=`,` ` `.,-
Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutuskan sebelummu seorang rasul atau seorang nabi
melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada agama Allah yang
dibawanya) maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi
itu mencapai cita-citanya. Oleh itu Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu
oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayatnya dengan kukuh.

Kedua: Memindahkan sesuatu benda dan mengubahnya tetapi masih mengekalkan
keadaannya. Al-Sajistani berkata: Nasakh ialah merubah umpama merubah madu
kepada benda lain.

Tidak ada contoh ayat-ayat al-Quran yang berisi kata nasakh yang bererti pindah.
Seluruh al-Quran hanya terdapat 4 ayat yang memuatkan kata nasakh tetapi tidak ada
yang bererti pindah.

Ketiga: Menyalin atau mengutip (an-naqlu Min Kitabin Ila Kitab) ia bermaksud menyalin
dan mengutip tulisan dari satu buku ke buku yang lain dengan tetap mempunyai
persamaan antara salinan dengan yang disalin. Contohnya ayat 29 surah Jasiah yang
bermaksud;


115
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Inilah kitab (catatan) kami yang menuturkan kepada semua dengan benar,
kerana sesungguhnya kami telah menyuruh mencatat (mengutip) apa yang
tidak tuan kerjakan

Keempat : Bererti mengubah dan membatalkan sesuatu dan menempatkan sesuatu yang
lain sebagai gantinya. Ia diertikan dengan mengubah sesuatu ketentuan atau hukum
dengan cara membatalkan ketentuan hukum yang ada dan diganti dengan hukum yang
baru. Contohnya ayat 106 surah al-Baqarah yang bermaksud;

Apa saja ayat yang kami nasakhkan atau kami jadikan manusia
melupakannya, tentu kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang
setanding dengannya. Tidaklah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya
Allah itu berkuasa atas segala sesuatu.

Daripada keempat-empat jenis erti Nasakh pada bahasa tersebut nyatalah hanya ada satu
erti nasakh yang relevan dengan erti Nasakh menurut istilah.


Nasakh dalam istilah pula mempunyai beberapa pengertian dan tafsiran yang paling tepat
ialah mengangkat hukum syarie dengan dalil syarie.


Mengangkat dalil syarie bermaksud memutuskan dalil tersebut dari diamal oleh
mukallaf.

Hukum syarie bermaksud kata-kata Allah yang berkaitan perbuatan mukallaf samada
arahan melakukan, arahan melarang atau berbentuk pilihan.

Dalil syarie ialah wahyu Allah s.w.t. samada dibaca atau tidak dibaca dan ia meliputi
al-kitab dan al-sunnah.

Kesimpulannya, dalam memutuskan nasakh mestilah terdapat empat perkara berikut:-

(i) Mansukh mestilah daripada hukum syarie

(ii) Dalil yang mengangkat hukum syarie adalah dari dalil syarie

(iii) Dalil yang mengangkat hukum syarie diturunkan kemudian dari dalil yang pertama
dan tidak bersambung dengan dalil tersebut

(iv) Kedua dalil tersebut mempunyai pertentangan yang hakiki














116
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
8.3 PEMBAHAGIAN NASAKH DALAM PERUNDANGAN ISLAM



Nasakh dalam perundangan Islam terbahagi kepada empat bahagian:-

1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran

Dalam bahagian ini seluruh Ulama bersetuju bahawa ia berlaku dan terdapat kerana
berdalilkan ayat-ayat al-Quran adalah setara dan berada pada tahap yang sama dan wajib
beramal dengan tuntutannya. Bahagian ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu nasakh tilawah
dan hukum, yang kedua nasakh hukum tidak tilawah dan yang terakhir nasakh tilawah
tidak hukum.

2. Nasakh al-Quran dengan Sunnah

Dalam bahagian kedua ini, Ulama berselisih pendapat dengan sebahagiannya bersetuju ia
berlaku dan sebahagian yang lain mengatakan tidak bersetuju. Ulama yang mengatakan
ia wujud dalam al-Quran ialah Imam Malik, Ashab Abi Hanifah, Juhur Mutakalimin,
dikalangan Asyairah dan muktazilah, mereka berhujah bahawa nasakh al-Quran dengan
sunnah adalah tidak mustahil kerana sunnah juga wahyu Allah Swt. Sebagaimana firman
(Surah al-Najm: 3-4):

`, = .., 3 . .` ``- -.` 4

Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Kedua-duanya tidak ada perbezaan melainkan dari sudut lafaz-lafaz al-Quran adalah
susunan daripada Allah Swt dan lafaz-lafaz sunnah susunan daripada Rasulullah Saw. Al-
Quran mempunyai ciri-cirinya dan al-Sunnah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perbezaan-
perbezaan ini tidak memberi kesan untuk berlaku nasakh al-Quran dengan sunnah
sebagaimana Allah Swt menasakh wahyunya (al-Quran) dengan wahyunya (al-Sunnah).


