Anda di halaman 1dari 3

KERANGKA PENULISAN KARANGAN TENTANG KEBERSIHAN

PENDAHULUAN

Kebersihan merupakan satu fitrah manusia yang wajib dipelihara


sejak lahir lagi. Jika kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga, pasti
ada padah yang menunggu untuk menimpa sama ada pada diri sendiri
atau orang di sekeliling kita. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita
seharusnya tahu bahawa kebersihan adalah penting demi kemaslahatan
bersama. Namun begitu, terdapat persoalan yang sering timbul dalam
minda generasi muda kini iaitu apakah cara-cara yang sepatutnya
dilakukan untuk mengekalkan kebersihan terjamin sentiasa ?/
kepentingan seseorang menjaga kebersihan ?/ kesan buruk
sekiranya individu tidak mengamalkan penjagaan kebersihan yang
rapi?

SOALAN : CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

1. Membersihkan badan dengan mandi secara teratur seperti mandi


sekurang-kurangnya dua kali sehari seperti pada waktu pagi dan petang.

2. Berus gigi dan bersihkan mulut sekurang-kurangnya dua kali pada


waktu bangun dan sebelum tidur.

3. Mencuci/membasuh tangan dengan kerap disamping menggunakan


teknik yang betul selama 20 saat.

4. Menjaga kebersihan dengan memastikan pakaian dibasuh setiap kali


memakainya.

5. Memastikan kuku tangan dan kaki sentiasa dalam keadaan pendek


dan bersih.

SOALAN : CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH

1. Memastikan tempat tidur sentiasa bersih dengan menukar cadar


sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
2. Membersihkan dapur setelah memasak seperti mencuci piring dan
peralatan memasak.

3. Membuang dan mengumpul sampah mengikut Langkah kitar semula


yang sepatutnya.

4. Mengatur jadual membersih rumah bagi memastikan kawasan rumah


sentiasa bersih dan teratur.

5. Sentiasa memantau kawasan luar rumah supaya terhindar dari tempat


takungan/tadahan air dengan memastikan bekas tersebut sentiasa
ditutup.

SOALAN : KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

1. Menjamin kesihatan diri dari segi fizikal dan mental berterusan.

2. Melatih diri supaya sentiasa berdisiplin

3. Mewujudkan suasana yang kondusif kepada diri dan orang sekeliling.

4. Mengekalkan imej yang baik dan keyakinan diri yang tinggi.

5. Meningkatkan kualiti kehidupan.

SOALAN : KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH.

1. Membentuk sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.

2. Rumah terhindar dari menjadi tempat pembiakan organisma bahaya


seperti nyamuk, tikus, lipas dan sebagainya.

3. Menyumbang kepada kesejahteraan anggota keluarga.

SOALAN : KESAN TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI ATAU


RUMAH

1. Cenderung/mudah dijangkiti penyakit kronik kerana rumah menjadi


tempat pembiakan organisma bahaya.
2. Menyebabkan penyakit kulit kerana tubuh badan kotor dan memakai
pakaian yang tidak bersih.
3. Keracunan makanan disebabkan peralatan masakan yang kotor
semasa penyediaan makanan.

4. Perasaan rendah diri dan dipinggirkan oleh rakan sebaya kerana


penampilan yang tidak terurus.

5. Menghalang aktiviti sosial seseorang.

PENUTUP :

Kesimpulan daripada perbincangan tadi, sudah terang lagi


bersuluh bahawa aspek kebersihan tidak harus dipandang enteng.
Golongan muda yang berumur setahun jagung mestilah mendengar
nasihat orang yang lebih berilmu atau golongan dewasa yang menyeru
kearah kebaikan. Budaya yang diamalkan oleh generasi terdahulu
seperti bergotong-royong, membasuh kaki sebelum masuk ke dalam
rumah atau mana-mana lagi pantang larang semuanya adalah untuk
keharmonian dan kemanan bagi generasi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai