Anda di halaman 1dari 3

PTM 2023 SIRI 5A

TUGASAN 3 (INDIVIDU) ESEI PENDEK


NAMA : MOHAMMAD HAFFIZUDDIN BIN SOLHAN
NO. KAD PENGENALAN : 900204137097
SOALAN 2 : TERANGKAN SECARA TERPERINCI TENTANG
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS.

Proses berfikir merupakan proses yang dijalankan oleh manusia dan sentiasa
berkembang sama ada diajar secara formal atau tidak formal. Sistem pendidikan
formal dilaksanakan di sekolah, kolej dan sebagainya manakala pendidikan tidak
formal dilihat bersifat bebas dan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Ini bermaksud
individu tersebut belajar dari pemerhatian, pergaulan, pembacaan dan sebagainya.
Namun yang demikian, pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal
kedua-duanya membentuk pemikiran seseorang individu yang dicerminkan melalui
tindakan dan personaliti individu yang dizahirkan dalam tindak tanduk fizikal, cara
pemikiran mahupun kognitif.

Oleh yang demikian, pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub di dalam


Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan usaha yang berterusan bagi
mengembangkan bentuk pemikiran individu dan menghasilkan insan kamil yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan juga
bertanggungjawab mentransformasikan minda dan pemikiran manusia di mana
akhirnya menghasilkan individu yang berkualiti dan berkemahiran. Oleh itu,
kemahiran berfikir perlu di asah supaya dan dimanfaatkan secara optimum,
dimanfaatkan oleh individu, dan membolehkan individu membuat pertimbangan
serta keputusan yang lebih mantap. Kemahiran berfikir secara kritis mampu
meningkatkan kebolehan minda dan otak manusia dalam merakam atau membuat
pemerhatian, menganalisis isu dan masalah dan akhirnya membuat pertimbangan
yang wajar dalam membuat pilihan serta memutuskan penyelesaian bagi suatu
masalah.

Kemahiran berfikir secara kritis bermaksud mempunyai kemahiran dan


kecekapan menggunakan  minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti
kelebihan serta kebaikan dan juga kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat
pertimbangan wajar dengan mengemukakan bukti dan alasan yang benar serta
berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Perkataan “kritis” berkaitan dengan
perkataan “critical” yang berasal daripada “kritikos” yang bermaksud menyoal atau
mempertingkatkan pengetahuan. Bloom (1956) mengatakan bahawa pemikiran kritis
melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Terdapat
beberapa tahap yang mesti dilalui dan digunakan oleh individu apabila berfikir
secara kritis.

1
Kemahiran berfikir secara kritis secara lazimnya terdiri daripada kemahiran-
kemahiran yang berikut.
1. Mencirikan - mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu konsep atau objek.
2. Membanding dan membezakan - Mencari persamaan dan perbezaan
berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa.
3. Mengumpul dan mengelaskan - Mengasingkan dan mengumpulkan objek
atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria
tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau
sifat sepunya.
4. Membuat urutan - Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk
atau bilangan.
5. Menyusun mengikut keutamaan - Menyusun objek atau maklumat mengikut
tertib berdasarkan kepentingan atau keutamaan.
6. Menganalisis - Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
memahami dengan lebih mendalam berkenaan serta hubung kait antara
bahagian.
7. Mengesan kecondongan - Mengesan pandangan atau pendapat yang
berpihak kepada atau menentang sesuatu.
8. Menilai - Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.
9. Membuat kesimpulan - Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian
yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis.

Seorang individu yang mampu menguasai kemahiran berfikir secara kritis


yang telah dihuraikan mampu melihat sesuatu dengan lebih teliti dan terperinci.
Individu yang teliti mempunyai kelebihan di mana mereka dapat meneliti sesuatu
dari sudut pandangan yang berbeza, justeru datang dengan inovasi dana
penyelesaian yang lebih menarik. Selain itu, individu yang berfikiran kritis dapat
mencari huraian yang lebih tepat dan membuat kesimpulan setelah yakin dengan
kebenaran yang mereka simpulkan. Individu ini juga mempunyai pemikiran yang
lebih terbuka terhadap apa-apa topik yang dilemparkan kepada mereka serta
mampu berhujah berpandukan bukti tanpa bias dan tidak dipengaruhi oleh pendapat
luar.

Kesimpulannya, kemahiran berfikir secara kritis dilihat banyak dikaitkan


dengan kecenderungan dan keperluan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) di mana bidang ini lebih tertumpu kepada logik dan fakta.
Namun, bidang lain juga banyak memerlukan individu berfikir secara kritis dalam
menyelesaikan masalah dengan lebih efektif dan efisien. Kemahiran berfikir secara
kritis dilihat selari dengan pendidikan masa kini di mana banyak menitik beratkan

2
STEM di dalam pembelajaran dan kesediaan dalam menghadapi Revolusi Industri
4.0.

RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia,


April 2017.

Jamal Rizal Razali & Imaduddin Abidin, Januari 2015. Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif. https://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/153-
berfikir-secara-kritis-dan-kreatif

Anda mungkin juga menyukai