Anda di halaman 1dari 2

Perkembangan Pembelajaran Holistik Kanak-Kanak

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan menekankan


perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-
kanak berlandaskan acuan Malaysia. Pembangunan Modal Insan perlu holistik
yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk
sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif,
positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup.
Atas kepentingan itu, semua ibu bapa dan guru harus menyedari akan peri-
pentingnya keperluan kanak-kanak dalam pendidikan awal mereka semasa
peringkat pra sekolah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan di mana
pengumpulan maklumat melalui sumber-sumber buku dan jurnal berkaitan
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Rumusan dari hasil tinjauan literatur
mendapati pendidikan awal kanak-kanak perlu dititik beratkan oleh ibu bapa
yang merupakan guru pertama pada peringkat 0 hingga 3 tahun dengan
sokongan guru diperingkat pra sekolah bermula 3 hingga 6 tahun supaya
pembentukan generasi yang cemerlang dapat dimulai sejak awal lagi.
Perkembangan holistik kanak-kanak selalunya dilihat secara keseluruhan iaitu dari
segi fizikal, kognitif, sosio-emosi, intelektual, sosial, moral, budaya dan spiritual
(rohani). Setiap pendidik haruslah mempelajari perkembangan tentang kanak-
kanak yang melibatkan kajian tentang corak pertumbuhan dan perkembangan
yang menjadi garis panduan untuk perkembangan kanak-kanak yang normal.
Ruang-ruang pembelajaran yang responsif perlu merangkumi keenam-enam
bidang perkembangan kanak-kanak yang disebutkan dalam kurikulum PERMATA.
Melalui Kurikulum PERMATA, perkara yang diberikan tumpuan ialah pendekatan
belajar melalui bermain sebagai salah satu pendekatan yang amat signifikan pada
peringkat pembelajaran umur 0-4 tahun. BERMAIN ialah kerja kanak-kanak.
Pendekatan BELAJAR MELALUI BERMAIN merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Bermain merupakan
kaedah utama yang menjadi teras kepada semua proses pembelajaran
merangkumi bidang pembelajaran PERMATA.
Berikut merupakan pandangan barat mengenai konsep Belajar sambil Bermain;
• • “Children need the freedom and time to play. Play is not a luxury. Play is a necessity.”
Kay Redfield Jamison (Professor of Psychiatry)
• • “It is paradoxical that many educators and parents still differentiate between a time for
learning and a time for play without seeing the vital connection between them.” Leo
Buscaglia (Author, Educator)
• • “Play gives children a chance to practice what they are learning…They have to play with
what they know to be true in order to find out more, and then they can use what they learn in
new forms of play.” Fred Rogers (Mr. Rogers’ Neighborhood)
• • “It is becoming increasingly clear through research on the brain, as well as in other areas
of study, that childhood needs play. Play acts as a forward feed mechanism into courageous,
creative, rigorous thinking in adulthood.” Tina Bruce (Professor, London Metropolitan
University).
• • According to Dr. Stuart Brown, “ Play is a basic biological drive as integral to our health
as sleep and nutrition”.
• • Adults sometimes think of play as a guilty pleasure a distraction from “real” work and
responsibilities.
Pedagogi PERMATA merupakan pendekatan serta teknik pembelajaran dan
bimbingan semasa melaksanakan kurikulum PERMATA Negara. Pedagogi
PERMATA dibina dengan mengambil kira ciri-ciri perkembangan kanak-kanak,
perbezaan individu seperti jantina, tingkahlaku, minat, cara kanak-kanak belajar,
pengalam hidup, budaya dan keperluan khas kanak-kanak.
Pemahaman pendidik terhadap prinsip pedagogi PERMATA melalui konsep whole
brain learning yang menjadi teras kepada pedagogi PERMATA dan menunjukkan
pemahaman ini melalui pengintegrasian 6 bidang pembelajaran PERMATA dalam
kesemua aktiviti-aktiviti pembelajaran. Perkataan Perkembangan atau milestone
bermaksud mengetahui corak perkembangan kebolehan mengikut peringkat
umur setiap bayi dan kanak-kanak.
Bidang pembelajaran PERMATA adalah seperti berikut:
• • Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian
• • Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
• • Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
• • Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
• • Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
Antara tahap perkembangan bermain kanak-kanak ialah secara permainan
bersendirian (solitary), permainan selari (parallel), permainan asosiatif
(associative play) dan permainan kooperatif (cooperative play).
Terdapat beberapa jenis permainan yang boleh diaplikasikan dalam
pembelajaran PERMATA. Antara jenis permainan tersebut ialah permainan bebas,
manipulatif, fizikal, bahasa, sensori, kognitif, kreatif dan tradisional. Bermain
merangsang imaginasi kanak-kanak untuk menjadi seorang yang lebih kreatif san
mempunyai banyak idea. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih banyak meneroka
setiap perkara baru yang dijumpainya mengikut cara mereka tersendiri.
Kurikulum PERMATA Negara telah memilih beberapa strategi untuk digunakan
semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran. Antaranya ialah belajar melalui
bermain, pembelajaran melalui pengalaman (pembelajaran berkonsepkan 3E –
explore, experiment, and experience), amalan yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak (ABP), dan pendekatan bertema dan projek.

Anda mungkin juga menyukai