Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENDAHULUAN

Sekolah Menegah Kebangsaan Tembila ini menawarkan program Kemahiran Vokasional


Rendah (KVR) Pertanian bagi murid-murid Pendidikan Khas berkefungsian rendah di sekolah
ini. Oleh itu, pelbagai usaha untuk menambah keceriaan kemudahan dan keperluan telah
dan sedang dirancang. Salah satu usaha ke arah itu ialah mewujudkan sebuah Rumah Hijau
di sekolah ini sebagai pusat pertumbuhan dan penjagaan anak-anak pokok bunga dan sayur-
sayuran.

2.0 RASIONAL
Sekolah merupakan salah satu pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Maka, adalah perlu
jika suasana pembelajaran yang baik diwujudkan untuk memudahkan aktiviti perkembangan
ilmu. Dengan adanya projek pembinaan rumah hijau ini, murid-murid akan mendapat
faedahnya. Selain daripada mewujudkan suasana pembelajaran yang baik, projek ini juga
dapat dijadikan pusat pembelajaran bagi subjek Pertanian untuk murid-murid.

3.0 OBJEKTIF
Cadangan projek ini mensasarkan pembinaan sebuah rumah hijau bagi:
• Menempatkan tanaman sayur-sayuran yang boleh dipasarkan dengan lebih
berkualiti
• melindungi tanaman daripada hujan dan kepanasan yang melampau
• Pusat mendidik murid-murid tentang kesedaran kepentingan menanam
tumbuhan bagi subjek Kemahiran Vokasional Rendah (KVR) Pertanian.
• Menyuntik semangat kesepaduan dan kerjasama antara murid, guru dan ibu
bapa.

4.0 CADANGAN TARIKH PEMBINAAN PROJEK

Bermula November 2022

5.0 LOKASI PEMBINAAN PROJEK

Lokasi pembinaan Rumah Hijau ini dicadangkan di Kawasan bangunan PROBIM


dimana berhampiran dengan pusat kemahiran PPKI SMK Tembila.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid kelas KVR Pertanian (tanaman).

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Untuk projek Rumah Hijau ini, rangka bangunan adalah berasaskan besi. Memandangkan
projek ini akan didirikan di luar dan berdekatan bengkel pertanian yang sering didatangani
anai-anai, maka besi yang harus digunakan. Berikut adalah senarai saiz, keperluan dan harga
yang diperlukan. Selain itu, tapak untuk Rumah Hijau ini akan diperkuatkan dengan batuan
yang sesuai mengikut bajet dan ketahanan.

Anggaran
No Butiran Saiz/unit Purata Harga Keperluan Jumlah Besar
(RM)
1 Besi Y12 12mm 40 4 160
2 plastik 40 meter (roll) 70 70
Paip UPVC
3 4” 40 4 batang 160
(Putih)
4 Pasir 1 ela 60 1 ela 60
5 Simen 1 bag 20 10 bag 200
6 Paip pvc 1 ½’ 2.50 sekaki 60 150
7 Cable tie 12’’ 10.00 5 50
8
Jum Besar 850

10.0 PENUTUP

Pembinaan projek ini adalah sebahagian daripada projek menceriakan sekolah dan
menghijaukan kawasan. Kewujudan Rumah Hijau ini akan memberi pilihan tempat untuk
menyimpan pasu-pasu bunga yang diperolehi melalui sumbangan ibu bapa selama ini.
Diharap dengan berjalannya projek ini nanti, lebih banyak projek lain akan menyusul dalam
usaha untuk menghijaukan SK Taman Suria seiring dengan matlamat konsep ‘Ecolife’.
Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………… ……………………………………………….

(AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN) (ADNAN BIN HJ ABD KADIR)

GURU PERTANIAN PENDIDIKAN KHAS PENGETUA

SMK TEMBILA
SMK TEMBILA

Disemak oleh:

……………………………………………..
(HAMDANI BIN HAMID)
GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SMK TEMBILA

Anda mungkin juga menyukai