Anda di halaman 1dari 2

SPPE2622/GPKK/2020202102/V1.

SHPE/SPPE 2622
Semester 1 Sesi 2022/2023
Garispanduan Pelaksanaan Kerja Kursus
Cadangan Reka Bentuk dan Pembentangan Akhir

Sila ikut arahan yang diberikan :

Cadangan Reka Bentuk (20%)

1) Setiap kumpulan pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan akhir projek sebagaimana
kriteria berikut:

A. Pelaporan Penulisan (8%)


Cadangan Reka Bentuk Industri tersebut perlu memenuhi kriteria serta format yang
ditetapkan sebagaimana berikut:
(i) Tajuk projek
(ii) Nama ahli kumpulan
(iii) Nama Pensyarah
(iv) Latarbelakang Masalah: Bahagian ini menjurus kepada mengutarakan isu atau
dilaksanakan. Ia sebolehnya disokong dengan rujukan yang bersesuaian seperti
artikel, keratan akhbar, kajian awalan (e.g. temubual, pemerhatian, atau borang soal
selidik) yang memberikan justifikasi bahawa isu atau permasalahan yang diutarakan
benar wujud dan BUKAN persepsi kumpulan
(v) Pernyataan Reka Bentuk: Pernyataan ringkas yang menerangkan masalah atau isu
yang menjadi fokus untuk diselesaikan melalui projek rekacipta yang akan
dilaksanakan, dan menerangkan secara ringkas apa yang akan dilakukan untuk
menyelesaikan keperluan, masalah, atau peluang yang telah dikenalpasti tersebut.
Ianya bukan penerangan spesifik produk yang akan dibangunkan.
(vi) Sasaran pengguna/pelanggan: Nyatakan pengguna atau pelanggan yang menjadi
sasaran pembangunan produk ini berdasarka maklumbalas pengguna terhadap
model/prototaip yang telah dibangunkan
(vii) Maklumat reka bentuk: Maklumat spesifikasi reka bentuk produk yang telah
dibangunkan. Ianya diikuti persembahan idea akhir yang telah dipilih dalam bentuk
lukisan teknikal dan lukisan imej/produk akhir.
(viii) Pengurusan Projek Reka Bentuk: Berdasarkan objektif yang telah ditetapkan maka
laporkan ianya dalam bentuk Carta Gantt atau Project Milestone.
(ix) Nyatakan kelebihan produk ini berbanding produk sedia ada yang berada dipasaran.
Bandingkan sekurang-kurangnya dengan 2 produk lain.
(x) Refleksi kumpulan dan individu terhadap tugasan serta kerja kursus yang telah
diberikan dalam kursus ini.

Kandungan Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
SPPE2622/GPKK/2020202102/V1.0

B. Lukisan teknikal (6%)


Menghasilkan lukisan teknikal bagi produk akhir yang telah dihasilkan. Lukisan teknikal
ini perlulah memenuhi kriteria berikt:
(i) Lukisan Ortografik (Pandangan Pelan, Hadapan, dan Sisi)
(ii) Lukisan Isometrik produk dalam keadaan bercantum semua komponen
(iii) Lukisan ceraian dalam keadaan Pandangan Isometrik

C. Model/ Prototaip Simulasi (6%)


Model/prototaip simulasi yang dihasilkan perlulah memnuhi ciri2 berikut:
(i) boleh menunjukkan atau menggambarkan bentuk fungsi, penyelesaian masalah
atau penambahbaikan yang digariskan dalam matlamat serta objektif projek
(ii) siap sepenuhnya samada secara skala penuh atau skala kecil yang menunjukkan
aspek estetik, ergonomic dan keselamatan berdasarkan keperluan pengguna.
(iii) Mencadangkan penggunaan bahan dan teknologi yang bersesuaian dengan
keperluan produk yang dihasilkan
(iv) Menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif berbanding prosuk serupa yang sedia
ada dalam pasaran.
(v) Menunjukkan kualiti kerja yang baik dan sesuai digunakan bagi tujuan
pemasaran

Pembentangan (5%)

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu video klip pembentangan yang


melibatkan setiap ahli kumpulan. Video klip pembentangan tersebut perlulah
memenuhi ciri2 tersebut:
(i) Menyatakan maklumat tajuk projek, ahli kumpulan, pernyataan rekabentuk,
onjektif projek, sasaran pengguna, maklumat reka bentuk (e.g. spesifikasi
produk, bentuk, saiz, bahan digunakan)
(ii) Utarakan kelebihan dan keunikan produk ini berbanding produk sedia ada
(e.g. estetik, ergonomic) yang diterapkan dalam produk ini.
(iii) Durasi video klip adalah 5-10 minit sahaja.
(iv) Kreativiti dalam penghasilan video klip.
(v) Video klip perlu dihantar melalui link youtube/google drive

# Cadangan reka bentuk ini perlu dihantar berdasarkan tarikh yang ditetapkan oleh
pensyarah.

Disediakan oleh

Assoc. Prof Ts Dr Aede Hatib bin Mustaámal @ Jamal


Jab. Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Sekolah Pendidikan FSSH UTM

Kandungan Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

Anda mungkin juga menyukai