Anda di halaman 1dari 3

Betik

Betik, katis, ketela, ketelah, ketalah, pepaya atau kepaya (nama botani: Carica papaya)
merupakan

spesies tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae. Tumbuhan ini berasal dari
Mexico Selatan dan

Amerika Tengah, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim
tropika termasuk di Asia

Tenggara.

Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di
pasar-pasar, termasuk pasar

tani, dan pasar sayur. Pucuk, daun muda dan bunga betik sering dicelur untuk
dijadikan ulam dan dimakan

bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik
jika dibuat halwa berasa

masam-masam manis.

Kegunaan
Pemakanan
Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga
boleh dijadikan jem, jus

minuman, perisa aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak
boleh juga dijeruk atau

dimasak sebagai sayur.

Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai papain. Papain banyak
digunakan dalam

penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging, menyamak kulit dan


membuat ubat gigi dan gula-
gula getah. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk
melembutkan daging, tetapi juga

dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun
terlalu banyak ia boleh

jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik. Walau bagaimanapun, di negara-


negara ASEAN potensi

industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain
secara komersil hanya

terdapat di Filipina.

Perubatan
Daun betik digunakan untuk merawat sakit malaria. Pucuk daun betik digunakan
secara tradisional oleh para

dukun-dukun Melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang
selalunya berpunca dari

nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa
pengambilan pucuk daun

betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila muncul sahaja bintik-bintik


merah.

Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap

jus daun betik bagi pesakit demam denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah
kelas satu)

menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun
betik matang setiap hari,

selama tiga hari menaikkan jumlah platelet.ehubungan dengan penemuan klinikal


tersebut, Kementerian Kesihatan

Malaysia menyediakan panduan penyediaan jus betik untuk pesakitdemam denggi.


Walau bagaimanapun, ada pihak yang
berpendapat penawar daun betik sebaliknya boleh membahayakan. Seorang ahli
farmasi pengamal perubatan alternatif

homeopati dan ayurveda, Prof Dr. A. Krishnan mengatakan “Saya sudah membuat
kajian mengenai penggunaan daun

betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu,
malah berbahaya kepada kesihatan kerana

kandungannya mempunyai sianida yang berperanan seperti racun. Oleh itu,


penggunaan daun betik perlu dihentikan

serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem
imunisasi turut terganggu,”

katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Lain-lain
Daun betik boleh dijadikan bahan pemutih atau peluntur semasa mencuci kain.

Khasiat
Betik kaya dengan vitamin A pada kulitnya serta juga kalium. Nutrien-nutrien penting
yang terkandung dalam betik,

menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang
tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi

air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin,
riboflavin, tiamin, karpain,

karposid, mirosin, papain dan pektin.Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut
bagi sesiapa yang mempunyai

masalah sembelit.

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

Anda mungkin juga menyukai