117
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Ulama yang mengatakan bahawa ia tidak berlaku ialah al-Syafei, Ahmad dalam satu
riwayat dan kebanyakan ahli Zahir. Antara hujah mereka ialah:- Firman Allah Swt (al-
Nahl: 44):

.`, `' ' :`, `, ` ` .`` `.,`, `.`, .` 44

Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas
nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi
panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang
telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Ayat ini bermaksud bahawa jawatan dan peranan Rasul terbatas hanya kepada menerang
al-Quran dan sunnah, jika peranannya menasakh al-Quran ketika itu ia tidak lagi menjadi
keterangan kepada al-Quran bahkan ia lebih tinggi daripada al-Quran. Hujah yang
dikemukakan telah tertolak dengan beberapa alasan antaranya ialah ayat yang
dikemukakan tidak menunjuk peranan sunnah terbatas hanya untuk memberi keterangan
al-Quran dengan alasan tidak terdapat dalam ayat tersebut tanda-tanda batasan dan
sekatan. Maksud ayat ini ialah al-Sunnah menerang al-Quran dan pada waktu yang sama
ia tidak menafikan bahawa ia sebagai penasikh kepada al-Quran. Bandingannya ialah
Firman Allah Swt (al-Furqan: 1):

. .` .` ` .., 1

Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya
(Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

Dalam ayat ini memberi maksud bahawa Rasululah Saw adalah pemberi amaran kepada
sekalian alam. Tetapi ia tidak menafikan bahawa Rasulullah juga pemberi khabaran
gembira untuk alam semesta.

3. Nasakh Sunnah dengan al-Quran

Bahagian yang ketiga ini dibahas Ulama dan sebahagian mereka berpendapat ia wujud
dan sebahagian lagi mengatakan ia tidak berlaku. Kekhilafan Ulama dalam bahagian ini
sama dengan bahagian kedua yang lalu. Meskipun begitu suara yang berpendapat ia tidak
berlaku tenggelam dan hujah mereka disangkal. Sementara itu pendapat yang menyokong
ia wujud tidak dikuatkan dengan dalil. Dengan sebab itu, kita mendapati bahawa Ulama
yang menyokong adalah terdiri daripada Junhur Fuqaha, mutakallimin. Manakala Ulama
yang menafikan ia wujud ialah al-Syafei dalam pendapatnya dan sebilangan kecil sahabat-
sahabatnya.

Dalil yang menunjukkan nasakh Sunnah dengan al-Quran wujud ialah menghadap
Baitulmaqdis dalam sembahyang. Perkara ini tidak diketahui kecuali daripada sunnah dan
ia telah dinasakh denga Firman Allah Swt (al-Baqarah: 144):



118
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
` . . :,`- .` :` , .` ` .` .. :,`- = -`
- .`, - `.` .. `. .`-` ` = . .``' . ..`` , `' `
',- `.,`` ` ` ..` 144

Maksudnya: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang
engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya
Kabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka
mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kabah) itu adalah perintah yang benar dari
Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Dalil kedua ialah makan, minum dan berhubungan dengan isteri adalah haram pada
malam di bulan Ramadhan kepada yang berpuasa, semuanya ini telah dinasakh dengan
Firman Allah Swt (Surah al-Baqarah: 187):

