Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN AKHIR BERKUMPULAN:

KES SYARIKAT IKAN KELI HJ ABU BAKAR SDN. BHD.

BPMM 1013

PENGANTAR PEMASARAN

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. HJ. MOHAMAD ZAINOL ABIDIN BIN ADAM

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA AHLI NO. KAD NO. MATRIK


PENGENALAN
PUSAT PENGAJIAN:

UUM SINTOK

KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 JENIS PRODUK PENGGUNAAN YANG DIJUAL


BERSERTA SEBAB

2.0 PERINGKAT KITARAN HAYAT PRODUK DAN


STRATEGI PEMASARAN

3.0 PRODUK LAIN YANG BERASASKAN IKAN KELI


BERSERTA SEBAB

4.0 FAKTOR KEGAGALAN PEMASARAN PRODUK

RUJUKAN
2. Kitaran hayat produk merupakan salah satu alat pengurusan pemasaran yang
berpotensi untuk mencapai hasrat sesebuah organisasi dalam mendapatkan
keuntungan yang memuaskan bagi menampung semua usaha dan risiko yang akan
dilalui serta dapat bersaing dengan produk-produk yang telah berada di pasaran. Pihak
pengurusan harus sedar bahawa setiap produk mempunyai jangka hayat walaupun
bentuk dan jangka waktunya yang sebenar tidak diketahui lebih awal. Kitaran hayat
produk biasanya mempunyai empat peringkat iaitu pengenalan, pertumbuhan,
kematangan dan kemerosotan. Kitaran hayat ini tidak merujuk kepada mana-mana
jenama produk tetapi ianya lebih merujuk kepada kategori produk. Kategori produk
atau produk termasuklah semua jenama yang memuaskan dan jenis keperluan yang
sama seperti minuman ringan, sabun pencuci dan sebagainya. Tidak semua produk
mempunyai jangka hayat yang sama dan ianya terpaksa digambarkan melalui
perbezaan kategori-kategori produk yang dipasarkan.

Peringkat kitaran hayat produk dalam perniagaan ikan keli Hj. Abu Bakar Sdn. Bhd.
adalah pada peringkat pengenalan. Peringkat pengenalan merupakan tahap
pertumbuhan produk yang lembab dan keuntungan yang rendah apabila produk
diedarkan di pasaran. Pelancaran produk baru di pasaran memerlukan kos promosi
yang sangat agresif dan perletakan harga yang bijaksana serta pengedaran produk
dalam pemasaran. Pada peringkat ini, kadar keuntungan bagi sesuatu produk adalah
rendah atau negatif disebabkan oleh kurangnya jualan serta kos pengagihan dan
promosi yang tinggi. Kos pemasaran juga selalunya tinggi kerana kos insentif bagi
orang tengah. Kebiasaannya, pada peringkat ini dapat dikenal pasti kecacatan sesuatu
produk agar penambahbaikan dapat dilaksanakan dan ianya boleh menyebabkan
kenaikan dalam kos pengeluaran. Peringkat pengenalan ini juga selalunya akan
menggunakan modal yang banyak bagi menarik para pengedar serta menjadikan
produk baru ini sebagai stok dan pada peringkat ini juga merupakan peringkat paling
penting kerana ianya menentukan langkah pertama ke arah rancangan pemasaran yang
lebih hebat untuk keseluruhan kitaran hayat sesuatu produk.

Justeru itu, strategi pemasaran yang perlu dilaksanakan oleh syarikat pada peringkat
kitaran hayat ini adalah promosi yang tertumpu kepada peningkatan kesedaran tentang
produk baru tersebut serta memberitahu pengguna mengenai potensi faedah produk
berkenaan. Contohnya, syarikat Hj. Abu Bakar membuat pengiklanan di beberapa
buah negeri sekitar utara sebagai pengenalan dan untuk memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang kewujudan produk baru ikan keli tersebut. Pihak pengurusan juga
boleh menyatakan kelebihan dan kekuatan produk yang telah dipasarkan. Promosi
yang dibuat juga mestilah bertujuan untuk merangsang permintaan produk dengan
melakukan persampelan dan penggunaan kupon bagi menggalakkan lagi orang ramai
untuk mencuba produk yang dipasarkan. Syarikat Hj. Abu Bakar boleh membuat
pengedaran persampelan produk kepada orang ramai untuk merasai keenakkan dan
keaslian ikan keli tersebut. Selain itu, pihak pengurusan juga boleh memberi kupon
diskaun kepada pelanggan yang datang membeli produk mereka sebagai tawaran
diskaun untuk belian seterusnya. Hal ini kerana untuk mendapatkan belian ulangan
daripada pelanggan lepas adalah lebih mudah berbanding daripada mendapat belian
daripada pelanggan baru.

Disamping itu, pihak pengurusan juga boleh mengenakan harga yang tinggi untuk
mendapatkan sedikit keuntungan. Kebiasaannya, harga yang tinggi merupakan salah
satu strategik atau gambaran kepada orang ramai tentang pengeluaran produk yang
berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, tujuan mengenakan harga yang tinggi adalah
disebabkan oleh kos promosi dan pengagihan yang tinggi. Contohnya, syarikat Hj.
Abu Bakar membuat pengedaran produk melalui agen-agen atau jualan peribadi untuk
memperkenalkan produk mereka. Hal ini telah berlakunya peningkatan untuk kos
pengagihan dan pengurangan dalam keuntungan. Pihak pengurusan juga boleh
mengenakan harga yang rendah bagi menggalakkan belian produk. Harga yang murah
adalah untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan meningkatkan kuantiti produk
yang dijual.

