Anda di halaman 1dari 2

NEGARA

Perumahan di Taman Bukit Permai 2.

Tanah runtuh: 15 rumah di Taman Bukit Permai 2 tidak selamat diduduki


Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD 9 Januari 2023, 7:54 pm

    
AMPANG JAYA – Penghuni 15 kediaman di Taman Bukit Permai 2, di sini yang terjejas berikutan tragedi tanah runtuh
pada Mac tahun lalu diminta untuk mengosongkan rumah tersebut berikutan ia tidak selamat untuk diduduki.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan pertanian negeri Ir Izham Hashim, berdasarkan laporan diterima,
kediaman berkenaan terlalu dekat dengan tebing selain terdapat rekahan baharu di kawasan tersebut meskipun
kerja-kerja menstabilkan cerun telah dijalankan.

“Saya dimaklumkan bahawa 15 rumah berkenaan yang berada di kawasan atas tebing tidak selamat dan kita akan
mengeluarkan notis pengosongan dalam masa terdekat.

“Kita akan bawa isu ini ke mesyuarat kerajaan negeri pada Rabu ini bagi membincangkan tindakan susulan serta
bantuan bagi mengurangkan beban penghuni yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 pada Mac tahun lalu,
hari ini.

Ujarnya, kerja-kerja menstabilkan cerun yang dijalankan sejak Mei tahun lalu membabitkan kos RM15 juta itu telah siap
80 peratus.
“Kerja-kerja menstabilkan itu turut membabitkan pembinaan parit ‘horizontal’ (mendatar) dan parit ‘vertical’
(menegak).

“Kini-kerja-kerja menstabilkan sedang giat dijalankan di bahagian kiri dan kanan cerun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sejak Mac tahun lalu sebanyak enam runtuhan direkodkan dan kali terakhir pada Disember lalu
melibatkan runtuhan kecil.

“Fenomeno hujan secara berterusan sebelum kejadian menyebabkan air bertakung dalam kuantiti besar yang
menjadi punca tanah runtuh di lokasi terbabit.

“Ini adalah kawasan tambakan yang dibina pada tahun 80-an dengan sistem saliran tidak dibina dengan baik
sehingga menyebabkan air bertakung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Anda mungkin juga menyukai