-' `. `, ,` . . ` `. `` ` `. `.`' ` `` , . `
`.`' `.` ..``- `. ' . `.`, `. .. ``` .``
. ` `. . .`` `- `, `. `,- ` ,` . `,- .` .
`- `. .'' ,` . `, . ` ` `` `.`' .. - :
```- .` : ``, ` ` ` `.`, ..` 187

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh)
dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan
kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka
sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh
Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang
putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu
setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di dalam masjid. Itulah batas-
batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.










119
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Pendapat yang mengatakan ia tidak wujud berdalil dengan Firman Allah Swt (al-Nahl: 44):

.`, `' ' :`, `, ` ` .`` `.,`, `.`,
.` 44

Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas
nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi
panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang
telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Ayat ini memberi maksud bahawa Sunnah hanya berperanan menerang al-Quran tetapi
apabila al-Quran menasakhnya bermakna ia telah terkeluar dari peranannya.

Hujah yang dikemukakan ini adalah ditolak kerana ayat al-Quran tersebut tidak ada unsur
Hasr (batasan).

4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah

Dalam bahagian ini, ia terbahagi kepada empat iaitu nasakh Sunnah mutawatirah dengan
sunnah mutawatirah, nasakh Sunnah Ahadiyyah dengan Sunnah mutawatirah dan nasakh
sunnah mutawatirah dengan sunnah Ahadiyyah. Tiga bahagian yang pertama adalah
harus berlaku dari sudut akal dan syara. Adapun bahagian keempat iaitu nasakh Sunnah
mutawatirah dengan Ahadiyyah Ulama ittifak (sepakat) ia harus pada akal tetapi berkhilaf
(bersalahan pendapat) dari sudut syara. Jumhur (kebanyakan ulama) menafikannya tetapi
ahli zahir mengithbatnya (menerimanya).

8.4 HIKMAH DALAM NASAKH

Terdapat beberapa hikmah tertentu di sebalik nasakh dan mansukh. Antaranya ialah:

1. Menghilangkan kekeliruan: Pengetahuan tentang ini akan menghilangkan
kekeliruan dan kesamaran dalam perundangan syariat. Nasakh yang berlaku dalam
syariat Islam bermaksud Allah s.w.t. telah menasakh seluruh agama sebelum Islam
dengan agama Islam dan sebahagian hukum dalam syariat ini dinasakh dengan
sebahagiannya.

2. Kesempurnaan Agama Islam: Hikmah Allah s.w.t. mewujudkan nasakah dalam
Islam ialah menunjukkan kesempurnaan syariat Islam yang mampu
menyempurnakan keperluan manusia. Manusia adalah jenis makhluk yang berubah-
ubah dari satu masa ke satu masa yang lain sama seperti perubahan kanak-kanak
dalam beberapa peringkat. Kanak-kanak pada mulanya amat daif dan tidak berilmu.
Namun selepas itu ia mula berubah sedikit demi sedikit dalam beberapa peringkat;
dari tidak berilmu kepada berilmu, dari lemah menjadi kuat.




120
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
3. Menjaga kemaslahatan manusia: Agama Islam menjadi penyudah sekalian agama
sebelumnya. Agama ini mempunyai unsur-unsur yang hidup dan menjaga
kemaslahatan manusia. Ia mampu memenuhi keperluan jasad dan juga tuntutan roh.
Ia telah mempersaudarakan antara ilmu dan agama. Ia juga menghubungkan antara
manusia dengan Allah dan manusia dengan alam, dengan sesama manusia, dengan
haiwan, dengan tumbuhan dan dengan pepejal. Inilah yang menjadikan agama ini
agama yang benar dan menyeluruh.

4. Menjinakkan manusia: Zaman dakwah Rasulullah s.a.w merupakan sebagai zaman
perpindahan yang amat berat. Iaitu perpindahan daripada aqidah dan adat lama
yang menyesatkan kepada yang baru. Mereka merupakan orang yang kuat
berpegang kepada adat resam dan dengan itu mereka bermusuh bermusuh dengan
Islam kerana ajaran Islam bertentangan dengan amalan mereka. Jika mereka
mengambil keseluruhan agama baru ini sekaligus sudah tentu ia membawa kepada
pertentangan yang kuat dan susah untuk menamalkannya. Dengan sebab itu
diturunkan sedikit demi sedikit untuk menjinakkan hati mereka dengan Islam.

5. Memberi kemudahan untuk beramal: Syariat Islam diturunkan berperingkat-
