Anda di halaman 1dari 2

CONGKAK (INDIVIDU)

Syarat Permainan :

 Congkak yang digunakan adalah yang disediakan oleh pihak penganjur.


 Peserta perlu bersedia 5 minit sebelum pertandingan bermula.
 Peserta perlu duduk secara berhadapan dengan pihak lawan.
 Arah pergerakan ‘buah’ adalah dari kanan ke kiri yang bermula dari ‘kampung’
sendiri sehingga habis ‘buah’.
 Setelah tamat satu perlawanan, pengadil akan mengira buah yang berada di dalam
kampung. Pemain yang mempunyai buah paling banyak dikira sebagai pemenang
 Peserta perlu menyusun semula buah yang terdapat dalam ‘rumah’ sendiri ke dalam
‘kampungnya’ mengikut bilangan ‘buah’ yang ditetapkan setelah selesai permainan. 

Peraturan Permainan :

 Peserta hanya boleh mengambil ‘buah’ dari ‘kampung’ sendiri apabila tiba gilirannya.
 Peserta akan berhenti giliran bermain apabila ‘buah’ dimasukkan ke dalam
‘kampung’ kosong.
 Peserta tidak boleh menembak ‘kampung’ pihak lawan yang setentang dengan
‘kampungnya’ jika ‘buah’ mati.
 ‘Buah’ yang tidak sengaja termasuk dalam ‘rumah’ pihak lawan tidak boleh diambil
semula.
 Jika tiada ‘buah’ di ‘kampung’ peserta apabila tiba gilirannya bermain, maka secara
automatik giliran akan diberi kepada pihak lawan.

Cara Bermain :

 Dua orang peserta perlu berada di setiap congkak yang disediakan.


 Setiap peserta perlu mengetahui kedudukan ‘rumah’ dan ‘kampung’ sendiri sebelum
bermain.
 Kedua-dua peserta akan bermain serentak apabila masa bermula.
 Peserta perlu memasukkan ‘buah’ ke dalam ‘rumah’ mengikut arah pergerakan yang
ditetapkan sehingga ‘buah’ terakhir jatuh dalam ‘kampung’ kosong.
 Peserta yang ‘buahnya’ mati terlebih dahulu akan mengambil giliran selepas ‘buah’
pihak lawan habis.
 Permainan akan dijalankan selama 5 minit sahaja. 

Anda mungkin juga menyukai