Strategi yang terakhir adalah membina agihan terpilih. Pihak pengurusan perlu bijak
untuk mencari tempat yang strategik bagi memperkenalkan produk baru mereka di
pasaran. Tempat tersebut mestilah menjadi tumpuan kumpulan sasaran bagi
memudahkan urusan perkenalan produk yang dipasarkan. Contohnya, syarikat Hj.
Abu Bakar mengagihkan produknya yang berasaskan ikan keli di semua pasaraya
Mydin sekitar utara untuk memudahkan orang ramai mengenali produknya. Pihak
pengurusan juga boleh menawarkan sesuatu produk asas kepada pengguna yang
memerlukannya. Contohnya seperti syarikat Hj. Abu Bakar menawarkan produknya
(ikan keli) kepada peniaga-peniaga restoran untuk dijadikan sebagai menu utama
masakan restoran mereka. Peringkat ini dikatakan mempunyai risiko yang tinggi dari
segi kegagalan untuk bertahan dipasaran. Oleh itu, tidak terdapat pesaing yang
berminat untuk memasuki pasaran.
3.0 PRODUK LAIN YANG BERASASKAN IKAN KELI BERSERTA SEBAB

Ikan keli merupakan sebuah produk yang dijual mentah lazimnya. Tetapi ikan keli ini
juga boleh diproseskan dan dijadikn produk yang boleh dan juga gemar digunakan
oleh pengguna seperti mana ikan lain diproseskan. Contohnya, ikan makarel, ikan
sardin, ikan selayang, parang dan lain untuk dijadikan makanan berproses tin, keropok
lekor dan lain-lain lagi.

Menjurus idea tentang tin sardin dan keropok lekor wujud idea untuk mengeluarkan
produk lain yang berasaskan ikan keli direka supaya dapat memajukan lagi
perniagaan ikan keli ini. Antara idea yang dirancang untuk menjadikan perniagaan
ikan keli ini lebih kreatif dan menguntungkan ialah ikan keli yang diproses dan
ditinkan bercampur dengan sos tomato seperti juga tin ikan sardin. Terdapat
kebanyakan pengguna yang masih gemar membeli ikan keli hidup berbanding produk
yang berasaskan ikan keli kerana produk seperti ini masih baru dalam pasaran yang
hanya mempunyai pengguna ikan keli yang terdiri daripada individu, peniaga kecil,
pengusaha restoran dan pemborong.

Namun begitu, idea ini merupakan sesuatu yang kreatif dan dapat memberangsangkan
keuntungan yang lumayan kerana pada masa kini kebanyakan wanita merupakan
wanita yang bekerja dan mempunyai kekangan masa yang hampir membebankan
mereka dalam hal melakukan tanggungjawabnya di rumah selepas balik daripada
kerja. Walaupun mereka merupakan seseorang yang bekerja tetapi mereka turut perlu
melakukan kerja ruma seperti menjaga anak dan masak bagi seisi keluarga. Jadi,
individu yang sedemikian tercari-cari jalan untuk menjadikan kerja memasaknya lebih
senang. Keinginan inilah yang dapat menjayakan idea untuk mengeluarkan tin ikan
keli yang diproses dengan sos tomato.

Bukan sahaja wanita bekerja tetapi individu bujang yang bertinggal di hostel
mahupun rumah sewa kerana pengajian tinggi ataupun pekerjaan. Inidividu-individu
tersebut juga akan berasa senang dengan penemuan produk terbaru menggunakan ikan
keli ini. Potensi produk ini akan menjadi amat tinggi jika ianya diproses dengan lebih
teliti supaya kualitinya setanding dengan ikan lain.

Selain sebab tersebut prosedur piawaian juga dapat dijadikan antara sebab kejayaan
idea ini dengan adanya prosedur piawaian yang ketat. Hal ini kerana, produk ini baru
mula memasuki pasaran. Jadi tiada lagi pengusaha yang menceburi idea ikan keli tin
tersebut kerana mereka lebih tertumpu kepada pengeluaran keli hidup. Jika kita mula
memproseskan ikan keli dalam tin dengan prosedur piawaian yang ketat dan tertib
dapat Berjaya memajukan lagi perniagaan ini. Bukan sahaja keran tertumpu kepada
pengeluaran keli hidup malah prosedur piawaian yang ketat juga menjadi pengahalang
kepada pengusaha lain untuk menceburi pengeluaran produk ini secara komersial.

Jika diikuti dengan kaedah pemasaran yang lebih kreatif dan berkesan tinkan keli
yang dirancan dapat membuahkan hasil yang lumayan. Hal ini kerana sesuatu produk
yang baru memasuki pasaran akan mengambil yang agak lama untuk sampai kepada
pengguna dan jangka masa ini mungkin merugikan lebih daripada modal yang
dimasukan. Jika sesuatu langkah baru dilakukan ianya perlulah diiringi dengan suatu
lagi langkah yang dapat memberi sokongan kepada usaha tersebut. Jadi dalam hal ini
kaedah pemasaran juga merupakan sesuatu yang penting.

Seterusnya, produk lain yang berasaskan ikan keli

Anda mungkin juga menyukai