peringkat dan hukumnya diturunkan sedikit demi sedikit untuk memberi kemudahan
kepada manusia mengamalkannya hinggalah ia cukup sempurna. Ia memakan masa
yang begitu lama untuk menyempurnakan keseluruhan. Dalam masa itulah ada
hukum yang dinasakh dan diganti dengan yang baru. Contohnya seperti
pengharaman arak.

6. Memberi keringanan kepada manusia: Hikmah nasakh hukum yang berat kepada
yang lebih senang ialah untuk memberi keringanan kepada manusia. Disamping itu
ia juga adalah kelebihan yang Allah s.w.t. kurniakan kepada mereka dan rahmatnya
ke atas mereka. Ia juga menunjuk supaya manusia memperbanyakkan syukur
kepadaNya dan memuliakanNya.

7. Ujian dan iktibar: Hikmah nasakh hukum yang bersamaan dalam berat dan senang
ialah merupakan ujian dan iktibar. Dengan ini akan menzahirkan orang yang beriman
dan memusnahkan orang munafik. Di sini akan terserlah orang-orang yang taat dan
baik dari orang-orang yang jahat dan munafik.

8. Merekodkan tolenransi Islam: Hikmah kekal tilawah dan nasakh hukum ialah
merekodkan tolenransi Islam kepada manusia sehingga mereka menyakini bahawa
ia adalah agama yang benar dan betul. Nabinya adalah nabi yang benar. Di
samping itu pembacanya akan memperolehi pahala.

9. Memperakukan hukumnya: Hikmah nasakh tilawah tetapi kekal hukum ialah pada
mulanya ia dibaca untuk memperakukan hukumnya. Setelah hukum tersebut
tersemat di hati manusia, Allah s.w.t. telah menaskh tilawahnya kerana hikmah yang
lain iaitu mengisyarat kejinya perbuatan yang jijik tersebut. Perkara ini merujuk
kepada firman Allah s.w.t:-

.~ , -, -,

Maksudnya: Lelaki tua dan perempuan tua apabila kedua-duanya berzina maka
rejamlah kedua-duanya.



121
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
8.5 CARA MENGENALI NASAKH

Nasakh berlaku ketika terdapat dua dalil dari sumber syara yang bertentangan dan tidak
terdapat di sana jalan penyelesaian dari mana-mana bentuk takwil. Ketika itu tidak dapat
tidak kita akan menganggap bahawa salah satunya adalah nasakh dan yang satu lagi
ialah mansukh. Ini dilakukan untuk menolak pertentangan dalam perundangan Islam.
Tetapi apakah dalil yang menentukan hukum pertama adalah nasikh dan mana satukah
yang ditentukan mansukh? Perkara ini tidak harus menghukum mengikut hawa nafsu
semata-mata. Bahkan ia mestilah dibuktikan dari dalil yang sahih dan menujukkan bahawa
salah satunya diturun akhir sedikit dari yang pertama. Justeru, dalil yang diturunkan
dahulu dinamakan mansukh dan dalil yang diturunkan berikutnya dinamakan nasikh.

Dalil yang menunjukkan perkara tersebut terbahagi kepada tiga:-

1. Satu daripada Nas tersebut telah menunjukkan ia diturunkan kemudian dari nas
yang pertama seperti firman Allah s.w.t:-

.. `. `., . ' . `. ` . - ., .`` . ` .`
. `, `.` ` . , `, ' .`` `. ' ` .
Maksudnya: Sekarang Allah swt telah meringangkan daripada kamu (apa yang telah
diwajibkan terdahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan
oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar nescaya mereka akan
dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada ada di antara kamu seribu orang
nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan
(ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

2. Berlaku Ijma seluruh orang Islam pada mana-mana masa bahawa menentukan Nas
yang diturunkan dahulu dan Nas yang berikut diturunkan kemudian.

3. Terdapat Tariq yang tepat dan sahih dari seorang sahabat yang menunjukkan
bahawa telah memutuskan satu Nas yang bertentangan itu diturunkan dahulu dan
yang kedua diturunkan kemudian. Seperti ia berkata: Ayat ini diturunkan selepas
ayat itu atau ayat ini diturunkan sebelum ayat itu.

8.6 PERKARA-PERKARA YANG DINASAKHKAN

Takrifan nasakh iaitu mengangkat hukum syarie dengan dalil syarie menunjukkan secara
jelas bahawa nasakh tidak berlaku kecuali pada hokum-hakam. Ini telah disepakati seluruh
ulama. Secara khususnya ia berlaku pada perkara cabang ibadat dan munakahat. Selain
perkara cabang tersebut iaitu yang berkaitan aqidah, akhlak, usul al-ibadat, usul
munakahat, perkhabaran. Ini semua tidak berlaku nasakh mengikut pandangan tepat dari
jumhur ulama.

