Anda di halaman 1dari 3

Tarikh :

Rujukan :

Kepada

PENGERUSI,
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK),
Kg. Pasir Puteh Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.

PER : MELANTIK SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK MENGAWAL


KENDERAAN BERAT KELUAR MASUK BAGI PROJEK PEMBINAAN 60 UNIT
RUMAH TERES 1 TINGKAT DIATAS LOT P.T.2225,2226, 2227 DI KG. PASIR
PUTEH KALUMPANG.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, saya bagi pihak Pemaju (Nama Pemaju) ingin melantik
salah seorang dari AJK MPKK dari BIRO KESELAMATAN MPKK sebagai Pengawal
Keselamatan bagi mengawal kenderaan berat keluar dan masuk yang menggunakan laluan
utama jalan kampung hingga ke Tapak Projek Perumahan tersebut.

3. Lantikan ini lanjutan kepada perbincangan yang telah dilakukan pada 14 Jun 2022
dimana pihak Pemaju perlu melantik seorang Pengawal Keselamatan dari kalangan AJK
MPKK. Ini bertujuan adalah untuk memudahkan pemantauan & penyampaian maklumat tentang
jadual lori keluar masuk, pemantauan kelajuan lori yang dibenarkan, berat lori yang dibenarkan
(tertakluk kepada keperluan) keselamatan pengguna jalan penduduk Kg. Pasir Puteh
Kalumpang dan kerosakan jalan.

4. Dengan ini pihak kami ingin melantik EN. MUHAMMAD AMIN BIN MOHD SUHAIMI dari
Biro Keselamatan MPKK Kg. Pasir Puteh Kalumpang dengan bayaran gaji bulanan sebanyak
RM2,000 sebulan sehingga pembinaan projek perumahan tersebut selesai.

4. Sehubungan itu, pihak kami akan memberikan segala jadual urusan pembinaan dan
maklumat kenderaan yang akan digunakan untuk melalui laluan kampung bagi memudahkan
urusan makluman pihak Tuan dan kerja dari pihak kami.
5. Bersama ini juga kami sertakan surat Persetujuan / Setuju Terima Jawatan yang perlu
ditandatangi oleh En. Muhammad Amin Bin Mohd Suhaimi.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

………………………………………….………….
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anda mungkin juga menyukai