Perkara berkaitan aqidah, ia merupakan hakikat yang sahih dan tepat. Sudah tentu ia
tidak menerima perubahan dan pertukaran. Justeru Nasakh tidak berlaku pada ayat yang
berkaitan aqidah.


122
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
Perkara berkaitan akhlak, sesungguhnya amat tinggi hikmah Allah s.w.t. dalam
mensyariatkannya. Pensyariaatan akkhlak merupakan muslahat kepada manusia. Ia
adalah satu perkara yang jelas dan tidak terkesan dengan berlalunya masa. Dan ia sama
sekali tidak berubah walaupun berubahnya manusia dan umat.

Usul ibadat dan muamalat juga tidak berlaku nasakh kerana keperluan manusia
kepadanya secara berterusan. Ia bertindak sebagai mensucikan jiwa, membersihkan hati
serta menyusun hubungan makhluk dengan khaliq. Dengan ini tidak terdapat apa-apa
hikmah jika berlaku nasakh dalam ayat-ayat tersebut.

Perbezaan antara Usul pada Ibadat dan Muamalat dengan Furu pada Ibadat dan
Muamalat

Furu ialah yang berkaitan dengan keadaan, bentuk, tempat, masa dan bilangan. Adapun
Usul ia adalah zat ibadah dan muamalat itu sendiri, tanpa melihat kepada keadaan dan
bentuknya.

8.7 PEMBAHAGIAN NASAKH DARI SUDUT TILAWAH DAN
HUKUM

Nasakh yang terdapat dalam al-Quran ialah tiga jenis iaitu nasakh tilawah dan hukum,
nasakh hukum tidak tilawah dan nasakh tilawah tidak hukum.

1. Nasakh Tilawah dan Hukum

Nasakh jenis ini berlaku mengikut riwayat dari Aisyah r.a. ia berkata: al-Quran ada
diturunkan sepuluh kali susu yang mencukupi anak tersebut menjadi anak susuan dan
haram sebagaimana anak-anaknya. Kemudian syarat anak susuan dinasakh kepada lima
kali susu dan Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan mereka membaca begitu dari al-
Quran (hadith sahih). Walaupun begitu ayat tesebut iaitu - .. ..
tidak terdapat dalam al-Quran untuk dibaca dan pengamalnya tidak mengikut hukum
tersebut. Justeru berlakulah nasakh tilawah dan hukum sekaligus.

2. Nasakh Hukum Tanpa di Nasakh Tilawah

Nasakh jenis ini banyak berlaku dalam ayat al-Quran. Antaranya ialah ayat yang
mengarah supaya didahulukan sedekah sebelum berjumpa Rasulullah s.a.w. iaitu firman
Allah s.w.t.:-
`.``,- .` ,'' `.- ..`` .,.` .`` ., `.-
` .``-` `, . .` ..`
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengadap dan
bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah s.a.w. maka hendaklah kamu bersedekah
(kepada fakir miskin).
(Surah al-Mujadalah 12)


123
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Hukum ayat ini dinasakh dengan firman Allah s.w.t:-
`.``'' `..`- `. `, .``` .' . . .`,' `.`, ` . . `. ,
` . .`,~' ` .` ` - ` ` .` ..`
Maksudnya: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerapkali kamu memberi
sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan perintah itu dan Allah
pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu) maka dirikanlah sembahyang dan
berikanlah zakat (sebagaimana sewajibnya) dan taatlah kamu kepada Allah dan
Rasulnya.
(Surah al-Mujadalah 12)

3. Nasakh Tilawah Tidak Hukum

Jenis ini berlaku mengikut riwayat yang sahih dari Umar ibn al-Khattab r.a. dan Ubai ibn
Kaab. Kedua-duanya berkata: al-Quran pernah menurunkan:-

.~ , -, -,

Maksudnya: Lelaki tua dan perempuan tua apabila kedua-duanya berzina maka rejamlah
kedua-duanya.

Ayat tersebut tidak terdapat dalam al-Quran dan tidak dibaca namun hukumnya kekal dan
diamalkan. Ini bermaksud tilawah dinasakh tetapi hukumnya diamalkan. Begitu juga yang
sahih riwayat dari Ubai ibn Kaab; adalah surah al-Ahzab menyamai (bilangan ayat) surah
al-Baqarah atau melebihinya.

8.8 AYAT-AYAT YANG MASYHUR BERKAITAN NASIKH
MANSUKH

Jalaluddin al-Sayuti mengumpul ayat-ayat nasakh al-Quran sebanyak 22 ayat. Antara
ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:-

Pertama: Firman Allah Swt dalam surah al-Baqarah ayat 115:

` ` `. ` `' ..` `. ``- . ` `.,

Maksudnya: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah;
sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa
Mengetahui.






124
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
Ia dinasakh dengan Firman Allah Swt (al-Baqarah 149 150).

` .`, - .`-- .. :,`- = -` - ` ` ',- :`` `
` ..` . ` .`, - .`-- .. :,`- = -` - .`, -
`.` .. `..`-` ` = .. ` `.`, `-`- . .`~ `.`,`
`.``.`- `.`- `. . ` `.`, `. .``,

Maksudnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang),
maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (Kabah); dan sesungguhnya
perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Dan dari mana sahaja engkau keluar
(untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram
(Kabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya,
supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali
orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka
janganlah kamu takut kepada (celaan) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-
mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu
beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).

Kedua: Firman Allah Swt surah al-Baqarah 180:

. `.`, .- `. - ' `.`. . `,- `, . . `. .
`` - ``

Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-
orang yang bertaqwa.

Ulama khilaf (bersalahan pendapat) tentang nasiknya. Menurut jumhur ulama ia dinasakh
dengan ayat mawarith. Ada juga Ulama yang mengatakan ia dinasakh dengan sunnah
iaitu Sabda Rasulullah Saw:

.. ,.

Maksudnya: Tidak boleh berwasiat kepada waris. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan
Tirmidhi dan Ibn Majah)

Dan terdapat juga pandangan yang mengatakan ia mansukh dengan ijmak ulama bahawa
tidak wajib wasiat untuk kedua ibubapa dan kaum kerabat. Di samping ada juga
pandangan yang mengatakan ayat ini adalah muhkam dan tidak mansukh.


125
TOPIK 8 NASIKH DAN MANSUKH
OUM
Ayat Ketiga : Surah al-Baqarah ayat: 184:

` ., =` ` ` ~ ` -`.= `,- .`, ``,- ` .' `.`. .
``,- `. . `.` ..``

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu
adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi
kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Ia Mansukh dengan Firman Allah Swt pada surah yang sama ayat 185:

, `. `,` ```. ,

Maksudnya: Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;

Ayat Keempat : Surah al-Baqarah 240:

.`. . ` `. .` -`' `,. .,-` ' ` .`.- `, -`-
., `-- -`- `.`, ` , ' ```

Maksudnya: Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan
isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan,
pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari
tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan
kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai
apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang
tidak dilarang Syara) itu.

Ayat ini mansukh dengan Firman Allah Swt al-Baqarah 234:

.`. . ` `. .` -`' `.` ` , ' `' `,` ' ` , `
``, - ' -`- `.`, , ` , ' ``

Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka
meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama
empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada


126
TOPIK 8
NASIKH DAN MANSUKH

OUM
salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara
yang baik (yang diluluskan oleh Syara).

Ayat Kelima : Surah al-Imran 102:

,'' .` .` `,- `

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa...

Al-Sayuti berkata tidak ada ayat dalam al-Quran yang paling sahih tentang nasakh
melainkan ayat ini. Ada yang mengatakan mansukh dengan Firman Allah Swt dalam
surah al-Taghabun: 16:

.` `.``=` ..

Maksudnya: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;

UJIAN 1

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

1. Jelaskan pengertian Nasakh dari sudut bahasa dan istilah.

2. Apakah berlaku Nasakh al-Quran dengan As-Sunnah. Jelaskannya beserta dalil dan
contoh yang bersesuian. .

UJIAN 2

Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1. Terangkan hikmah-hikmah yang diperolehi oleh pengkaji al-Quran yang mendalami
topik Nasakh dan Mansukh.

2. Imam Jalaludin Suyuti menyenaraikan ayat-ayat tertentu yang berkaitan dengan
Nasakh dan Mansukh. Nyatakan dengan huraian yang lengkap lima daripada ayat-
ayat tersebut.

3. Banyak rencana dalam majalah di Malaysia yang mendedahkan perkara-perkara
luar biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Pada pandangan anda adakah
pendedahan ini akan membantu kita mendalami perkara-perkara samiyyat
khususnya mukjizat seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai